Anda di halaman 1dari 6

Abad ke- 21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang

memungkinkan kepantsan. Perkembangan terkini dalam open sky technology


membawa implikasi yang terbesar dalam kehidupan manusia. Terutamanya dalam
bidang pendidikan. Teknologi.

komunikasi turut mengajak masyarakat mengubah paradigma ataupun persepsi


terhapad pendidikan.
Pembangunan modal insan bertaraf dunia dengan minda kelas pertama turut
menambahkan kemahiran menaakul sebagai objektif pembelajaran melalui Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) di samping 3M yang sedia ada.

Menariknya, Mohd. Haniff Hafiszal tidak menggunakan kaedah pengajaran


konvensional di bilik darjah, sebaliknya selesa mengajar dengan bantuan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi sistem pembelajaran maya, Frog VLE.
Melalui sistem ini, kaedah pengajaran bukan sahaja menjadi mudah dan pantas malah
lebih interakti

Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan
lebih

baik

daripada

yang

lama

oleh

seseorang

individu.

Memandangkan

pengintegrasian teknologi maklumat mendatangkan impak yang terbesar terhadap


pengajaran maka guru harus meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan
konvensional ke arah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Pelbagai
inovasi yang dibah oleh pihak kementerian dalam sistem penyampaian disekolah.
Antaranya ialah Virtual Learning Environment (Frog VLE) , Program i-Think ,Edu Web
Tv dan Zoom-a. Untuk menjadi guru mata pelajaran yang berkesan, seseorang guru
bukan hanya menjalankan sesi pengajaran yang biasa tetapi kini menggunakan sesi
pembelajaran maya seperti Virtual Learning Environment (Frog VLE) , Program iThink ,Edu Web Tv dan Zoom-a. Sesi pembelajaran berasaskan Frog VLE akan dapat
menarik minat murid untuk belajar. Kini murid yang lemah juga mahu menggunakan
komputer kerana ingin mencuba. Manakala guru boleh menggunakan aplikasi Edraw
dan iMindMap untuk melaksanakan program i-Think yang memupuk kemahiran berfikir.
Teknik ini membantu murid berfikir secara kritis dalam membentuk atau melakarkan apa
yang dibaca.
Matlamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan memjadikan
Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini menjadi panduan yang menjadi
pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak
mulia. Jelasnya, etika komunikasi dalam profesyen keguruan ditakrifkan sebagai satu
cabang ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dalam interaksi dan
komunikasi berteraskan nilai-nilai agama dan moral. Dalam hal ini, guru-guru yang
mempunyai sifat komunikasi yang baik berupaya menjalankan tugas sebagai penasihat,
mentor, fasilitator, pelatih dan pakar kurikulum dalam usaha membawa pembaharuan
dalam sekolah. Guru hendaklah menjadi sebagai pembimbing kepada murid supaya
mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan
berkolaborasi. Selaras dengan perkembangan dunia pendidikan yang selari dengan
globalisasi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar harus digunakan di
dalam kelas. Maka, komunikasi dua hala antara guru dan murid menjadi keperluan
masa kini bagi mengembangkan potensi minda murid untuk berfikir dan memberi

pandangan mereka berbanding hanya menerima apa sahaja yang diberitahu guru tanpa
banyak soal.
Selain kesediaan saya dalam bidang ICT, pengguasaan dalam bahasa Inggeris
juga perlu diberi keutamaan. Hal ini demikian kerana, segala perubahan yang berlaku
dalam dunia siber diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Dunia pembelajaran maya kini
lebih mementingkan bahasa inggeris. Selain itu, segala maklumat tentang epembelajaran di internet adalah dalam bahasa Inggeris. Guru perlu menyediakan diri
saya dengan perkembangan semasa dalam dunia siber sebelum murid mengetahuinya.
Perkembangan teknologi kini menyebabkan murid-murid dapat meneroka alam siber
tanpa batasan. Maka sebagai seorang guru harus mendahului murid saya dalam
mempelajari dan mendapatkan maklumat terkini. Secara keseluruhanya, guru harus
menjadi role model kepada murid sebagai seorang yang celik ICT dalam penyampaian
pengajaran mata pelajaran yang berkesan dan seterunya dapat mengembangkan
potensi individu dan pembinaan modal insan yang berketetrampilan. Menurut Ee Ah
Meng (1989) , guru lazimnya didewa-dewakan oleh kaum pelajar. Dia dianggap sebagai
individu yang yang idel, berstatus dan berkelayakan. Oleh itu tingkah laku guru sentiasa
dicontohi oleh pelajarnya.
Guru

juga haruslah mampu menguasai Ilmu pedagogi meliputi pengetahuan

tentang pendidikan dan teori serta amalan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Glenn, 2003 berpendapat Pedagogi membawa proses P&P yang melibatkan
pengetahuan dari segi teori yang berkaitan dengan pendidikan dan kemahiran
pedagogi. Pengajaran mikro dan latihan mengajar yang lebih komprehensif bertujuan
untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru untuk melaksanakan tugas-tugas
pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan cara, kaedah, teknik dan gaya
pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Berbeza dengan KBSR dan KBSR,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kini menitikberatkan kemahiran berfikir
aras tinggi dan merupakan satu langkah jelas ke arah transformasi kurikulum. Dalam
hal ini, dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan
satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu
pengajaran

itu

bergantung

kepada

sejauh

manakah

seseorang

guru

dapat

mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian


ilmu ke arah melahirkan seorang murid berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi
intelek, rohani dan jasmani. Salah satu proses pengajaran ialah melalui pedagogi
berbantukan ICT. Seiring dengan kemajuan ICT maka terbentuklah beberapa strategi
pengajaran dan pembelajaran berkisarkan daripada aspek pedagogi. Perkembangan ini
bertujuan untuk mewujudkan pembelajaran bermakna serta lebih berkesan. Untuk
mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat Lebuhraya Multimedia (MSC) dan
Wawasan 2020, guru perlu mengambil inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya.
Selain itu, guru juga perlu mengawal stress melalui pengurusan stress yang
berkesan. Ini adalah amat penting dalam usaha memastikan tahan kesihatan mental
dan fizikal serta kepuasan guru berada adalam keadaan baik demi melahirkan para
guru yang berkualiti tinggi. Kini kebanyakkan guru melaporkan mereka mengalami
tekanan dalam pekerjaan burnout pada peringkat terntu dalam pengalaman pekerjaan.
(Utusan Malaysia,2006) . Mengikut Waxler (2009), guru seharusnya berfikir secara
positif dan satu cara terbaik adalah menyebutkan pemikiran-pemikiran yang positif
setiap hari. Contohnya, setiap hari guru perlu menyatakan kata-kata positif tentang
tugasnya, pelajarnya dan rakan sekerjanya. Seseorang guru akan berasa kagum
tentang impaknya kepadanya sepanjang hari bertugas. Selain itu, sebagai seorang
guru apabila menghadapi stres adalah menguruskan tugas dengan sistematik supaya
tidak terlalu terbeban. Jangan cuba mencapai terlalu banyak tugas dalam masa yang
singkat. Oleh sebab guru berhasrat mencapat terlalu banyak tugas dalam sehari maka
situasi tersebut akan menyebabkan mutu kerja merosot. Kesannya ialah hasil yang
dicapai merupakan satu tekanan kepada guru. Maka, guru perlu mengutamakan tugastugas yang penting dan rancang apa yang boleh dicapai dalam tempoh yang
ditetapkan.

Stress guru perlu dikawal atau dikurangkan melalui pengurusan stress yang berkesan.
Ini adalah amat penting dalam usaha memastikan tahan kesihatan mental dan fizikal
serta kepuasan guru berada adalam keadaan baik demi melahirkan para guru yang
berkualiti tinggi. Guru yang berkualiti akan menyumbang kepada keberkesanan mutu
pendidikan yang mantap demi melahirkan generasi yang gemilang serta merialisasikan
Wawasan 2020.

Oleh itu stres yang dialami oleh guru merupakan satu isu yang patut diberi perhatian
yang wajar kerana pengelakan (burnout) mereka dalam memberi sumbangan kepada
proses pendidikan

akan meninggalkan kesan

negatif

terhadap

pembangunan

akademik dan kesejahteraan diri generasi muda secara amnya. (Tang dan Yeung,
1999)

Sehubungan itu pendidikan perlu dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan
yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan teknologi semasa
khususnya

ICT.

Perancangan

pendidikan

umumnya

perlu

bersifat

futuristik,

fleksibel,dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat profil bangsa dan
warganegara Malaysia yang diharapkan.

Anda mungkin juga menyukai