Anda di halaman 1dari 2

Skrip Monodrama

Aku

: Hari ini aku akan menerima ijazahyaa ijazah


Mak......hari ini Siti akan menerima ijazah
Tapi mak...mengapa mak terlalu cepat pergi meninggalkan Siti
Belum sempat mak lihat kejayaan Siti...ini kan impian mak

Mak Ngah: Long..daripada kau habiskan duit belanja si Siti ni belajar


tinggi-tinggi..baik kau buat beli ubat...ubat penyakit kau tu
dulu..bukan murah belanja nk belajar kat universiti tu..kita ni
orang miskin long..Universiti tu tempat orang-orang kaya
belajar
Hah kau Siti! Sudah-sudah lah menyusahkan mak kau
ni...kesian aku tengok...siang malam menjahit cari duit nk
sekolahkan kau dan adik-adik kau...sekarang kau nak tambah
beban mak Kau lg?
Mak

: Ngah...aku ni hidup dah tak lama...biarlah..sebelum aku


tutup mata aku nak tengok Siti berjaya dalam
pelajaran...berjaya dalam hidup dia ngah..esok lusa kalau aku
dah tak ada Siti ni aje lah harapan aku untuk bantu adik-adik
dia yang lain tu...

Aku

: Ye, Mak Ngah...Nanti bila Siti dah berjaya dapat segulung


ijazah dan kerja yang baik, Siti boleh bantu adik-adik.

Mak Ngah

: Kau ingat ijazah tu boleh bagi kau makan? Lagipula hidup di


Kuala Lumpur tu...entahkan esok terpengaruh dengan budakbudak perangai tak senonoh di kota besar tu. Orang
perempuan ni Siti...belajarlah tinggi mana pun akhirnya ke
dapur jugak. Tengok anak-anak Si Leha tu...tak ada ijazah
pun..kereta besar-besar semua.

Aku

: Betul Mak Ngah...rezeki orang berbeza-beza..tapi sekurangkurangnya dengan ijazah yang Siti ada, peluang Siti untuk
dapat kerja yang baik lebih cerah. Lagipun peluang dah
ada...apa salahnya Siti ambil peluang ni Mak Ngah.
Mak...izinkan Siti belajar ya mak...Siti janji akan belajar
bersungguh-sungguh...Siti janji mak...siti akan bawa segulung
ijazah untuk mak..

Mak

: Ya Siti..mak izinkan...kau pergi lah nak...hal mak dann adikadik kat kampung ni janganlah kau risaukan. Selagi mak
hidup...selagi itulah mak akan berusaha mencari rezeki.
Tentang belanja jangan kau fikirkan tau lah mak
menguruskannya...kau belajarlah bersungguh-sungguh ya
nak.

Aku

: Terima kasih mak...Siti janji akan belajar bersungguhsungguh....Siti akan bawa segulung ijazah untuk mak..

Mak.....Siti dah berjaya...


Siti rindukan mak....