Anda di halaman 1dari 5

ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril
supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk
mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan
membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir
Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia
tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah
seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama
dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya
jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan
tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah:
Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau
mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas
namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah
kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu
diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke
hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan

kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana


bimbang dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku
yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu
bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babylon
10.

Tanah India

11.

Tanah syurga

12.

Tanah Thaif

Kata Ibnu Abbas :


1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak
manusia,dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan
tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.


6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah
dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipu
daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,
ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Thaif, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan
mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin,
air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri
Adam dengan berbagai macam sifat.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman Jabarut
kemudian diletakkan di dalam Alam Malakut.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah
tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan
dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan
dirasmi dengan air hujan Barul Uluhiyah.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air Kudral-Izzah-Nya
iaitu sifat Jalan dan Jammal. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang
sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar,

mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh


malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu
roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya
adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh
Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua
buah liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala : dua
liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus,
kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahanlahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke
dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam,
dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat
sarafnya
dengan
sempurna.
Kemudian
terjadilah
matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan
ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih
merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang
sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih
dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh
sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah

Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam


pertama kalinya ke hadrat Allah.

Lalu Allah berkata: Yarkhamukallah yang ertinya: semoga engkau diberi


rahmat Allah Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan
sunat mengucap Alhamdulillah dan orang yang mendengarnya sunat
mengucapkan Yarkhamukallah.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun.
Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Di
sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak
sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud : Dan adalah manusia
itu, suka tergesa-gesa.(Al-Israk:II). Maka ketika roh itu sampai di bahagian
perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka
seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke
seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, uraturat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus
dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka
dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup
cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan.
Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu
diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang
ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung,
Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita
kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.
Allahuallam

Anda mungkin juga menyukai