Anda di halaman 1dari 6

MENYATAKAN MAKSUD KELIM

Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk pada
pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang
hendak dijahit dan lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim
pada pakaian bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim
dan jenis pakaian.

Faktor
Kelim Jenis fabrik Kedudukan Jenis pakaian
Kelim belah Bahagian lurus dan Semua jenis
Semua jenis fabrik
kangkung melengkung pakaian
Fabrik nipis dan Pakaian kanak-
Kelim betawi Bahagian lurus
berjerumbai kanak
Kelim papan Fabrik sederhana Seluar jeans,
Bahagian lurus
mesin tebal kemeja
Kelim lipat Fabrik sederhana Bahu mendatang dan Pajama, skirt dan
tindih tebal skirt mendatang blaus

 Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan


kelim :

1. Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian


2. Kelim perlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan
bentuk dan rupa yang elok
3. Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada
keseluruhan pakaian
4. Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas
5. Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak
berkedut

1
6. Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim
yang rata dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis
tebal. Untuk fabrik nipis pula, pilih kelim yang rata dan kemas.

MENGENAL PASTI BAHAGIAN PAKAIAN YANG MERENTAS KELIM

- Kebiasaannya bahagian pakaian yang merentas kelim terdapat di


bahagian bahu, rusuk dan tepi seluar, skrit atau sarung .

MEMILIH MATA JAHITAN UNTUK MEMBAIKI KELIM YANG MERENTAS

Jenis mata jahitan yang digunakan untuk memjahit kelim yang meretas ialah:

a. Jahitan Jelujur Halus

b. Jahitan Kia

MENJAHIT KELIM YANG MERENTAS PADA PAKAIAN

Kelim Belah Kangkung


Kelim belah kangkung ini senang dijahit dan sesuai digunakan pada gaun, blaus,
skirt dan seluar daripada fabrik yang sederhana tebal atau tebal.

CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN


 Rata dan terbuka  Jahitannya tidak  Tidak begitu kukuh
 Terdiri daripada sebaris kelihatan di sebelah kerana hanya
jahitan disebelah dalam luar pakaian mempunyai sebaris
pakaian jahitan
 Mata jahitan tidak  Tidak sesuai untuk
kelihatan dari sebelah luar fabrik nipis kerana ia
artikel kelihatan pada

2
 Lebar kelim yang siap sebelah luar pakaian
dijahit ialah 1.25cm

I. Langkah-langkah menjahit :
Langkah-langkah Tunjuk cara

a. Temukan sebelah luar fabrik


pada garis pemadan.
b. Semat dan jelujur pada garis
pemadan.
c. Tanggalkan peniti dan jahit
mesin tepat pada garisan
pemadan.

d. Buka kelim dan tekan rata.

II. Kaedah mengemas dengan jahitan mesin :

3
a. ukur basi kelim 1.2cm daripada
garis pemadan.
b. Lipatkan tepi fabrik ke sebelah
dalam dan tekan.
c. Jahit mesin di atas tepi lipatan.
d. Trim basi kelim hamper dengan
jahitan mesin.

III. Kaedah lain untuk mengemas kelim belah kangkung :

Jahit lilit ubi Jahit pucuk rebung Jahit zig zag

Menggunakan kun Jahit insang pari Menggunakan tepi fabrik

Kelim Betawi

4
Kelim betawi sesuai untuk fabrik yang nipis dan berjerumbai seperti pakaian
bayi, pakaian kanak-kanak, blaus dan pakaian dalam. Kelim ini kemas kerana
basinya tersembunyi.

CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN


 Mempunyai 2 baris mata  Teguh kerana  Agak tebal dan
jahitan mempunyai dua baris kurang sesuai untuk
 Lebar basi kelim yang jahitan fabrik tebal
siap dijahit ialah 4mm  Jahitannya tidak  Mengambil masa
hingga 6mm kelihatan pada sebelah yang lama untuk
 Tidak bergulung luar dikeringkan kerana
 Tahan lama dan rata terdiri daripada
 Mudah didobi dan lipatan 2 fabrik
diseterika

Langkah-langkah menjahit :
Langkah-langkah Tunjukcara

a. Temukan sebelah dalam (S.D)


fabrik. Semat, jelujur dan jahit
mesin dengan jarak 6mm dari
garis pemadan.

b. Gunting basi kelim hingga


lebarnya tinggal 3mm.

5
c. Buka kelim dan ratakan pada S.D
supaya tidak beralur apabila
diterbalikkan.

d. Terbalikkan kelim supaya


sebelah luar (S.L) fabrik bertemu.
e. Semat, jelujur dan jahit mesin di
atas garisan pemadan.
f. Tanggalkan jahitan jelujur.

g. Tekan kelim yang sudah siap


supaya menghala ke arah
belakang pakaian pada sebelah
dalam.

Anda mungkin juga menyukai