Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS4303
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH II
SEMESTER MEI 2015

DISEDIAKAN OLEH:
CHE SAADAH BT SAAD @ MOHD SAAD

2015

ISI KANDUNGAN

No.
1.
2.

Perkara

Muka surat

Pendahuluan
Kecantikan menurut pandangan Islam
Pandangan tentang isu tugasan

3
3-4

Hukum mendedahkan aurat

4-5

Cara-cara membeli/memilih pakaian

5-9

Kaedah berhias menurut islam


3.

Penutup

4.

Kesimpulan
Rujukan

9-11
11-13
14

Kecantikan Menurut Pandangan Islam


"Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan."
2

Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi.


Hadis ini jelas menunjukkan bahawa

Allah sukakan kecantikan dan seterusnya

menggalakkan hambaNya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah,
seperti dalam firmanNya yang bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke
masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu
berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebihlebihan (melampaui batas)."
Surah Al-A'raaf, ayat 31
Kecantikan adalah suatu perkara yang fitrah bagi manusia. Semua manusia Allah ciptakan
dengan sempurna dan cantik dengan cara tersendiri. Ada yang cantik pada pandangan mata
dan ada pula yang cantik pada akhlaknya. Namun kecantikan yang sebenarnya adalah cantik
akhlak dan budi pekerti. Manusia sukakan cantik pada semua benda, termasuklah pakaian.
Harus diingatkan bahawa dalam berpakaian, terdapat adab-adab dalam islam yang harus
dijaga.
Pandangan Tentang Isu dalam Tugasan
Dewasa ini, kemajuan teknologi banyak memberi kesan kepada cara
berpakaian. Tatacara berpakaian kini lebih berunsurkan penampilan
kecantikan fizikal yang berlebih-lebihan sehingga mengabaikan konsep
dan adab berpakaian dalam islam. Ramai orang islam kini yang keliru
tentang tatacara berpakaian megikut acuan islam yang sebenar.
Longgokan fesyen islam kini yang telah dicemari oleh unsur-unsur fesyen
barat. Amat menyedihkan apabila orang islam tidak lagi mengendahkan
tatacara berpakaian dalam islam. Hal-hal seperti saiz dan warna baju,
malah perhiasan turut mempunyai garis panduan pemilihannya mengikut
syarak yang mesti dipatuhi oleh orang islam.
Seperti dalam kes ini, Puan Syarifah diceritakan sebagai seorang wanita
bekerjaya yang sentiasa mengikuti peredaran semasa. Dia selalu
3

mementingkan penampilan diri dan sukakan kecantikan. Maka tidak


hairanlah jika dia memilih baju berwarna merah yang dilihatnya cantik itu,
walhal saiznya agak ketat dan mengikut bentuk tubuh badannya. Mungkin
Puan Syarifah terikut dengan fesyen terkini, yang sering mengabaikan
skop pemakaian berlandaskan islam, ditambah dengan pandangan
matanya yang tertarik dengan warna merah itu. Pada pandangan saya,
Puan Syarifah perlu lebih menitikberatkan aspek pemilihan saiz yang
sesuai berbanding warna. Hal ini kerana ia termasuk dalam adab
berpakaian wanita islam. Pakaian yang ketat dan sendat amatlah tidak
cantik pada pandangan Allah. Justeru, sebagai orang islam, kita
hendaklah bijak mengutamakan antara pandangan mata manusia dan
pandangan Allah, yang manakah lebih utama. Selain itu, pakaian yang
ketat secara tidak langsung merendahkan martabat si muslimah yang
memakainya. Sepatutnya aurat dijaga dan dipelihara hanya untuk tatapan
ekslusif si suami. Maka jagalah aurat dengan sebaik-baiknya, jangan
dijadikan tatapan seantero dunia sehingga hilang seri dan taraf
ekslusifnya.

Hukum Mendedahkan Aurat


Aurat merupakan antara prinsip terpenting yang dititikberatkan dalam islam bagi setiap umat
islam, terutamanya bagi muslimah. Kewajipan menutup aurat ditekankan apabila seseorang
itu telah mencapai usia baligh.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Janganlah seorang laki-laki melihat aurat laki-laki lainnya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa islam melarang umatnya melihat aurat orang lain.
Begitu juga dengan si pemakai, mereka juga haruslah menutup aurat dengan sempurna agar
tidak mempertontonkan aurat mereka kepada orang lain. Hal ini kerana islam amat
menitikberatkan penjagaan aurat. Hukum mendedahkan aurat adalah berdosa, oleh itu semua
orang islam wajib memilih pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.

Firman Allah S.W.T. yang surah An-Nuur ayat 31 dan Surah Al-Ahzab ayat 59 tentang
kewajipan menutup aurat yang bermaksud:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, ".
(An-Nuur:31)
"Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu.
dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(Al-Ahzab:59)
Menurut ulama, aurat bagi lelaki ialah dari bawah lutut hingga ke atas
pusat. Manakala aurat bagi wanita terbahagi kepada dua iaitu ketika di dalam dan di
luar rumah. Di dalam rumah ketika di hadapan mahram, tidak wajib ditutup anggota-anggota
seperti leher, rambut, lengan dada, betis dan perhiasan yang dipakai pada anggota-anggota
itu. Manakala ketika di luar rumah pula, wanita perlu menutup kesemua anggota tubuh
badannya , kecuali muka dan tapak tangan.
Seperti Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan orang perempuan yang
beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya, semasa
mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuanperempuan yang baik.
(Surah Al-Azhab ayat 59).
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa ketika di luar rumah,
seluruh tubuh wanita itu adalah aurat termasuk muka mereka dengan
alasan

muka

juga

boleh

menarik

berpenyakit dan mengelakkan fitnah.

perhatian

lelaki

yang

hatinya

Cara-cara Membeli dan Memilih Pakaian


Dalam membeli dan memilih pakaian, terdapat beberapa garis panduan yang mesti diikuti,
yang merangkumi syarat-syarat seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak menyerupai
pakaian jantina yang bertentangan, tidak menyerupai pakaian orang kafir atau
golongan

fasik,

dan

tidak

berlebihan

sehingga

menzahirkan

kesombongan.
Antara ciri pakaian dalam islam yang wajib diberi perhatian ialah menutup aurat dengan
sempurna. Menutup aurat merupakan adab terpenting yang Allah perintahkan dalam bab
berpakaian. Sebagai seorang muslim, kita wajib memakai pakaian yang
sesuai menurut tuntutan islam iaitu selari dengan kehendak syarak
kerana pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang
muslim dan muslimah yang sebenar.
Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Araf ayat 26 yang bermaksud :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu
pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan
pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah
sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka
selalu ingat.
Dalam ayat di atas, ada tiga jenis pakaian yang disebut oleh Allah, iaitu
berkaitan dengan pakaian untuk menutup aurat, pakaian untuk perhiasan,
dan pakaian takwa. Menurut ulama, dalam ayat itu bermaksud
pakaian untuk

menutup aurat. Manakala

ialah apa

yang

diambil/dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu untuk


perhiasan. Yang pertama (iaitu )adalah keperluan asas, sementara
yang kedua adalah sampingan. Pakaian taqwa bermaksud pakaian orangorang bertakwa pada hari kiamat. Menurut Ibnu Abbas pula, pakaian
taqwa juga bermaksud amal soleh dan kelakuan yang baik. Menurut Ibnu
Aslam, pakaian taqwa adalah pakaian yang dipakai oleh seorang yang

takutkan Allah, lalu ia menutup auratnya. (menurut Tafsir al-Jalalain dan


Tafsir Ibnu Kathir)

Harus diingatkan bahawa pakaian bagi kaum wanita mempunyai banyak syarat
berpakaian yang khusus, seperti tidak jarang atau nipis sehingga
menampakkan

kulit

badan

dan

tidak

ketat

atau

sendat

hingga

menampakkan bentuk tubuh badan. Terdapat hadis yang menerangkan


tentang larangan memakai pakaian yang jarang atau sendat. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat keduaduanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk
memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian
tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama
bonggol-bonggol unta yang senget.Mereka ini tidak akan dapat memasuki
syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium
dari jarak perjalanan sekian sekian jauh.(Riwayat Imam Muslim dari Abu
Hurairah r.a.)
Dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa salah satu
golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang
berpakaian

tetapi

sebenarnya

tidak

telanjang,

iaitu

berpakaian,

dari

mereka

yang

segi

agama.

berpakaian
Selain

tetapi

daripada

mengelakkan diri daripada memakai pakaian sendat dan jarang, wanita


juga perlu melabuhkan pakaian atau tudung mereka supaya dapat
menutup bentuk tubuh badan mereka agar lebih sempurna dan sopan di
mata orang lain yang melihatnya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud;
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya
bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang
7

baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Bagi pemakaian tudung pula, para muslimah diingatkan supaya memilih tudung yang
mengikut syarak, seperti tidak nipis dan jarang, tidak melekap pada tubuh sehingga
menampakkan bentuk dada, tidak singkat, dan warna yang sederhana dan tidak berlebihlebihan. Sebahagian muslimah menyangka bahawa pemakaian tudung itu adalah hanya
sekadar menutup rambut sahaja. Tanggapan mereka adalah salah. Asasnya adalah dari firman
Allah S.W.T. dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu
mendedahakn aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir. (An-nur: 31)
Cara membeli dan memilih pakaian yang seterusnya adalah memilih pakaian yang tidak
menyerupai pakaian jantina yang bertentangan, Dewasa ini, terdapat banyak pakaian yang
diubahsuai fesyennya sehingga kadangkala kita keliru samada pakaian itu untuk wanita atau
lelaki. Islam melarang umatnya menyerupai kaum bertentangan dalam berpakaian Perkara
ini dilaknat oleh Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
Allah melaknat wanita yang menyerupai laki-laki, dan laki-laki yang menyerupai wanita.
(Hadis Riwayat Bukhari )
Baginda juga bersabda, Allah melaknat laki-laki yang memakai pakaian wanita, dan wanita
yang memakai pakaian laki-laki.
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Hakim)
Selain itu, orang islam juga harus mengelakkan diri daripada membeli dan
memilih pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir atau golongan
fasik,

Sabda Rasulullah S.A.W. :


Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.
(Hadis Riwayat Abu Dawud )
8

Hadis ini jelas menunjukkan larangan keras terhadap perbuatan meniru


orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, perayaan, ibadah dan
sebagainya, termasuklah pakaian, yang tidak disyariatkan untuk orang
islam. Pakaian yang memberikan gambaran kepada orang lain bahawa si
pemakainya adalah kafir atau pakaian yang menunjukkan lambang salib
atau lambang-lambang agama lain adalah diharamkan.
Seterusnya, orang islam wajib memilih pakaian yang tidak berlebihan
sehingga menzahirkan kesombongan. Pakain yang tidak berlebihan
termasuklah dari pelbagai segi yang meliputi perhiasan dan warnanya.
Warna yang terlalu menarik sehingga menarik perhatian berlainan jantina
juga dilarang di dalam Islam. Sebagai orang islam yang taat, kita juga
seharusnya memilih pakaian yang sesuai untuk digunakan.
Firman Allah berfirman dalam Surah Al-Araf ayat 31 yang bermaksud :
dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berlebih-lebihan.
Juga firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 23 yang bermaksud :
Dan

Allah

tidak

menyukai

setiap

orang

yang

sombong

lagi

membanggakan diri.

Sabda Rasulullah S.A.W. juga yang bermaksud :


Sesiapa yang melabuhkan pakaian/kainnya kerana sombong, nescaya
Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelas bahawa umat islam ditegah berlebihlebih dalam semua perkara, termasuklah dalam berpakaian sehingga
menimbulkan perasaan sombong dan bangga diri.

Bagi

kaum

hawa,

mereka

juga

turut

ditegah

bertabarruj

dalam

berpakaian. Pengertian tabarruj bukan hanya merangkumi perbuatan


mendedahkan aurat sahaja, malah merangkumi semua perlakuan untuk
menarik perhatian lelaki termasuklah cara berpakaian.
Islam menggalakkan umatnya memakai pakaian yang cantik dan lawa
tetapi janganlah sehingga timbul perasaan takbur atau bongkak sehingga
merperlekehkan pakaian orang lain, atau terdetik dalam hatinya bahawa
pakaiannya lebih bagus dari orang lain.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau
sebesar biji sawi.Lalu berkata seorang lelaki :Jika seorang lelaki suka
memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia
juga

dikatakan

takbur?.

Lalu jawab bagindas.a.w :Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan


kecantikan. Yang dikatakan takbur itu ialah enggan menerima kebenaran
(iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap
manusia.

Kaedah Berhias Menurut Perspektif Islam


Islam tidak melarang umatnya berhias untuk cantik, namun terdapat garis panduan untuk
berhias yang mesti dipatuhi. Antaranya, lelaki tidak boleh memakai emas dan pakaian sutera.
Hal ini kerana emas dan pakaian sutera haram dipakai oleh kaum laki-laki, tetapi boleh bagi
kaum wanita. Rasulullah S.A.W. bersabda:
Emas dan sutra dihalalkan bagi kaum wanita dari umatku, dan diharamkan bagi kaum
laki-laki.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Nasaai).

Bagi kaum wanita pula, mereka dilarang bertabarruj atau berlebih-lebihan


dalam berhias. Hal ini bagi mengelakkan diri mereka daripada berasa
10

bangga dan riak, dan demi menjaga keselamatan mereka. Dalil daripada
Al-Quran ada menyentuh tentang perkara ini. Firman Allah S.W.T dalam
surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud :
Dan hendaklah kamu (wahai isteri-isteri Nabi) tetap di rumahmu dan
janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti
orang-orang Jahiliyah yang dahulu (Surah Al-Ahzab ayat 33)
Tabarruj bermaksud seorang wanita mendedahkan perhiasannya atau
kecantikannya yang mendorong syahwat lelaki. Ianya merangkumi semua
perlakuan untuk menarik perhatian lelaki termasuk

cara berjalan, cara

bercakap, solekan dan sebagainya, termasuklah cara berhias.


Selain itu, mereka juga dilarang menampilkan perhiasan yang berbunyi,
seperti gelang kaki yang akan menarik perhatian orang lain, khususnya
lelaki.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan

janganlah

mereka

memperlihatkan

perhiasan

tubuh

mereka

melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua
mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang

akan

apa

yang

tersembunyi

11

dari

perhiasan

mereka;

dan

bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang


beriman, supaya kamu berjaya.
Gelang kaki yang berloceng ini apabila dipakai walaupun tersembunyi
tetap berbunyi dan akan menarik perhatian lelaki ajnabi yang mempunyai
penyakit hati.
Disamping itu, para muslimah dianjurkan supaya memakai wangian yang
tidak berbau semerbak, tetapi hanya menampakkan wangian, tetapi bagi
para muslim, mereka dianjurkan memakai wangian yang berbau harum
semerbak, tetapi tidak menampakkan wangian.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi
khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia
dikira berzina. (Hadis dari Abu Musa al-Asyari)
Kesimpulannya, bukan tidak boleh berwangi-wangian dalam berhias,
tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

Kesimpulan
Islam sangat menjaga umatnya khususnya muslimah kerana maruah
wanita diangkat tinggi di dalam Islam berbanding dengan zaman sebelum
datangnya

Islam

apabila

wanita

dianggap

sebagai

tempat

untuk

memuaskan nafsu. Pelbagai tatacara, peraturan, dan adab digariskan


dalam islam demi menjaga maruah diri, termasuklah dalam adab
berpakaian. Oleh itu, sebagai seorang yang beragama Islam, kita
seharusnya

mengkaji

terlebih

dahulu

mengenai

adab

dan

syarat

berpakaian dalam Islam supaya kita dapat memilih pakaian yang sesuai
dengan

kehendak

syariah.

Kita

juga

perlulah

memperbaiki

niat

berpakaian, iaitu untuk mengikut perintah Allah iaitu menutup aurat. Hal
ini kerana apabila sesuatu perkara diniatkan kerana Allah, kita dapat
mengelakkan diri daripada melakukan dosa. Mengenai adab berpakaian
12

ini, apabila kita berniat berpakaian kerana Allah, maka kita dapat
mengelakkan

diri

daripada

berpakaian

seksi,

berlebih-lebihan,

dan

berbangga diri. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga niat kita.

Terdapat

banyak

hikmah

dalam

adab

berpakaian

menurut

islam.

Antaranya, mendidik hati dan diri supaya menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa
dengan mengikuti perintah Allah dalam menutup aurat dengan sempurna. Sebagai contoh,
jika seseorang muslimah itu beriman dan taat, pasti dia akan mengikut perintah Allah
dengan mengikuti adab berpakaian, seperti memakai tudung. Tudung yang dipakainya pula
mestilah menutup aurat dengan sempurna, iaitu tidak jarang, tidak melekap pada badan
sehingga menampakkan bentuk dada, dan tidak singkat. Dia juga tidak akan sewenangwenangnya menyatakan bahawa tidak apa jika tidak memakai tudung, asalkan hati baik
atau asalkan pakai tudung, tidak mengapa jika tudung singkat sedikit. Selain itu, pakaian
yang menepati syariat berupaya mengelakkan diri daripada diganggu orang

jahat.

Contohnya, wanita yang membuka auratnya di hadapan lelaki ajnabi sudah tentu akan
merangsang nafsu syahwat lelaki lantas dikhuatiri terjadinya situasi rogol dan pelbagai
masalah lain yang tidak diingini. Berbanding dengan pakaian yang menutup aurat dan
menepati syariat, pasti akan menyejukkan hati orang lain yang melihatnya dan menimbulkan
rasa insaf dalam diri daripada berbuat maksiat. Di samping itu, pakaian yang menepati syariat
juga dapat membezakan agama seseorang itu, samada dia beragama islam atau bukan islam.
Contohnya, dapat dibezakan samada wanita itu islam atau bukan islam dengan melihat
sekiranya dia memakai tudung atau tidak, dan melalui gaya tudungnya, samada mengikut
islam atau rahib kristian. Akhir sekali, hikmah menjaga adab dalam berpakaian juga mampu
menghalang pelbagai penyakit kulit. Kajian saintifik membuktikan bahawa kulit wanita lebih
sensitif berbanding kulit lelaki. Oleh itu, wanita memerlukan penjagaan kulit yang lebih rapi
berbanding lelaki daripada pelbagai jenis pencemaran, seperti pencemaran udara dan cahaya
matahari yang melampau. Pakaian yang menutup aurat dengan sempurna mampu menutupi
tubuh badan wanita yang sensitif. Dengan ini, jelaslah bahawa terdapat banyak hikmah
wanita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna dan menjaga adab berpakaian menurut
islam.
Sekadar pandangan peribadi, seharusnya para pereka fesyen yang
beragama islam haruslah memastikan pakaian yang direka adalah
13

pakaian yang menepati kehendak syariat. Hal ini kerana mereka adalah
pemberi impak terbesar kepada industri fesyen muslim dan mulimah.
Janganlah disebabkan fesyen yang direka menampakkan islam sebagai
agama yang mudah dalam hal berfesyen, sehingga menyamakan islam
dengan

agama

atau

budaya

yang

bertentangan

sehingga

meneggelamkan adab dan budaya islam yang ekslusif dan terpelihara.


Kita juga sedia maklum bahawa negara kita telah diiktiraf sebagai sebuah
negara Islam. Oleh itu, kerajaan perlu lebih peka dengan segala jenis
penganjuran fesyen muslimah yang diadakan di Negara kita. Peraturan
yang ketat berhubung dengan fesyen perlu dilaksanakan supaya ianya
masih dalam kod etika pemakaian Islam. Sekiranya terdapat pereka
fesyen samada dari negara islam atau bukan negara islam yang
membangkang peraturan tersebut, disarankan agar mereka dikenakan
tindakan dan disenarai hitam daripada mengikuti sebarang pertunjukan
fesyen.

Hal

ini

demi

menjaga

dan

memelihara

maruah

wanita,

terutamanya wanita islam yang digelar muslimah supaya mereka


terpelihara daripada terus dimanipulasi oleh pihak yang hanya mengaut
keuntungan atas nama Islam.
Akhir kata, jagalah syariat Islam, dan jaga hak Allah, nescaya Allah akan
menjaga dan memelihara kita daripada sebarang perkara buruk dan
bahagia dunia dan akhirat. Setiap apa yang Allah perintahkan ada hikmah
dan kebaikkannya. Wallahualam.

14

Rujukan

1. Al-Quranul Karim
2.
3.
4.

15

16

17

18

Rujukan

19

Kitaabul Aadaab, karya Fuad bin Abdul Aziiz Syalhub

rahimahullah

Mausuuatul Aadaab al-Islaamiyah (edisi terjemahan), karya


Abdul Aziiz bin Fathi rahimahullah

Hadduts Tsaub wal Uzroh, wa Tahriimul Isbaal wa Libaasu


Syuhrah karya Syaikh Bakr Abu Zaid rahimahullah

20

Anda mungkin juga menyukai