Anda di halaman 1dari 10

PEMBANGUNAN

MODAL INSAN
Nurasyikin Binti Hashim
Roslinda Binti Ghafar

Modal insan yang berkualiti adalah satu


kemestian, bukan lagi satu kemewahan
Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti
yang berterusan juga akan memastikan modal
insan negara kekal relevan dengan kehendak
industri dan pasaran serta mampu berdepan
dengan cabaran dan suasana persaingan
antarabangsa yang semakin meningkat.

-YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi(Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006)
Sumber: PIPP (2006:52)

Maksud Modal.
Menurut Kamus Dewan, modal
bermaksud sesuatu yang digunakan
untuk mendapatkan /mencapai sesuatu
yang lain.
Ia juga bermaksud kelebihan yang
dimiliki.
Pengertian lain ialah sesuatu yang
digunakan sebagai asas untuk
mengembangkan harta.

Maksud Insan.
Insan atau manusia dijelaskan sebagai
makhluk yang dicipta oleh Tuhan.
Pembinaan insan yang tepat dan betul
akan membantu sesebuah negara
melahirkan masyarakat yang dapat
memastikan kejayaan masa depan
negara tersebut.

Modal Insan
Gabungan perkataan modal dan
insan ini membentuk perkataan
modal insan.
Ianya merupakan sesuatu yang
digunakan sebagai asas untuk
pengembangan atau mencapai
sesuatu yang dihajati oleh manusia.

Ciri-ciri Modal Insan:


Bukan sekadar mempunyai ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi ia
mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang
tinggi yang perlu ada pada seseorang itu.
Mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Berkemampuan berfikir secara kreatif dan
kritis.

Berkemahiran menyelesaikan masalah.


Berkeupayaan mencipta peluangpeluang baru.
Mempunyai ketahanan serta kebolehan
untuk berhadapan dengan persekitaran
dunia global yang sering berubahubah.
Juga mempunyai kepimpinan yang
utuh (towering personality).

Dalam konteks saranan Tun Datuk Seri


Abdullah Ahmad Badawi untuk
mendapatkan manusia atau insan yang
berkualiti pendidikan dan latihan
hendaklah diberikan secara berterusan.
Justeru itu Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memprogramkan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010.

6 TERAS PIPP
Membina Negara Bangsa
Integrasi
Nasionaliti
Nasionalisme
Patriotisme
Demokrasi
Membangun Modal Insan
Memperkasa Sekolah Kebangsaan
Merapatkan Jurang Pendidikan
Memartabat Profesion Keguruan
Melonjak Kecemerlangan Institusi Pendidikan.