Cerita Teladan
Cerita Teladan
pertemuan
dengan
kambing,
singa
itu
berkata
dengan
angkuh.
"Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu
hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari." Terdiam semua
binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka.
Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata
dengan marah.
"Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita.
Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya."Tapi bagaimana,
kijang ?" sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi. "Kita masih ada jalan. Biar
saya yang menjadi mangsanya yang pertama," kata monyet dengan berapiapi.Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu."Mengapa lambat, ha?
Engkau tahu tak, aku lapar?" herdik singa."Ma... ma ... maafkan patik tuanku, semasa
dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya
raja," sembah monyet pura-pura ketakutan.
"Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah
itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!" kata singa dengan bengis. Panas hati singa
mendengar penjelasan monyet.Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila
tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, "Itu dia singa yang mengaku dirinya
raja, tuanku," Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa
membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang
Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya. Semenjak hari
itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia.