Anda di halaman 1dari 7

Yayasan Islam Terengganu

MENGERATKAN PERSAUDARAAN DAN


HUBUNGAN SILATURAHIM

Disediakan oleh:
Ahmad Fadluldin bin Mohamad
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Insan
Yayasan Islam Terengganu
B.A. Hons Syariah ( Al-Azhar )
M.A. Islamic Revealed Khowledge and Heritage In Fiqh & Usul Fiqh ( UIAM )
MENGERATKAN PERSAUDARAAN DAN HUBUNGAN SILATURAHIM

Pengenalan

Saudara dari segi maknanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibunya, (ibu atau
ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik. Begitu juga ia membawa makna seperti orang
yang ada hubungan kekeluargaan, orang yang sama darjat dan kawan. Bahkan di dalam bahasa Melayu
disebut bau bacang bererti saudara yang telah jauh pertaliannya. Diguna juga istilah saudara angkat,
saudara sekandung, saudara mara ( jauh dan dekat ), saudara sesusu dan saudara tiri. Persaudaraan pula
bermakna perihal bersaudara, perhubungan dan pertalian yang rapat sekali.1

Manakala silaturahim bermaksud perhubungan persahabatan ( persaudaraan ). 2 Namun jika


dilihat maksud saudara menurut pandangan Islam, ia agak berbeza sedikit. Ini adalah kerana
persaudaraan itu diasaskan atas dasar Islam atau agama. Firman Allah SWT:
َ ‫ بَي َْن أَ َخ َو ْي ُك ْم َواتَّقُوا هَّللا َ لَ َعلَّ ُك ْم تُرْ َح ُم‬I‫ون إِ ْخ َوةٌ فَأَصْ لِحُوا‬
‫ون‬ َ ُ‫إِنَّ َما ْال ُم ْؤ ِمن‬
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat 3.

Maksud bersaudara dalam ayat tersebut ialah persaudaraan di dalam satu agama, sebab
persaudaraan dari satu keturunan terputus jika berlainan agama. Dan hubungan persaudaraan dari satu
agama ( sesama Islam ) tidak terputus walaupun dari keturunan berlainan4.
‫ وأخوة الدين التنقطع بمخالفة النسب‬,‫فإن أخوة النسب تنقطع بمخالفة الدين‬
Silaturahim dari segi bahasa Arab berasal dari dua perkataan iaitu silah ( ‫ ) صلة‬dan Ar-rahim (
‫ ) الرحم‬. Silah bererti menghubungkan kaum keluarga dan berbuat baik kepada mereka serta mengambil
berat antara satu sama lain. Manakala Ar-rahim bermaksud setiap orang yang mempunyai hubungan
kekeluargaan yang mengharamkan kahwin yang disebut sebagai mahram ( ‫رم‬I‫) مح‬5 . Namun secara
umumnya ia juga dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan yang melayakkan seseorang itu mewarisi
harta pusaka samada golongan mahram atau sebaliknya 6. Oleh itu, berdasarkan maksud dan istilah yang
telah dihuraikan, persaudaraan bererti hubungan antara sesama muslim dalam konteks yang lebih luas.
Silaturahim pula bermaksud hubungan kekeluargaan yang ada kaitan dengan keturunan.

Ikatan Persaudaraan
1
- Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Ketiga ( 2002 ), m/s 1196
2
- Ibid, m/s 1280
3
- Surah Al-Hujarat: 10
4
- 307 ‫ ص‬,16‫ ج‬,‫م‬1994 -‫هـ‬1414 ,1‫ ط‬,‫ دار الحديث‬:‫ القاهرة‬,‫ الجامع ألحكام القرآن‬,‫ محمد بن أحمد األنصاري‬,‫القرطبي‬.
5
- 25-23‫ ص‬,) ‫م‬1993 - ‫هـ‬1414 ,1‫ ط‬,‫ دار ابن حزم‬:‫ ( عمان‬,‫ صلة األرحام‬,‫ حسان‬,‫عبدالمان‬.
6
- 356‫ ص‬,8‫ ج‬,) ‫م‬1994 -‫هـ‬1425 ,‫ دار الحديث‬:‫ صحيح مسلم بشرح النووي ( القاهرة‬,‫النووي‬.
Allah SWT telah menjadikan segala jenis manusia dari kedua ibu-bapanya yang satu untuk Dia
menjadikan daripada rahim yang satu itu titik pertemuan di mana terjalin segala hubungan. Firman
Allah SWT:
َ ‫يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا َخلَ ْقنَا ُكم ِّمن َذ َك ٍر َوأُنثَى َو َج َع ْلنَا ُك ْم ُشعُوبا ً َوقَبَائِ َل لِتَ َع‬
ِ ‫ارفُوا إِ َّن أَ ْك َر َم ُك ْم ِعن َد هَّللا‬
‫أَ ْتقَا ُك ْم إِ َّن هَّللا َ َعلِي ٌم َخبِي ٌر‬
Maksudnya:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan
amalan kamu)7.

Maka “Ta’aruf” berkenal-kenalan menjadi asas bagi hubungan yang berlaku antara mnusia.
Mungkin terdapat beberapa halangan yang menegah perkenalan, begitu juga akan berlaku perselisihan
faham, namun hendaklah diingat bahawa hikmah diciptakan manusia adalah untuk memakmurkan
bumi ini bagi menjamin kesejahteraan hidup.

Islam bukan hanya suatu ikatan yang menghubungkan sejumlah bilangan manusia tetapi juga ia
adalah merupakan beberapa hakikat yang menentukan kedudukan yang benar antara manusia dengan
ِ َّ‫) بِ َحب ٍْل ِّم ْن هّللا ِ َو َحب ٍْل ِّمنَ الن‬.
Allah SWT dan seterusnya antara manusia dengan manusia seluruhnya. ( ‫اس‬
Persaudaraan inilah yang merupakan roh bagi keimanan dan sumber bagi segala perasaan mulia yang
tersimpan di hati orang Islam terhadap saudaranya Muslim yang lain.
Sabda Rasulullah SAW
َ َ‫ين فِي ت‬
‫وا ِّد ِه ْم‬I ْ I‫ ُل ْال ُم‬Iَ‫لَّ َم َمث‬I‫ ِه َو َس‬I‫لَّى هَّللا َعلَ ْي‬I‫ص‬
َ ِ‫ؤ ِمن‬I َ ِ ‫و ُل هَّللا‬I‫ال َر ُس‬I
َ Iَ‫ال ق‬َ َ‫ير ق‬ ٍ ‫ان ب ِْن بَ ِش‬ ِ ‫َع ِن النُّ ْع َم‬
‫هَ ِر‬I‫الس‬ َّ ِ‫ ِد ب‬I‫ائِ ُر ْال َج َس‬I‫هُ َس‬Iَ‫ َدا َعى ل‬Iَ‫ ٌو ت‬I‫ض‬ ْ ‫ ِد إِ َذا‬I‫ ُل ْال َج َس‬Iَ‫اطُفِ ِه ْم َمث‬II‫َوتَ َرا ُح ِم ِه ْم َوتَ َع‬
ْ ‫هُ ُع‬I‫تَ َكى ِم ْن‬I‫اش‬
‫َو ْال ُح َّمى‬
Maksudnya:
Bandingan orang mukmin sifat saling kasih sayang, mesra, bertimbang-rasa dan perihatin seperti
jasad yang satu. Sekiranya salah satu anggotanya sakit maka seluruh anggotanya badan turut
menanggung sakit dengan berjaga malam dan demam.8

Sabda baginda SAW lagi:


‫وا َوال‬IIُ‫ون ْال َجنَّةَ َحتَّى تُ ْؤ ِمن‬ َ ُ‫ ْد ُخل‬Iَ‫لَّ َم ال ت‬I‫ ِه َو َس‬I‫صلَّى هَّللا َعلَ ْي‬ َ ِ ‫ال َرسُو ُل هَّللا‬ َ َ‫ال ق‬َ َ‫َع ْن أَبِي هُ َر ْي َرةَ ق‬
‫تُ ْؤ ِمنُوا َحتَّى تَ َحابُّوا أَ َوال أَ ُدلُّ ُك ْم َعلَى َش ْي ٍء إِ َذا فَ َع ْلتُ ُموهُ تَ َحابَ ْبتُ ْم أَ ْف ُشوا السَّال َم بَ ْينَ ُك ْم‬
Maksudnya:
Kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu kasih-mengasihani. ( tidakkah kamu ketahui ). Aku
beritahu kamu kepada sesuatu jika kamu lakukannya nescaya kamu kasih-mengasihani antara satu
sama lain? Ucaplah salam antara kamu9.

Hak dan Adab-adab


7
-Surah Al-Hujarat: 13
8
- ‫ ) في كتاب البر والصلة واآلداب‬2586 ( ‫رواه مسلم‬
9
‫رواه مسلم في كتاب اإليمان‬-
Diantara hak-hak yang perlu ditunaikan oleh seseorang Muslim terhadap saudaranya ialah
sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya:
‫ ِه َر ُّد‬I ‫لِ ِم َعلَى أَ ِخي‬I ‫لَّ َم َخ ْمسٌ تَ ِجبُ لِ ْل ُم ْس‬I ‫صلَّى هَّللا َعلَ ْي ِه َو َس‬
َ ِ ‫ال َرسُو ُل هَّللا‬ َ َ‫َع ْن أَبِي هُ َر ْي َرةَ ق‬
َ َ‫ال ق‬
‫ع ْال َجنَائِ ِز‬ ِ ‫س َوإِ َجابَةُ ال َّد ْع َو ِة َو ِعيَا َدةُ ْال َم ِر‬
ُ ‫يض َواتِّبَا‬ ِ ‫اط‬ِ ‫يت ْال َع‬
ُ ‫َّالم َوتَ ْش ِم‬
ِ ‫الس‬
Maksudnya:
Lima perkara menjadi kewajipan kepada seseorang Muslim terhadap saudaranya:
a. Menjawab salam.
b. Mendoakan orang yang bersin.
c. Memenuhi jemputan.
d. Menziarahi orang sakit.
e. Mengiringi jenazah10.

Sabda baginda SAW dalam riwayat yang lain:

‫ هُ َوال‬I‫ظلِ ُم‬ ْ َ‫لِ ِم ال ي‬I‫لِ ُم أَ ُخو ْال ُم ْس‬I‫ال ْال ُم ْس‬I َ Iَ‫صلَّى هَّللا َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ َ ‫َع ْن َسالِ ٍم َع ْن أَبِي ِه أَ َّن َرس‬
َ ِ ‫ُول هَّللا‬
ُ‫ه‬I‫ َّر َج هَّللا ُ َع ْن‬I َ‫ةً ف‬I َ‫لِ ٍم ُكرْ ب‬I ‫اجتِ ِه َو َم ْن فَ َّر َج َع ْن ُم ْس‬ َ ‫ان هَّللا ُ فِي َح‬ َ ‫اج ِة أَ ِخي ِه َك‬ َ ‫ان فِي َح‬ َ ‫يُ ْسلِ ُمهُ َم ْن َك‬
‫ب يَ ْو ِم ْالقِيَا َم ِة َو َم ْن َستَ َر ُم ْسلِ ًما َستَ َرهُ هَّللا ُ يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة‬
ِ ‫بِهَا ُكرْ بَةً ِم ْن ُك َر‬
Maksudnya:
Seseorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan
menyusahkannya. Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan menunaikan
hajatnya. Sesiapa yang melapangkan sesuatu kesusahan saudaranya maka Allah SWT akan
melepaskan salah satu kesusahannya di hari Kiamat. Dan sesiapa menutup aib seseorang Muslim,
maka Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat11.

Dalam Al-Quran, terdapat ayat-ayat yang menyeru agar dipelihara adab-adab atau etika untuk
membentuk kestabilan hubungan persaudaraan atau kemasyarakatan.
Firman Allah SWT:
‫اء‬I‫اء ِّمن نِّ َس‬I‫راً ِّم ْنهُ ْم َوال نِ َس‬Iْ‫وا َخي‬Iُ‫ى أَن يَ ُكون‬I‫و ٍم َع َس‬I ْ َ‫و ٌم ِّمن ق‬Iَ‫ َخرْ ق‬I‫ين آ َمنُوا ال يَ ْس‬ َ ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذ‬
‫ َد‬I‫ق بَ ْع‬ ُ ‫و‬I‫ ُم ْالفُ ُس‬I‫اال ْس‬
ِ ‫س‬ ِ ‫ا‬IIَ‫ابَ ُزوا بِاألَ ْلق‬IIَ‫َع َسى أَن يَ ُك َّن َخيْراً ِّم ْنه َُّن َوال تَ ْل ِم ُزوا أَنفُ َس ُك ْم َوال تَن‬
َ ‫ب بِ ْئ‬
ِّ‫يراً ِّم َن الظَّن‬IIِ‫وا َكث‬IIُ‫وا اجْ تَنِب‬IIُ‫ين آ َمن‬ َ ‫} يَا أَيُّهَا الَّ ِذ‬11{‫ون‬ َ ‫ك هُ ُم الظَّالِ ُم‬ َ ِ‫ان َو َمن لَّ ْم يَتُبْ فَأ ُ ْولَئ‬ ِ ‫اإلي َم‬ِ
َ ْ َ َ َ ً
‫ ِه‬I‫ َل لَحْ َم أ ِخي‬I‫ ُد ُك ْم أن يَأ ُك‬I‫ا أيُ ِحبُّ أ َح‬I‫ ُكم بَعْض‬I‫ْض‬ ْ
ُ ‫ْض الظنِّ إِث ٌم َوال تَ َج َّسسُوا َوال يَ ْغتَب بَّع‬ َّ َ ‫إِ َّن بَع‬
}12{‫َّحي ٌم‬ ِ ‫َميْتا ً فَ َك ِر ْهتُ ُموهُ َواتَّقُوا هَّللا َ إِ َّن هَّللا َ تَ َّوابٌ ر‬
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan
merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-
rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah
pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-
10
- ‫رواه مسلم في كتاب السالم‬
11
- ‫رواه مسلم في كتاب البر والصلة واآلداب‬
larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah
buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang
tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani12.

Larangan Memutuskan Persaudaraan dan Silaturahim

Islam sama sekali melarang umatnya hidup berpecah-belah dan memutuskan hubungan
silaturahim. Sabda Rasulullah SAW:
‫صلَّى هَّللا َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَقُو ُل ال يَ ْد ُخ ُل ْال َجنَّةَ قَا ِط ٌع‬ ْ ‫إِ َّن ُجبَ ْي َر ب َْن ُم‬
َّ ِ‫ط ِع ٍم أَ ْخبَ َرهُ أَنَّهُ َس ِم َع النَّب‬
َ ‫ي‬
Maksudnya:
Tidak masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim13.

Sabda baginda SAW lagi:


‫ية كل خميس ليلة الجمعة فاليقبل‬II‫الى عش‬II‫ارك وتع‬II‫رض على هللا تب‬II‫ني آدم تع‬II‫ال ب‬II‫إن أعم‬
‫عمل قاطع رحم‬
Maksudnya:
Segala amalan setiap anak-anak Adam akan dibentangkan kepada Allah SWT setiap hari Khamis
malam Jumaat maka tidak diterima amalan orang yang memutuskan persaudaraan14.

Sabda baginda SAW dari riwayat yang lain pula:


‫وا‬IIُ‫اطَعُوا َو ُكون‬IIَ‫وا َوال تَق‬I‫ض‬ َ ‫صلَّى هَّللا َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَا َل ال تَ َح‬
ُ ‫ ُدوا َوال تَبَا َغ‬I‫اس‬ َّ ِ‫س أَ َّن النَّب‬
َ ‫ي‬ ٍ َ‫َع ْن أَن‬
‫ِعبَا َد هَّللا ِ إِ ْخ َوانًا‬
Maksudnya:
Jangan kamu saling berhasd dengki, benci-membenci dan saling berkelahi. Jadilah hamba Allah yang
bersaudara15.

Beberapa Perkara Yang Menjamin Kebahagiaan

Bagi menjamin kebahagiaan, mengukuhkan persaudaraan dan mengeratkan silaturahim hendaklah


diberi penekanan kepada beberapa perkara berikut:

1. Hubungan kekeluargaan yang baik seperti suami-isteri hidup harmoni, mentaati ibu-bapa,
anak-anak mendapat didikan yang sempurna.
Sabda Rasulullah SAW:

12
- Surah Al-Hujarat: 11-12
13
‫رواه البخاري في كتاب األدب‬-
14
- ) ‫رواه البخاري في ( األدب المفرد‬
15
- ‫رواه مسلم في كتاب البر والصلة واآلداب‬
‫ثَالثَةٌ ِم ْن َس َعا َد ِة ا ْب ِن آ َد َم ْال َمرْ أَةُ الصَّالِ َحةُ َو ْال َم ْس َك ُن الصَّالِ ُح َو ْال َمرْ َكبُ الصَّالِ ُح‬
Maksudnya:
Tiga perkara daripada kebahagiaan seseorang:
1)- Isteri solehah
2)- Tempat tinggal yang selesa
3)- Kenderaan yang selesa16

2. Budaya ziarah-menziarahi
Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain akan menambahkan lagi kemesraan dan perkenalan.
Sabda Rasulullah SAW:
‫هُ فِي‬Iَ‫ا أَ ْو َزا َر أَ ًخا ل‬I‫يض‬
ً ‫ا َد َم ِر‬I‫صلَّى هَّللا َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َم ْن َع‬ َ ِ ‫ال َرسُو ُل هَّللا‬ َ َ‫َع ْن أَبِي هُ َر ْي َرةَ ق‬
َ َ‫ال ق‬
‫ت ِم َن ْال َجنَّ ِة َم ْن ِزال‬َ ‫اك َوتَبَ َّو ْأ‬
َ ‫اب َم ْم َش‬ َ ‫هَّللا ِ نَا َداهُ ُمنَا ٍد أَ ْن ِطب‬
َ َ‫ْت َوط‬
Maksudnya:
Sesiapa yang melawat orang sakit dan menziarahi saudaranya kerana Allah maka malaikat akan
menyeru kepada orang yang melakukan amalan ziarah bahawa kamu adalah orang yang telah
melakukan amal kebaikan, segala perjalanan kamu akan dirahmati dan kamu layak memasuki
Syurga17.

3. Budaya bersalam-salaman dan bermanis-muka.


Sabda Rasulullah SAW:
‫ا ِن‬IIَ‫لِ َم ْي ِن يَ ْلتَقِي‬I ‫لَّ َم َما ِم ْن ُم ْس‬I ‫ ِه َو َس‬I ‫لَّى هَّللا َعلَ ْي‬I ‫ص‬
َ ِ ‫و ُل هَّللا‬I ‫ال َر ُس‬I َ Iَ‫ال ق‬Iَ Iَ‫ب ق‬ ٍ ‫از‬I
ِ I‫را ِء ب ِْن َع‬Iَ Iَ‫َع ِن ْالب‬
‫صافَ َحا ِن إِال ُغفِ َر لَهُ َما قَ ْب َل أَ ْن يَ ْفتَ ِرقَا‬ َ َ‫فَيَت‬
Maksudnya:
Setiap dua orang yang Muslim bertemu lalu bersalam-salaman akan diampunkan dosanya sehingga
kedua-duanya berpisah18.
Baginda juga bersabda:

‫و أَ ْن‬I ِ ‫ ر‬Iْ‫ر َّن ِم َن ْال َمع‬I


ْ Iَ‫ ْيئًا َول‬I‫ُوف َش‬ َ ِ‫لَّ َم ال تَحْ ق‬I‫ ِه َو َس‬I‫لَّى هَّللا َعلَ ْي‬I‫ص‬
َ ‫ال لِ َي النَّبِ ُّي‬ َ َ‫َع ْن أَبِي َذرٍّ ق‬
َ َ‫ال ق‬
ٍ ‫ط ْل‬
‫ق‬ َ ‫تَ ْلقَى أَ َخ‬
َ ‫اك بِ َوجْ ٍه‬
Maksudnya:
Jangan kamu merendahkan masalah amal kebajikan yang mudah walaupun cuma memperlihatkan
wajah-wajah yang berseri-seri ketika bersua.19

4. Berbaik sangka ( ‫) حسن الظن‬


Sabda Rasulullah SAW:
ُ‫ َذب‬I‫إِ َّن الظَّ َّن أَ ْك‬I َ‫لَّ َم إِيَّا ُك ْم َوالظَّ َّن ف‬I ‫ ِه َو َس‬I ‫لَّى هَّللا َعلَ ْي‬I ‫ص‬
َ ِ ‫و ُل هَّللا‬I ‫ا َل َر ُس‬IIَ‫ال ق‬I َ I‫َع ْن أَبِي هُ َر ْي‬
َ Iَ‫رةَ ق‬I
‫الحديث‬
Maksudnya

16
- ) ‫رواه أحمد ( مسند أحمد بن حنبل‬
17
- ‫رواه الترميذي في كتاب البروالصلة‬
18
- ‫رواه الترميذي في كتاب اإلستئذن واألدب‬
19
- ‫رواه مسلم في كتاب البر والصلة واآلداب‬
Hendaklah kamu menjauhi sifat buruk sangka kerana sesungguhnya buruk sangka itu adalah ucapan
yang paling dusta20.

Penutup

Dengan terjalinnya ikatan persaudaraan dan hubungan silaturahim maka masyarakat akan
bahagia. Khususnya sanak-saudara, kaum kerabat, sahabat –handai bahkan orang-orang disekeliling
kita akan berada dalam benteng kekuatan yang teguh.

‫اللهم ألف بين قلوبنا و أصلح ذات بيننا‬


Maksudnya:
Ya Allah! Satukan hati-hati kami dan perbaikanlah hubungan di antara kami.

20
- ‫رواه البخاري في كتاب الفرائض‬

Anda mungkin juga menyukai