Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN C

Kaedah Membuat Ulasan


1.Membaca soalan dan memahami soalan
2.Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada:
Nilai,nilai murni,amalan baik,,pengajaran atau faedah.
3.Membaca ayat demi ayat untuk mencari isi yang berkaitan dan Garis Isi Yang ditemui.
4.Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni
5.Nyatakan 5 saja idea dan tidak lebih.
6.Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan
7.Nilai nagetif dalam petikan boleh dipositifkan.
Contoh: Amin tidak suka bersukan - Menjaga kesihatan.
8.Contoh pendahuluan:
a.Berdasarkan petikan ialah,pengajaran yang diperolehi ialah....
b.Antara nilai murni yang didapati ialah.....
c.Sebagai seorang murid kita mestilah......
9.Gunakan kata bantu untuk membina ayat
ulasan:mestilah,mesti,harus,haruslah,seharusnya,patut,patutlah,sepatutnya,hendaklah,sewajar
nya dan lain-lain lagi
Contoh Petikan
Sahabatku Fadhil,
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa
menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya.
Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami
manfaatkan dengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri,
dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung
Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala
udaranya segar dan nyaman.
Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring
melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya
ke Underwater World,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris
sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.
Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli
barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli
cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

13. Menyenaraikan semua idea yang diperolehi.


Nilai dalam teks(tersurat)
Nilai yang ditukar(tersirat)
Menceritakan pengalaman
Berkongsi pengalaman/idea
Setiap detik...kami manfaatkan
Menghargai masa
Mengunjungi.....tempata bersejarah
patriotisme
Kagum akan keindahan alam
Menghargai alam/bersyukur
Meminta kebenaran
Menghormati guru
berbaris
berdisiplin
Membeli....yang perlu sahaja
Bijak berbelanja/berjimat
Dipesan oleh ibu
Patuh/taat
Membeli cenderamata
Mengingati kawan/prihatin

Anda mungkin juga menyukai