Anda di halaman 1dari 10

1.

Indonesia
Bunga kebangsaannya ialah bunga Anggerik Bulan (Phalaenopsis Amabilis)
Bunga Anggerik Bulan berkembang sebanyak dua ke tiga kali dalam setahun dan gugur selepas
dua ke enam bulan kemudian. Bunga ini banyak didapati di kawasan tanah rendah di Indonesia.

2. Singapura
Bunga kebangsaannya juga sejenis orkid iaitu Vanda Miss Joaquim.
Bunga ni berwarna ungu dan berkembang sepanjang tahun. Bunga ini banyak ditanam di serata
Singapura

3. Thailand
Bunga kebangsaannya ialah Ratchaphruek (Cassia Fistula Linn)
Bunga ini berkelompok-kelompok dan berwarna kuning. Orang Thai khasnya penganut Buddha
menggangap warna kuning itu sebagai warna agama Buddha yang melambangkan kemenangan
dan kecemerlangan. Biasanya berkembang dalam bulan Februari hingga ke Mei dan menjadi
lambang keharmonian dan kesatuan hati rakyat Thailand. Bunga ini banyak ditanam di
sepanjang tepian jalanraya di negara ini.

4. Vietnam
Bunga kebangsaan negara Viet Nam ialah Bakawali atau Lotus. Dikenali sebagai Bunga
Senjakala.
Bunga ini banyak didapati di tasik dan kolam di serata negara ini. Bagi rakyat Vietnam, bunga
ini adalah lambang kesucian, komitmen dan harapan baik untuk masa depan mereka.

5. Filipina
Bunga kebangsaannya ialah Sampaguita Jasmine (Arabian Jasmine).
Bunga ini berwarna putih dan berkembang sepanjang tahun. Baunya amat harum dan setiap kali
mengeluarkannya bau itu boleh tahan selama sehari. Bagi rakyat Filipina, bunga ini
melambangkan kesucian dan kekuatan. Bunga ini berasal dari pergunungan Himalaya.

6. Brunei Darussalam
Bunga kebangsaan Negara Brunei ialah Simpor (Dillenia Suffruticosa).
Bunga ini berwarna kuning cerah dan berdaun lebar. Apabila berkembang penuh, kelopakkelopaknya menyerupai sebuah payung. Gambar bunga ini digunakan pada wang kertas satu
ringgit Brunei. Juga kerap kali digunakan sebagai corak pada hasil kraftangan tradisional
Brunei. Bunga ini banyak tumbuh di sepanjang sungai-sungai di negara ini terutama di Sungai
Temburong. Pokok bunga ini boleh digunakan sebagai ubat luka.

7. Burma/Myanmar
Bunga kebangsaannya ialah Paduak (Pterocarpus Indicus).
Bunga ini kecil-kecil dan berwarna kuning emas. Biasanya berkembang mekar dalam bulan
April iaitu semasa rakyat Myanmar menyambut perayaan tahun baru mereka. Rakyat Myanmar
menganggap tumbuhan ini sebagai lambang kekuatan dan ketahanan.

8. Cambodia (Kampuchea)
Bunga kebangsaan negara ini ialah Rumdul (Mitrella Mesnyi).
Bunga ini berwarna putih-kuning dan mengeluarkan bau yang harum pada waktu petang. Pokok
Rumdul ini boleh tumbuh setinggi 8 hingga 10 meter dan banyak didapati di seluruh Cambodia.
Biasanya bunga ini dijadikan tanaman hiasan di taman-taman bunga.

9. Laos
Bunga kebangsaan negara Laos ialah Dok Champa (Plumeria).
Bunga berlilin ini berbau manis dan boleh didapati dalam warna merah, kuning, pink dan warna
campuran. bagi rakyat negara ini, Bunga Dok Champa melambangkan kegembiraan dan
ketulusan. Bunga ini kerap kali dijadikan hiasan dalam sesuatu upacara ataupun dijadikan
kalung menyambut ketibaan tetamu.

10. Malaysia
Bunga kebangsaan negara Malaysia ialah Bunga Raya (Hibiscus rosa sinensis)
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosa sinensis)
ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam
sebagai pokok hiasan

Anda mungkin juga menyukai