Anda di halaman 1dari 4

Selamat pagi puan/tuan.

Kami guru pelatih Semester 8 dari Institut Pendidikan Guru


Kampus Temenggong Ibrahim ingin menemu bual puan/tuan untuk tujuan melengkapkan
Kerja Kursus Guru dan Cabaran Semasa. Bolehkah puan/tuan sudi untuk berkongsi
pengalaman dan pandangan puan/tuan?
1. Bolehkah puan/tuan memperkenalkan diri puan/tuan?
-

Pensyarah kampus temenggong ibrahim

P. ketua jabatan hep

2. Bolehkah puan/tuan berkongsi pengalaman bekerja cabaran-cabaran yang telah


dihadapi sepanjang dalam perkhidmatan profesion ini?
-

Guru

Pensyarah

Tugas tugas khas

Cabaran

3. Terdapat pelbagai pandangan tokoh pendidik terhadap teori kanak-kanak berjaya.


Menurut Carter V. Good, pendidikan adalah proses perkembangan kecekapan
seseorang dalam bentuk sikap dan perilaku yang berlaku dalam masyarakatnya.
Menurut

pandangan

puan/tuan

pula,

bagaimanakah

seseorang

kanak

diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berjaya?


-

Mengimplikasi pembelajaran dalam kehidupan

Menunjukkan perwatakan dan personaliti

Pencapaian yang seimbang dari segi JERIS (jasmani emosi rohani intelek sosial)

4. Bagaimanakah elemen ICT dapat menarik minat seseorang murid untuk terus
bersaing di peringkat global?
-

ICT - mudah akses (internet), maklumat terkini

Interaktif - berkomunikasi , multimedia (unsur video, gambar, animasi)

5. Apakah pendapat puan/tuan tentang peningkatan profesionalisme keguruan?


Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh seorang guru yang berprofesionalisme
dalam keberhasilan murid kita?
-

Memartabatkan profesion

Mampu melahirkan murid yang kreatif dan inovatif

Melahirkan pelajar yang mahir dalam ICT

Melahirkan murid yang berdaya saing tinggi

6. Apakah kemahiran yang harus dimiliki oleh seseorang guru dalam meningkatkan
keberhasilan murid?
-

Pemikiran yang progresif

Peka terhadap perkembangan isu-isu semasa

Bijak membuat keputusan

Pembelajaran sepanjang hayat

Sistem pementoran

Perbincangan rakan sekerja

7. Adakah peranan guru sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat membantu murid-murid yang lemah dalam meningkatkan keberhasilan murid?
Bolehkah puan/tuan menjelaskan pernyataan ini.
-

Amalan reflektif

Penyelidikan terhadap pembelajaran

System pementoran

Pengunaan kaedah yang berbeza

Membimbing mereka semasa ke semasa

8. Pada pendapat anda, apakah perubahan yang boleh dilakukan oleh guru dalam bilik
darjah samada dalam bentuk infrastruktur, kempimpinan kelas dan sebagainya untuk
meningkatkan keberhasilan murid dalam akademik?
-

Bilik yang kondusif

Susun atur meja

Memberi peluang kepada murid dalam kelas

Pembelajaran berorientasikan murid

Bahan bantu belajar yang berinterakif

Kemudahan yang mencukupi mengikut murid

Kemudahan ict yang mencukupi

9. Pada pendapat puan/tuan, apakah strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh
seseorang guru untuk meningkatkan keberhasilan murid dalam bidang akademik di
sekolah luar bandar?
-

Aktiviti berorientasikan murid - pembentangan


Aktiviti kumpulan
Aktiviti perbincangan
Inkuiri penemuan

Pangunaan bahan belajar - ict

10. Adakah puan/tuan bersetuju bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan tingkah laku murid untuk memastikan anak-anak terus berjaya
dalam pembelajaran? Bolehkah puan/tuan menjelaskan peranan ibu bapa dalam
konteks ini?
-

Role model - contoh yang baik


Kelas moral dan agama
Perbincangan dengan guru tentang masalah murid
Berkolaborasi dengan pihak sekolah

11. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan bagi membantu semua
murid-murid berjaya dalam pembelajaran mereka. Bolehkah puan/tuan memberi
pendapat sendiri?
-

Melaksanakan dasar dengan lebih ifektif (memartabatkan bm dan


menperkukukan bi)
Memperbanyakkan kemudahan - kawasan luar bandar
Mempertingkatkan kemudahan ict
Memperbanyakkan guru - keseragaman opsyen di setiap sekolah

12. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula dilaksanakan pada 2011 yang
mengutamakan penggunaan pendekatan yang lebih interaktif. Mengikut pandangan
puan/tuan bagaimanakah kemahiran 4M dalam KSSR dapat memastikan kanakkanak telah sedia dalam menghadapi cabaran abad ke-21?
-

Dapat melahirkan murid yang mampu berkomunikasi dengan masyarakat

Bijak membuat keputusan - pemikiran yang wajar. Mampu mebuat keputusan


sendiri tanpa bergantung kepada orang lain

Kemahiran asas seperti membaca, menulis, mengira dapat dicapai

13. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik untuk mentaksir
bidang akademik dan bukan akademik. Bagaimanakah PBS dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam bidang akademik dan bukan akademik berdasarkan
pengalaman puan/tuan di sekolah?
-

Penilaian berterusan - dari semasa ke semasa


Pembelajaran yang menyeluruh
Lebih meningkatkan aspek cuba jaya

14. Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa


Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan ternyata bertepatan dengan hasrat kerajaan
untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan, bahasa perhubungan

dan bahasa ilmu. Adakah dasar ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
-

Murid berkomunikasi dengan bahasa tertentu - mengunakan dalam kehidupan


seharian
Maklumat dapat memperoleh dalam Bahasa Inggeris
Bahasa antarabangsa - digunakan secara menyeluruh

15. Dasar 1M1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk
mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang
kurang atau tidak aktif. Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah untuk
merealisasikan matlamat dasar ini?
-

Memiliki kemahiran tertentu


Murid aktif dalam bidang sukan
Meningkatkan mutu suka Negara - atlet
Hari sukan , hari satu murid satu sukan, hari kokurikulum
Pertandingan antara sekolah - peringkat zon mahupun daerah

16. Negara kita telah menunjukkan pencapaian kemajuan yang memberansangkan


dalam sistem pendidikan semenjak 50 tahun lepas. Satu lagi anjakan pradigma
dalam usaha kerajaan untuk membawa sistem pendidikan ke mata dunia ialah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Bolehkah puan/tuan
menerangkan tentang keberkesanan PPPM dalam membantu murid bersaing di
peringkat dunia?

Terima kasih puan/tuan kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk sesi temu bual
ini. Kami berharap pendapat-pendapat yang diberikan oleh puan/tuan dapat membantu
untuk persediaan bakal guru pada masa akan datang. Terima kasih.