Anda di halaman 1dari 19

1. Adakah anda sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah?

Adakah anda bersedia untuk


berkongsi rumah atau hartanah anda dengan orang lain
meluangkan masa dan tenaga anda untuk menguruskan pelaburan hartanah ini
membuat pembaikan dan memelihara hartanah anda
memberikan perkhidmatan kepada penyewa anda 24 jam 7 hari seminggu
menyimpan secara terperinci dokumen mengenai hartanah dan perbelanjaan
mempelajari selok belok mengenai undang-undang tempatan mengenai hartanah
dan penyewaan hartanah, dan
mempunyai kumpulan professional ( seperti penasihat kewangan, jurulatih hartanah,
peguam) untuk mendapat pendapat dan runding cara mereka.

Jika anda menanda keseluruhan petak tersebut, maka anda bersedia untuk menjadi tuan
rumah atau tanah.

2. Kelebihan mempunyai hartanah sewa

Penglibatan kepada komuniti menyediakan tempat tinggal kepada yang


memerlukan

Pembiayaan hartanah bulanan lebih senang diuruskan dan dibayar kerana


pendapatan dari sewa. Lebihan daripada pendapatan sewa tersebut boleh
digunakan untuk membuat baikpulih dan memelihara hartanah terbabit.

Kelebihan tuan tanah di dalam pembayaran cukai pendapatan.

3. Kekurangan hartanah sewa

Anda bertanggungjawab untuk membayar penuh pembiayaan hartanah walaupun


penyewa anda tidak membayar sewa atau kosong tiada penyewa

Bertanggungjawab terhadap segala kos pembaikpulih

24 jam 7 hari seminggu mesti bersedia jika terdapat kecemasan daripada penyewa
yang melibatkan hartanah.

4. Sebagai tuan rumah, anda perlu

Iklankan dan promosi hartanah anda untuk menarik penyewa yang bagus

Mengekalkan penyewa yang bagus

Menentukan sewa yang patut dikenakan terhadap sesuatu hartanah

Mengutip pendapatan sewa tepat pada waktunya

Bijak dalam menentukan bajet perbelanjaan (menyimpan segala resit yang


berkenaan dengan pembaikan, pembelian, perkhidmatan professional, pengiklanan,
insurans)

Memelihara dan membuat pembaikpulih hartanah

Menyimpan rekod secara terperinci bagi setiap hartanah (permohonan sewa, tarikh
pembayaran sewa, notis, perjanjian)

Berurusan dengan orang ramai

5. Mencari penyewa yang dipercayai

Iklan dan promosikan hartanah anda.Iklan yang tiada diskriminasi terhadap jantina,
agama, bangsa, status perkahwinan dan sebagainya.

Melayan semua pemohonan dengan sama rata

Menggunakan borang permohonan sewa seperti yang dilampirkan.

Menetapkan standard tertentu untuk menerima penyewa (sebagai contoh,


pendapatan, pekerjaan penyewa)

Mengamalkan polisi siapa cepat dia dapat

6. Menentukan kemampuan bakal penyewa untuk menyewa rumah anda

Pastikan punca pendapatan bakal penyewa terbabit. Mungkin dengan salinan slip
pendapatan dapat membantu anda.

Nisbah pendapatan untuk pembayaran sewa. 30% daripada pendapatan kasar


penyewa. Sebagai contoh, pendapatan kasar ialah RM3000. 30% daripada RM3000
ialah RM900. Maka penyewa kemungkinan mampu untuk menyewa rumah RM900
ke bawah.

Periksa kedudukan kewangan bakal penyewa. Dapatkan salinan CCRIS untuk


mengetahui latar belakang kredit bakal penyewa.

Menghubungi rujukan penyewa atau tuan rumah sebelum ini untuk mengetahui
kelakuan bakal penyewa anda.

Adakan temuduga dengan bakal penyewa

7. Menjaga Pendapatan dari sewaan

Menentukan harga sewaan yang berpatutan

Menaikkan harga sewaan apabila perlu, lebih-lebih lagi apabila anda ingin membuat
pembiayaan semula hartanah

Mengambil langkah keselamatan dengan mengenakan deposit keselamatan


(security deposit) sebelum penyewa berpindah masuk ke dalam rumah.

Mempertimbangkan untuk mengumpul sewa terlebih dahulu (advance rent). Lebih


mudah dengan post dated cheque.

Mengutip sewa bulanan

Mengenakan denda lambat bayar sewa atau penalti jika cek ditolak.

8. Penyewa berpindah masuk

Menjaga perhubungan antara tuan rumah dan penyewa. Tidak lebih daripada itu.
Tiada perasaan peribadi.

Memeriksa hartanah anda bersama dengan penyewa

Menandatangani perjanjian sewa bersama dengan penyewa.

Buka satu fail untuk satu penyewa. Di dalam fail tersebut, anda akan isikan:
o

Permohonan sewa, slip pendapatan, CCRIS, kad pengenalan dan segala


butir-butir penyewa

Perjanjian sewa yang sudah dimatikan setem cukai.

Senarai semak hartanah yang telah ditanda tangan oleh kedua-dua pihak

Tarikh dan jumlah semua transaksi termasuk deposit sekuriti dan sewa

Baik pulih yang dipinta dan baik pulih yang telah dibuat

Rungutan daripada penyewa atau mengenai mereka

Segala surat-menyurat di antara tuan tanah dan penyewa

LAMPIRAN
1.
2.
3.
4.

Permohonan untuk menyewa rumah


Senarai semak bagi tuan rumah
Perjanjian sewa
Aliran Tunai

PERMOHONAN UNTUK MENYEWA RUMAH


Nama Pemohon

Tarikh Lahir

Email

Tempat Lahir

Telefon Rumah

Telefon Bimbit

No. Kad
Pengenalan

Nama bakal penghuni lain

No. Kad Pengenalan

Hubungan dengan Pemohon

KEDIAMAN/ SEWAAN
Kediaman Sekarang

Kediaman Sebelumnya

Kediaman Dahulu

Dari/ hingga

Dari/ hingga

Dari/ hingga

Pekerjaan Sekarang

Pekerjaan Sebelumnya

Pekerjaan Dahulu

Dari/ hingga

Dari/ hingga

Dari/ hingga

Alamat
Bandar
Poskod
Bayaran Sewa
Terakhir
Tuan Rumah/
Pengurus dan
Nombor Telefon
Alasan Keluar
Adakah Sewa sudah
dibayar penuh?
Adakah anda sudah
memberikan notis?
Adakah anda diminta
untuk berpindah?
Tarikh Menetap

PEKERJAAN (Sila lampirkan penyata gaji terkini.)


Majikan
Alamat
Bandar
Poskod
Pekerjaan
Nama Pengurus dan
Nombor Telefon
Gaji Kasar bulanan
Tarikh Berkhidmat

KEWANGAN
Bank/ Institusi

Baki Deposit atau Baki Pinjaman

Akaun Simpanan/ ASB/


Semasa
Kad Kredit
Pinjaman Sewa Beli
Pinjaman Peribadi

KENDERAAN (termasuk kenderaan penghuni lain)


Jenama

Model

Warna

Tahun

Nombor
Pendaftaran

RUJUKAN
Nama
Hubungan dengan
Pemohon
Alamat
Bandar
Poskod
Nombor Telefon
Dengan menandatangani permohonan ini, anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menghubungi kesemua nama yang
tersenarai pada bahagian ini, jika kami tidak dapat menjejaki anda. Selain itu, jika anda meninggalkan kediaman ini atas apa-apa sebab,
anda juga telah memberikan kebenaran kepada kami untuk membenarkan ahli keluarga yang terdekat untuk mengosongkan kediaman bagi
pihak anda.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Pernahkah anda pernah menerima notis
lewat bayar dari tuan rumah?

Pernahkah anda difailkan sebagai


muflis? Jika pernah, bila?

Berapa orang penghuni yang


menghisap rokok?

Bila anda ingin berpindah ke sini?

Berapa lama anda ingin


menyewa daripada kami?

Pernahkah anda disabitkan


dengan kesalahan undangundang?

Berapa banyak haiwan peliharaan yang anda


miliki? (Senarikan jenis, berat, tinggi dan umur
anggaran)

Pernahkan anda menerima notis keluar? Jika


pernah, bila?

Pernahkah anda mempunyai masalah yang berulang dengan kediaman atau tuan rumah sekarang? Jika ya,
sila terangkan:

Kenapa anda berpindah dari kediaman sekarang?

Senaraikan sumber dan jumlah pendapatan yang boleh dipertimbangkan dalam permohonan:

Jika anda berdepan dengan masalah kewangan pada masa hadapan dan tidak mampu untuk membayar sewa
bulanan, adakah anda mempunyai sesiapa yang boleh meminjamkan wang kepada anda? Jika ya, senaraikan
nama, alamat dan nombor telefon supaya kami letakkan sebagai rujukan bagi anda.

Pernahkah anda terlibat dalam apa-apa tuntutan mahkamah? Jika pernah, sila terangkan mengapa:

Kami akan membuat pemeriksaan terhadap rekod kewangan dan jenayah anda. Adakah anda ingin memberi
komen sebelum kami jumpai rekod anda?

Bagaimana anda tahu mengenai rumah ini?

Adakah anda tahu sesiapa yang masih mencari rumah? Sila berikan nama dan nombor telefon.

PERJANJIAN
Saya telah memastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan sekiranya maklumat itu palsu,
permohonan anda dibatalkan. Saya faham bahawa ini adalah borang permohonan untuk menyewa rumah dan
bukannya sebahagian perjanjian sewa rumah.
Tandatangan: __________________________________

Tarikh: ____________________________________

SENARAI SEMAK BAGI TUAN RUMAH

HARTANAH: _____________________________________________________________________
ALAMAT: ________________________________________________________________________
NAMA PENYEWA: _________________________________________________________________

Berikut adalah senarai semak penyewaan hartanah. Pastikan prosedur telah diikuti dengan betul dan
tiada yang tertinggal supaya tiada masalah yang akan timbul nanti.
Sediakan dua salinan Perjanjian Sewa. Pastikan penyewa dan saksi telah menandatangani
perjanjian sewa.
Pastikan semua tandatangan diperolehi sebelum matikan setem hasil. Serahkan satu salinan
kepada penyewa. Simpan satu salinan di dalam fail khas.
Sewa Bulan pertama telah diterima.
Deposit Keselamatan (Security Deposit) berjumlah dua (2) bulan sewa telah diterima.
Deposit Utiliti (Utilities Deposit) berjumlah satu (1) bulan sewa telah diterima.
Segala resit pembayaran telah diberikan kepada penyewa.
Pemeriksaan hartanah telah dilakukan bersama-sama penyewa. Serahkan satu salinan
senarai pemeriksaan hartanah kepada penyewa.
Serahkan kunci rumah sepenuhnya kepada penyewa.
Pas dan pelekat kereta untuk kawasan perumahan yang dilengkapi pengawal keselamatan.
Senarai nombor telefon penting

Tarikh

Di antara

( Tuan Punya Rumah )

Dengan

( Penyewa )

*********************************************
PERJANJIAN SEWA
*********************************************

PERJANJIAN SEWA
Perjanjian Sewa ini telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual 1 diantara dua pihak yang
telah dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai Tuan Punya Rumah) sebagai pihak
pertama dan satu pihak lagi dalam Seksyen 3 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai Penyewa ) di pihak
kedua.

ADALAH DINYATAKAN BAHAWA


1)

Tuan Punya Rumah merupakan pemilik sah kepada hartanah yang dinyatakan dalam Seksyen
4 Jadual 1 (selapas ini dinyatakan sebagai Premis).

2)

Tuan Punya Rumah telah menyerahkan dan Penyewa akan menerima Premis berserta
kelengkapan asas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan.

ADALAH DIPERSETUJUI
1.

Berdasarkan terma dan syarat-syarat adalah depersetujui oleh Tuan Punya Rumah dan
Penyewa untuk menerima sewaan bagi Premis pada jangkamasa, tarikh masuk dan
tarikh tamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 (a)(b) dan (c) Jadual 1.

2.

Nilai sewaan sebulan dinyatakan dalam Seksyen 6(a) Jadual 1 dan hendaklah dibayar
pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 6(b) Jadual 1. Sewaan
hendaklah

dibayar

terus

ke

akaun

Tuan

Punya

Rumah

yang

bernombor:

.. atas nama ........................... Slip pembayaran


hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.

3.

Penyewa hendaklah membayar deposit bagi Premis sebanyak dua bulan sewaan seperti
dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 sebagai jaminan terhadap kebolehupayaan Penyewa dalam
menjaga baik Premis. Jumlah deposit adalah kekal sepanjang jangkamasa sewaan dan hendaklah
dipulangkan keseluruhannya dalam masa dua puluh (20) hari selepas tarikh tamat sewaan atau
kurang oleh Tuan Punya Rumah jika berlaku kerosakan pada Premis yang disebabkan oleh
kecuaian Penyewa (kerosakan normal disebabkan kelusuhan dan waktu adalah diterima).

4.

Penyewa dikehendaki membayar deposit kemudahan asas (air dan elektrik) seperti dinyatakan
dalam Seksyen 8 Jadual 1. Deposit akan dikembalikan kepada Penyewa setelah tamat tempoh
sewaan dan segala pembayaran kemudahan asas bulanan selesai selama Penyewa tinggal di
dalam Premis.

5.

ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PENYEWA KEPADA TUAN PUNYA RUMAH seperti


dinyatakan :

5.1

Membayar jumlah sewaan Premis pada tarikh yang ditetapkan. Kegagalan Penyewa
membayar sewa selama tiga (3) bulan berturut-turut boleh menyebabkan perjanjian ini
terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak keatas semua deposit rumah dan kemudahan asas.
Tuan Punya Rumah juga berhak terhadap Premis secara automatik.

5.2

Membayar segala kemudahan asas yang disediakan sepanjang tempoh sewaan Premis.
Segala resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan.

5.3

Menjaga dan memelihara Premis dari segi peralatan yang disediakan serta persekitaran
dalam keadaan yang baik (perubahan dari segi faktor masa dan usia adalah diterima). Segala
peralatan yang disediakan hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.

5.4

Tidak membuat atau membenarkan pengubahsuaian atau penambahan ke atas Premis,


hiasan Tuan Punya Rumah tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis atau lisan.
Setelah mendapat keizinan dari Tuan Rumah, Penyewa hanya dibenarkan melakukan
pengubahsuaian atau penambahan pada kawasan yang ditentukan oleh Tuan Punya Rumah
sahaja dan segala kos perbelanjaan untuk tujuan tersebut adalah ditanggung oleh Penyewa
kecuali mendapat persetujuan oleh Tuan Punya Rumah. Penyewa mesti mengembalikan
pengubahsuaian atau penambahan kepada keadaan asal apabila diminta oleh Tuan Punya
Rumah.

5.5

Membenar Tuan punya Rumah atau wakil yang dilantik setelah memberi tiga (3) hari notis
terdahulu pada masa yang berpatutan atau atas persetujuan bersama melalui temujanji
untuk memasuki Premis dan memeriksa keadaan Premis tersebut yang mana Tuan Punya
Rumah berhak memberikan notis bertulis kepada Penyewa bagi memaklumkan kerja-kerja
pembaikan yang perlu dilakukan dan meminta Penyewa melaksanakannya. Dan sekiranya
Penyewa dalam masa empat belas (14) hari dari notis tersebut tidak melaksanakannya maka
tuan rumah bersama atau tidak bersama dengan pembaik berhak memasuki Premis tersebut
dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan segala kos pembaikan adalah dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak.

5.6

Menggunakan Premis bagi tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 10 Jadual 1 dan tidak
menggunakan Premis atau menyebabkan penggunaan Premis tersebut selain daripada yang
dinyatakan atau menyebabkan Premis menjadi gangguan dalam sebarang bentuk kepada

Tuan Punya Rumah atau jiran Premis. Sebagai tambahan Penyewa adalah dilarang sama
sekali untuk membela binatang ternakan separti ayam. itik, kambing, lembu atau
seumpamanya bagi mengelakkan kesulitan yang telah dijelaskan di atas.

5.7

Tidak membenarkan atau menyewa Premis tersebut samada secara pemilikan sah atau
sebahagian sah atau sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis
daripada Tuan Punya Rumah.

5.8

Tidak menyebabkan atau disebabkan Premis tersebut melanggar mana-mana undangundang atau peraturan atau atau garis panduan daripada mana-mana agensi kerajaan atau
badan atau organisasi bertanggungjawab sehingga menyebabkan perlanggaran polisi atau
polisi insurans berkaitan kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran atau meningkatkan
risiko kebakaran sehingga menyebabkan tambahan premium.

5.9

Penyewa bersetuju untuk membersihkan segala sampah atau sisa-sisa dan menyerahkan
Premis tersebut dalam keadaan baik dan bersih dan telah dibuat pembaikan kepada Tuan
Punya Rumah. Penyewa dibolehkan menanggalkan gantungan atau pemasangan kepunyaan
Penyewa tetapi Penyewa mesti melakukan pembaikan keatas segala kecacatan atau
kerosakan akibat penanggalan gantungan atau pemasangan tersebut.

5.10

Tidak menyimpan atau membawa masuk ke dalam Premis senjata, senjata api, bahan
letupan, peledak, peluru atau sebarang bahan midah terbakar, meletup, merbahaya dan
melanggar undang-undang.

5.11

Tidak menggunakan Premis untuk kegunaan yang boleh melanggar undang-undang atau
tidak bermoral, perniagaan atau pusat penyimpanan atau tempat perjudian walau dalam
bentuk apa cara sekalipun.

5.12

Tidak menambah kunci atau mangga pintu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari
Tuan Punya Rumah. Tuan Punya Rumah akan memberikan kunci pendua bagi semua pintu
rumah.

5.13

Penyewa adalah bertanggungjawab untuk membaikpulih Premis secara minor tidak melebihi
jumlah seratus ringgit RM100.00. (Jumlah dalam masa sebulan).

5.14

Penyewa bersetuju menerima sewaan Premis bersih seadanya. Penyewa bersetuju untuk
memulangkan Premis di dalam keadaan asalnya dan membayar kos pembersihan sekiranya
Tuan Punya Rumah mengupah untuk membersihkan Premis.

5.15

Dalam tempoh 2 bulan sebelum tamat perjanjian sewaan, kecuali

Penyewa telah

memberikan notis bertulis untuk memperbaharui perjanjian tersebut, Penyewa perlu


member kebenaran kepada orang yang diberi kuasa oleh Tuan Punya Rumah untuk
memasuki dan melihat keadaan rumah pada masa yang berpatutan

6.

ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB TUAN PUNYA RUMAH KEPADA PENYEWA seperti


dinyatakan :

6.1

Membayar sewa keluar, servis caj dan segala yang berkaitan yang telah dipersetujui antara
Tuan Punya Rumah dan Penyewa.

6.2

Pada setiap masa disepanjang tempoh perjanjian ini, dilindungi insurans daripada kehilangan
atau kerosakan akibat kebakaran kecuali perabot atau hartabenda milik Penyewa

6.3

Penyelanggaraan dan memastikan struktur utama Premis iaitu atap, dinding utama, lantai,
siling-siling dan system pembentungan dalam keadaan baik atau dalam keadaan boleh
dibaiki oleh Penyewa di sepanjang tempoh perjanjian ini kecuali kerosakan kepada Premis
tersebut adalah disebabkan oleh tindakan atau salahlaku atau kecuaian Penyewa atau orang
berkaitan dengan Penyewa, yang mana Penyewa akan melakukan pembaikan atau
pebaharuan dengan kos yang ditanggung oleh Penyewa. Dalam keadaan kerosakan yang
bukan disebabkan oleh Penyewa atau orang berkaitan dengan Penyewa, Tuan Punya Rumah
akan membaiki atau membuat pembaharuan dalam masa 14 hari dari tarikh menerima notis
bertulis dari Penyewa. Sekiranya Tuan Punya Rumah gagal melaksanakan tugasnya, Penyewa
boleh melakukan sendiri pembaikan dan pembaharuan dan menuntut kos pembaikan
daripada Tuan Punya Rumah.

6.4

Setelah Penyewa membuat pembayaran sewa dan melaksanakan segala tanggungjawabnya


kepada Tuan Punya Rumah, Penyewa berhak menikmati dan menggunakan Premis tersebut
tanpa gangguan Tuan Punya Rumah atau orang berkaitan Tuan Punya Rumah disepanjang
tempoh perjanjian.

7.

SEHARUSNYA DAN SENTIASA DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-DUA BELAH PIHAK:

7.1

Jika pada sebarang ketika bayaran sewa (samada diminta atau tidak) akan kekal sebagai
bayaran sewa tidak dibayar untuk tempoh 7 hari selepas tarikh sepatutnya bayaran sewa
dibuat dan sekiranya ini berlaku, Tuan Punya Rumah berhak pada bila-bila masa tanpa
prejudis untuk memasuki Premis tersebut atas nama perjanjian ini telah dilanggar oleh
Penyewa.

7.2

Jika pada sebarang ketika, bayaran sewa ( samada diminta atau tidak ) akan kekal sebagai
bayaran sewa tidak dibayar untuk tempoh 14 hari selepas tarikh sepatutnya bayaran sewa
dibuat dan sekiranya ini berlaku, Penyewa akan meninggalkan keluar Premis dalam masa 7
hari, mengembalikan kepada Tuan Punya Rumah segala yang sepatutnya dan membaiki
segala kerosakan yang dilakukan oleh Penyewa atau orang yang berkaitan Penyewa dan
melupuskan semua deposit. Penyewa akan bertanggungjawab atas semua caj guaman yang
ditanggung Tuan Punya Rumah bagi melaksanakan Klaus ini.

7.3

Tanpa prejudis dan kuasa Tuan Punya Rumah atau sebagainya seperti yang termaktub di
dalam perjanjian ini, Penyewa akan membayar bayaran lewat mengikut kadar faedah 2%
sebulan dikira dari hari ke hari atau semua bayaran tertunggak dan dibayar dalam tempoh 7
hari oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah. Kadar faedah bayaran lewat tersebut dikira 7
hari dari tarikh akhir bayaran sepatutnya dibuat sehingga semua bayaran dilangsaikan.
Penyewa akan bertanggungjawab atas semua caj guaman yang ditanggung Tuan Punya
Rumah bagi melaksanakan Klaus ini.

7.4

Jika berlaku Penyewa ingin melanjutkan Perjanjian Sewa ke atas Premis yang sama, Penyewa
hendaklah memberi notis dua (2) bulan secara bertulis kepada Tuan Punya Rumah sebelum
tamat Perjanjian Sewa ini dan di dalam masa yang sama Penyewa hendaklah mematuhi
segala terma dan syarat Perjanjian Sewa sediaada sebelum Tuan Punya Rumah bersetuju
menawarkan Penyewa menyambung Perjanjian yang mana telah dinyatakan dalan Seksyen 9
Jadual 1 dengan terma dan syarat yang sama dan jumlah sewaan yang depersetujui kelak.

7.5

Jika berlaku Penyewa ingin menamatkan perjanjian ini sebelum tarikh tamat perjanjian yang
mana telah dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1, deposit dua bulan adalah dikira hangus dan
menjadi hak sepenuhnya Tuan Punya Rumah dan deposit kemudahan asas dalam Seksyen 8
Jadual 1 akan dipulangkan sepenuhnya setelah mengambilkira semua kemudahan asas itu
telah di selesaikan sepenuhnya oleh Penyewa atau sebahagiannya melalui deposit tersebut.

7.6

Segala kos setem dan kos perjanjian ini dibuat dan disediakan adalah di bawah tanggungan
Penyewa.

7.7

Segala cukai yang berkaitan dengan premis ini seperti cukai tanah, cukai pintu, Indah water
dan sebagainya adalah di bawah tanggungan Tuan Punya Rumah

8.

Di dalam Perjanjian ini :

8.1

Terma Tuan Punya Rumah dan Penyewa adalah merangkumi waris sah atau wakil yang
diperakui oleh kedua-dua belah pihak.

8.2

Perkataan yang merujuk kepada jantina merangkumi lelaki dan perempuan.

8.3

Perkataan yang merujuk kepada satu atau sesuatu merujuk kepada bilangan satu atau lebih
daripada satu dan yang merujuk kepada orang atau seseorang merujuk kepada individu,
orang perseorangan atau organisasi.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI DAN DISAKSIKAN oleh pihak-pihak dibawah yang memetrai perjanjian ini
pada hari dan tahun di bawah menurut Seksyen 1 Jadual 1.

Ditandatangani oleh Tuan Punya Rumah

Nama
Nombor Kad Pengenalan

)
)

Tarikh

..................................................................................

Ditandatangani oleh Penyewa

Nama
Nombor Kad Pengenalan

)
)

Tarikh

..................................................................................

Ditandatangani oleh Saksi

Nama
Nombor Kad Pengenalan
Tarikh

)
)
)

..................................................................................

JADUAL 1
( Ini haruslah diambilkira dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sewa )

SEKSYEN

PERKARA

Tarikh Perjanjian

Tuan Punya Rumah

KETERANGAN

( Nama, Nombor Kad


Pengenalan, No Tel)
Alamat
3

Penyewa ( Nama, Nombor Kad


Pengenalan, No Tel )
Alamat

Alamat Premis

(a) Tempoh Sewaan


(b) Tarikh Masuk
(c) Tarikh Tamat

(a) Sewa Bulanan

Ringgit Malaysia :

(b) Tarikh Bayaran

Pada atau sebelum 5 haribulan setiap bulan

Deposit ( dua bulan sewa )

Ringgit Malaysia :

Deposit Kemudahan Asas

Ringgit Malaysia :

Tempoh Pembaharuan Sewa

10

Kegunaan Premis

Tempat Tinggal Sahaja

ALIRAN TUNAI HARTANAH


HARTANAH:
ALAMAT:
PENYEWA:
TARIKH

PERKARA

PENDAPATAN

RM0.00
JUMLAH ALIRAN TUNAI

PERBELANJAAN

RM0.00
RM0.00

BAJET OPERASI HARTANAH

Bahagian 1: Pendapatan Sewa


UNIT 1
UNIT 2
UNIT 3
A. JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

Bahagian 2: Bajet Perbelanjaan dan Simpanan


Unit 1 - Pembiayaan, Cukai dan Yuran
Pembiayaan Hartanah
Cukai Pintu
Cukai Tanah
Unit 2 - Insuran
MLTA
Unit 3 - Bil Utiliti
Elektrik
Air
Pembentungan
Telefon
Astro
Unit 4 - Pemeriksaan Rutin
Pembaikan & Pemeriksaan Rutin
Unit 5 - Pembaikan Besar
Penyaman Udara
Unit 6 - Kekosongan
Sewa
Iklan & promosi
Unit 7 - Khidmat Profesional
Guaman
Akauntan
Penasihat
Unit 8 - lain-lain

B. JUMLAH BAJET PERBELANJAAN


KESELURUHAN

Bahagian 3: Aliran Tunai


A. Jumlah Pendapatan Sewa (Bahagian 1)
B. Jumlah Bajet Perbelanjaan (Bahagian 2)
A. Perbezaan