Anda di halaman 1dari 44

SEMINAR

TASAWUF DAN TARIQAH


WARISAN RASULULLAH
KEDUDUKAN ILMU
TASAWUF DAN TARIQAH
DALAM AJARAN ISLAM
TASAWUF
Adalah ILMU mengenali sifat-sifat zahir dan batin
yang tercela dan terpuji.

TARIQAH
Adalah AMALAN-AMALAN zikrullah melalui
mujahadah dan riadhah sehingga dapat
dihapuskan sifat-sifat tercela dan dihiasi dengan
sifat-sifat terpuji zahir dan batin.
ASAL USUL
 Kesemua ILMU ISLAM berasal dari NABI
MUHAMMAD SAW, Nabi adalah seorang Ahli
Aqidah, Ahli Fiqh, Ahli Sufi/Tasauf dan Ahli
Tariqah. Kerana Rasulullah SAW adalah
manusia yang lengkap (Insan Kamil) dalam
menyampaikan Islam dan pengalamannya,
sempurna pada fahamannya, aqidahnya,
pengalamannya, akhlaknya, zahir dan batinnya.
Itulah ISLAM yang telah diwarisi oleh AHLI
BAIT, sahabat-sahabat, tabiin-tabiin ulama-
ulama salafussoleh. Mereka adalah ulama
pengamal fiqh, aqidah dan tasawuf/tariqah
tanpa dipisahkan di antara satu dengan yang
lain.
dari segi istilah sahaja.
Kerana sejarah telah
mencatitkan bahawa nama
tasawuf ini timbul setelah
zaman tabiit tabiin. Ketika
manusia sudah mula
cenderung kepada
keduniaan, maka timbullah
satu golongan yang
berpegang teguh pada
ajaran Islam yang
sempurna. Maka
dinamakanlah golongan
"Maka telah jauhlah masa mereka (dari zaman
ini
AHLI SUFI atau golongan
nubuwwah)maka menjadi keraslah hati-hati mereka"
TASAWUF.
Surah Al Hadid: 15
Justeru itu…
Maka Tasawuf dikenali sebagai
suatu perbahasan ILMU AKHLAQ
sahaja. Manakala TARIQAH
sebagai suatu amalan yang
asing. Dengan itu maka ulama-
ulama Islam menimbulkan nama
TARIQAH.
ROH ISLAM
Bagaimana tidak? Apa erti orang
yang rajin beribadah tetapi tidak
memiliki budi pekerti akhlaq yang
suci bersih. Padahal Rasulullah
SAW telah bersabda:
“Hanya sanya aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlaq yang mulia”.
KEUTAMAAN
Ilmu TASAWUF /
TARIQAH adalah
ilmu yang paling
AFDHAL selepas
dari Fardhu Ain.
HUKUM

 Fardhu Ain
IJMAK ULAMAK
 Perkara-perkara di atas itu telah
diijmakkan oleh ulama-ulama
Tasawuf/Tariqah sebagaimana yang
disebutkan oleh Al Imam Abdul Wahab
Sya'rani di dalam kitab ' Masyariqul
Anwar Al Qudsiyah Fi Bayani Uhudil
Muhammadiyah' dan As Syeikh Abdus
Samad Al Falembani di dalam kitabnya '
Sirus Salikin' Juz 3 m/s 200:-
PERINGATAN
 " Telah diketahui bahawa sesiapa mereka yang tidak
mengambil syeikh Mursyid yang menunjukkannya jalan
keluar daripada sifat-sifat mazmumah ini maka
derhakalah dia terhadap Allah dan Rasul-Nya SAW
maka sesungguhnya tiadalah dia mendapat petunjuk
dalam kejayaan iaitu mati dalam Husnul Khatimah
dengan selamat dari azab akhirat dengan tanpa Syeikh
dan Mursyid walaupun dia menghafal seribu kitab
sekalipun tentang ilmu yang lain. Maka ambillah
olehmu akan Syeikh maka terimalah nasihatku ini dan
awas kau dari mengatakan Tariqah Sufiah ini tidak
didatangkan dari Al Quran dan Hadith kerana yang
demikian itu akan menjadi kafirlah dia kerana yang
disebutkan dengan akhlak sufiah itu seluruhnya
adalah akhlak Nabi Muhammad SAW dari zahirnya dan
batinnya".
Maka berkatalah Imam
Malik RA:
 Sesiapa yang belajar fiqh tanpa belajar
tasawuf sungguh telah FASIQ (derhaka)
lah dia, dan sesiapa yang belajar tasawuf
tanpa belajar fiqh maka telah ZINDIQ
(kafir bathin) lah dia. dan sesiapa yang
menghimpunkan kedua-duanya, maka
telah tepat (benar,betul) lah dia.
PENJELASAN
 Walaupun ada orang yang
mengingkari kata-kata Imam
Malik, janganlah dia lupa bahawa
Imam Malik adalah murid Imam
Ja'far As Sodiq salah seorang
Syeikh Tasawuf/Tariqah. Maka
perhatikanlah kata-kata itu
nescaya akan ternyatalah
kebenarannya.
KENAPA BERTASAWUF
DAN BERTARIQAH INI
FARDHU AIN ?
 Sebagaimana telah disebutkan tadi
bahawa ulama-ulama mujtahid dalam
bidang Tasawuf/Tariqah telah ijmak
wajibnya bertasawuf dan bertariqah.
Kerana BERTAQWA kepada Allah adalah
wajib, sebagaimana firman Allah SWT:

 " Wahai orang-orang yang beriman,


bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa."
 Surah Ali Imran: 102.
BAGAIMANA TAQWA ?
 Dan taqwa sebenarnya tidak akan tercapai sehingga
dibersihkan hatinya dari sekalian sifat-sifat mazmumah
dan syirik khafi. Sebab itulah baginda Nabi SAW
bersabda: "Taqwa itu disini" (sambil menunjukkan
dihatinya dan diulanginya 3 kali)

 Sebab itulah mereka yang tertutup mata hatinya


dikatakan buta mata hatinya sebagaimana firman Allah
SWT:

 "Maka sesungguhnya tidaklah buta mata mereka tetapi


yang buta ialah hati-hati mereka yang di dalam dada"
 Surah Al Haj: 46
Maka ulama-ulama
mujtahidin dalam
bidang Tasawuf/Tariqah
setelah mengamati:
 Dalil-dalil Al Quran dan Hadith

 Kata-kata ulama-ulama yang telah


pun mencapai darjat Auliya' Allah.

 Dan dari pengalaman mereka dalam


menuju kepada Allah.
Maka mereka telah
membuat keputusan
bahawa tidak
tercapai:
 Taqwa yang sebenarnya
 Penyucian hati dari sifat-sifat

mazmumah
 Penyucian hati dari syirik khafi

 Kelepasan dari su'ul khatimah

 Darjat Ihsan

 Darjat kekasih Allah - Auliya' Allah


Melainkan dengan salah
satu dari dua jalan:
MAJZUB
Orang yang diangkat oleh Allah tanpa usaha

SALIK
Orang yang berjalan kepada Allah dengan jalan
Tariqah Ahli Tasawuf

Adapun yang pertama (majzub) adalah perkara yang jarang , yang


tidak boleh dijadikan hukum, seperti kata ulama Usul Fiqh:

‘Perkara yang jarang berlaku tidak ada hukumnya'


KAEDAH USUL
FIQH
 "Sesuatu yang tidak sempurna
wajib melainkan dengannya,
maka ianya pun menjadi wajib”

 Maka tiada cara lain dan jadilah hukum


BERTASAWUF / BERTARIQAH WAJIB

 FARDHU AIN
APAKAH ULAMA'
MUJTAHID EMPAT
MAZHAB
BERTASAWUF/BERTARIQ
AH

?
Jangan lupa bahawa nama Tasawuf/Tariqah
belum muncul kegunaannya sebagai satu ilmu
atau amalan pada zaman ulama-ulama mazhab
itu kerana ianya adalah amalan umat Islam pada
keseluruhannya. Sebagaimana yang telah
disepakati oleh penulis-penulis dalam bidang
ini menyatakan bahawa istilah Tasawuf/Tariqah
muncul pada akhir-akhir kurun yang kedua
hijrah. (akhir-akhir tahun 200 H)
KETAHUILAH…
 Maka sememangnya
keempat-empat Imam
Mujtahid itu berguru kepada
guru kepada guru yang
sempurna ilmu dan
amalannya yang kita kenal
sebagai Aqidah, Fiqh dan
Tasawuf/Tariqah. Bahkan
merekalah sebagai guru dan
pengamal Tasawuf/Tariqah.
Hanifah seorang Imam
yang agung lagi guru
Tasawuf/Tariqah kepada
beberapa ulama-ulama
Tasawuf/Tariqah seperti
Syeikh Ibrahim bin
Adham. Syeikh Al
Fudhail bin Iyadh,
Syeikh Daud At Tho'i
dan Syeikh Bishr
Al
 Hafi.
(Rujuk kitab ‘Kasyful Mahjub’ m/s:116)
Dengan sebab itulah
Allah telah mengangkat
darjat-darjat mereka.
bukan sebagai ulama
sahaja bahkan sebagai
Auliya' Allah pada
darjat wali Abdal,
Nujaba' dan Autad.
 Bahkan Imam Syafie telah
sampai kepada darjat Wali
Qutub. Demikianlah yang telah
disebutnya dari golongan fuqaha'
seperti Al Imam Nawawi.
Bahkan tiada terdapat ulama-ulama yang
agung lagi hebat pengetahuannya
melainkan mereka itu berguru kepada
ulama-ulama Tasawuf/Tariqah seperti :
 Imam Ghazali yang sudah bergelar Hujjatul Islam , seorang pensyarah
di Universiti tetapi berguru kepada Syeikh Abu Ali Al Farmadi seorang
tukang kasut.

 Al Muttaqi Ibn Daqiq ulamak Hadith yang bergelar HAFIZ- pernah


berkata akan gurunya ahli Tasawuf/Tariqah.
 "Dia disisiku lebih baik dari seratus alim fiqh atau seribu alim fiqh"

 Al Imam An Nawawi adalah gurunya seorang wali Allah bernama


Syeikh Yasin Al Muzaiyan. Imam Nawawi telah menerima nasihat
gurunya supaya pulang ke kampung asalnya. Dan apabila beliau
pulang kekampungnya bernama "Nawa' di Damsyik, beliau meninggal
di sana.

 Syeikh Al Izzuddian bin Abdus Salam adalah beliau ini sangat-sangat


mengagungkan para ahli sufi.
 (Al Fatawa Al Hadithiyyah m/s: 306)
Perlu diingat bahawa ulama-ulama
yang membimbing Tasawuf/Tariqah
bukan hanya alim dalam bidang itu
sahaja. Bahkan kebanyakan mereka
itu adalah juga ulama fiqh, aqidah,
hadith, tafsir, nahu, saraf dan lain-lain
seperti :
 Imam Ja’far As Sadiq RA
 Imam Abul Qasim Junaid Al Baghdadi

 Imam Abu Hamid Al Ghazali

 Syeikh Abdul Qadir Jailani

 Syeikh Abul Hasan Asy Syazuli

 Syeikh Bahauddin An Naqsyabandi

 Syeikh Ahmad bin Idris Al Hasani

 Syeikh Soleh Al Ja’fari


Sabda Rasulullah SAW:
 “Bermula Islam itu
ASING dan akan
kembali Islam itu
ASING. Maka
berbahagialah orang-
orang yang asing”.
besar dan utama
penentangan ini ialah
kerana 'TIDAK KENAL
(JAHIL) terhadap
pengamalan
Tasawuf/Tariqah.
Sebagaimana sabda
Rasulullah SAW:
 "Manusia itu musuh kepada apa
yang tidak diketahuinya"
PERTAMA
 Seruan KEMBALI KEPADA
QUR’AN & SUNNAH dengan
tuduhan bahawa amalan
Tasawuf/Tariqah adalah bid'ah,
menyeleweng dan tidak
berdasarkan Al Quran dan As
Sunnah.
JAWAPANNYA
 Ini adalah tuduhan yang tidak
berasas. Kerana mereka yang
menjadi pemimpin dan
pengasas Tasawuf/Tariqah
terdiri dari golongan ulama-
ulama syariat yang berpegang
teguh kepada Al Quran dan As
Sunnah.
Berkata Syeikh Abul Qasim
Junaid Al Baghdadi:

 "Mazhab kita ini


(Tasawuf/Tariqah)
diikatkan dengan
asas-asas Al Quran
dan As Sunnah"
Berkata Syeikh Abu
Yazid
Al Bustami:
 " Jika kamu melihat seorang
lelaki diberi karamah sehingga
boleh terbang di angkasa,
janganlah kamu terpedaya
dengannya, sehingga kamu lihat
hal keadaannya di sisi suruhan
dan larangan (agama) dan
menjaga batas-batas (agama)
dan menjalani (mengikuti)
Syariat".
KETAHUILAH…
 Dan banyak lagi kata-kata
ulama Tasawuf/Tariqah yang
serupa itu. Tetapi
malangnya kata-kata ini
dianggap sepi bahkan
dituduh sebagai kata-kata
palsu yang tidak berasas.
KEDUA
 Nabi SAW telah menyampaikan
semua ilmu, tidak ada yang
disembunyikan atau diajar pada
sebahagian sahabat sahaja.
Manakala ilmu dan pengamalan
Tasawuf/Tariqah tidak diketahui
dan dipegang oleh sebahagian
umat, bahkan oleh sebahagian
ulama.
JAWAPANNYA
 Nabi SAW bersifat tabligh (menyampaikan) dan amanah
(jujur). Kesemua ilmu dan ajaran yang diperintahkan Allah
agar disampaikan kepada umatnya telah pun
disampaikannya. Tetapi sahabat Nabi SAW yang berjumlah
124,000 tidak semua mereka pada satu darjat. Ada sahabat
yang dapat sepenuhnya apa yang disampaikan Baginda
dan ada yang mendapat sebahagiannya. Ini dapat
dibuktikan dengan dalil 'aqli dan naqli.
 Adapun sebahagian umat Islam dan Ulama yang tidak
mengenali ilmu dan amalan Tasawuf/Tariqah, maka ini
tidak pelik, kerana bukan sahaja ilmu Tasauf/Tariqah
bahkan banyak lagi ilmu Islam yang orang awam tidak tahu
seperti ilmu 'aqidah Ahlus Sunnah, ilmu Fiqh, Faraid dll.
Maka jika seorang ulama tidak tahu ilmu Faraid, apakah itu
bererti ilmu faraid tidak ada dalam Islam ?
KETIGA
 Pengamal Tasawuf/Tariqah
bersifat jumud beku
membatu hanya berzikir
sahaja, meninggalkan jihad.
JAWAPANNYA

 Kata-kata ini datang dari


orang yang tidak mengkaji
sejarah hidup ulama-ulama
Tasawuf/Tariqah. Bahkan
mereka inilah yang telah
menyebarkan risalah ajaran
Islam ke serata dunia
Sejarah telah
mencatatkan:
 Khan Ghazan- Seorang ahli sufi telah berjaya
mengIslamkan kerajaan Mongul di Baghdad.

 Syeikh Syamil An Naqsyabandi dengan


Masyaikh yang lain telah menentang
kemasukan Russia di Dagestan pada tahun
1813.

 Di India - Syed Ahmad Syahid, Liyakat Ali dan


Syeikh Ahmad Mahmud Deobandi - antara
masyaikh yang telah memainkan peranan
penetangan Inggeris di India.
Sejarah telah
mencatatkan:
 Malik bin Dinar - Sufi yang wara' dengan
bantuan murid-muridnya telah mengembangkan
Islam di Malabar, Gujerat di India dan Maldives
dan kepulauan yang berdekatan.

 Yusuf Din As Sindi- di negeri Multan dan


Kashmir.

 Pimpinan Tariqah Al Qadiriyah, Asy Syazuliyah


dan lain-lain di Barat, tengah dan selatan Afrika.

 Syeikh Umar Mukhtar - Syeikh Tariqah


Sanusiyyah memerangi penjajahan Itali di
Libya.
KEEMPAT
 Kenapa Zikir ulama'
Tasawuf/Tariqah mesti
ber BAI'AH, bukankah
sudah cukup dengan
zikir yang ada dalam
Al Quran dan Hadith ?
Kenapa Tariqah mesti
ada BAI’AH?
 Bai'ah atau mengangkat janji setia adalah
amalan turun temurun dalam semua pengamal
Tariqah. Ia bukanlah rekaan oleh para
masyaikh, sebagaimana kita maklum bahawa
kebanyakan para masyaikh dari golongan
ulama dan auliya'. Sudah pasti perbuatan
mereka itu adalah warisan bukan rekaan atau
bid'ah, seperti yang disangka orang.

 Rasulullah SAW sendiri pernah mengambil


bai'ah dari kaum Amsar disamping Jamratul
'Aqabah yang dikenali sebagai Bai'atul 'Aqabah
Al 'Ula (yang pertama) dan Bai'atul 'Aqabah Ath
Thaniah (yang kedua).
Rasulullah juga pernah
mengambil Bai'ah sahabat
semasa di Hudaibiah
sehingga turun firman Allah
SWT:
 "Bahawasanya orang yang berbai'ah kepada
kamu, sesungguhnya mereka berbaiah kepada
Allah. Tangan (Pertolongan) Allah di atas
tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang
melanggarkan janjinya, akibat buruk akan
menimpa dirinya sendiri, dan barangsiapa yang
menepati janjinya kepada Allah, maka Allah
akan memberinya balasan pahala yang besar".

 Khalifah-khalifah yang 4 juga mengambil bai'ah


dari rakyat apabila mereka diangkat menjadi
Khalifah.
Apakah tidak cukup dengan
zikir dengan yang ada di
dalam Al Quran dan Hadith ?
 Mereka yang menuntut setiap amalan itu
berdasarkan Al Quran dan Hadith, apakah
tidak cukup dengan ayat dan hadith yang
dibentangkan ini. Walaupun mereka
mempunyai tafsiran yang berbeza, kerana
mereka pun agaknya sudah sampai darjat
'Mufassirin', tetapi hormatilah penafsiran
dan fahaman yang difahami oleh ulama-
ulama Tasawuf/Tariqah dalam ayat dan
hadith tersebut.
 Berlapang dadalah dalam masalah
khilafiah.
Dari Sayyidina Ali k.w
dia

berkata,
“Ya Rasulullah, manakah tariqah yang sehampir-
hampirnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas
hamba dan sebaik-baiknya disisi Allah Ta'ala ?” Maka
bersabda Rasulullah SAW " Wahai 'Ali dikehendaki atas
kamu dengan mengekalkan ZIKRULLAH,” berkata 'Ali:
"Setiap manusia berzikir kepada Allah" Maka sabda
Rasulullah SAW: "Wahai Ali tidak berdiri qiamat sehingga
tidak ada lagi di atas muka bumi ini orang yang
menyebut...ALLAH...ALLAH..." Maka sahut 'Ali
"(Ajarkan) Bagaimana caranya aku hendak berzikir ya
Rasulallah," Maka bersabda Rasulullah SAW: "Pejamkan
kedua matamu, dan dengarlah ucapanku 3 kali, kemudian
ucapkanlah wahai 'Ali seperti itu dan aku mendengarnya”.
Berkata Rasulullah SAW:
 LA ILAHA ILLALLAH (3 kali)
 Sedangkan kedua mata Rasulullah tutup. Kemudian Ali
mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH (3 kali) seperti itu.
SANAD TARIQAH JA’FARIAH DAN
 SILSILAHNYA
Sayyidina Muhammad bin Abdullah SAW kepada Sayyidi Imam
Ali KW kepada Sayyidi Hasan bin Ali kepada Sayyidi Hasan Al Basri kepada
Sayyidi Habib Al ‘Ajami kepada Sayyidi Daud bin Nasir At Toie kepada Sayyidi
Ma’ruf bin Fairuz Al Kurkhi kepada Sayyidi Sirri bin Mughlas As Siqti kepada
Sayyidi Abul Qasim Junaid Al Baghdadi kepada Abu Bakar bin Jahdar Asy
Syibli kepada Sayyidi Abu Fadhl At Tamimi kepada Sayyidi Abul Farj At Tortusi
kepada Sayyidi Abu Ali Al Hasan bin Yusof kepada Sayyidi Said Al Mubarak
kepada Sayyidi Abdul Qadir Al Jailani kepada Sayyidi Abdul Rahman Al Madani
kepada Sayyidi Abdus Salam Mashish kepada Sayyidi Abul Hasan Asy Syazuli
kepada Sayyidi Abul Abbas Al Mursi kepada Sayyidi Ahmad bin ‘Atoillah As
Sakandari kepada Sayyidi Dawud bin Bakhili kepada Sayyidi Muhammad Bahru
Sofa kepada Sayyidi Ali bin Muhammad bin Wafa kepada Sayyidi Yahya Al
Qadiri Kepada Sayyidi Ahmad bin ‘Aqabah Al Hadhrami kepada Sayyidi Ahmad
bin Zaruq kepada Sayyidi Ahmad bin Yusof Al Ghilani kepada Sayyidi Ali bin
Abdullah Al Ghilani kepada Sayyidi Abul Qasim Al Ghazi kepada Sayyidi
Ahmad bin Ali Al Haj Ad Dar’ei kepada Sayyidi Muhammad bin Nasir kepada
Sayyidi Al ‘Izzi Al Ghishtali kepada Sayyidi Umar bin Muhammad Al Hawari
kepada Sayyidi Abdul Aziz bin Mas’ud Ad Dabbagh kepada Sayyidi Abdul
Wahab At Tazi kepada Sayyidi Ahmad bin Idris Al Hasani kepada Sayyidi
Muhammad bin Ali As Sanusi kepada Sayyidi Abdul ‘Ali bin Ahmad Al Hasani
kepada Sayyidi Muhammad Asy Syarif bin Abdul Ali kepada Sayyidi Syeikh
Soleh bin Muhammad Al Ja’fari kepada Sayyidi Abdul Ghani bin Soleh Al
Ja’fari kepada Sayyidi Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Ar Rembawi
kepada Al Faqir Hasan bin Abdul Wahab bin Muhammad Annuriy.
RESOLUSI

Memang tidak ada kesudahan
dalam perbahasan ini. Tetapi
sudah cukup diambil pelajaran
dan berita gembira bagi yang
inginkan kebenaran. Bukan bagi
mereka yang hendak mencari
kesalahan orang lain dan lupa
akan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai