Anda di halaman 1dari 3

Teks MC RIMUP 2015

Majlis RIMUP tempat hentian,


Peserta berseri direnjis pilis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum....
Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.
Yang berusaha Guru Besar SJKC Min Te, Encik Ng Kheng Guan dan guru2
penolong kanan, Yang dihormati barisan guru2 pengiring serta murid2 yang dikasihi
sekalian.
siding hadirin dan hadirat yang dihormati,
Program RIMUP 2015 ini akan dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku .
Para hadirin diminta berdiri.
Terima kasih..para hadirin dipersilakan duduk.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
limpah kurnianya, kita diberikan kesempatan untuk berhimpun pada hari ini,
bagi menjayakan program RIMUP antara SJKT Ayer Tawar, SK Methodist
Ayer Tawar dan SJKC Min Te selaku tuan rumah.
Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan kehadiran anak-anak dan guruguru pengiring ke SJKC Min Te pada hari ini.
Bertemu kita di pagi ceria,
Menjalin ikatan suci murni,
Program RIMUP aktiviti mulia,
Bina perpaduan jati diri.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian,

RIMUP merupakan singkatan kepada Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan


bertujuan bagi melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, dan budaya
dapat hidup dan bekerja bersama dengan harmonis ke arah mewujudkan
masyarakat serta negara yang aman damai. RIMUP juga memberi peluang kepada
guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran berintegrasi dengan aktif
dan positif.

Majlis dengan ini menjemput Encik Ng Kheng Guan, Guru Besar SJKC Min Te
untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan PROGRAM RIMUP
2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.
Terima kasih di atas ucapan Guru Besar SJKC Min Te ,En.Ng Kheng Guan
sebentar tadi.
Bagi melancarkan aktiviti RIMUP
memaklumkan atur cara program.

pada

hari

ini,

dengan

ini

saya

****

Sidang hadirin dan hadirat sekalian,


Acara sukaneka akan membuka tirai aktiviti selepas ini. Justeru,diminta para
peserta yang bertanding bersiap sedia dan bergerak ke padang bersama
dengan guru pengiring masing-masing.
Perhimpunan kita di dewan ini direhatkan seketika untuk memberi laluan
kepada aktiviti padang.
Kita berjumpa kembali selepas ini. Sekian.

Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
hadiah
dan
cenderahati.
Majlis
menjemput
________________________________________
bagi
menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.

Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Dengan ini pihak majlis
mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru
dan sekolah yang terlibat atas kerjasama padu, sumbangan tenaga dan
sokongan dalam memastikan program RIMUP 2015 ini berjalan lancar. Bagi
pihak
majlis, saya
memohon maaf sekiranya terdapat kepincangan
mahupun kekurangan sepanjang program ini.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalaun ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian.