Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan Jenis Definisi

Dalam mengejar pembangunan, pencemaran udara menjadi isu yang sering diwarawarakan oleh media arus perdana. Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai
terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya
perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan ini akan masuk
ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam
salur-salur darah. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit. Tidak dinafikan, usaha
pelbagai pihak penting untuk mengekang kesan daripada pencemaran udara ini.

Pendahuluan Jenis Pendapat


Mutakhir ini, kenaikan harga barang keperluan, termasuk terbaharu ayam dan roti
dalam pasaran domestik negara berada pada tahap yang semakin membimbangkan. Isu ini
mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia berikutan bersangkutan dengan kos sara hidup
yang perlu mereka tempuhi. Kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah
AS$100 setong, semakin merumitkan keadaan. Oleh yang demikian, langkah-langkah
berkesan perlu dilaksanakan untuk mengawal masalah ini.

Pendahuluan Jenis Suasana


Sesudah seharian membeli-belah di pasar raya, perut pula berkeroncong, sudah
tentu tergerak untuk ke restoran. Ketika itu, yang terlintas di fikiran ialah makanan segera
seperti KFC ataupun Mac Donald. Sebab itulah makanan segera terus dikunjungi oleh orang
ramai. Kini, boleh dikatakan, di setiap bandar dan pecan, pasti terdapat restoran makanan
segera. Tidak dinafikan, banyak faktor mendorong wujudnya restoran sebegini terutamanya
di kawasan bandar.

Pendahuluan Jenis Persoalan


Dalam arus pemodenan ini, industri pelancongan menyumbang sumber pendapatan
yang besar kepada negara. Mengapakah pelancongan penting kepada negara? Kerajaan
mula menitikberatkan pembangunan pelancongan memandangkan keuntungan daripadanya
adalah lumayan. Namun begitu, adakah pembangunan pelancongan membawa kebaikan
sahaja? Sebenarnya, pelancongan juga merupakan jalan masuk bagi sindiket-sindiket
haram. Peningkatan kadar jenayah ini akan menjejaskan pembangunan negara dalam
banyak aspek.

Pendahuluan Jenis Sejarah


Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik
pada 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara lumba trek stadium. Pada
pertengahan abad ke-19, satu organisasi formal pertandingan Olahraga ditubuhkan. Sejak
itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhkan dengan giat di Amerika
Syarikat khususnya. Oleh sebab sejarah olahraga di Sukan Olimpik begitu lama, sudah
sewajarnya Malaysia memikirkan agenda yang tepat untuk menaikkan mutu sukan negara.
Oleh itu, pelbagai usaha boleh dilakukan oleh banyak pihak bagi merealisasikan matlamat
tersebut.
Pendahuluan Jenis Peribahasa
Pepatah Melayu ada menyebut, Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat
berkampung, kampung dipertahankan; adat bersuku, suku dipertahankan; dan adat
bernegeri, negeri dipertahankan. Peribahasa ini menggambarkan semangat hidup kekitaan
dalam kalangan masyarakat terdahulu. Tetapi, atas nama pembangunan, semangat kekitaan

atau kejiranan semakin luput dalam diri masyarakat. Tidak dinafikan, banyak faktor telah
menyebabkan terhakisnya semangat tersebut dalam diri individu.

Anda mungkin juga menyukai