Anda di halaman 1dari 2

Monday, June 9, 2014

Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2015


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera..
Kali ni aku nak bercerita pengalaman aku dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga
Biasiswa HLP 2015.
Memang aku ada mohon hari tu. Last minute betul aku hantar permohonan online beserta
dokumen yang diperlukan. Dan, rezeki aku dipanggil untuk sesi temuduga pada 5 Jun yang
lepas.
Antara kerja hakiki dan kepentingan peribadi, aku terpaksa bahagikan masaku sebaiknya.
Balik dari kursus SPSS di Hotel Kualiti KL selama seminggu, bercuti di Morib bersama
famili tercinta (reward untuk diri sendiri jugak tu) aku masuk kije pada 28 Mei. Dihambat
dengan kesibukan tugas-tugas hakiki di kolej yang perlu dibereskan.
Preparation aku untuk pergi interview nih tak banyak sangat pun. Aku siapkan dokumen
yang diperlukan pun pada petang 3 hb Jun. 4 dan 5 Jun aku amik cuti. 4 Jun konon2nya
nak study dan 5 Jun tu hari kejadian lah. Tak dapat amik cuti tanpda rekod katanya sebab
ini hal peribadi. Ok. Takde hal sebab baki cuti aku masih banyak lagi.
Akhirnya impian aku utk study 4 Jun tu hanya tinggal impian. Setelkan kerja rumah plak
sbb rumah bersepah benar. tambahan plak proses cat rumah tengah berjalan lancar.
hehehe. Bawa anak pegi klinik, pegi pasar, kemas-kemas, Masak2...tengok jam dah
4.30pm. huisshhhh mmg tak study lah mak, nak.
Lps suami balik kije, kami gerak ke Putrayaja. Stay sana satu malam. bagusnya encik suami
den, sanggup amik cuti sebab nak tolong hantarkan ke Putrajaya. Kena pujuk jugak tu
sbbnya aku taktau jalan. haha. Malam tu barulah aku study sikit sebanyak tentang apo aku
nak buat nanti. hohoho dalam masa yang sama, otak ligat pikir, anak kecik tinggal umah
pengasuh. dahla badannya agak panas pg td. Huurrmmmmm :-(
5 Jun 2014, maka proses debarannya pun bermula.
Jam 7.45am aku dah sampai kat tempat pendaftaran. Ramai jugak yang datang untuk
temuduga HLP. Ada yang serius, ada yang tersenyum mesra, aku biasalah....amik port
belakang sekali. Tunggu member seangkatan yang masih belum tiba.
Aku takkan citer semua nya tentang sesi temuduga ni. Aku cuma nak bagi tips je. Tapi harus
diingat, lain orang lain pengalamannya, panel pun lain-lain.
1) Pertamanya, kalian kena bawak 1 salinan semua dokumen yang dimuatnaik.
2) Bawa 2 salinan proposal bagi rujukan panel (sorang panel, 1 salinan proposal kita).
3) Baca selawat banyak2 semoga dapat jawab lancar semua soalan.
4) Sebelum masuk, ketuk pintu dan bagi salam.
5) Letak handbag di bawah, sebelah kiri. Simpan segala mak nenek nota. (Tapi partner aku
rileks je bawak nota kat tangan. sekejap2 dia akn rujuk jugak nota tu)
6) Jawab dengan yakin setiap soalan yang ditanya.

Soalan2 yang aku banyak kena tanya adalah: berkaitan dengan tajuk , objektif, sumbangan
kajian kita. Jadi bersedialah untuk menyakinkan mereka. Takde plak aku kena tanya soalan
nama2 menteri ke, tonggak 12 ke...Alhamdulillah (sbb aku tak sempat nak hafal semua tu)
Soalan faveret yang ditanya adalah: Kenapa anda rasa anda layak untuk dapat biasiswa ni.
Lagi satu: tolong lah mantapkan penguasaan bahasa Inggeris kalian ye. Sbb panel akan
tanya jugak soalan dalam bahasa Inggeris untuk depa tahu tahap penguasaan Bahasa
Inggeris kita.
Aku masuk bilik jam 9.15am gitu. jam 10am dah kuar. Secara keseluruhannya, aku rasakan
ini adalah pengalaman yang menarik , temuduga setelah 5 tahun bekerja dan tak pernah
ditemuduga.
Panel2 bilik aku tu, bagi aku sangat baik. Kalau ada yang tak kena ngan kita nye proposal,
depa takkan trus jatuh hukum. Mereka akan bagi cadangan atau idea untuk kita
perbetulkan. I like~
Lps hbs interview, lps habis soseh soseh dgn kwn2 yg masih menunggu turn, barulah aku
ajak encik suami gi sarapan. Hilang segala resah gelisah, kecut perut semua.
Last but not least............. lps inteview...semua pasti pakat tanya: OK ke interview?
Aku senyum jwb: Alhamdulillah, ok. Kalau dapat itu rezeki, tak dapat tu kira pengalaman
yang berharga. :-)

Tips Menarik di http://www.cikgudahlia.com/2014/05/hadiah-latihan-persekutuanhlp-dan-cuti.html


i.c Kak Azy : 770530045478

Anda mungkin juga menyukai