Sebermula di sini..SMK Lajau 2015 secalit huruf di hujung fasih lidahmu bukan sedikit iltizam jitu merungkai kusut jahil benak anak-anak didik yang kehausan didikan sempurna Sebermula.. di hujung tuntas semangatmu bukan sedikit kudrat ikhlas memupuk wangi benih sahsiah anak-anak didik bukan sedikit yang kau hamburkan di laman ilmu mewadah kegemilangan kau tetap ukirkan senyuman di bibir ceria tanpa lelah.. Berpaksikan monumen sejarah kejayaan gemilang rentetan pada musim silih berganti.. meraih anugerah demi anugerah -Kecemerlangan akademik! -kokurikulum yang mantap! -Semarak Kualiti Pengurusan sekolah bervisi!.. dan apa lagi yang dipersoalkan??? Inilah saksi sebuah pengorbanan tulus meski jasa baktimu dijunjung seketika cuma namun terbias kesyukuran dan rasa bangga di benak sanubari ini melangkaui hambatan meraih impian di bumi SEMELA Sesungguhnyajasa baktimu tetap terpahat dalam ingatan Kaulah guru hebat..menjelajah minda meneroka peradaban dari semangat kental dan iltizam padu yang telah kau tanamkan.. pada setiap derap langkah perjalanan ini...Terima kasih guru