Anda di halaman 1dari 9

Laporan Program Lawatan Penanda Aras

Guru Cemerlang

Tarikh

: 04 November 2014

Tempat

: Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar

Tokoh Guru Cemerlang

: Puan Hajjah Azizan bt Ahmad

Pada 4 November 2014, seramai 43 orang guru pelatih PPG IPG Kampus Ipoh
yang terdiri dari 21 orang BM03 dan 22

orang MT01 Ambilan jun 2011 telah

mengadakan Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Sekolah Cemerlang dan Guru
Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar. Seorang Pensyarah
Pembimbing iaitu Encik Yusri b. Mat Johor turut mengiringi kami ke sekolah tersebut.
Berikut merupakan tentatif program Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Guru
Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar:

TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARKING)


SEKOLAH CEMERLANG DAN GURU CEMERLANG
9.30 pagi

Program Penanda Aras Sekolah Cemerlang di SK


Sultan Idris II.
-

11.30 pagi

Sesi Suai kenal


Majlis Perasmian
Taklimat Pengurusan Sekolah Cemerlang
Lawatan ke bilik-bilik khas dan persekitaran

sekolah
- Sesi bergambar
Program Penanda Aras Guru Cemerlang.
-

Sesi suai kenal


Inovasi Pedagogi

Sesi Amalan Pembelajaran & Pengajaran


Sesi Temubual dan refleksi
Sesi bergambar

Setibanya di sana, kami disambut mesra oleh Guru Besar dan Guru Cemerlang
itu sendiri iaitu Tn Hj Roslan b.Kechil dan Puan Hajah Azizan bt Ahmad serta beberapa
orang guru SK Sultan Idris II. Kami dipersilakan ke Dewan Sekolah untuk sesi taklimat
dan menikmati minuman ringan. Kami memperuntukan hampir 3 jam di sekolah ini.
Perjalanan sekolah dari mula hingga kini kami ikuti melalui slaid demi slaid telah dapat
mengambarkan sekolah ini memang patut menerima Anugerah SBT kerana penglibatan
yang sangat aktif dalam semua aktiviti kokurikulum, pencapaian akademik dan
kecemerlangan guru-gurunya.

Acara seterusnya ialah sesi bersama Guru Cemerlang Bahasa Melayu SKSI II
Puan Hajjah Azizan bt Ahmad yang baru sahaja pulang menunaikan haji beberapa hari
yang lalu. Walaupun kurang baik keadaan kesihatan, beliau masih mampu
menyampaikan ucapan dan penerangan mengenai inovasi yang telah berjaya
dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Bahasa Melayu
Kertas II. Inovasi berkaitan Kertas 2, Bahasa Melayu telah membantu meningkatkan
pencapaian bagi subjek ini khususnya kepada pelajar-pelajar Tahun 6. Selepas ucapan
beliau, kami dapat berkenalan dengan lebih rapat dan dapat mengetahui sedikit
sebanyak

pengalaman

beliau

dalam

melaksanakan

idea

tersebut..

Selain

memperkenalkan diri secara umum, beliau turut menceritakan serba sedikit tentang
latar belakang pendidikan dan kesan inovasi yang telah dibuat. Menurut Puan Hajah

Azizan seseorang itu perlu berani dan tidak lokek dalam menimba ilmu dan berkongsi
ilmu yang boleh dimanfaat bersama, pada asalnya beliau merupakan seorang guru
penolong kanan tetapi kerana beliau lebih minat mengajar subjek Bahasa Melayu,
maka beliau meletak jawatan dan menjadi Guru Cemerlang Bahasa Melayu.
Puan Hajah Azizan merupakan seorang guru yang aktif. Selain bertugas sebagai
pendidik, beliau turut terlibat dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan seperti
menghasilkan buku-buku panduan untuk rujukan guru-guru. Berkat usahanya, beliau
telah memperoleh beberapa anugerah kecemerlangan yang boleh dibanggakan. Selain
itu juga, beliau turut dijemput dari semasa ke semasa untuk menyampaikan ceramah,
motivasi, berkongsi pendapat dengan guru-guru dan ibu bapa.
Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat
apa yang perlu dilakukan dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah
Guru Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh
perkhidmatan. Selain itu, guru juga mestilah memiliki beberapa buah buku yang pernah
ditulis dan yang paling utama ialah apa yang guru lakukan di sekolah.

Berikut adalah biodata beliau:

Nama

Pn.Hjh Azizan bt Ahmad

Tarikh Lahir

9 Mac 1962

Tempat Lahir

Kampung Dew, Bagan Serai, Perak

Mula Berkhidmat

1 Januari 1985

Sekolah mula berkhidmat :

2.1 1985 SK. Changkat Chermin, Air Tawar, Perak.

1.1.1989 SK. Sultan Abdul Aziz, Ketior, Kuala


Kangsar, Perak.
1.1.2011 SK. Sultan Idris 2, Kuala Kangsar, Perak.
Bil. Adik-beradik

4 orang anak pertama

Bil. Anak

3 orang

Alamat

128, Tmn Kuala Kangsar,33000, K. Kangsar, Perak

Setelah ucapan selesai, kami disajikan dengan makan tengahari bersama ahli
jawatankuasa lawatan dan semua para peserta PPG BM3 dan MT01.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Guru Besar bersama semua
kakitangan SK Sultan Idris !! Kuala Kangsar yang sanggup menerima kedatangan kami.
Terlalu kerdil rasanya jika hendak dibandingkan dengan sekolah kami. Serba serbi
nampak menarik. Ada jalinan antarabangsa, sistem pentadbiran yang baik, mutu kerja
yang harus dipuji. Malah apabila ditaklimatkan. Kami dapat rasakan luar biasanya
mereka. Malah kami mengaku mereka memang layak menerima anugerah sekolah SBT
antara terbaik di Malaysia Selepas sesi minum pagi, kami dibawa melawat ke kelaskelas Pendidikan Khas. Kami turut diperkenalkan dengan beberapa orang murid yang
menjadi harapan beliau untuk terus berjaya dalam bidang pendidikan seperti muridmurid khas lain yang berjaya masuk ke pengajian tinggi.
Akhir sekali, selepas sesi bergambar dan bersalaman dengan guru-guru, kami
bersurai. Diharap agar program seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa
bertujuan untuk semarakkan jiwa kami untuk terus berjuang dalam bidang
pendidikan. Hasil daripada lawatan penanda aras ini sangat memberangsangkan dan ia
merupakan satu langkah proaktif didalam usaha melengkapkan dokumen MQA dan

perlaksanaan BIG PPG .Diharap Jawatankuasa Akreditasi dapat mengambil lawatan


penanda

aras

ini

sebagai

satu

titik

permulaan

untuk

membuat

beberapa

penambahbaikan supaya seiring dengan kemajuan dan kejayaan institusi pengajian


tinggi yang lain.

GAMBAR DIPERSEKITARAN SEKOLAH DAN GURU CEMERLANG

1.

Sebelum menaiki bas untuk ke Kuala Kangsar

2.

Di pintu pagar sekolah.

3.

Ucapan dari wakil IPG Kampus Ipoh (En. Yusri Bin Mat Johor)

.
4.

Ucapan dari guru cemerlang ( Pn. Hjh. Azizan Bt Ahmad)

5.

Penyampaian cenderahati kepada Tn. Guru Besar ( Tn. Hj. Roslan Bin Kechil)

6.

Penyampaian

cenderahati

kepada guru

cemerlang

(Pn Hjh Azizan Bt

Ahmad)

Gambar kumpulan mt01