Anda di halaman 1dari 3

3.7.4.

1 - Komponen Kepantasan : Ujian Lari Pecut 40 meter


Objektif - Untuk mengukur kepantasan berlari

Kebolehpercayaan - r = 0.98 (Ahmad Hashim,2003)


Kesahan - r = 0 .80 (Ahmad Hashim,2003)
Keobjektifan - r = 0.98 (Ahmad Hashim,2003)
Kawasan Ujian - padang permainan bola sepak yang mempunyai keluasan yang
mencukupi
Alatan - Jam randik, pita pengukur dan pita penanda
Prosedur ujian - Satu penanda diletakkan pada jarak 40 meter dan garisan
permulaan. Sebanyak 20 penanda lagi 32 diletakkan selang 2 meter, bermula
daripada jarak 40 meter garisan permulaan - Sampel berdiri di belakang garisan
permulaan - Sampel mulakan larian dari kedudukan berdiri. - Arahan sedia dan
mula apabila pembantu menjatuhkan tangan dan penguji mencatatkan masa
permulaan. - Dua percubaan diberikan Skor - Kiraan masa paling hampir dengan 0.1
saat apabila subjek tiba ke garisan penamat. - Skor dikira berdasarkan masa (dalam
saat) yang terpantas diperolehi daripada satu percubaan. Jadual 3.1 Norma skor
mentah Ujian Lari Pecut 40 Meter PENCAPAIAN MATA SKOR PERATUS (%) SANGAT
BAIK 5 5.88s > ke bawah 90% 5.94s - 5.89s 85% 6.0s - 5.95s 80% BAIK 4 6.06s 6.01s 75% 6.12s - 6.07s 70% 6.18s - 6.13s 65% SEDERHANA 3 6.24s - 6.19s 60%
6.30s - 6.25s 55% 6.36s - 6.31s 50% LEMAH 2 6.42s - 6.37s 45% 6.48s - 6.43s 40%
6.54 - 6.49s 35% SANGAT LEMAH 1 6.55s < ke atas 30% Sumber:- Norma ujian
berdasarkan Majlis Sukan Negeri Johor

BAHAGIAN B
(KECERGASAN)

UJIAN 5

1.

Definisi

LARI PECUT 40 METER

Keupayaan larian pecut 40 meter dengan catatan masa terpantas

dengan permulaan gaya berdiri statik.

2.

Rasional

Kepantasan dan kelajuan adalah elemen penting dalam

kebanyakan sukan dan permainan tertentu.

Contoh : Olahraga, Berbasikal, Badminton, Hoki, Bola Sepak,


Dan lain-lain.

3.

Objektif

4.

Peralatan

Untuk mendapat catatan masa bagi mengukur kepantasan .

Jam randit
Tepung / cat sembur
Pita Pengukur (50 meter.)
Kon 6 unit
Bendera merah

Kawasan larian - 50 hingga 60 meter ( Daerah : padang berumput yang tidak basah, Negeri : Trek)

5.

5.1

Prosedur

Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 40 meter.
Letakkan dua (2) kon di setiap hujung garisan permulaan dan garisan penamat.

5.2

Murid memulakan larian dengan posisi berdiri standing start di mana sebelah kaki dominan berada di belakang
garisan permulaan. ( Dibantu oleh seorang pembantu pelepas)

5.3.

Pelepas berdiri 5 meter ke hadapan garisan permulaan. Pelepas akan memberi isyarat sedia dengan mengangkat
tangan lurus dengan bendera pada paras bahu.

5.4.

Catatan masa mula diambil (oleh penjaga masa) sebaik sahaja pelepas menjatuhkan tangan dengan bendera ke bawah.

5.5.

Murid hendaklah memakai kasut (wajib) sukan semasa ujian dijalankan dan kasut spike tidak dibenarkan.

5.6.

Setiap murid diberi dua (2) percubaan.

6.

Pemarkahan

Catatan masa terpantas diambil hampir kepada 0.01 saat.

*** ( Pastikan pelajar dilepaskan hanya seorang setiap kali sahaja)