Anda di halaman 1dari 16

Kedai Kek Emas yang menjual nasi lemak diusahakan oleh Encik Wong Siow Boo.

Kedai ini ditubuhkan pada tahun 1989.


Sejarah nasi lemak diwujudkan pada zaman Kesultanan Melaka, ada sepasang ibu dan
anak bernama Mak Kuntum dan Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam

pertempuran menentang musuh di Selat Melaka. Oleh sebab itu, Mak Kuntum terpaksa bekerja
untuk menyara kehidupan dia dan anaknya dan kerjanya ialah mengambil upah mengurut. Setiap
awal pagi, Mak Kuntum keluar untuk mencari pelanggan.
Pada suatu hari, timbul rasa jemu dalam diri seri kerana memasak nasi dengan cara yang
sama. Begitu juga dengan lauk. Kalau tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan
bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Kemudian Seri mendapat idea. Seri mula
memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.
Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang dimasak. Oleh
kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi
nasi tersebut. Biar bau nasi yang dicampur dengan daun pandan ni dapat membangkitkan selera
mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. katanya.
Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pulang ke rumah. Seri pun menghidangkan nasi
ciptaannya itu. Terperanjatlah Mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang
hayatnya. Apa kau masak ni, Seri? jawapan Seri : Nasi ler! Mak! jawab seri berulang kali.
Mak Kuntum bertanyakan lagi kepada seri. Seri menjawap dengan jawapan yang sama : Nasi le
mak!, Nasi le mak!, Nasi le mak!. Semenjak hari itu, nasi tersebut dikenali sebagai NASI
LEMAK.
Lokasi kedai Kek Emas ialah KEK EMAS Sdn. Bhd. Ia terletak di 112, Jalan Genuang,
85000 Segamat, Johor Darul Takzim.

Kedai ini ditubuhkan pada tahun 1989. Encik Wong telah menggunakan modal sebanyak
RM 100000 dengan bantuan pinjaman dari bank untuk menubuhkan kedai ini. Kedai ini telah
membantu Encik Wong menambahkan pendapatan yang lebih banyak.
Untuk memasak nasi lemak yang lebih sedap, mereka telah menggunakan daging yang
segar, sayur- sayuran segar dan juga nasi import yang wangi. Bahan- bahan yang digunakan ialah

beras, santan,

daun pandan,

garam halus,dan

daun pisang.

Manakala

peralatan yang

digunakan ialah

mangkuk besar

yang digunakan

untuk mengukur

nasi yang diperlukan, mesin memerah santan, periuk nasi, penyodok nasi, dan gas dapur.
Proses untuk menghasilkan nasi lemak ialah cuci beras, tiriskan, campur dengan santan
cair. Selepas itu, masukkan bawang putih, jahe, daun pandan dan garam. Selepas itu, adukkan.
Seterusnya, tuangkan air. Akhirnya, masak hingga beras setengah matang dan air terserap habis,
dan angkat, kukus hingga masak.

Dengan membuat kerja kursus Sejarah, saya mendapati bahawa kegiatan ekonomi
tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia.
Saya sebagai rakyat Malaysia berasa bangga kerana terdapat berbagai-bagai bangsa dan
budaya yang berlainan di Malaysia. Saya akan menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya
bangsa. Saya juga sangat berbangga dengan sejarah Malaysia.
Seterusnya,kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat setia
negara. Saya akan cinta akan bangsa di Malaysia dan juga Negara kita, Malaysia. Melalui kerja
kursus ini, saya akan bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Saya juga semakin peka

kepada masalah yang berlaku di Malaysia. Saya berasa bersyukur kerana dapat menjadi
warganegara Malaysia.
Selain itu, semangat kekitaan juga dapat diperkukuhkan melalui kegiatan ekonomi
tradisional. Kita sebagai warganegara Malaysia patutlah bersatu dan berharmoni demi
kesejahteraan nagara kita. Kita juga mesti saling bertolak ansur dan bertoleransi dengan kaum
lain. Bekerjasama dan tolong- menolong antara satu sama lain juga sangat penting dalam usaha
menjaga kesejahteraan negara kita. Kita wajar menghormati orang lain dan juga budaya mereka
yang berlainan. Kita perlu bersefahaman dan bermuafakat dengan kaum lain. Muhibah
merupakan faktor utama untuk mencipta satu masyarakat yang bekerjasama.
Di samping itu, kita perlulah berdisiplin sama ada dalam apa- apa situasi pun. Berdisiplin
bermaksud berakhlak dan berbudi pekerti mulia. Kita juga perlu mematuhi peraturan dan
undang- undang yang lelah ditetapkan. Kita wajib berkelakuan sopan, bertatasusila dan
berhemah tinggi. Kita mestilah bertindak wajar serta bersifat amanah dan jujur. Berdisiplin juga
merupakan berlaku adil dan bertimbang rasa kepada semua bangsa.
Akhir sekali, kita perlu berusasha dan produktif demi mencipta peralatan yang lebih
canggih untuk mempermudah kegiatan ekonomi tradisional. Kita mesti rajin dan gigih serta
berdikari. Kita juga patut bersikap tabah untuk menghadapi apa-apa pun cabaran dan tidak boleh
berputus asa. Selain itu, kita wajib menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan.
Semua rakyat Malaysia perlu berganding bahu membangunkan negara serta berilmu tinggi dan
berketerampilan baik.

Kedai Kek Emas telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat


dan juga mempengaruhi keluarga peniaga serta masyarakat setempat.
Kegiatan ekonomi tradisional ini ( nasi lemak ) telah menjadi sumber
pendapatan utama kepada Encik Wong sekeluarga. Selain itu, untuk
memenuhi permintaan penduduk setempat, Encik Wong telah membuka
beberapa cawangan di Segamat dan juga memberi perkhidmatan tempah
kepada pelanggannya.
Di samping itu, Kedai Kek Emas sememangnya memberi banyak
sumbangan kepada kawasan setempat. Selain daripada menjual nasi lemak

dan

makanan tradisional lain, Kedai Kek Emas juga ada jual kek- kek yang terdiri
daripada pelbagai jenis. Ini telah memajukan ekonomi Segamat.
Akhir sekali, Kedai Kek Emas yang sangat memerlukan pekerja telah
menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Dengan adanya peluang pekerjaan, penduduk setempat dapat menyara
keluarga mereka dengan sumber pendapatan ini.
Kedai Kek Emas sememangnya memberi banyak sumbangan kepada
masyarakat setempat. Oleh itu, hargailah dan bersyukur kerana adanya
kedai ini.

Menurut kepada Encik Wong, apabila beliau mulai mengusahakan kedai ini, beliau telah
menerima banyak cabaran. Antara cabaran yang diterima oleh beliau adalah seperti menerima
cabaran daripada syarikat makanan segera seperti MacDonald, KFC, Marrybrown, dan Macdota.
Kini, kedai beliau pula disaingi oleh kedai- kedai kopitian baru.
Encik Wong telah mendapat bantuan pinjaman daripada bank untuk membantu dia bagi
mengusahakan kedai ini. Beliau juga dapat galakan daripada kerajaan dengan memberi beliau

lesen. Selain itu, Kedai Kek Emas juga mendapat sijil halal sebagai bukti kepada mereka yang
beragama Islam.
Kedai Kek Emas mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat. Oleh itu,
Encik Wong telah membuka sebanyak 6 buah cawangan di negeri Johor. Kejayaan ini telah
membanggakan keluarga Encik Wong.
Menurut kepada Encik Wong, beliau mengatakan bahawa beliau akan berkongsi
pengalaman kepada pewaris kerjaya beliau. Beliau juga berharap akan terus mendapat sambutan
yang hangat daripada penduduk setempat. Beliau mengatakan Kedai Kek Emas akan
meningkatkan kualiti makanan mereka untuk memenuhi permintaan penduduk. Beliau kata jika
mempunyai kebolehan, beliau akan membuka cawangan yang lebih banyak di Malaysia sehingga
ke luar negara. Saya berasa amat berbangga kerana Kedai Kek Emas dibuka di Segamat. Saya
juga berharap Kedai Kek Emas dapat mencipta lebih banyak jenis makan- makanan.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA,


85000 SEGAMAT,
JOHOR DARUL TAKZIM.

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013


SEJARAH 21/2
KERJA KURSUS
KERTAS 2

KAJIAN TENTANG KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL


( NASI LEMAK ) YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT DI
85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM.

NAMA

: CHIA BI XUAN

TINGKATAN

: 3 PUTRA 1

NAMA GURU : MOHD. FADIL BIN MUSTAFA

BIL

TAJUK

HALAMAN

1.

TAJUK KAJIAN

2.

SENARAI KANDUNGAN

3.

PENGHARGAAN

4.

OBJEKTIF KAJIAN

5.

KAEDAH KAJIAN

6.

HASIL KAJIAN

7.

RUMUSAN

8.

LAMPIRAN

9.

RUJUKAN

6-12

13

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Putra, Encik Jais bin Saadon kerana memberi saya peluang untuk bersekolah
di sekolah ini dan sentiasa memberi saya dorongan serta galakan untuk menyiapkan kerja kursus
ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah saya kerana telah
banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.
Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada kedua- dua orang ibu bapa saya
kerana sentiasa memberi saya semangat dan dorongan kepada saya. Mereka juga sentiasa
membawa saya pergi ke tempat kajian.
Jutaan terima kasih kepada pegusaha Kedai Kek Emas, Encik Wong yang telah berbesar
hati untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat serta membenarkan saya membuat
kajian tentang produk yang diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada kawan- kawan saya iaitu Tan Jia Yi, Goh
Ling Hua, Choo Yin Jia, dan Chong Chui Wen yang banyak memberi bantuan dank omen ketika
menyiapka kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak telah
membolehkan saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Melalui kajian ini, saya dapat:


1. Mengenalpasti sumber- sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak
langsung ini akan dapatmemberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan
satu kajian yang bersifat ilmiah.
2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika
menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk
mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat
dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang
lain. Dengan kajian ini, masyarakat akan lebih menghargai produk tempatan yang
terdapat di negara kita.

Untuk menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedahuntuk menyempurnakan
kajian ini. Antaranya ialah:
1. Kaedah Temu Ramah
Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual pengusaha Kedai Kek Emas, Encik
Wong untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang ini.
2. Kaedah Lawatan dan Pemerhatian
Saya telah melawat ke Kedai Kek Emas untuk mengkaji bagaimana pengusaha
menyediakan nasi lemak. Banyak maklumat yang berguna dapat diperolehi berdasarkan
pemerhatian di sini.
3. Kaedah Analisis Dokumen
Saya juga turut merujuk kepada dokumen-dokumen untuk memastikan kesahihan fakta
yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
4. Muat Turun Internet
Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan
melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang
terdapat sebagai rujukan.

Saya berasa amat berbangga kerana dapat tinggal di Segamat. Di Segamat, terdapat Kedai
Kek Emas yang diusahakan oleh Encik Wong yang menjual makanan tradisional seperti nasi
lemak, kek, roti dan sebagainya.
Dengan adanya Kedai Kek Emas, taraf hidup penduduk Segamat dapat ditingkatkan.
Sambutan yang hangat daripada penduduk setempat mendorong Encik Wong telah membuka
sebanyak dua buah cawangan di Segamat.
Melalui kajian ini, saya dapat menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan
generasi muda yang lain. Dengan kajian ini juga, saya juga dapat lebih menghargai produk
tempatan di negara kita.
Saya berharap kegiatan ekonomi tradisional di Segamat dan juga negara kita akan terus
berkembang maju dan tidak akan diabaikan. Selain itu, saya juga berharap Kedai Kek Emas
dapat beroperasi dengan baik dan bebas daripada masalah keracunan makanan.

1. BUKU ILMIAH
Tajuk :Siri 10 Menarik di Malaysia
2. Orang Sumber
Nama : Bee Ah Bee
Umur : 60
Alamat: No 77, Jalan putra 1/17 Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor.
3. Melawat Tempat Kajian
Alamat:112, Jalan Genuang, 85000, Segamat, Johor.
Tarikh : 5 Mei 2013
Masa : 2.00 p.m. 3.00p.m.
4. Internet
Alamat: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak
http://www. Akidazami.com/2012/06/sejarah-kewujudan-nasi-lemak.html
http://gurukanansmkpn.blogspot.com/2013/02/menulis-penghargaan-anak-anakyang.html
https://maps.google.com.my/
5. DVD
- Cara memasak nasi lemak

Buku Ilmiah
-Nor Hafiza
Binti Md Desa
& Nur Fatin Amalina Binti Jelani, 2013, Siri 10 Menarik di Malaysia, Sri bumi Trading, No.50,
Jalan Desa Serdang 12, Taman Desa Serdang, 43300 Sri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Orang Sumber
-Bee Ah Bee, 60, No 77, Jalan putra 1/17 Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor.
Melawat Tempat Kajian
-112, Jalan Genuang, 85000, Segamat, Johor.
Internet
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak
http://www. Akidazami.com/2012/06/sejarah-kewujudan-nasi-lemak.html
http://gurukanansmkpn.blogspot.com/2013/02/menulis-penghargaan-anak-anak-yang.html
https://maps.google.com.my/

Anda mungkin juga menyukai