Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KHAY HWA, SUNGAI KERANG

KERTAS KERJA
PAMERAN KARYA PELAJAR SENI VISUAL
2015

ANJURAN:
SJK (C) KHAY HWA

TARIKH:
07/ 07/ 2015

TEMPAT:
DEWAN SJK(C) KHAY HWA

1. PENDAHULUAN :
Aktiviti pameran ini secara amnya bertujuan untuk mendedahkan tentang hasil karya seni
kepada murid-murid, guru-guru dan juga warga sekolah. Seni mungkin seringkali dipandang sepi
terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya pendedahan
tentangnya. Dengan adanya pameran sebegini ia menjadi satu platform bagi menaikkan lagi martabat
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk minat terhadap
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya dalam kalangan murid-murid. Melalui projek pameran
ini juga kreativiti murid-murid dapat ditingkatkan melalui pelbagai garapan idea penghasilan seni
daripada karya yang dipamerkan. Ia secara langsung akan mendorong minat murid untuk
menghasilkan karya seni dengan lebih baik pada masa akan datang seterusnya dapat menonjolkan
bakat yang terpendam dalam kalangan murid-murid.
2. RASIONAL

Penganjuran program Kebangkitan Minat Seni ini merupakan satu wadah bagi semua warga
Sekolah Kebangsaan Cina Khay Hwa ( SJK(C) Khay Hwa ) khasnya murid-murid dalam
meningkatkan kreativiti dan juga minat terhadap Pendidikan Seni Visual. Karya - karya
yangdipamerkan adalah dari hasil karya murid. Oleh itu, dengan melihat pameran ini, minat murid
terhadap Pendidikan Seni Visual dapat ditingkatkan. Murid-murid juga akan memperoleh idea baru
dalam penghasilan karya seni melalui karya-karya yang dipamerkan. Oleh itu, ia secara langsung akan
dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan murid dan juga warga SJK(C) Khay Hwa serta
dapat menjadi satu lonjakan bagi mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid.
3. MATLAMAT
3.1

Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek PendidikanSeni Visual.

3.2

Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan karya seni.

3.3

Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid disamping menambah
pengetahuan tentang seni visual.

4. OBJEKTIF
4.1

Meningkatkan minat terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui karya yang dipamerkan.

4.2

Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni dalam empat bidang
mengikut sukatan pelajaran.

4.3

Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada karya yang dipamerkan.

4.4

Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam melalui pameran dan
aktiviti pertandingan yang dijalankan.

4.5

Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameranyang dilaksanakan.

4.6

Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

5. TARIKH PERLAKSANAAN

18 September 2015 ( Jumaat )


6. TEMPAT

Dewan SJK(C) Khay Hwa, Sungai Kerang.


7. ANJURAN :
Panitia Pendidikan Seni Visual
8. TEMA

KEBANGKITAN MINAT SENI


Tema ini dipilih bertepatan dengan objektif pameran ini iaitu untuk meningkatkan minat dan
juga kreativiti murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kebangkitan secara amnya
bermaksud membangun, sedar, dan lain -lain. Oleh itu, tema ini dipilih bertepatan dengan tujuan
pameran ini dilaksanakan iaitu bertujuan untuk membangunkan minat, meningkatkan kreativiti melalui

idea daripada karya-karya yang dipamerkan serta mencungkil bakat seni yang terpendam dalam
kalangan murid.
9. KUMPULAN SASARAN :
Semua warga Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khay Hwa
10. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PAMERAN KEBANGKITAN SENI.
PENAUNG
Pn. Phoon Meow Cheng
Guru Besar SJK(C) Khay Hwa.
PENASIHAT
En. Khishamudin bin Manap
(GPK 1)
PENGERUSI
Mohd Jamil Bin Yang
NAIB PENGERUSI
Muhamad Bin Zainal Abidin
SETIAUSAHA
Ong Chai Fei
BENDAHARI
Lim Kim Seng

AHLI JAWATANKUASA KECIL


1. KURATOR PAMERAN
Tan Wen Ni
2. JAWATANKUASA HADIAH
Rashidi Bin Mohd Rashid
3. URUSETIA
Semua guru Pendidikan Seni Visual.

11. BELANJAWAN :
Rujuk lampiran 1
12. TENTATIF PROGRAM :
Rujuk lampiran 2

13. PENUTUP
Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khay
Hwa menyokong penuh pelaksanaan pameran ini. Hal ini penting bagi memberi peluang kepada warga
SJK(C) Khay Hwa terutamanya murid-murid dalam meneroka pengalaman baru melalui pameran ini.
Semoga dengan penganjuran pameran ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada warga
SJK(C) Khay Hwa dan juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan murid
seterusnya dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan murid dan warga SJK(C)
Khay Hwa. Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat diperlukan bagi
memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas kerjasama dan perhatian daripada semua pihak
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

( EN. ONG CHAI FEI)


Setiausaha, Program Kebangkitan Seni 2015 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khay Hwa

Disahkan oleh,
.
(PN. PHOON MEOW CHEN)
Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pedas

Lampiran 2
TENTATIF PROGRAM PAMERAN KEBANGKITAN SENI
Tarikh : 18 September 2015 (Jumaat)
Masa

Aktiviti

8:00 a.m

Pameran Bermula

9:00 a.m

Pertandingan Murid (Tahun 1 & 4)

10:00 a.m

Tempat : Dewan SJK(C) Khay Hwa

Membuat Boneka

Membuat Penanda Buku

Pertandingan Murid (Tahun 5& 6)


-

Membuat Boneka

Ikat dan celupan

11:00a.m

Pameran

12:30p.m

Pameran Selesai