Anda di halaman 1dari 8

Seminar Penyelidikan IPG Sabah 2012

Buleh bah ...


Moktar Bin Mokri
IPG Kampus Keningau, Sabah
moktar@ipks.edu.my

Abstrak
Buleh bah...! Satu ungkap yang mesra dan penuh maksud tersurat dan tersirat.
Dalam menguruskan jadual kuliah di institut, pengkaji menamakan ungkapan ini
sebagai pembolehubah kemanusiaan kerana ia telah menjadi satu masalah
kepada pengkaji bila setiap permintaan pertukaran jadual di akhiri dengan
ungkapan, Buleh bah...! Selain itu, pembolehubah pentadbiran seperti dasar dua
hari penuh masa senggang (time-off ) ahli majlis MPPP, satu hari penuh masa
senggang jabatan, pindaan masa rehat sesi pagi dari setengah jam kepada satu
jam serta rehat sesi tengahari dari satu jam tigapuluh minit kepada dua jam dan
aktiviti praktikum telah memberi masalah kepada pengkaji dalam menguruskan
jadual waktu institut. Kesannya, sebanyak 134 pertindanan kuliah telah berlaku
dan masa kuliah terpaksa dipanjangkan sehingga ke malam. Pengaji telah
melaksanakan beberapa tindakan penambahbaikan dan tindakan pertama yang
dilaksanakan ialah mendapatkan bantuan kepakaran daripada rakan penyelaras
di IPGK Kent. Tindakan kedua, mengemukakan pindaan dasar sedia ada melalui
mesyuarat MPPP dan tindakan ketiga, mewujudkan sistem maklumat daftar
kursus jabatan. Hasilnya, jadual waktu dapat dikeluarkan dua minggu sebelum
semester dua dibuka dan dapat diakses melalui laman web institut. Pindaan
jadual yang kerap pada semester satu dapat dikurangkan iaitu dari empat
kepada dua kali sahaja dan pindaan berlaku kerana kemasukan pelajar program
baru. Pengkaji bercadang untuk melaksanakan kajian tinjauan persepsi
pelaksanaan jadual kuliah dalam kalangan pelajar dan pensyarah pada masa
akan datang.

Kata kunci : Buleh Bah

Jadual kuliah

Jadual Waktu

Jadual Induk

LATAR BELAKANG
Pengurusan pentadbiran kurikulum merangkumi satu kitaran proses yang terdiri daripada
penawaran kursus atau mata pelajaran, pelanggan iaitu pelajar, staf akademik dan staf
pelaksana, infrastruktur serta kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan dalam mendokong
kejayaan pengurusan akademik sesebuah pusat pengajian. Selain itu, setiap institusi atau pusat
pembekalan sudah pasti akan menetapkan takwim akademik yang merangkumi maklumat
jadual interaksi atau jadual waktu, jadual peperiksaan dan makluman cuti umum bagi
persekutuan dan negeri.
Saya telah menerima beberapa fail Pengurusan Jadual Waktu (2006 2011) daripada Mantan
Penyelaras. Saya mula menyemak, meneroka dan mempelajari setiap dokumen yang ada
untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam penerokaan tersebut, saya tidak dapat
mencari panduan khusus berkaitan dengan urus tadbir Jadual Interaksi Institut Pendidikan Guru
1

Seminar Penyelidikan IPG Sabah 2012

(IPG). Apabila diajukan kepada mantan penyelaras, beliau memaklumkan tiada panduan
khusus untuk menguruskan jadual di IPG.
Dalam nota serah tugas, pada bahagian IV terdapat kenyataan kedudukan terakhir tugas-tugas
yang belum selesai dan diantaranya ialah, Penambahbaikan Jadual Waktu Induk Edisi 1 dan
mengedarkan Jadual Waktu Induk IPG Kampus Keningau Edisi 2.
Untuk melaksanakan penambahbaikan dan mengeluarkan Jadual Induk dan individu tidak sukar
untuk saya lakukan. Namun dalam melaksanakannya, saya telah didatangi oleh rakan
pensyarah yang menyatakan hasrat untuk membuat pertukaran waktu interaksi sedia ada
dengan waktu keselesaan mereka. Pelbagai alasan diberikan dan kebanyakkan adalah
munasabah untuk dipertimbangkan walaupun alasan yang diberikan lebih bersifat peribadi.
Setiap daripada mereka yang datang akan menyatakan suatu pengharapan yang tinggi dan
sangat berat untuk saya menolak permintaan mereka. Ditambah pula dengan satu unggapan
keramat yang meruntun jiwa, buleh bah..bos.
Saya menganggap permintaan beberapa rakan pensyarah ini adalah satu pembolehubah
kemanusiaan terbeban. Jika tidak dipenuhi maka mereka akan menghadapi kesukaran dalam
urusan mereka, dan jika saya penuhi pula maka saya akan bergelut dengan kerja
pengubahsuaian yang berpanjangan. Secara langsung, jadual waktu akan dikeluarkan dengan
beberapa edisi dan sub edisi kerana adanya pembolehubah kemanusiaan ini.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa pembolehubah pentadbiran yang telah memberi
tekanan dan kesukaran kepada saya dalam melaksanakan proses pembinaan jadual waktu ini.
Pihak pengurusan telah menetapkan beberapa dasar yang perlu diambil perhatian dalam
merancang jadual waktu. Pertama, semua ahli Majils Pengurusan Perancangan Pentadbiran
(MPPP) institut telah ditetapkan masa senggang atau time-off adalah sepanjang hari Khamis
dan Jumaat. Dasar ini telah melibatkan seramai 24 orang ahli MPPP tetap yang terdiri daripada
Pengarah, Timbalan Pengarah, duabelas orang Ketua Jabatan, enam orang Ketua Unit dan
empat orang urusetia.
Dasar kedua ialah masa senggang atau time-off Jabatan iaitu setiap jabatan diberikan masa
senggang sepanjang hari terpilih dan secara tetap di setiap minggu. Masa senggang ini
diperuntukkan kepada jabatan dan pensyarah jabatan untuk melaksanakan aktiviti jabatan
seperti mesyuarat, moderasi kerja kursus, memberi masa serta ruang kepada pensyarah
jabatan melaksanakan urusan pentadbiran dan memberi ruang untuk pensyarah akademik
melaksanakan penulisan atau penyelidikan.
Pelaksanaan dasar ini telah memperuntukan masa senggang Jabatan Pengajian Melayu pada
hari Isnin dan melibatkan tujuh orang pensyarah. Pada hari selasa, seramai duapuluh satu
orang pensyarah daripada tiga jabatan terlibat iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Ilmu
2

Seminar Penyelidikan IPG Sabah 2012

Pendidikan dan Jabatan Sains Matematik. Pada hari Rabu, seramai sepuluh orang pensyarah
terlibat iaitu pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan, Jabatan Pendidikan Seni Visual
dan Jabatan Teknologi Pendidikan. Pada hari Khamis, seramai enam orang pensyarah Jabatan
Bahasa terlibat dalam masa senggang dan pada hari Jumaat seramai lima belas orang
pensyarah daripada empat jabatan terlibat iaitu Jabatan PIPK, Jabatan KS, Jabatan JAPIM dan
Unit Pedagogi Pedalaman Peribumi.
Dasar ketiga ialah Waktu Rehat yang telah di pinda di mana waktu rehat telah dipanjangkan
dari 30 minit kepada 60 minit pada rehat pertama dan waktu rehat tengahari telah dipanjangkan
dari satu jam kepada satu jam tigapuluh minit. Perubahan ini telah memberi kesan kepada
masa interaksi iaitu di sesi pagi bermula dari 7.30 hingga 9.30 pagi ( dua jam), sesi kedua
bermula 10.30 hingga 12.30 tengahari (tiga jam) dan sesi petang bermula dari jam 2 hingga 6
petang (4 jam). Selain daripada itu, telah diperuntukkan bahawa semua pelajar telah diberikan
masa senggang pada setiap petang hari rabu iaitu bermula dari jam 2 petang sehingga jam 10
malam.
Dari kenyataan yang disampaikan dan dasar pentadbiran sedia ada, saya telah memproses
pindaan jadual waktu dengan bantuan sistem ASC Timetable. Hasilnya, terdapat sebanyak
seratus tigapuluh empat (134) pertindanan masa berlaku. Saya terpaksa merancang berulang
kali dan mengambil masa yang sehingga dua minggu dan hasilnya masih berlaku pertindanan.
Saya mula berfikir dan merasakan suatu tindakan perlu dilakukan untuk menangani masalah ini
kerana jika dibiarkan berlarutan maka ianya akan memberi kesan kepada kelancaran proses
pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar.

Rajah 1 : Jumlah edisi jadual induk yang dikeluarkan.


3

Seminar Penyelidikan IPG Sabah 2012

FOKUS KAJIAN
Pengurusan jadual waktu merupakan suatu perkara yang penting dalam pelaksanaan program
akademik. Perancangan dan penyusunan yang baik akan dapat mengurangkan masalah
berlakunya kekerapan pindaan jadual waktu dan secara langsung akan melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, fokus kajian saya adalah bertumpu kepada pengurusan jadual waktu institut yang
menghadapi masalah kekerapan berlakunya pindaan. Saya juga bertekad agar jadual waktu
dapat dikeluarkan dan diedarkan kepada semua pensyarah dan pelajar sebelum semester
pengajian bermula iaitu selewatnya seminggu sebelum interaksi kursus bermula.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk menambah nilai dalam mengurus perancangan jadual waktu
yang lebih berkesan.
PERANCANGAN TINDAKAN
Saya telah merancang untuk melaksanakan beberapa tindakan penambahbaikan dalam
menguruskan perancangan penyediaan jadual waktu. Tindakan pertama ialah menggunakan
satu perisian jadual waktu sedia ada yang boleh diperoleh secara open source dikenali
sebagai ASC Timetable. Tindakan kedua adalah mengemukakan pindaan dasar pentadbiran
sedia ada dalam mesyuarat MPPP dan tindakan ketiga adalah mewujudkan sistem maklumat
daftar kursus jabatan.
PELAKSANAAN TINDAKAN
Saya telah meneliti beberapa dokumen panduan struktur akademik program sepenuh masa
yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) seperti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) keluaran 2006,
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) keluaran 2007 dan 2008 (pindaan) serta
Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) keluaran 2011. Tujuan semakan adalah untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan nilai kredit kursus dan jumlah masa interaksi kuliah,
amali serta tutorial yang diperuntukan setiap kursus seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Tindakan pertama adalah mendapatkan perisian ASC Timetable secara open source dan
membuat instalasi. Saya mula mempelajari serta menggunakan perisian tersebut dalam
merangka jadual waktu tetapi menghadapi masalah kekangan masa. Saya mengambil tindakan
susulan dengan berjumpa dengan En. Harun Bin Sarail, Penyelaras Jadual Waktu IPGK Kent

Seminar Penyelidikan IPG Sabah 2012

untuk mendapatkan tunjuk ajar beliau. Saya didedahkan dengan kaedah pengurusan dan
beberapa dokumen rujukan yang wajib diikuti oleh seorang penyelaras.
Jadual 1 : Agihan Kuliah, Tutorial dan Amali
KREDIT KURSUS

KULIAH

TUTORIAL

AMALI

3+0

30

15

2+1

15

15

30

1+2

15

60

0+3

90

2+0

15

15

1+1

15

30

0+2

60

5+0

75

4+1

45

30

Hasil perbincangan, saya telah dapat menguasai penggunaan perisian tersebut tetapi saya
menghadapi masalah pertindanan masa interaksi yang serius iaitu sebanyak 134 pertindanan.
Puncanya ialah dasar pentadbiran institut sedia ada yang telah ditetapkan seperti masa
senggang ahli majlis MPPP, masa senggang setiap jabatan, perubahan masa rehat pelajar dan
penetapan masa amali serta masa kokurikulum yang khusus pada hari Selasa dan Rabu.
Saya mengambil tindakan kedua dengan membentangkan kesan dasar pentadbiran institut
sedia ada terhadap jadual waktu. Selain daripada berlaku sebanyak 134 pertindanan, masa
interaksi akan berlanjutan sehingga malam dan interaksi juga perlu dilaksanakan pada petang
jumaat. Situasi ini dijangka akan menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pelajar dan
pensyarah terutama yang terlibat pada interaksi malam dan petang jumaat.
Hasil pembentangan dalam mesyuarat MPPP, pihak pentadbir dan ahli majlis MPPP membuat
keputusan pindaan dasar dengan menetapkan masa senggang ahli majlis dipendekan daripada
dua kepada satu hari sahaja iaitu pada hari jumaat dan melibatkan semua ahli majlis tetap
kecuali urusetia. Masa senggang jabatan yang telah ditetapkan sehari sebelum ini telah dipinda
kepada setengah hari sahaja iaitu bermula dari jam 2 petang mengikut pilihan hari jabatan.
Kesan daripada pindaan ini, pertindanan sebanyak 134 yang berlaku sebelum ini telah berjaya
diselesaikan.
Semasa menguruskan pindaan Jadual Semester 1, maklumat berkaitan kursus yang ditawarkan
dalam semester berkenaan tidak tersusun dan berulang. Setiausaha Akademik (SUA) terpaksa
mengeluarkan senarai kursus pada setiap jabatan dan Ketua Jabatan Akademik (KJA) hanya
5

Seminar Penyelidikan IPG Sabah 2012

membuat pilihan dan pengesahan. Keadaan ini mengakibatkan berlaku kesilapan maklumat
kursus dan maklumat lewat sampai kepada penyelaras jadual waktu.
Saya telah memperkenalkan sistem maklumat daftar kursus jabatan. Di mana, semua KJA
adalah bertanggungjawab menyediakan dan memaklumkan senarai kursus yang akan
ditawarkan semester akan datang. Maklumat yang disediakan perlu lengkap dengan nama dan
kod kursus, nilai kredit, masa interaksi dan pensyarah yang mengajar. Maklumat dinyatakan
secara bertulis dan perlu dibentangkan dalam mesyuarat akademik yang diadakan dalam
tempoh tidak kurang dua bulan sebelum semester kedua dibuka. Kesannya, maklumat yang
diperoleh adalah lengkap dan tepat seperti Rajah 2 berikut.

Rajah 2 : Sistem Daftar Kursus Jabatan dan Unit


Setelah melaksanakan tiga tindakan tersebut, jadual waktu semester kedua 2012 dapat
dikeluarkan dua minggu sebelum semester dibuka dan boleh diakses melalui laman web institut
melalui aplikasi e-Jadual. Penambahbaikan ini telah memberi impak positif kepada semua
warga pensyarah kerana mereka dapat merancang pengajaran lebih awal dan lebih bersedia.
Pelajar juga boleh mengakses dan mencetak jadual kelas masing-masing melalui aplikasi yang
sama. Pindaan jadual yang kerap pada semester satu dapat dikurangkan iaitu dari empat
kepada dua kali sahaja dan pindaan berlaku kerana kemasukan pelajar program baru iaitu
program PPISMP Jun 2012.
6

Seminar Penyelidikan IPG Sabah 2012

Saya amat bersyukur kepada tuhan dan sangat puas hati kerana tindakan yang telah saya
ambil dalam menguruskan jadual waktu ini telah memberikan impak positif kepada semua
warga institut termasuk pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar.

Rajah 3 : Jadual Waktu Kelas

Rajah 4 : Jadual Individu Pensyarah


7

Seminar Penyelidikan IPG Sabah 2012

CADANGAN
Saya bercadang untuk mengambil tindakan penambahbaikan mengendalikan proses muat naik
data jadual ke dalam aplikasi e-Jadual secara sendirian (stand alone). Ini kerana, ketika ini saya
bergantung kepada Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) institut untuk kebenaran muat naik
data. Saya perlu emailkan atau menghantar salinan softcopy kepada PTM untuk proses muat
naik data ke dalam aplikasi e-Jadual. Proses ini telah menyebabkan proses muat naik lewat dan
lebih menyulitkan lagi apabila beliau cuti atau berada di luar kawasan kerana mesyuarat atau
aktiviti rasmi lain.
Dicadangkan satu kajian tinjauan keperluan masa rehat sedia ada perlu diadakan. Tujuan
kajian adalah untuk mengenal pasti tahap persetujuan pensyarah dan pelajar untuk
mengekalkan masa rehat sedia ada atau perlu pindaan.
RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru, (2006). Panduan Struktur Akademik Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda (PPISMP). Tidak diterbitkan. KPM
Bahagian Pendidikan Guru, (2007). Panduan Struktur Akademik Program Ijazah Sarjana Muda
(PISMP) . Tidak diterbitkan. KPM
Bahagian Pendidikan Guru, (2008). Panduan Struktur Akademik Program Ijazah Sarjana Muda
(PISMP) Pindaan.Tidak diterbitkan. KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia, (2011). Panduan Struktur Akademik Program Diploma
Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI). Tidak diterbitkan. KPM

Anda mungkin juga menyukai