Anda di halaman 1dari 9

Renungan Bersama

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-
kawan semua tak suka.. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.. Ada pula
yang kate saya kuat emo.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak
tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lain. Saya
paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya
pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat
capub'(cari publisiti).. tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seoarang


lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam itulah yang saya rasa.. Saya tengok
kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm sms awek sampai pagi.. ada yang
call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir.. "Adakah aku perlu BERCINTA?"


Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. saya pun mula
menanam tekad untuk ber'couple'.. Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. Akhirnya,
dipendekkan cerita.. saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat.. Apa orang kata..'ALL


OUT'lah.. haha.. Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya.. 'gayut' malam-
malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. Tetapi segala
PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu.. Tidak terasa pun
kehilangannya..

Mase bercinta memang indah.. Semuanya indah.. Sikit-sikit gurau-gurau, Sikit-


sikit gelak-gelak.. kalau merajuk men pujuk2.. kalau 'birthday' kita sambut sama-
sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia.. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir.. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam.. Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah.. Dalam ceramah tu saya sedar,
saya banyak buat dosa dan saya kena brubah.. Hidup saya mesti selari dengan
Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan
kebaikan.. Semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan
Al-Quran.. Selalu solat jemaah awal waktu.. Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua, satu
untuk saya, satu untuk awak, Saya taknak jadi baik seorang diri.. jadi saya ajak
awak sekali.. Saya ajak awak baca Al-Quran.. saya kejut awk bangun subuh..
(calling).. saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jadi
alim, nak brenti couple. Saya kata,kita bukan buat benda yang salah.. bercinta
kerana Allah.. Kita couple tak macam orang lain.. Orang lain couple 'jiwang-
jiwang' je.. ade yang siap wat mksiat lg.. pegang-pegang tangan dan
macam-macam lagi.. Tapi kita couple baik-baik.. Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang, janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu.. Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun
terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu. Tapi
saya faham, perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan
kita semakin diredahai.. Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke
gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu
wajib.. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita
tidak berdakwah.. kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa
kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab
mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alas an (pelepas tanggung jawab) kepada
Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur
mereka apa sahaja yang silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat
salah/dose.. Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh
sebab saya nak jadi orang kuat iman.. Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..


saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya.. tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak.. huhu~~ tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat.. Kita jalan-jalan pegang tangan.. tak jiwang-jiwang.. Cuma
saling ambil berat.. Tanya khabar.. Borak-borak.. Siap bagi tzkirah lagi.. Apa
yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM.. lagi tiga minggu sebelum trial.. dalam masa
tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group Pada masa yang
sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima.. ada juga yang buat tak tahu Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula.. macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak
berhikmah.. ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.. Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu.. huhu~~

Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya terjumpa
ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu


melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab
(Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan
janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-
Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan
kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung
dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu
seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih
mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu.. saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal
waktu.. Dalam fikiran saya.. "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas
untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-
panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak.. "Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je
la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu.. Masa tu dia tengah membelek-
belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan
rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia
marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan,


begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam,
perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah
firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami
baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun
takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi,
hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara.
Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan
menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta
ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan.
Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang
pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan
sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun,
takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada
masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia
taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan
dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa
kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta
dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta
tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang
bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin,
bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina
dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan
berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati
pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.
Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina
hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada
yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah
masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana
trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu
kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada
nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta
tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati
dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau
dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita
pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk
pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun,
dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa
sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak
bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima
keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak
lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die
buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul,
meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya
sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang
saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang
dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi.
Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga
kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti
ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat
group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion
partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal
sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai
saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah
tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah
keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11.
Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang
fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka
tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa


saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak


ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni
Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari
maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam.


Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi
sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan
perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala
yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga.
Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat
tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam.
Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak
percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak
disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik
untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang
kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam
usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi
tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala
dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak
kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar
bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan
rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun


gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah


akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah
yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,


ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..


tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.


Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya.