Anda di halaman 1dari 13

Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia dan guru sebagai pendidik

adalah bertanggungjawab dan harus bijak mencanai permainan mindadalam


mendidik murid-murid berkeperluan khas membentuk mereka menjadi
manusia.PPKI SMK Demak Baru ditubuhkan pada 2004. Saban tahun tranformasi
sama ada dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah sentiasa dilakukan demi
memastikan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah ini seiring
dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua murid
mendapat pendidikan yang sama .PPKI SMK Demak Baru menyimpan hasrat dalam
membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang upaya bukan sahaja
cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini
dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada
masyarakat dan negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari
nanti.

2.0-PROGRAM INKLUSIF

2.1-SEJARAH INKLUSIF
Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak
boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke
-19,Thomas H,.Gallandet (1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah
memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah
pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi
penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada
tahun 1975 The Education of All Handicapped Act telah dibaca di Kongress
Amerika.Muncul pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga
mempersoalkan pengasingan ini.
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan
pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu
program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid
biasa.

2.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF


2.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
-Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
-Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan
Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau
tingkahlaku.
-Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.

2.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)


-Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
-Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
-Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.
-Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

2.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF


1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian
kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat
khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas
3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat
Sumber Pendidikan Khas.
4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di
sekolah biasa.(Octopus Model)
5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

2.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF


1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar
khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .
4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
masyarakat setempat.
7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi
peluang pekerjaan.
8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan
dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.
9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu
melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.

2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF


1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.
2. Guru sukar memberikan tumpuan.
3. Berlakunya penglabelan
4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar
khas dalam kelas.
5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi
kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar
kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.

3.0-PENDIDIKAN INKLUSIF DI PPKI SMK DEMAK BARU

3.1-LATAR BELAKANG

Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran di SMK


Demak Baru bermula sejak tahun 2011.Program Pendidikan Inklusif telah menjadi
matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama
kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau kecacatan
mereka.Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua ,mereka diberi peluang
dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan,yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang
ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid
berkeperluan khas, PPKI SMK Demak Baru menjadi salah sebuah program yang
sentiasa menyokong demi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana
dan pendidikan khas dapat dirapatkan.

Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar
mata pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal,dilaksanakan kepada
pelajar yang berkeupayaan di sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan
separa masa.
Kini seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran
perdana.Seramai 2 orang pelajar di Tingkatan 2, 4 orang di Tingkatan 3 dan 6 orang
pelajar di Tingkatan 4.

3.2-MATLAMAT
Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:
1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal
di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar
berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu
mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza.

2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran,


pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah
bersama-sama pelajar normal.

3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awalawal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di
dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya
mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj
Awang. )1996.

4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran


tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu
mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan
sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam


pelajaran serta kerjaya yang dibina.

3.3-OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa
daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan
peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru
dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya
( role model ).

3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan


murid di aliran perdana.

4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka


menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka.
Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira
perbezaan, kekurangan dan kecacatan.

5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .

6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi


masyarakat.

7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan


khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

3.4-KUMPULAN SASARAN
Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan
berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran
perdana.Selain telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan
mengira,murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,berkomunikasi
dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan
menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta
tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling
utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama
daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat
yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

3.5-JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF

Pengerusi : En Rambil Hj Hasbi (Pengetua)


Naib Pengerusi : En Jamal Shukuri Bolhassan (GPK PK)
Setiausaha : Pn Dayang Hasimah Bt Awang Madian (SU Kurikulum)
AJK : Pn Norzita Mohamed (SU HEM/Guru Sejarah)
: Cik Ruhana Bt Bujang (SU KK/Guru Bahasa Melayu)
: En Jamaluddin Juni (PPM)
: Cik Nillip (PPM)
: Pn Chong Fui Fon (Guru Geografi)
: Pn Kamariah Kunggi Bt Abdullah (Guru Bahasa Inggeris)
: En Badrulisham Ameran (Guru Matematik)
: En Mohd Safwan Alias (Guru Sains)
: En Badrol Hisham Majid (Ustaz)

3.6-FAIL PROGRAM INKLUSIF


Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa
Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program
Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :
Jawatankuasa Program Inklusif,
Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
Biodata murid yang diinklusifkan,

Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,


Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
Rekod prestasi murid,
Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

3.7-STRATEGI PERLAKSANAAN
Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan
Pendidikan Inklusif di sekolah ini.

3.7.1-Sebelum Program

1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .


2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat
pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian
diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.
3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan
mengikuti Program Inklusif.
4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru
Pendidikan Khas dan PPM .
5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir
dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat
yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar muridmurid Pendidikan Khas tersebut.
6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil
untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak
mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti
membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan.

8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata


pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8.
9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.

10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan
warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah
diberikan secara fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada
ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan.
11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas
2 Perdana,3 Perdana dan 4 Amanah .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau
bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guruguru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.
12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam
satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan
hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.
13. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral,Pendidikan
Jasmani dan PSV untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.Bagi Tingkatan 4 ,hanya mata
pelajaran wajib sahaja diinklusifkan.
14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu
di kelas PPKI8. (Lampiran K:Jadual Waktu PPKI8)

3.7.2- Semasa Program


1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.
2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru
yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.
3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan
murid lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri
dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan
Bercerita,Penulisan Khat dan Jawi,Hafazan.Malah terdapat juga yang aktif dalam
kokorikulum seperti Pertandingan Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan
mendapat tempat.

4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga
menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik.
5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain
dan diberikan tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus
melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan
murid Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping
sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas
sekiranya diperlukan.
6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi
dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi
biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga
sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.
7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan
impak positif kepada pembelajaran murid khas.

3.7.3- Program Mentor Mentee


1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang
terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada murid.
3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan
tambahan yang diperlukan . mengadakan kelas tambahan.
4. Guru khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan
rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber
maklumatbagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan
lancar.
5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa
dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar khas
yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.

3.7.4-Senarai Mata Pelajaran Yang Diikuti

3.7.4.1- Tingkatan 2 Perdana dan 3 Perdana


Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Geografi
Pengetahuan Agama Islam
Matematik
Sains
KHB/ERT
3.7.4.2-Tingkatan 4A
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pengetahuan Agama Islam
Matematik
Sains
3.7.4.3-Tingkatan 4Sains
Bahasa Melayu
Kimia
Biologi
Matematik
Pengetahuan Agama Islam
Bahasa Inggeris
Sejarah

3.7.5-Selepas Program
1. Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian
akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid.
2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara
berperingkat-peringkat.
3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.
4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau
penjaga.
5. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit
Pendidikan Khas ,Jabatan Pelajaran Sarawak dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran
Daerah.

3.8-PENCAPAIAN
1. Pencapaian dari segi akademik (Rujuk di Lampiran A dan B)
2. Pencapaian pelajar dari segi kokurikulum
-Nur Syazwani Bt Marais telah mewakili negeri Sarawak bagi Pertandingan Bowling
Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Perak.Beliau juga mewakili sekolah dalam
Pertandingan Bowling Terbuka yang dianjurkan oleh SMK ST Joseph.
3.Pencapaian pelajar di bidang kurikulum
Mohd Qamarrul Izzat b Mohd Sani telah
Johan Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak.
Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Hafazan .
Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Khat dan Jawi .
Tempat Ketiga dalam Pertandingan Spelling Terbuka pada Minggu Bahasa
peringkat sekolah.
4.Pelajar berkeperluan khas telah mula berdikari ,bersosialisasi dan berkeyakinan.

4.0 RUMUSAN
Kejayaan perlaksanaan program ini di PPKI SMK Demak Baru adalah berdasarkan
perancangan yang telah diatur dan dibincangkan.Usaha yang berterusan perlu bagi
memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.Guru- guru
haruslah peka dan sensitif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.Dalam Pendidikan kita mampu membentuk pelajar ini menguasai ilmu
pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri,agama dan masyarakat
dan juga mampu untuk ddduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
masyarakat global di luar sana.

Anda mungkin juga menyukai