Anda di halaman 1dari 13

PA ND A NGAN S EORA NG

USTA Z
DIRIWAYATKAN DARI IMAM KHATIB AL-BAGHDADI RA (ABU
BAKR IBN ALI BIN SABIT ) DENGAN SANAD YANG SAHIH
BAHAWA TELAH BERKATA SUFYAN AS- SAURI RA " AGAMA INI
DIBINA DENGAN ASAR -ISTINBAT AL-QUR'AN DAN SUNNAH
SERTA APA YANG DIRIWAYATKAN DARI PARA SAHABAT YANG
MEMBAWA KEPADA MAKSUD SYARIAH (AL-QUR'AN &
SUNNAH)- DAN BUKANLAH AGAMA INI DIBINA DENGAN AKAL."

SUNDAY, OCTOBER 22, 2006

Hari raya Aidil Fitri : Revision dan Muhasabah atas kesalahan


yang dilakukan oleh majoriti Umat Islam dalam amalan Hari
raya yang bertentangan dengan

Allahuakbbar….Allahuakbbar…Allahuakbar
Alhamdulillah,

Mengingati kembali apa yang telah dilalui semenjak dahulu mengenai


sambutan hari raya Aidhil Fitri amatlah menyedihkan apabila kita telah
berkali-kali mengulangi nasihat supaya mengadakan sambutan hari
Aidhil Fitri yang mulia dengan menurut sunnah yang sahih.

Berikut ialah sedikit muhasabah atas kesilapan ketara yang dilakukan


oleh umat Islam.

Pertama

Tidak menuruti sunnah rasulullah yang bersolat di kawasan lapang


seperti padang atau kawasan terbuka bukannya bersolat di masjid
sebagai menuruti sunnah rasulullah yang keluar meninggalkan masjid
dan bersolat di kawasan lapang.
Daripada Abi Said al-Khudri ra berkata : “Sesungguhnya rasulullah
salallahualaihiwasalam keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha ke
musolla (tempat solat bukan masjid) dan seawal perkara yang
dilakukan ialah menunaikan solat…” (hadith sahih Bukhari no. 905 dan
Muslim no. 889 dan lain-lain).

Sesungguhnya sunnah yang dilakukan oleh rasulullah ialah keluar dari


rumah baginda lalu menuju ke kawasan yang telah ditetapkan untuk
bersolat yang biasanya kawasan lapang seperti padang pasir dan lain-
lain yang luas terbuka dan meninggalkan solat di dalam masjid
baginda sekalipun solat di masjid baginda itu besar pahalanya seperti
yang disebut dalam hadith baginda : “ Solat di masjid aku ini lebih
utama dari seribu kali ganda solat di tempat selainnya kecuali masjid
haram” (hadith sahih riwayat Bukhari no.1190 dan Muslim no. 1394).

Ini menunjukkan bahawa sekalipun besar pahala solat di masjid


baginda (masjid nabawi di Madinah) namun baginda seumur hidupnya
tetap memilih untuk solat di kawasan lapang apabila tibanya waktu
menunaikan solat Aidhil Fitri atau Aidhil Adha maka ini menjadikan
satu pensyariatan yang khas untuk menunaikan sunnah baginda ini.

Tujuan bersolat di tempat lapang dan bukannya masjid ialah supaya


hanya wujud satu jemaah dan umat Islam dapat berkumpul bersatu di
bawah bumbungan langit sambil menunaikan kalimah Allah swt di
bawah ajaran sunnah baginda salallahualaihiwasalam.

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka


yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI
(golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka
punyai” (Ar-Rum 31-32).

Kecualilah apabila berada di masjidil haram bagi yang menyambut


Aidhil Fitri atau Adha di Makkah kerana bersolat di Masjidil Haram
lebih utama dari bersolat di musolla (tempat solat yang bukan masjid
seperti kawasan lapang) kerana demikianlah perbuatan para salaf
soleh (Al-Majmuk oleh An-Nawawi m/s 524 Jilid 5).

Kedua

Tidak menunaikan sunnah takbir sebelum menunaikan solat dan


sewaktu berjalan menuju ke tempat solat dan tidak pula bertakbir
menurut sunnah yang sahih sebaliknya menambah-nambah sesuatu
yang bukan sahih.

Sesungguhnya seperti apa yang sampai riwayat kepada kita daripada


rasulullah bahawa sesungguhnya baginda keluar pada hari Aidhil Fitri
dan bertakbir sehingga sampai ke tempat solat dan sehingga selesai
menunaikan solat dan apabila selesai solat maka barulah berhentilah
takbir” (hadith mursal sahih yang mempunyai syawahid oleh Ibn Abi
Syaibah no. 487 Jilid 1 dan lihat Kitab Sahihah oleh Syeikh Albani ra
no. 170).

Disyariatkan mengangkat suara (meninggikan suara) dalam bertakbir


sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat solat merupakan sesuatu
yang disepakati oleh para imam yang empat walaubagaimanapun
tidaklah disebut langsung dalam mana-mana riwayat bahkan ditentang
oleh para ulama salaf apabila menjadikan takbir itu sebagai satu suara
yang dilakukan secara serentak beramai-ramai dan beralunan lagu dan
ianya dilarang. (lihat dalam kitab sahihah oleh Syeikh albani dan fatwa
Syeikh Soleh Utsaimin dan Syeikh bin baz ra dan lain-lain).

Perbuatan mengadakan takbir sebagai satu alunan dan lagu dan juga
dilakukan secara serentak ialah bid’ah dan bukan sunnah ditambah
lagi takbir yang dilaksanakan pada hari ini bukanlah dari riwayat yang
sahih.

Adapun bacaan takbir yang sahih yang sampai kepada kita pada hari
melalui riwayat yang sahih ialah :

Berdasarkan kepada riwayat Ibn Mas’ud ra :

‫ ال اله اال هللا و هللا اكبر هللا اكبر وهلل الحمد‬, ‫ هللا اكبر‬, ‫هللا اكبر‬

Isnad riwayat ini sahih daripada Ibn Mas’ud ra seperti yang


dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah ra dalam Musnadnya no. 168 Jilid 2.

Berdasarkan riwayat Ibn Abbas ra pula :

‫ ال اله اال هللا و هللا اكبر هللا اكبر وهلل الحمد‬, ‫ هللا اكبر‬, ‫هللا اكبر‬
‫هللا اكبر و اجل هللا اكبر على ما هدانا‬

Isnad riwayat ini sahih daripada Ibn Abbas ra dan dikeluarkan oleh
Baihaqi no. 315 Jilid 3.

Manakala Salman ra bertakbir dengan menyebut :

‫ هللا اكبر كبيرا‬, ‫ هللا اكبر‬, ‫هللا اكبر‬

Riwayat ini sahih isnadnya seperti yang dikeluarkan oleh Baihaqi no.
316 Jilid 3.

Adapun apa yang ditambah-tambah pada zaman ini yang kemudian


dijadikan satu rutin takbir dan cara bertakbir yang berkumandang di
masjid-masjid amatlah jauh dari perbuatan salaf dan tiada asal dari
pertunjuk salaf dan tidaklah mempunyai apa-apa riwayat dari
rasulullah baik sahabat mahu pun tabien seperti yang disebutkan oleh
Hafidz Ibn hajar ra dalam kitabnya Fathul Bari m/s 536 Jilid 2 dengan
menyebut : “ telah diadakan bacaan takbir itu pada zaman ini (zaman
beliau) sedangkan ianya sesuatu yang tiada asal usul (bid’ah)…”.

Dari riwayat Aisyah ra bahawa baginda rasulullah pernah bersabda: “


Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan
kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien). “ (Hadith
sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5).

Bahkan lebih teruk pada zaman ini umat Islam bernasyid pula pada
takbir itu dengan menjadikan bacaan takbir beralunan-alunan mendayu
suara meniti di angkasa takbir raya menurut cara bid’ah yang bukan
sunnah.

Demikianlah sesungguhnya bid’ah dan kejahilan berleluasan di hari ini


dan ilmu serta sunnah semakin terkubur dan sukar dilaksanakan pada
waktu ini.

Telah bersabda baginda rasulullah kepada kita semua dengan


sabdanya yang mulia : “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara
yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat iaitu
kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya.” (Hadith Hasan, riwayat
Malik dalam Muwatho no 898, Hakim dalam Mustadrak no.63).

Begitu juga seperti yang disampaikan oleh Sufyan ibn Uyainah dengan
berkata aku mendengar Asim berbicara kepada Abu Al-Aliyah dengan
katanya “ Tetaplah pada perkara yang awal-awal dipegang dan
diperintahkan (oleh para sahabat) sebelum khilafnya ummat”. Dan
telah berkata juga Al-Auza’ie “Bersabarlah di atas sunnah dan
berhentilah pada apa yang golongan terdahulu berhenti padanya (yakni
pada perkara yang para sahabat berhenti dari melakukannya) dan
berkatalah dengan apa yang dikatakan oleh mereka (para sahabat) dan
berpadalah dengan apa yang mereka merasa cukup (sebagai panduan
mereka) dan laluilah jalan salaf soleh.” (Riwayat Abu Nu’aim dalam
Hilyatul Auliya 143 Jilid 6).

Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang


mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia
bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih
disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Maka berdasarkan keumuman hadith di atas hendaklah diawasi


bahawa setiap amalan agama yang dilaksanakan secara bid’ah dan
tidak menuruti ajaran sunnah dan ditambah-tambah ialah ditolak dan
tidak diterima oleh Allah swt.

Ketiga

Tidak keluarnya wanita ke tempat solat sedangkan sunnah ialah


keluarnya para wanita Islam sehingga para wanita yang haid dan juga
kanak-kanak untuk mendengar peringatan khutbah bagi yang tidak
boleh bersolat dan hal ini jarang sekali berlaku pada masyarakat Islam
khususnya Malaysia.

Daripada Umm Athiyah ra : “ Rasulullah memerintahkan kami (para


muslimah) supaya kami keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha yang
hamba mahupun yang haid dan kanak-kanak serta orang tua maka
yang didatangi haidh tidaklah bersolat sebaliknya mendengar khutbah
dan mendoakan para muslimin maka aku berkata kepada baginda :
wahai rasulullah dikalangan kami ada yang tidak mempunyai jilbabnya
maka baginda bersabda : “ Maka pakaikanlah jilbab kepadanya oleh
saudara perempuannya dari jilbab mereka” (Hadith sahih riwayat
Bukhari no. 971 dan Muslim no. 890).
Demikianlah kesungguhan baginda ingin menegakkan sunnah supaya
disuruh juga sekalipun yang tidak memiliki jilbab supaya dipinjamkan
atau diberikan jilbab oleh saudara-saudaranya yang lain supaya wanita
itu dapat keluar menyaksikan hari raya dan menikmati ganjaran pahala
dan mendengar nasihat khutbah dan beraya bersama akum muslimin.

Adapun umat Islam Malaysia pula sangat malang sudahlah kaum


wanita jahiliyah ini tidak keluar pada waktu menunaikan solat dan
sebaliknya duduk di rumah sahaja menonton televisyen sehingga
setelah selesai solat dan selesai khutbah barulah mereka (kaum
wanita Malaysia) akan keluar berhias-hias “tabarruj” cantik-cantik
memamerkan kebesaran gunung-ganang dan gunung daik bercabang
dua disertai kewangian pewangi mahal dan bermacam lagi solekan
ahli neraka yang diharamkan kepada para wanita muslimah.

“Dan hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan


janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang
jahiliyah.” ( Al-Ahzab: 33).

Sesungguhnya secara umum selain dari waktu yang diperintahkan dan


disyariatkan mereka sewajarnya tidak berhias dan berada di rumah
namun demikianlah terbalik masyarakat Islam apabila diperintahkan
supaya keluar maka wanitanya tetap dirumah namun apabila dilarang
keluar maka mereka beraksi rancak tidak sabar mempamerkan
kecantikkan baju raya mereka ke khalayak ramai.

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka


menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya.” (An-Nur: 31)

Malangnya wanita Islam sudah lama terselam dengan arus nikmat


lautan jahiliyah dan mereka berhibur libur dengan suasana jahiliyyah
baik para wanita bertudung labuh berjubah hitam gelap atau coklat
dengan laungan takbirnya dan juga wanita berseluar jens ketat
menampak bonjol segitiga ditengah-tengah seluarnya semuanya sama
sahaja mengarut.

Demikianlah sungguh karut raya di Malaysia, karut sungguh Negara


kita dalam arus Islam hadhari yang meninggalkan badwi tetapi lupa
pada Islam namun masih lupa diri dan identiti muslim yang diwariskan
kepada kita oleh para salaf soleh.

Keempat

Pergi ke tempat solat dan pulang melalui jalan yang sama sedangkan
sunnah rasulullah ialah berusaha melalui jalan yang berbeza dalam
pergi dan kembali dari tempat solat.

Ini sunnah yang sama yang ditinggalkan apabila hari ini sudahlah
bersolat di masjid bukan di kawasan lapang setelah itu pergi dan
kembalinya melalui jalan yang sama demi menjimatkan masa
kononnya hendak segera sampai dan ini bercanggah dengan sunnah.

Daripada Jabir ibn Abdillah ra berkata : “Sesungguhnya nabi


salallahualaihiwasalam sewaktu hari raya akan menukar jalan
(sewaktu pergi dan kembali)” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 987).

Daripada Abu Hurairah ra berkata : “Sesungguhnya baginda nabi


salallahualaihiwasalam sekiranya keluar pada hari raya maka baginda
akan kembali pada jalan yang lain dari jalan yang dilaluinya sewaktu
keluar” (hadith sahih riwayat Ibn Majah no. 1301 dan lain-lain).

Orang ramai berusaha menyegerakan kembali dan pergi dengan


melalui jalan yang sama kerana hal duniawi dan ini sangatlah dicela
apabila hanya demi mengejar rancangan televisyen atau berkejar ke
rumah kawan dan rakan atau bagi lelaki ke rumah perempuan idaman
ini semua termasuk bahawa sesungguhnya puasa yang dilaksanakan
hanyalah sebagai kewajipan bukan sebagai ketaqwaan.

Kelima

Menaiki kenderaan menuju ke tempat solat sedangkan tempat solat


sangatlah berdekatan sedangkan sunnah ialah berjalan kaki menuju ke
tempat solat dan inilah sunnah rasulullah yang berjalan kaki dan
amalan salaf soleh.

Daripada Ali ibn Abi Tahlib ra yang berkata : “Sesungguhnya termasuk


sunnah ialah keluar pada hari raya dengan berjalan kaki” (Hadith
hasan riwayat Tirmidzi).

Juga dari riwayat Ibn Umar ra yang menyebut : “Sesungguhnya


rasulullah salallahualaihiwasalam keluar pada hari raya degan berjalan
dan pulang dengan berjalan” (hadith sahih riwayat Ibn Majah).

Walaubagaimana pun sekiranya tempat solat itu sangatlah jauh maka


tidaklah mengapa jika menaiki kenderaan dan Islam ini bukanlah
menyusahkan sebaliknya memudahkan.

“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai


sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).

Sebaliknya sunnah pula janganlah ditinggalkan bahkan diamalkan jika


berkemampuan untuk melaksanakannya dan keletihan dan kemalasan
bukanlah alasan dan hujah yang sesuai dan wajar untuk meninggalkan
sunnah apatah lagi Allah swt juga pernah berfirman :

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :


16).

Dan sabda baginda salallahualaihiwasalam : “ Apabila aku


memerintahkan kamu dengan sesuatu urusan maka hendaklah kamu
memenuhinya semampu kamu” (hadith sahih, riwayat bukhari dan
Muslim no. 3199).

Keenam

Mengadakan bid’ah dengan melakukan azan dan iqamah sedangkan


sunnah ialah mendirikan solat hari raya keduanya dengan ditiadakan
azan dan iqamah.

Wujud kebanyakkan tempat yang masih mengalunkan suara mendayu


azan bid’ah yang jauh dari pertunjuk sunnah konon memudahkan orang
sedangkan ianya bukan sunnah dalam agama.

Daripada Ibn Abbas ra dan Jabir ra yang berkata : “Tiada diadakan


azan pada hari Aidhil Fitri dan hari Adha” (hadith sahih riwayat Bukhari
no. 970 dan Muslim no. 886).

Juga berkata Jabir ibn Samrah ra bahawa beliau telah solat hari raya
bersama rasulullah berkali-kali dan semuanya tanpa azan dan iqamah
(hadith sahih riwayat Muslim no. 887 dan Abu Daud dan Tirmidzi).

Berkata Ibn Qayyim ra bahawa sunnah ialah tidak mengadakan seruan


azan dan iqamah dan juga tiada mengadakan apa-apa seruan baik
sesetengah perbuatan orang tua-tua yang mereka tak sedar nabi lagi
tua iaitu : “ As-Solah, As-Solatu rahimakumullah…” (tambahan penulis).

Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang


mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia
bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih
disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Entahlah apalah perkara yang menyedihkan menimpa umat Islam kini


lantaran berjauhannya mereka dari sunnah rasulullah
salallahualaihiwasalam.

Ketujuh

Menziarahi kubur dan kawasan perkuburan keluarga baik ibubapa dan


adik-beradik serta melakukan bid’ah yang sangat tercela dengan
menangis-nangis, melakukan pembaziran dengan menyiram air mawar
yang mahal dan lain-lain sedangkan sunnah ialah menziarahinya pada
waktu yang tidak dikhususkan dan tidak menangis-nangis dan
melakukan amalan bid’ah.

Menziarahi kubur tidaklah haram dan berdosa bahkan dibolehkan dan


menjadi kebaikan apabila ianya dapat mengingatkan kematian
sebaliknya yang dicegah ialah apabila menetapkan hari khusus seperti
hari raya sebagai hari menziarahi kubur dan ini ialah bid’ah.

Baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya aku pernah


melarang kamu menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah ia” (hadith
sahih riwayat Muslim no. 977 dan Abu Daud, Nasaie dan lain-lain).

Hadith di atas menunjukkan kebolehan menziarahinya namun sama


sekali tidak membenarkan perbuatan bid’ah dan kejahilan yang
dilakukan oleh masyarakat Melayu.

Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang


mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia
bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih
disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Sekiranya perbuatan menziarahi kubur dilakukan pada hari raya


kerana hanya itulah hari yang lapang dan cuti baginya maka tidaklah
mengapa dan dibolehkan dan tidaklah termausk bid’ah sebaliknya
sekiranya dilakukan sebagai merasakan ianya ibadah menziarahi
kubur pada hari raya maka hukumnya berdosa dan haram.

“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan


agama kamu dan aku sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku
meredhai Islam sebagai agama kamu.” (Al-Mai’dah : 3).

Adapun apabila menziarahi kubur maka ucapan doa yang sahih ialah
memberi salam dengan pertunjuk sunnah yang banyak riwayatnya
namun bukanlah : “Asalamualaikum ya ahlul kubur…ini ucapan bid’ah
dan hanya mereka yang jahil sahaja mengucapkannya dan ana tidak
bercadang menulis di sini kerana ada tajuknya yang khas insyaAllah
akan ditulis.

Secara ringkas perbuatan membaca al-fatihah kepada si mati ialah


bid’ah juga menyedekahkan pahala bacaan ayat-ayat suci pun
termasuk bid’ah, juga perbuatan bacaan Yasin dan lain-lain.

Serta tidak terkecuali perbuatan lain-lain yang tiada pertunjuk dari


sunnah sahihah insyaAllah akan diterang lanjut dalam artikel
“Kejahilan dalam Soal kematian” oleh ana insyaAllah.

“Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku


(rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu
dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih” (Alil-Imran –31).

Sudah azan subuh nampaknya ana terpaksa memberhentikan tulisan


ana ini dan rasanya cukuplah sekadar ini dahulu buat kali ini sebagai
muhasabah dan alangkah baiknya jika sesiapa yang membaca artikel
dan risalah ini dapat berusaha menyebarkannya kepada orang ramai
lantaran terhadnya ilmu sunnah dan pemahaman sahih ini dari
disebarkan di media massa dan jauh dari pengetahuan ramai pihak.

Moga dapat disebarkan artikel ini dan semoga beroleh kebajikan dari
Allah atas usaha baik mengamalkan sunnah dan menyebarkan sunnah
moga kita termasuk dikalangan umat Rasulullah dan pengikutnya yang
diterima diwaktu akan dihalau segala yang lain akibat dari perbuatan
bid’ah dan menyeleweng dalam agama.

Dalam hadith baginda dari riwayat Abdullah ibn Mas’ud bahawa


baginda salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud “
Aku bersama kamu di telaga Al-Hau’d ketika para malaikat
menghambat sekumpulan dari umat aku dan aku mengenali mereka
dari umat aku, maka aku berkata kepada tuhan (Allah) Wahai tuhan
mereka umatku, maka dijawab Sesungguhnya engkau tidak
mengetahui apa yang telah mereka perbuat selepas kematianmu
(yakni mereka telah menyeleweng, berbuat bid;ah). (Hadith Sahih
disepakati Bukhari no. 6576 & Muslim no. 2257).

“Sesungguhnya jawapan orang-orang yang beriman, apabila mereka


dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum
(mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab : “Kami
mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang
beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya
dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka
adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan

Anda mungkin juga menyukai