Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.0 PENGENALAN
Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang
yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur
pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolahsekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.
Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai
pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk
pertandingan yang lebih formal.
1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN
Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan
pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan,
pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahirankemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan,
pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian
dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.
Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah
(a) Merancang
(b) Menyediakan bajet
(c) Mengawal
(d) Mengarah
(e) Mengelola
(f) Menyediakan jadual pertandingan
(g) Membuat keputusan
(h) Menilai
Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan
pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi
perhatian iaitu:(a) Persediaan profesional
(b) Sikap profesional
(c) Perkembangan profesional

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan
pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran
dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan
dan kegemilangan.
1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani
Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk
mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui
pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses
pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti
psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ)
pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman
semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ)
adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan
berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan
kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986)
Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran
yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran
insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental,
fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan
untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan
nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan
seharian.
Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir
dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran
ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang
di harapkan.
Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani
Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barangbarang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan
menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan
peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan
atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.
Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan
kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.
Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani

(i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan


jasmani.
(ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok
bagi alatan stor dengan
kemas kini.
(iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru
(iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan
pergerakan alatan.
(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok
sekurang-kurangnya sekali setahun.
(vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.
Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani
(i) Ruang
Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung
keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor
pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan
jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang
disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.
(ii) Rak
Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor
pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang
yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan
teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses
menyimpan dan mengambil barang.
(iii) Lokasi
Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang
berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang
dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan
lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah
masuk stor pendidikan jasmani.
(iv) Tingkap
Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari
masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain
yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) Siling
Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling
bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak
menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang
sesuai.
(vi) Peredaran Udara
Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan
mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.
Tingkap kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani
bagi membenarkan pengaliran udara.
(vii) Keselamatan
Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan
alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di


cerobohi.
Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di
susun di bahagian bawah rak simpanan.
Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian
yang tajam menghala ke bawah.
Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain
dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.
Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita
terpijak yang boleh
menyebabkan kecederaan kepada kita.

Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan


memulangkan alatan.
Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil
barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.
Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain
dalam keadaan kering sebelumdi simpan bagi mengelak reput.
Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di
perkenalkan dan di kuat kuasa.
Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur
Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan
pemindahan barang secara pukal.

(viii) Pintu
Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.

Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam
lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu
yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga
boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan
dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal
dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.
(g) Penjagaan Peralatan
Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan
pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang
guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani
bukan lulusan pendidikan jasmani.
Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah
gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan
jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:
(i) Duduk di atas bola
(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring
dan lain-lain
(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain
(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau
material yang lembut
contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.
STOR PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
Bilik Sumber Sukan dan PJPK adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah
sekolah. Bilik ini menempatkan pelbagai jenis alatan sukan yang digunakan sama
ada untuk sukan sekolah mahupun untuk pembelajaran dan pengajaran mata
pelajaran Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan (PJPK).
Oleh kerana dasar dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, 1Murid 1 Sukan,
banyak sekolah telah menukar corak fizikal dalaman kepada sebuah bilik yang
mesra pengguna, selamat, kondusif.
Hal ini demikian sejajar dengan kandungan sukatan mata pelajaran PJPK yang
merangkumi Pengurusan Alatan, Keselamatan dan Kebersihan Persekitaran, Kerjaya
dalam Sukan, Kesukanan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Diri dan Keluarga, Kemahiran
Sukan dan Kecergasan fizikal.
Fungsi Bilik Sumber Sukan dan PJPK

Bilik ini berfungsi bagi dua fasa yang berbeza iaitu :

Fasa Pertama : Bulan Januari hingga Julai adalah masa kemuncak bagi aktiviti
Sukan Sekolah, Merentas Desa, Karnival Sukan dan Pembelajaran dan
Pengajaran PJPK.

Fasa Kedua : Bulan Julai hingga November adalah lebih khusus untuk
Pembelajaran dan Pengajaran PJPK sahaja.

Bilik ini boleh digunakan sepenuhnya untuk tujuan mesyuarat, perjumpaan ringkas
dan proses peminjaman alatan. Pengawas Bilik Sukan akan membantu guru
menyediakan alatan yang diperlukan oleh guru Rumah Sukan dan Guru PJPK atau
memastikan bilik sentiasa kemas dan teratur.

STOR SUKAN

Penyelengaraan Peralatan Sukan ( Stor Sukan ) adalah merujuk kepada Surat


Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000 ) iaitu semua warga sekolah yang menggunakan
peralatan sukan bertanggungjawab ke atas:
Tatacara Am.

Peralatan sukan yang dianggap merbahaya.

Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang


membahaya

diadakan pada hari atau masa yang berasingan

Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya


dengan
rapi sepanjang masa.

Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil
oleh Ahli
Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.

Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar
masuk
peralatan sukan.

Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang
ditetapkan.

Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang


selamat.

Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang


digunakan
yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
Tatacara Murid.

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi


guru PJK.
Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.

Merekod semua alat sukan yang digunakan.

Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.

Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.

Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.

Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan


peralatan sukan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR PJ DAN SUKAN.


Tatacara Am.

Sentiasa menjaga kebersihan stor.

Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan


peralatan sukan.

Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor


sukan.Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.

Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan


sukan.

Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.

Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk
alat-alat sukan.

Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat
sahaja.

Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu
diperbaiki.

Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.

Memastikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada


dalam keadaan selamat.

Tatacara Murid.

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi


guru PJK.

Murid tidak dibenarkan bermain main dengan peralatan lain apabila berada
didalam stor suka ketika mengambil alatan sukan.


Murid dilarang berlari semasa berada didalam stor sukan semasa mengambil
peralatan sukan.

Murid perlu melaporkan dengan segera kepada guru PJK sekiranya terdapat
murid lain berada dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

Tatacara Jurulatih/Guru.

Menjaga kebersihan stor sukan.

Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.

Memadamkan suis apabila keluar dari stor.

Mempunyai pelan keselamatan.

Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.

Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian


peralatan.

Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

2.0

STOR SUKAN

Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai
peralatan sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak.Ini bagi mengelakkan
pihak sekolah terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi menggantikan kerosakan
peralatan tersebut.Maka perlu diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi
melicinkan pengurusan dan keselamatan murid.
2.1

TATACARA PENGGUNAAN AM

2.1.1 Rekod Keluar Masuk

Perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua
peralatan yang digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang
menggunakannya serta mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang
penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan
berlaku.

2.1.2 Peralatan Disimpan Di Tempat Khas

Alat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil


oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Di

samping itu, tempat-tempat tersebut perlu dilabelkan bagi melicinkan urusan


pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan.
2.1.3 Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian

Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah
disimpan, dijaga dan diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini
adalah terkawal dan perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas.

2.1.4 Kelulusan Piawai Dan Pengikhtirafan

Semua peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan


pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Ini bagi
mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak berkualiti.

2.1.5 Dilupuskan Mengikut Prosedur

2.2

Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan


mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini penting bagi mengelakkan
kesesakan peralatan berlaku dalam stor sukan.
TATACARA PENGGUNAAN MURID

2.2.1 Kebenaran Memasuki Stor Sukan

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam
pelbagai urusan. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor
sukan atas urusan pengeluaran dan pengembalian peralatan tersebut.

2.2.2 Laporan Kerosakan

Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada
peralatan yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku
apabila aktiviti sedang dijalankan.

2.2.3 Pengembalian Peralatan Sukan

2.3

Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam


keadaan yang selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang
dikembalikan adalah sama dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan.

TATACARA PENGGUNAAN GURU

2.3.1 Merekodkan Penggunaan Peralatan Sukan

Guru harus menyediakan buku rekod bagi memudahkan kerja merekodkan


semua peralatan sukan yang digunakan.
2.3.2 Tugas Guru Sebagai Pengendali Stor Sukan
Guru bertanggungjawab mengeluarkan dan memeriksa peralatan agar dalam
keadaan yang baik sebelum sesuatu aktiviti atau acara sukan bermula. Di
samping itu, guru juga akan menyimpan dan memastikan peralatan yang
dikembalikan dalam keadaan seperti sedia kala serta bersih.
2.3.3 Mengawasi Penggunaan Peralatan Yang Berbahaya
Guru sentiasa mengawasi dengan rapi penggunaan alatan yang mempunyai
ciri-ciri bahaya. Selain itu, guru bertanggungjawab memastikan peralatan
sukan tersebut dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan. Ini bagi
mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku.
2.3.4 Laporan Kerosakan Dan Kehilangan Peralatan
Guru harus membuat laporan tentang kerosakan dan kehilangan serta
peralatan yang perlu diperbaiki. Laporan ini penting bagi mengetahui status
peralatan sama ada boleh digunakan atau dilupuskan.
2.3.5 Guru Berkelayakan
Pentadbir sekolah memastikan pelantikan guru penasihat yang berkelayakan
dan bertauliah dalam mengendalikan peralatan sukan. Ini bagi memastikan
urusan sukan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kekeliruan dalam
pengendalian tatacara penggunaan stor sukan.

LAPORAN TEMURAMAH
Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya perlu membuat satu temubual bersama
dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani di sekolah saya berkaitan dengan cabaran
dan masalah yang dihadapi dalam Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani dan Sukan

di sekolah.Kenyataan di bawah adalah antara laporan temubual yang telah


dijalankan oleh saya.

Soalan.
1. Apakah yang anda faham dengan istilah stor sukan berkesan?
Jawapan : Pada pendapat saya stor sukan yang berkesan ialah stor
sukan yang kemas dan bersih disamping dilengkapi oleh misi,visi
organisasi dan peralatan yang disusun dengan sempurna dan di
labelkan. Ia dikatakan berkesan sekiranya penggunaan alatan dapat
digunakan dengan baik dan sentiasa boleh digunakan murid pada
bila-bila masa.
2. Kenapa sekolah menitik beratkan kekemasan bilik sukan?
Jawapan:
Kekemasan stor sukan amat penting kerana ia
mewujudkan kan suasana kerja yang selesa. Di samping kemudahan
pengeluaran dan kemasukan alatan yang lebih bersistematik.Ia juga
mencerminkan sahsiah seorang guru yang menjaga bilik tersebut
dan memudahkan semakan stok dilakukan.
3. Bagaimanakah anda boleh mengaitkan kekemasan stor sukan dan KSSR ?
Jawapan:
Kekemasan stor sukan dikaitkan dengan KSSR ialah
memudahkan murid mendapat maklumat di dalam stor sukan di
samping stor tersebut juga merupakan tempat murid-murid
mendapat pengetahuan mengenai peralatan yang terdapat di
dalamnya dengan penglabelan alatan yang baik dan tersusun
memudahkan murid mendapat maklumat dan mengambil peralatan.
4. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh anda bagi memastikan stor sukan
sekolah anda kemas dan teratur?
Jawapan:
Bagi memastikan stor sukan kemas dan teratur semua
guru PJK dan permainan perlulah bertanggungjawab ke atas stor
tersebut disamping mematuhi peraturan pengurusan stor yang
telah ditetapkan.
5. Bagaimana bilik sukan yang teratur dan kemas boleh mempengaruhi tingkah
laku murid?
Jawapan:
Stor yang kemas dan teratur amat mempengaruhi
tangkah laku murid dari segi disiplin, sikap bertanggungjawab,
menghargai dan menyayangi harta benda sekolah.
6. Sebagai seorang pegawai stor apakah tugas yang anda harus laksanakan?
Jawapan:
Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois

Semua penerimaan hendaklah dicatatkan dalam kad kawalan stok/ kad


petak/ lejar dengan secepat mungkin.
Memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang diterima
adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan cukup kuantitinya
7. Nyatakan 3 penyalahgunaan terhadap peralatan sukan?
Jawapan:
Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola
jaring dan lain-lain
Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain
Mengheret barang-barang yang dibuat dari kanvas atau kain atau
material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.
8. Nyatakan cara-cara penyimpanan peralatan sukan yang baik, tersusun,
teratur dan selamat?

Sediakan carta lokasi stok


Ruang stor hendaklah digunakan secara maksimum
Gunakan petak/rak yang mudah diubah-ubah dan tanda pengenalan
Gunakan pelet kayu bagi barang-barang besar dan berat

Kesimpulan.
Stor sukan merupakan satu elemen penting dalam sesebuah sekolah.Stor sukan adalah di
kategorikan sebagai salah satu daripada bilik sumber sekolah,kewujudannya boleh diumpamakan
seperti sebuah perpustakaan yang menyimpan pelbagai bahan maujud yang digunakan sebagai
bahan bantu mengajar .Tanpa stor sukan yang terurus sudah pasti peralatan sukan dan alatan
pendidikan jasmani tidak terjaga dengan sempurna.Pihak pentadbir sekolah perlu memainkan
peranan, memandang berat pengurusan stor sukan dan bersama-sama merancang kearah bilik
sukan berkesan.Stor sukan yang kemas dan teratur bukan sahaja melambangkan sikap atau
sahsiah guru sukan atau guru pendidikan jasmani di sekolah tersebut bahkan melambangkan
imej sekolah .Stor sukan yang terancang dan teratur dapat menyemai amalan nilai-nilai murni
dikalangan murid khasnya tentang disiplin, kekemasan, kebersihan ,bertanggung jawab dan
mematuhi peraturan secara informal.Justeru adalah penting bagi memastikan stor sukan sentiasa
kemas, teratur dan bersih kerana mewujudkan suasana kerja yang selesa dan menyeronokkan
bagi guru dan sumber ilmu bagi murid.