Anda di halaman 1dari 1

Membaca Jambatan Ilmu

Slogan Membaca Jambatan Ilmu sering kali kita gunakan untuk


menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam usaha kita mencari
ilmu pengetahuan. Membaca merupakan antara kegiatan yang amat penting
dalam kehidupan manusia di samping mampu membangunkan dan memajukan
sesuatu masyarakat.Insan yang berbudaya membaca merupakan manusia yang
berilmu. Minat membaca berkait rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini
mampu melonjakkan pembangunan dan kemajuan dalam kehidupan masyarakat
majmuk Malaysia yang berorientasikan sains dan teknologi.
Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam kehidupan masyarakat
kita. Budaya ini pula tidak seharusnya terbatas di sekolah, kolej atau universiti
semata-mata tetapi juga patut dikembangluaskan dalam kehidupan masyarakat
termasuklah masyarakat di luar bandar. Hal ini penting agar masyarakat luar
bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat
menimba dan menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman agar mereka
tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan global.
Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau
kejayaan dalam sesuatu bidang tidak berdaya tahan sekiranya ketandusan atau
kemunduran dalam buana ilmu yang bermutu dan mutakhir. Sebaliknya,
masyarakat yang ketinggalan atau yang mengabaikan budaya ilmu akan
bergantung harap kepada orang atau bangsa lain yang berilmu dan cendekia.
Buktinya kita dapat melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya
terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan negara
masing-masing kepada negara lain yang lebih maju dan dominan dalam bidang
keilmuan dan kepakaran.
Akhirulkalam,membaca merupakan salah satu faktor utama yang meyumbang
kepada kecermelangan seseorang dalam hidupnya.

Anda mungkin juga menyukai