Anda di halaman 1dari 14

Teori Kecerdasan Pelbagai

Reka Bentuk Pengajaran, Teori Pengajaran 5 comments


1.
Konsep
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan
intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran
ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya,
setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan
atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari
nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang
dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya
menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain.
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran
kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah,
menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang
efektif.
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued
within one or more cultural setting
(Gardner 1983)
Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan
pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan
spiritual (SQ).
Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta
membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa
pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan
kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur
kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain
seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan
berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua
kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang
dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria
tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard
Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi
oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lainlain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada
aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan
kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada
tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.
Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan
seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap

individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut
boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks
pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran
dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri
daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.
2.

Pelopor

Howard Gardner
Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan
di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi
perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan
kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui
hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya
dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan
seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun
1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan
apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa
pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian
kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk
berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.
Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui
sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama
Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar
kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian
dan memandang di sebalik sumber informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di
dunia memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.
Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan
kejutan bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat
kecerdasan manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang
boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan perkaitan objek
yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek yang melibatkan muzik dan
bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita dan orang lain miliki.
Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia

untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan


perkembangan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.
Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan
bukan merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner
mendakwa bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia
wujud dalam satu konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai
kelainan-kelainan susunan dan himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan
teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The Unschooled Mind: How Children Think and
How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya
pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang
pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk belajar
secara tradisional.
Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard
Universiti. Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan
pendapat Piaget yang dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap
kecerdasan manusia. Gardner menilai semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget
sebagai too narrow a notion of how the human mind works. Beliau tidak mempercayai
kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk pemikiran manusia.
Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan manusia
dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang tersendiri.
Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan
yang kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda
yang telah diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan
dalm bukunya telah menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi
pendidikan kini yang menjana kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para pelajar.
Gardner menyebut walaupun ia tidak semestinya bergantung sesame sendiri, namun
kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara berasingan. Setiap individu yang normal
memiliki kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu daripada kecerdasan ini, tetapi
cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur adalah berbagai-bagai
sama seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-beza.
Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah
Pendidikan Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan
Neorologi di Universiti Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik
psikologi Pusat Perubatan Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan
pelbagai penulisan yang berkaitan dengan minda manusia seperti The Minds New Science,
To Open Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences, Creating Minds dan Leading
Minds.
Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau
fesyen produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau
menolak pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan
dengan mengkaji bagaimana manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita

hanya boleh belajar tentang kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan
oleh manusia apabila mereka menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta
produk budaya yang penting.
Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah
dan beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi
Gardner, penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten
dengan kebanyakkan pengetahuan tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun,
Gardner menekankan bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan
memerhatikan manusia menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting kepada
mereka dan bukan dengan memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun pada
1997, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut
Gardner, setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Pada
1999, Gardner menambahkan Existential Intelligence yang berkaitan dengan keadaan
kerohanian manusia. Beliau belum bersedia menerima Spiritual Intelligence sebagai
kecerdasan kesembilan dalm teorinya.
Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya
kecerdasan pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang
tinggi orang-orang Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan
kemahiran-kemahiran ini untuk menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner
juga membincangkan keseimbangan kecerdasan personal yang diperlukan dalam
masyarakat jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum dengan
teori-teori lain yang menyentuh kelainan-kelainan individu seperti yang terdapat dalam
saranan Carnbach & Snow, Guilford dan Sternberg.
3.
Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai
3.1. Logikal Matematik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor.
Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif
dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka
yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik,
catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif
yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut
mengenai keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan
penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks
berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum.
Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat
yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya
tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka
menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka
mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan
doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.
3.2. Spatial / Visual Ruang

Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk


menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan
kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri
ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada
tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan
menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak
menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual
membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan
dalam aspek imaginatif dan kreatif.
Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam
koordinat ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah
akan selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal
meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu
yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi
ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu yang
cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik
serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan
juga termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri
Gagarin.
3.3. Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan
kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa.
Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal katakata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan
mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik
dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan
berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan
verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai
ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi
sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi
dalam diri kebanyakan individu.
Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca.
Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang
bererti dan berkaitan dengan pemikirannya.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan,
penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah,
A.Samad Said dan di luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.
3.4. Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti
untuk mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk
mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat

tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka
menjadi seperti refleks.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar
lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam
pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti
sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan
secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering
belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan
membaca atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik
perisikan seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot
mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit,
juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan
askar. Walaupun kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan
menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini.
Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.
3.5. Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan
meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam
diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama
yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif
kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal
daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti
suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya
menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan
menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan
ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nadanada bunyi atau muzik.
Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta
berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu
dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan,
melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai
kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan
tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya
yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.
3.6. Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai
petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara
pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang
itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat
berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal
untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan
interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.

Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran,
tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk
kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di
sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan
melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan
sebuah pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding
dan imam. Contohnya, Dato Dr. Fadzilah Kamsah.
3.7. Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran
metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki
kecerdasan intrapersonalyang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang
memiliki kecerdasanintrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara
mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang
terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju
kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.
Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi
biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka
juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti
ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan
renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya
individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.
Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang
sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri
dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak
dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka
meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah,
pendeta dan pemikir.
3.8. Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran
semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya
merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora,
fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar
dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka
mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu,
mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait
antara kehidupan flora dan fauna.
Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan
spesis tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula
jadi dalam perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan
ini termasuk alamiah, petani dan tukang kebun.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan
mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani,

perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi
mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.
3.9. Spiritual / Eksistensialisme
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk
bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia
mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan
ini telah diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.
Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan
masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang
berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku
falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah
jawapan secara mendalam.
4.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi mendidik
anak bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran
dan pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan,
percubaan dan peningkatan.
Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan
kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi
memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam
sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan
aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya
bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi
mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai
kebolehan yang berbeza.
Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan
pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini, guru dapat memilih
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan
murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain
yang belum menyerlah.
Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam
pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori
kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.
Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan
pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh
menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik
ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau
menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah
saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau
penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan

muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula
bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau
aktiviti hands-on?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan
bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya,
pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula
bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?.
Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi
ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi?
Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi
persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan
maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung
kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa
murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar,
supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan
menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.
Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan
pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini,
murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang,
murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan
penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk
menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti
masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid mendapat
pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya.
Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan
pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis,
murid menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan
penyelesaiannya.
Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil daripada
pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara
serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan
berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori
Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi
Bloom.
5.
Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .
Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini
dilihat adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori
kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah
kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja
contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia
mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan
kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat melihat
potensi yang ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak
sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang
ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan lagi
potensi yang ada pada pelajar.
Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang
kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan
lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka
modal insan yang lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan.
Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang
pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang
cara pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar
dan membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.
Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja
kesemua
bidang
akademik
malah
membangunkan
ko-kurikulum
pelajar. Ini
kerana,sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada
bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan
kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.
Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik
pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan
kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas
cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang
pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok
untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.
Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi
kecerdasan pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri
mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada
pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada
pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan
potensi dalam diri mereka.
Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana,
sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan
apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka
pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain
yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai
memberI perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan
logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar.
Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana
kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga

kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan
mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki
kelemahan yang ada pada diri mereka.
Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti
kecerdasan secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh
memberi impak ke atas pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata
lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal
insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa depan negara. Kegagalan
pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada
manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot
untuk merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian disamping
penekanan terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem
pendidikan pada hari ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk menonjolkan
kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang
lebih tinggi berbanding rakan lain yang berada dalam kelas yang lebih baik.
Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi
peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka
dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua
pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai
nilai dan berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama
berjuang untuk mambagunkan diri dan negara.
Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia
juga dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah.
Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori
kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar
mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat
ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa
yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk
melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka
kerana telah timbul minat untuk menguasainya.
Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem
pembelajaran sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat
penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka
sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk
mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka
perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk
belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk dating ke sekolah kerana beranggapan
bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan mereka dan
bukannya sebagai satu bebanan.

Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan
kepelbagaian ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang
diingini malah jika kena dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil
untuk dapat menguasai kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.
Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu
menghadapi kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika
dari dulu kita memahami dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak
akan menukar sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa
Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan
kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai
pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu dan penekanan terhadap hanya dua
jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak bangsa dan tentunya
Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak meneruskan PPSMI
adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar dengan
kecerdasan pelbagai Gardner.
Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil
kerana ia tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai
oleh pelajar atau individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang
mempunyai kecerdasan tertentu contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikalmatematikdibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah mereka ini masih mempunyai
peluang yangsama untuk mereka memgembangkan potensi dalam asas-asas kecerdasan ini
disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang ada dalam diri yang tidak
mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.
6.
Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai
Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu
mengenalpasti kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru
perlu melakukan kaji selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan
tertentu juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam
pembelajaran. Jika guru menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik
atau logikal sahaja, maka pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal
ini di sebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai
potensi yang berbeza, sekiranya guru hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja
dengan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya menimbulkan perasaan
kurang minat kepada pelajar untuk belajar.
Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar
pilih kasih. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap
serta sering memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan

mengabaikan pelajar lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar
lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi seseorang pelajar akan
mengganggu proses pembelajaran.
Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu,
merupakan salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan
sesuatu ilmu dengan berkesan serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah
pengajaran yang pelbagai juga perlu dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi
menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya, hanya bercakap di dalam kelas, tanpa
menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan power
point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat
berkembang.
7.
Kesimpulan
Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan
jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi
penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat
menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka
meneraju masa depan negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun
manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan
pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori
yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan
jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk
berjaya dalam bidang-bidang tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan
yang menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan
logkal-matematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam
dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai
masanya kita beralih kepada aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang
diperlukan adalah besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang
berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Biblografi
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada
Disember 2, 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada
Disember 2, 2011 daripada http://www.docstoc.com/docs/19708001/APLIKASI-TEORIKECERDASAN-PELBAGAI-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN
Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight
Training and Publishing.
En. Ali Ab. Ghani . Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.Diakses
pada
4
Disember
2011
daripada http://www.staripoh.com/muat_turun/
Bahan
%20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf.

Gardner, H. 2006. Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.


Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory & Zuraidah
Zainol. 2011. Pemikiran Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn.
Bhd.
Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating
Learning.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi: Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kayazano Enterprise.
Kecerdasan
Pelbagai.
Diperoleh
pada
Disember
2,
2011
daripadahttp://www.slideshare.net/normalaprasekolah/kecerdasan-pelbagai-8791485
R. Bruce William. (2002). Multiple Intelligences for Differentiated Learning. United States
of America: Corwin A Sage Company.
Siti Rahayah Ariffin, T.Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zain.
2004.Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di kalangan Pensyarah di
sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004: 33-42.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Siri Pendidikan
Guru: Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Teori
Kecerdasan
Pelbagai.
Diperoleh
pada
Disember
2,
2011
daripadahttp://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/wanimira/teo
ri_kecerdasan_pelbagai.pdf
Teori
Kecerdasan
Pelbagai.
Diperoleh
pada
Disember
2,
2011
daripadahttp://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/04kecerdasan_pelbagai.pdf