Anda di halaman 1dari 5

JURNAL MINGGU 2

Minggu Internship

: Kedua

Tarikh

: 2 oktober 2015 9 Oktober 2015

Tajuk

1.0

: Kawalan kelas

Isu / Masalah
Kawalan kelas merupakan isu yang amat penting kerana dengan

kawalan kelas, boleh menentukan sama ada proses pengajaran dan


pembelajaran itu berjalan engan lancar atau tidak.. oleh itu, isu ini
amat wajar untuk dikaji terutamanya oleh guru Pendidikan Khas.
Saya menjalakan interrnship di Sekolah Kebangsaan Bumiputera.
Saya akan menjalankan internship di sekolah ini selama 1 bulan, dan
akan terus menetap di sekolah ini selepas tempoh internship sehingga
tamat sesi persekolahan untuk tahun 2015.
Sepanjang dua minggu saya menjalani internship dan beberapa kali
menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi masalah
yang amat serius iaitu masalah kawalan kelas. Masalah ini saya hadapi
ketika saya memasuki kelas 2 Zinnia, iaitu kelas yang terdiri daripada
murid yang kebanyakannya menghidapi masalah hiperaktif. Untuk kelas
ini, saya mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Hasil pemerhatian
saya sepanjang dua minggu ini, saya mendapati murid kelas ini tidak
dapat memberi fokus yang lama terhadap pengajaran dan
pembelajaran dan sering menganggu rakan-rakan ketika proses
pengajaran sedang dijalankan. Terdapat juga murid yang suka
merayau-rayau dan pergi ke tempat duduk rakan untuk menganggu
rakan. Selain itu, terdapat juga murid kelas ini suka membuat bising,
menjerit, menyanyi dan mengetuk meja ketika saya sedang mengajar.
Hal ini amat menganggu kerana perangai murid tesebut juga
cenderung untuk mengalih perhatian murid-murid lain.
2.0

Kemungkinan / Penyebab
Antara kemungkinan atau penyebab berlakunya masalah ini

mungkin kerana saya adalah guru baru dan mereka tidak takut dengan

saya seperti mana mereka takut dengan guru lain. Sifat saya yang
kurang tegas juga menambah lagi kepada masalah kawalan kelas ini.
Murid kelas ini juga terdiri daripada beberapa orang murid hiperaktif.
Disebabkan oleh beberapa orang murid hiperaktif ini, maka murid lain
juga cenderung untuk meniru perangai rakan mereka untuk
mendapatkan perhatian.
3.0

Kelemahan
Kawalan kelas merupakan satu ciri-ciri yang amat penting dalam

menentukan sama ada proses pengaran dan pembelajaran itu berkesan


atau tidak. Hal ini adalah kerana kegagalan kawalan kelas, akan
membawa banyak kelemahan. Antara kelemahan yang paling ketara
adalah kesukaran untuk mencapai objektif tingkah laku dan objektif
pengajaran. Sebagai guru Pendidikan Khas, objektif tingkah laku adalah
sesuatu yang amat penting kerana walaupun objektif pengajaran tidak
tercapai,tetapi objektif tingkah laku haruslah dicapai. Tetapi dengan
kawalan kelas yang lemah, maka adalah sukar untuk mencapai objektif
tingkah laku. Antara kelemahan lain kegagalan kawalan kelas adalah ia
akan mempengaruhi murid yang baik menjadi tidak baik kerana
terpegaruh dengan rakan sekelas.
4.0

Kekuatan
Seterusnya, jika seorang guru dapat mengawal kelas dengan baik,

terdapat banyak kekuatan yang bakal diperolehi. Antara kekuatan yang


palin utama adalah, guru dapat mencapai objektif tingkah laku sesuatu
pengajaran, maka ini bermakna sesuatu PdP telah berjaya. Selain itu,
dengan kawalan kelas yang baik, guru dapat melaksanakan PdP dengan
lancar serta ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan dapat
disampaikan. Kawalan kelas yang baik juga mendapat bentuh sahsiah
murid yang baik serta murid yang berdisiplin.
5.0

Cadangan Mengatasi
Cadangan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan merujuk

kepada Teori Skinner.


Di dalam sebuah makmal, Skinner memasukkan seekor tikus ke
dalam sebuah kotak khas yang dikenali sebagai Skinner Box yang
terdiri daripada- tombol, alat memberi makanan, bekas makanan,

lampu yang dapat dikawal nyalaannya. Disebabkan dorongan


lapar(hunger drive), tikus berusaha keluar untuk mencari makanan.
Semasa berusaha keluar dari kotak, tikus tertekan tombol secara tak
sengaja dan makanan keluar. Sejak itu, tikus mula menekan tombol
apabila lapar dan makanan keluar secara berperingkat berdasarkan
peningkatan tahap pelaziman tikus tersebut , proses ini dikenali
sebagai shaping. Berdasarkan percubaan dan kajian yang berterusan
terhadap tikus dan burung merpati, Skinner telah membuat kesimpulan
bahawa unsur terpenting dalam pembelajaran ialah peneguhan
(reinforcement).
Skinner juga telah mencadang beberapa teknik lain yang amat
sesuai diaplikasikan dalam pelaksanaan modifikasi tingkah laku murid.
Antara teknik-teknik yang dicadangkan ialah peneguhan, denda dan
peneguhan, reverse psychology, shaping, token ekonomi, kontrak(lisan
dan bertulis), kawalan kendiri.
Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa
yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini
dapat dijelaskan dengan contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke
sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan pembelajaran
pada hari tersebut.
Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan.
Malah peneguhan itu boleh sama ada peneguhan positif atau
peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku
operan. Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap
masa agar ia dapat menghasilkan tingkah laku yang diharapkan.
Tingkah laku dapat dapat dikekalkan dengan peneguhan yang tidak
sama dan berlainan. Misalnya memberi pujian, penghargaan, hadiah
dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang memuaskan
berlaku.
Peneguhan negatif pula merupakan stimuli yang dihapuskan dengan
tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.
Misalnya, seorang guru mengarah seseorang murid yang membuat
bising dalam kelas agar keluar dan berdiri di luar kelas bagi
menambahkan peluang murid lain untuk meneruskan aktiviti

pembelajaran tanpa gangguan. Namun, terdapat juga peneguhan


negatif yang boleh menyakiti seseorang individu kerana tingkah laku
operannya kurang sesuai. Misalnya, mengejek kesilapan seseorang
individu di depan orang ramai. Peneguhan ini tidak akan mengubah
sikap individu tersebut, malah menambah kebarangkalian berulangnya
tingkah laku operan itu pada masa depan.
Denda atau hukuman pula bertujuan menghentikan sesuatu tingkah
laku yang tidak diingini. Tetapi, ia adalah sesuatu yang kurang baik jika
dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang
negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu
akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman dikenakan.
Skinner juga berpendapat bahawa denda atau hukuman hanya boleh
membawa kesan dalam tempoh singkat, selepas itu tingkah laku yang
tidak diingini biasanya diulangi lagi. Maka, denda atau hukuman adalah
sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan peneguhan positif
atau negatif yang bertujuan menambahkan kebarangkalian
berulangnya sesuatu tingkah laku sama ada diingini atau tidak diingini.
6.0 Tempoh Penyelesaian
12 Oktober 2015 hingga 23 Oktober 2015
7.0

Tindakan Susulan
Antara tindakan susulan yang mahu dilaksanakan berdasarkan Teori

Skinner ialah melaksanakan peneguhan sama ada positif atau negatif


terhadap tingkah laku murid untuk menunjukkan akibat melakukan
sesuatu tingkah laku itu. Peneguhan dilaksanakan menggunakan papan
token, hukuman dan ganjaran.
8.0

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, pengurusan bilik darjah atau kawalan kelas

yang baik tidak akan berlaku tanpa peneguhan. Setiap aktiviti


pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah
mempunyai kawalan kelas yang baik serta yang tidak ada gangguan
tingkah laku yang tidak menyenangkan. Jelaslah bahawa kawalan bilik
darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan,

kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh


kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat
maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan murid-muridnya terlebih
dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah
berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek,
Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan
cemerlang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

:..............................................

Nama

:..............................................

Tarikh

:..............................................

Anda mungkin juga menyukai