Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

Pada hari kami mendapat tugasan ini saya berasa agak terkejut kerana pada
diawal pengajian lagi kami sudah diberikan tugasan. Hal ini demikian kerana,
kebiasaannya kami mendapat tugasan apabila berada dipertengahan pengajian iaitu
sebelum cuti penggal. Namun begitu saya cuba memahami bahawa saya sudahpun
berada dalam progam ijazah dan bukan lagi program persediaan. Kemudian saya cuba
untuk memahami kehendak tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kami, pada
mulanya saya sememangnya memahami kehendak tugasan itu tetapi setelah melihat
nota dan bahan yang dikumpul untuk menyiapkan tugasan tersebut saya berasa agak
keliru kerana terlalu banyak untuk dilakukan bagi menyiapkan tugasan tersebut. oleh
itu, saya dan ahli kumpulan bersepakat untuk berjumpa dengan pensyarah kami iaitu
Encik Saifudin Azam Shah bin Ahmad untuk bertanyakan soalan dan cuba
mendapatkan penjelasan secara lebih terperinci agar kami dapat menyelesaikan
tugasan tersebut dengan lebih mudah. Pesyarah kami sememangnya komited dan cuba
membantu kami selagi yang boleh. Setelah mendapatkan penjelasan yang lebih
terperinci akhirnya kami memahami kehendak tugasan, yang diberikan dan seterusnya
kami membahagikan tugas masing-masing agar tugasan ini dapat diselesaikan dengan
lebih mudah serta mewujudkan satu semangat kerjasama dalam pasukan kami.
Setelah mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan bahagian masing-masing
akhirnya saya berjaya juga menyiapkan bahagian saya. Kemudian, kami berkumpul
bersama untuk menggabungkan hasil kerja kami dan melengkapkan segala kandungan
yang diperlukan dalam tugasan KKBI kami ini. Akhirnya kami berjaya menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam tempoh yang
diberikan. Saya berasa amat lega sekali kerana walaupun terdapat pelbagai masalah
dan ketidakfahaman namun kami berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu saya juga berasa cukup gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli
kumpulan saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap orang
yang telah membantu saya ketika menyiapkan tugasan ini.

Sekian,

MUHAMAD ASYRAF BIN MUHAMAD LUDIN

Anda mungkin juga menyukai