Anda di halaman 1dari 16

DEFINISI MEMBACA

Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi
antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga dapat ditakrifkan sebagai proses
membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang pembaca
( Anderson & Pearson, 1984 ). Kedua-dua aktiviti pembacaan iaitu, membaca dan memberi
makna merupakan proses yang konstruktif serta saling berhubung kait antara satu sama lain.
Pemahaman makna yang diperoleh oleh pembaca dalam proses ini berlangsung daripada
pengetahuan latar yang dirangsang oleh perkataan, ayat , dan perenggan penulis dalam bahan
yang dibacanya. Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandung
pada setiap ayat yang dibaca, tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda yang
terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami maksud keseluruhan
bahan yang dibaca. Proses ini dikenali sebagai proses menaakul atau meneka maksud
berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Menaakul pula bermaksud
membuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang dapat dijadikan panduan dalam proses meneka
tersebut.
TEORI MEMBACA
1. Teori Membaca secara automatik

La Berger dan Samuel merupakan pengasas kepada teori ini. Teori ini menganggap
wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik.
Antara lain, teori ini juga mengatakan bahawa wujudnya perbezaan antara proses bersifat
automatik dan proses kawalan ketika berlakunya pembacaan. Sub komponen dalam
kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan
dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi

membantu menguasai kemahiran asas membaca.


Selain itu, model ini juga meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran
pemahaman membaca teks secara automatik secara dengan latihan yang dijalankan.
Pembaca yang mempunyai kemahiran membaca automatik lebih berupaya mengawal teks
serta mempunyai lebih sumber dan akan mudah memahami pembacaan. Oleh itu,
pembaca haruslah menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca
memahami teks dengan lebih berkesan.

2. Teori kecekapan Verbal

Teori ini diperkenalkan oleh Perfetti ( 1985, 1988 ). Teori ini menekankan kemahiran
membaca dengan meluaskan dengan memperluaskan proses pentafsiran kod. Selain
daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek resolusi anafora, membuat
kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan

strategi meta kognitif yang digunakan juga terlibat dalam penguasaan bahasa.
Menurut teori ini, setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan
menguasai kecekapan verbal. Pembaca yang mempunyai efisien yang tinggi dalam

kecekapan verbal mempunyai perhatian yang banyak dan sumber ingatan bagi rujukan.
Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung
dengan pemahaman. Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang
sudah dibacanya. Tidak cekap dalam membaca juga disebabkan oleh skemata yang
terhad. Kekurangan pengetahuan lalu berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan
menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.

BELAJAR MEMBACA
Terdapat beberapa kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar pelajar
membaca. Guru boleh menggunakan salah satu atau merangkumkan lebih daripada satu kaedah
berdasarkan kesesuaian objektif pengajaran yang ingin dicapai. Antara kaedah tersebut ialah :
1) Membaca bebas
Pelajar membaca keseluruhan bahan yang mereka pilih daripada sekumpulan
bahan yang disediakan oleh guru
Kaedah ini memerlukan sokongan guru yang paling minimum kerana kaedah ini
digunakan bagi pelajar yang mempunyai kebolehan membaca yang baik.
Guru perlu memberi arahan awal supaya pelajar membuat persediaan sebelum
membaca seperti menyediakan soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca
buku tersebut.
2) Membaca secara berkoperatif
Menggunakan kaedah membaca secara berpasangan sama ada berdua atau bertiga
Pelajar bergilir-gilir membaca sebahagian daripada bahan bacaan secara lantang
kepada rakan dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untuk
membincangkan apa yang telah mereka baca
Berikut merupakan garis panduan yang boleh digunakan untuk menjalankan
aktiviti membaca secara berkoperatif:
i)
Meninjau dan menaakul

ii)
Membaca lantang dan senyap
iii)
Meringkas dan bertindak balas
3) Membaca dengan panduan guru
Kaedah ini memerlukan guru untuk memberi panduan atau mengarahkan pelajar
melakukan pembacaan senyap dan seterusnya bertanya soalan atau membantu
mereka membina soalan ketika membaca bahagian yang telah ditetapkan.
Guru juga boleh membantu pelajar membuat telahan terhadap bahan yang telah
dibaca
Kaedah ini digunakan apabila pelajar memerlukan sokongan dalam membina
makna daripada bahan, sama ada kerana tahap kesukaran bahan ataupun
kemampuan pelajar yang rendah.
Kaedah ini amat berguna bagi mendidik pelajar membaca kerana guru dapat
memberikan sokongan atau bantuan pada peringkat awal bacaan dan
mengurangkan sokongan tersebut sedikit demi sedikit

4) Berkongsi membaca
Berdasarkan prosedur ini, guru membaca lantang sesuatu cerita dan mengajak
kanak-kanak bersama-sama membaca apabila mereka berasa selesa dan bersedia
Kanak-kanak diberi peluang untuk bertindak balas menerusi penulisan, lukisan,
drama, perbincangan dan sebagainya
Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar yang lebih mahir membaca menjadi
model kepada pelajar yang kurang mahir membaca
5) Membaca lantang
Membaca lantang bahan tersebut dan membincangkan kandungan bahan bersama
Dapat menjadikan pembaca lantang sebagai model pembaca yang sebenar
Guru bertindak sebagai model yang dapat diikuti pelajar pada peringkat awal
bacaan
Kaedah ini digunakan bagi bahan yang mengandungi terlalu banyak istilah,
konsep atau perkataan yang sukar. Setelah guru membacanya dengan lantang,
pelajar perlu ikut membaca secara berkoperatif atau bebas.
MASALAH DALAM MEMBACA
APAKAH YANG MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN MEMBACA ?

Faktor fizikal
1) PENGLIHATAN
Simptom/ tanda yang menyebabkan ketidakupayaan membaca:

Juling
Rabun dekat
Rabun jauh
Astigmatism
Amblyopiks
2) PERSEPSI PENGLIHATAN
Berikut merupakan symptom pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang
bercelaru:
Perkara kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna.
Contoh: musik menjadi msuki
Huruf atau perkataan menjadi terbalik. Contoh: huruf b menjadi d
Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal
pasti huruf yang sebenar
Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin
Pelajar tidak dapat membezakan suku kata
3) PENDENGARAN ( AUDITORI)
Pelajar yang menghadapi masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah
dalam belajar membaca. Antara masalah pendengaran yang biasanya berlaku ialah:
Masalah membezakan bunyi vocal dan konsonan
Kerencatan pendengaran sementara- boleh dirawat dengan rawatan biasa
seperti pembersihan lubang telinga/ antibiotic
Kerencatan kekal- perlu rawatan pakar, sama ada rawatan jangka panjang atau
rawatan kekal.
4) PERTUTURAN
Masalah perturan:
Kecelaruan bunyi bahasa
Nada yang tidak menentu
Pertuturan spastik
Punca:

Masalah emosi
Kelewatan pertumbuhan
Kurang pendengaran
Pertumbuhan kerongkong tidak lengkap
Sumbing
Kecederaan otak/ sebahagian otak

Faktor Neurologikal (berkaitan sistem saraf manusia)


1) KEROSAKAN OTAK
Punca:
Kecedaraan

Penyakit
Kesan bahan toksik pada otak
Semulajadi sejak lahir
2) NEUROLOGI TIDAK BERFUNGSI

Bahagian otak tidak dapat berkembang sepenuhnya

Bahagian otak tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan


Hyperlexia seorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal
3) FAKTOR KETURUNAN
Kembar seiras
Latar belakang keluarga yang tidak tahu membaca
Pengaruh persekitaran dalam keluarga
4) FAKTOR EMOSI
Tekanan
Rasa rendah diri
Kecewa
Malas
Gangguan emosi
5) FAKTOR SOSIOEKONOMI
Status sosioekonomi yang rendah menyebabkan kanak-kanak mempunyai
pencapaian dalam membaca yang rendah
Keturunan kaum dan perbezaan budaya

Pemilihan bahan bacaan


Terdapat dua jenis bahan bacaan yang boleh dipilih oleh pelajar, antaranya:
i.
ii.

Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.


Bahan yang menarik minat pelajar.

i.
Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.
Guru perlu mengambil perhatian terhadap beberapa unsur yang terdapat dalam setiap
bahan tersebut agar dapat menarik minat pelajar dan perlu memberi panduan terhadap
pemilihan bahan bacaan pelajar. Hal ini kerana, kadang-kala bahan yang dipilih oleh
pelajar telah terlalu lama digunakan dan mungkin tidak lagi terdapat di pasaran serta

kalau ada pun mungkin sudah tidak sesuai dengan perkembangan pelajar pada masa kini.
Manakala bagi pelajar di tahap satu pula, bahan yang menggunakan ayat yang berulangulang adalah penting bagi memperkukuhkan pengamatan pelajar terhadap huruf bercetak
seperti dalam buku cerita.

Bahan bag kanak-kanak pula, memerlukan banyak penggunaan perkataan yang berirama

supaya mudah dibaca.


Bahan yang mempunyai keselarian dalam huruf, nombor, hari, hari bulan, dan nama
bulan juga akan dapat membantu pelajar.

ii.
Bahan yang menarik minat pelajar
Peringkat rendah, buku yang terpilih perlulah dapat menarik minat pelajar berdasarkan
ilustrasi dan kandungan cerita yang menarik. Bahan yang mempunyai ilustrasi yang
menarik akan lebih diminati jika disertai dengan ilustrasi yang dapat memperkukuhkan

daya imaginasi pelajar yang membacanya.


Pada peringkat menengah, bahan dapat menarik minat pelajar pula merupakan bahan
yang mempunyai kualiti seni bahasa dan sastera yang bermutu tinggi. Bahan yang
berkualiti, sebagai contoh bahan kesusasteraan perlulah mempunyai susunan cerita yang

rapi, watak yang pelbagai dan sebagainya.


Guru juga berperanan dalam memilih atau menapis apakah bahan yang boleh
dibincangkan di dalam kelas dan pelajar juga akan memilih bahan yang mereka gemar

berdasarkan kemampuan dan minat mereka.

Pendekatan dalam pengajaran membaca.


Terdapat pelbagai pendekatan dalam pengajaran membaca antaranya:
i.

Intertekstualiti
Pendekatan ini telah dibincangkan dan digunakan dalam mengatur strategi bagi
membantu pembaca memahami bahan bacaannya. Definisi yang dikemukakan oleh ahli
teori dan kritikan kesusasteraan seperti Kristeva(1969), Derrida (1972) dan Hartman
(1995), terhadap perkataan intertekstualiti adalah mudah tetapi memerlukan penghuraian
yang kompleks bagi menjelaskan maksud yang lengkap. Intertekstualiti ini terbahagi
kepada tiga iaitu:
a) Endogenous utama
Pembaca akan mencari petanda yang dapat membantu mereka memahami teks
dengan lebih mudah. Rujukan boleh dibuat secara songsang iaitu merujuk pada
bahagian tengah atau akhir teks bagi memahami maksud teks yang masih samar
pada bahagian awalnya.

b) Endogenous kedua
Rujukan antara bahan dalam mata pelajaran lain atau jenis bahan bacaan lain
seperti akhbar, majalah internet dan sebagainya merupakan sumber untuk
melakukan proses intertekstualiti ini. Pelajar juga kerap dilatih untuk merujuk
bahan berkaitan bagi mendapatkan kepastian terhadap maksud teks sedang
dibacanya, mendapatkan maklumat tambahan bagi menjelaskan, mencirikan dan
sebagainya dalam proses membaca.
c) Eksogenius
Tugas melakukan interstualiti tidak sukar tapi amat berat jika tidak mendapat
latihan yang kerap. Latihan juga harus dilakukan secara sedar iaitu mereka faham
bahawa mereka sedang melakukan sesuatu proses daripada kategori interksetualiti
yang dinyatakan. Kecekapan seseorang pelajar melakukan proses tersebut secara
sedar akan menambah keupayaannya untuk memahami bahan bacaan dan dapat
menggunakan bahan serta dapat menggunakan bahan lebih berkesan. Latihan
yang kerap juga menjadikan para pelajar lebih cekap dan mahir untuk membuat
intertekstualiti.
ii.

Pendekatan Membaca Asas


Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang biasanya pada situasi
membaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat dan

bimbingan.
Penambahan perkara yang pernah diajar dalam pengajaran membaca akan dapat

membantu pelajar menguasai kemahiran membaca.


Pendekatan ini memandang serius tentang pola dan perbendaharaan kata kerana
guru perlu memikirkan cara untuk mencungkil kebolehan serta pengalaman yang

dimiliki oleh pelajar dalam peringkat penguasaan kemahiran dalam bahasa.


Prinsip pendekatan membaca asas:
1. Pengajaran meliputi perkembangan kemahiran.
2. Pengajaran perkembangan kemahiran
3. Membaca secara terarah yang terbahagi kepada lima iaitu motivasi,
persediaan latar belakang, menerapkan tujuan, membaca semula secara
senyap atau lisan dan tindak balas serta perluasan.

iii.

Pendekatan membaca individu

Pendekatan ini memberi penekanan kepada tahap yang berbeza dalam bacaan individu.
Pendekatan ini juga mementingkan pemilihan bacaan oleh pelajar yang dapat dikaitkan

dengan minat, keperluan dan keupayaan untuk membaca.


Antara tujuan pendekatan ini adalah:
1. Dapat menarik minat pelajar dan menjadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti
yang bernilai dalam kehidupan.
2. Mengembangkan kemahiran membaca yang luas dengan memilih kata yang
mudah.
3. Menambahkan keupayaan pelajar dalam memahami dan menilai keupayaan
membaca.

iv.

Pendekatan Teknologikal
Pendekatan ini menekankan keupayaan untuk menghasilkan bahan pengajaran
yang berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Selain itu,
pendekatan ini juga dapat dirasai oleh pancaindera serta diberikan bukti tentang

1.
2.
3.
4.

kebenarannya.
Objektif dalam sistem membaca:
Program berdasarkan kriteria
Membaca berdasarkan kecekapan
Sistem pengurusan kemahiran
Membaca berdasarkan perspektif diagnostik.

MASALAH DALAM MEMBACA DAN


KESANNYA
MASALAH DALAM MEMBACA
Masalah dalam bacaan bukanlah satu isu baharu. Namun
demikian masalah ini tidak boleh dipinggirkan begitu
sahaja. Seluruh sistem pembelajaran murid akan lumpuh
seandainya mereka menghadapi masalah dalam bacaan.
Masalah dalam bidang bacaan ini amat luas iaitu masalah
dari aspek murid dan dari aspek bahan bacaan. Masalah
dari aspek murid boleh dilihat dari segi intelek, psikologi,
fizikal dan persekitaran. Faktor intelek murid mengambil

kira aspek-aspek seperti kecerdasan, kebolehan bahasa,


pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Faktor psikologi
pula memperlihatkan pengaruh minat, motivasi dan
konsep kendiri. Faktor fizikal pula memberi tumpuan
kepada daya penglihatan dan daya pendengaran murimurid. Manakala faktor persekitaran berkaitan lokasi di
mana murid itu berada iaitu sama ada di rumah atau di
sekolah.
Selain faktor murid, faktor bahan bacaan juga
menjadi masalah dalam bidang bacaan. Faktor bahan
bacaan ini akan melihat sudut penyediaan bahan bacaan
itu sendiri misalnya aspek perbendaharaan kata, panjang
pendek ayat, isi, struktur cerita, penggunaan dan
organisasi bahan grafik.
Faktor-Faktor Masalah Membaca

Kaedah Pengajaran Guru


Kaedah pengajaran guru merupakan salah satu punca
berlakunya masalah membaca dalam kalangan murid.
Masalah dalam kaedah pengajaran guru berpunca
daripada tiga punca utama, iaitu kurang pengalaman,
penggunaan
kaedah
pengajaran
membaca
secara
beramai-ramai dan individu, dan tidak ada kaedah yang
berkesan dalam pengajaran membaca.

Faktor Persekitaran
Faktor seterusnya yang dikenal pasti punca berlakunya
masalah
membaca
dalam
kalangan
murid
ialah
persekitaran yang tidak kondusif. Terdapat tiga faktor
persekitaran yang menyebabkan masalah ini berlaku, iaitu
keluarga, sekolah, dan rakan.
i.
Persepsi ibu bapa juga begitu lebih mementingkan
subjek seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
mereka sanggup menghantar anak-anak mereka belajar

(tuisyen) untuk subjek tersebut tetapi tidak pada bahasa


Melayu yang mereka anggap mudah lulus dan kurang
penting, tetapi sebaliknya anak-anak bukan Melayu pula
(kebiasaannya orang Cina) pula yang menghantar anakanak mereka belajar/tuisyen bahasa Melayu kerana subjek
ini penting untuk mendapatkan biasiswa.
ii.
Faktor sekolah juga adalah penyumbang kepada masalah
ini. Contohnya masalah membaca ini sepatutnya sudah
selesai atau tidak lagi ada bagi murid darjah 6. Pada masa
ini guru lebih fokus kepada murid untuk menghadapi
peperiksaan UPSR, guru tidak lagi banyak menumpukan
perhatian kepada mengajar membaca murid-murid yang
lemah ini, kerana bagi mereka murid darjah 6 ini mesti
lulus peperiksaan UPSR ini nanti. Caranya saja ialah murid
yang lemah ini diajar oleh guru-guru lain khusus untuk
membaca sahaja. Sepatutnya mengatasi kelemahan
membaca ini sudah bermula sejak murid itu dikenal pasti
lemah membaca itulah. Kerana pada Darjah 1, 2 atau 3
mereka ini sepatutnya sudah mantap dengan kemahiran
membaca. Jadi bila mereka berada di darjah 4, 5 dan 6
tumpuan guru hanya kepada pengajaran mata pelajaran
seperti Matematik, Sains, Geografi, Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu.

Faktor Psikologi
Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina
tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam
terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu
mengalami proses pembacaannya. Terdapat dua faktor
yang berkaitan dengan psikologi, iaitu kurang minat
belajar dan kurang mengambil perhatian semasa belajar.
Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca
dalam kalangan murid. Tumpuan belajar daripada murid
itu kurang, misalnya semasa pengajaran di bilik darjah

murid-murid seperti ini kurang mengambil perhatian


terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Perkara
ini juga berkait rapat dengan sikap dan tabiat belajar
murid berkenaan. Murid yang
pandai membaca mempunyai sikap dan tabiat rajin belajar
berbanding dengan
murid yang lemah membaca ini.

Faktor Individu
Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan
kebolehan membaca. Murid-murid yang mempunyai
kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami
dengan cepat bahan bacaan yang dibaca berbanding
murid yang lemah membaca. Faktor individu ialah faktor
yang berkaitan dengan kecerdasan murid lemah dalam
pembelajaran dan membaca. Murid-murid ini juga
mempunyai ingatan yang lemah dan tidak dapat
mengingat maklumat dan apa yang telah dipelajari dalam
jangka masa yang panjang. Bagi sebilangan subjek guru,
faktor kecerdasan murid atau individu adalah berkait
rapat dengan kebolehan membaca mereka. Kecerdasan
murid yang rendah menjadikan individu berkenaan tidak
boleh mengingati apa yang dipelajari untuk jangka masa
panjang dan menyebabkan murid-murid ini membuat
tanggapan yang meleset dari apa yang telah dipelajari.

Teks yang Digunakan


Secara tradisi, variasi dalam pembacaan murid berpunca
daripada jenis teks yang dibaca. Pengaruh teks terhadap
pembaca adalah sangat kompleks. Teks yang mudah dan
menarik memudahkan pembaca, membaca dan memahami
isi kandungan teks tersebut. Sebaliknya, jika teks yang
dibaca terlalu tinggi bahasanya, banyak teks, tulisan
yang kecil dan lain-lain boleh mengganggu pembacaan
pembaca. Terdapat dua perkara utama yang berhubung

kait dengan faktor teks, iaitu tidak menarik dan sukar


difahami. Teks yang tidak menarik adalah berkaitan
dengan isi kandungan atau bahan cerita yang sudah
terlalu lama dan kurang sesuai dengan keadaan semasa
murid. Cerita yang terdapat dalam teks berkenaan sudah
lama, perlu diperbaharui dan disesuaikan dengan keadaan
dan kehendak pada murid masa kini. Di samping itu,
sebahagian kandungan teks bacaan tersebut terlalu
panjang dan sukar difahami murid. Kandungan teks
berkenaan kurang sesuai dengan kebolehan murid,
terutama murid yang masih rendah tahap kemahiran
membaca mereka.

Masa Pengajaran
Faktor masa pengajaran bermaksud masa pengajaran
membaca yang diperuntukkan terlalu singkat dan tidak
mencukupi. Peruntukan masa pengajaran membaca yang
terlalu singkat ini tidak banyak membantu murid tahap
kecerdasan sederhana dan lemah untuk menguasai
kemahiran membaca. Contohnya, bagi guru masa 30 minit
itu tidak mencukupi, sepatutnya masa membaca itu
biarlah mengambil masa yang panjang terutama bagi
murid darjah 1, 2 dan 3 sebab membaca adalah asas. Jadi
pada peringkat asas kemahiran membaca atau apa saja
kemahiran perlu dikukuhkan terlebih dahulu sebelum
mereka ini pergi lebih jauh lagi dengan mempelajari
banyak mata pelajaran dan mempelajari bahasa Inggeris.
Keadaan ini kurang diambil perhatian berat oleh pihak
kementerian. Bila dilihat pada bebanan subjek darjah 1, 2
dan 3 terlampau banyak sehingga lapan mata pelajaran.
Jadi tumpuan kanak-kanak untuk mengukuhkan kemahiran
membaca dan lain-lain kemahiran itu terbatas disebabkan
bebanan subjek yang banyak yang harus mereka kuasai.
Kesan Masalah Membaca

i.

Gagal dalam Peperiksaan


Kegagalan murid membaca dengan baik seringkali
dikaitkan
dengan
kegagalan
dalam
peperiksaan.
Kegagalan dalam peperiksaan ini banyak dipengaruhi oleh
kesukaran murid-murid untuk memahami isi kandungan
pelajaran yang dipelajari disebabkan oleh kegagalan
mereka membaca dengan baik. Senario yang wujud bila
murid gagal dalam peperiksaan besar seperti UPSR,
PMR,SPM ialah kita akan mendengar orang mengatakan
murid atau pelajar itu gagal kerana faktor yang utama
ialah lemah membaca. Memang diakui membaca adalah
kunci utama dalam pembelajaran, tanpa ada kemahiran
membaca memang pembelajaran murid akan menjadi
pincang.

ii.

Menjejaskan Pembelajaran Mata Pelajaran Lain


Murid yang menghadapi masalah membaca ini juga
didapati berhadapan dengan masalah untuk menguasai
mata pelajaran lain selain Bahasa Melayu. Akibat daripada
kelemahan
menguasai
kemahiran
membaca
ini,
pencapaian mereka terhadap mata pelajaran lain seperti
Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Geografi juga
terjejas. Kegagalan menguasai kemahiran membaca di
peringkat rendah sangat menyukarkan murid ini untuk
meneruskan pelajaran. Sebagai contoh, murid-murid yang
berada di Darjah 6 ini tumpuan mereka adalah menguasai
semua mata pelajaran yang ada di peringkat ini, tetapi
adalah malang bagi sebahagian kecil murid yang lemah
kemahiran membaca, mereka tidak dapat menumpukan
sepenuhnya terhadap semua mata pelajaran di peringkat
ini kerana mereka bergelut dengan kelemahan untuk
memahami isi pelajaran tersebut kerana mereka ini lemah
menguasai membaca. Akibat dari ini juga banyak masa
digunakan untuk membimbing murid yang lemah ini.

iii.

Sukar Menghadapi Peperiksaan

Murid yang lemah membaca nanti akan berhadapan


dengan kesukaran menjawab soalan sebab kelemahan
membaca mereka. Dengan sendiri apa yang diajarkan
ataupun apa juga bentuk-bentuk latihan dan ujian murid
yang lemah membaca ini akan terkandas. Misalnya dalam
pelajaran pemahaman karangan jika mereka lemah
membaca sudah tentu mereka ini tidak dapat menjawab
dengan baik soalan kefahaman berkenaan. Ini kerana, dari
segi bahasa murid berkenaan harus menguasai kemahiran
membaca yang kukuh dahulu. Jika mereka ini lemah
membaca maka sudah tentu mereka ini menghadapi
kesukaran untuk menjawab sebarang soalan sama ada
ujian atau peperiksaan sebab mereka tidak faham tentang
isi soalan dan arahan ujian atau peperiksaan tersebut.
Sebab pengukuran kemajuan seseorang murid itu lebih
banyak melalui ujian dan peperiksaan.
iv.

Kesan Psikologi
Minat dan motivasi sangat dominan dan berperanan dalam
membina tabiat suka membaca. Di samping itu, dorongan
dan pemupukan minat perlu ditanamkan oleh guru, ibu
bapa serta komuniti setempat. Minat yang tinggi terhadap
membaca membolehkan individu tersebut berjaya dalam
kehidupannya. Kesan psikologi itu berkaitan dengan
minat, semangat, emosi dan sikap murid. Murid yang
lemah menguasai kemahiran membaca akan menghadapi
berbagai-bagai impak psikologi.

v.

Kedudukan Bilangan di Dalam Kelas


Antara impak yang jelas dan mudah dilihat ialah apabila
keputusan
peperiksaan
dikeluarkan
murid,
yang
bermasalah membaca selalu berada di kedudukan
terkebelakang di dalam kelas. Murid bermasalah membaca
ini seringkali mendapat nombor penghabisan. Punca
berlakunya perkara ini adalah disebabkan mereka lemah
dalam pelajaran. Kelemahan dalam pelajaran ini berpunca

daripada tidak dapat menguasai kemahiran membaca


dengan baik.
Masalah dalam bacaan bukanlah satu isu baharu. Namun demikian masalah ini tidak
boleh dipinggirkan begitu sahaja. Seluruh sistem pembelajaran murid akan lumpuh
seandainya mereka menghadapi masalah dalam bacaan. Masalah dalam bidang
bacaan ini amat luas iaitu masalah dari aspek murid dan dari aspek bahan bacaan.
Masalah dari aspek murid boleh dilihat dari segi intelek, psikologi, fizikal dan
persekitaran. Faktor intelek murid mengambil kira aspek-aspek seperti kecerdasan,
kebolehan bahasa, pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Faktor psikologi pula
memperlihatkan pengaruh minat, motivasi dan konsep kendiri. Faktor fizikal pula
memberi tumpuan kepada daya penglihatan dan daya pendengaran muri-murid.
Manakala faktor persekitaran berkaitan lokasi di mana murid itu berada iaitu sama ada
di rumah atau di sekolah.
Selain faktor murid, faktor bahan bacaan juga menjadi masalah dalam bidang
bacaan. Faktor bahan bacaan ini akan melihat sudut penyediaan bahan bacaan itu
sendiri misalnya aspek perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, isi, struktur
cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafiMembaca merupakan satu kemahiran
yang amat penting bagi memastikan murid terus dapat menimba ilmu. Tanpa
menguasai kemahiran ini, sukarlah untuk seseorang murid meneruskan pengajiannya
dalam dunia pendidikan. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca pada
peringkat awal, terutamanya dalam kalangan murid Tahun Satu boleh mengakibatkan
berlakunya Defisit Akademik dan keadaan ini boleh berterusan dari sekolah rendah
hinggalah ke sekolah menengah malah berterusan sehingga meninggalkan alam
persekolahan. Pihak Kementerian Pelajaran (KPM) berusaha menghapuskan gejala ini
dengan pelbagai kaedah dan menelan jutaan ringgit. Kegagalan dan kelambatan murid
menguasai kemahiran membaca di peringkat rendah perlu dilihat dengan serius dan
memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk mengatasinya. Gejala tidak boleh membaca
dan tidak mahir membaca boleh memberikan kesan buruk kepada murid daripada segi
akademik dan sosial. Misalnya, ketinggalan dalam bidang akademik atau pencapaian
mereka rendah dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan mata pelajaran-mata
pelajaran yang lain akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar malah
ada yang terus tidak suka ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran membaca
mempengaruhi penguasaan dan pencapaian dalam mata-mata pelajaran lain

Membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting bagi memastikan murid terus
dapat menimba ilmu. Tanpa menguasai kemahiran ini, sukarlah untuk seseorang murid
meneruskan pengajiannya dalam dunia pendidikan. Pihak Kementerian Pelajaran
(KPM) berusaha menghapuskan gejala ini dengan pelbagai kaedah dan menelan jutaan
ringgit. Kegagalan dan kelambatan murid menguasai kemahiran membaca di peringkat
rendah perlu dilihat dengan serius dan memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk
mengatasinya. Gejala tidak boleh membaca dan tidak mahir membaca boleh
memberikan kesan buruk kepada murid daripada segi akademik dan sosial. Misalnya,
ketinggalan dalam bidang akademik atau pencapaian mereka rendah dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia dan mata pelajaran-mata pelajaran yang lain akan
menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar malah ada yang terus tidak suka
ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran membaca mempengaruhi penguasaan
dan pencapaian dalam mata pelajaran lain. Faktor ini adalah antara sebab yang telah
mendorong saya untuk memilih isu kelemahan membaca sebagai fokus kajian tindakan
Semester 8. Diharapkan kajian ini dapat membantu pelajar lulus dengan baik dalam
peperiksaan Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung menyumbang kepada
peningkatan peratus murid lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah.