Anda di halaman 1dari 1

Arahan:

Berikan imbuhan bagi setiap perkataan dalam kurungan menurut konteks penggunaannya dalam
petikan di bawah.

Lembu-lembu sedang diperiksa sebelum dibenarkan masuk ke ladang oleh seorang pengawal
yang bertugas. Setipa ekor lembu yang lulus pemeriksaan itu akan digantungkan pada lehernya plat
bernombor yang besar, tanda pengenalan bagi lembu-lembu itu.

Seekor lembu jantan berwarna hitam putih bertanduk tajam sedang berdiri dengan angkuh
(1.perhati)____________________ setiap ekor lembu yang baru dibenarkan masuk ke ladang itu. Lembu
itu ialah ketua para lembu di situ. Sesekali, , mata ketua lembu itu (2.lirik-lirik)____________________
mencari-cari kalau-kalau ada lembu betina yang baru dalam kumpulan yang baru diperiksa itu. Seekor
lembu jantan dogol (3.keluh)____________________ tentang pergerakan yang lambat pada kerja
pemeriksaan yang dilakukan. Hal itu berlaku kerana pemeriksaan atas seekor lembu betina
(4.ambil)____________________ masa yang agak lama.

Seekor lembu betina bergerak ke arah sebatang pokok rendang di tengah ladang itu untuk
(5.nanti)____________________ teman-teman lembunya yang lain. Kehadiran lembu betina itu
mendapat perhatian ketua lembu itu.

Seekor lembu jantan berasa kurang senang dengan hal demikian. Namun dia hanya dapat
mengeluh dalam hatinya kerana dia berasa takut akan tindak-tanduknya kelak akan membuat ketua
lembu itu berang dan dia tidak mahu menjadi mangsa tandukan ketua lembu itu kelak. Ketua lembu
memang diakui berkuasa dan lembu-lembu jantan lain patuh kepadanya kerana takut menjadi mangsa
tandukan ketua lembu.

Seekor lembu jantan pernah tewas ditanduk ketua lembu dan terpaksa disembelih sebelum
mati. Peristiwa itu menjadi peringatan bagi semua lembu-lemu lain bahawa akibat
(6.tinggi)____________________ diri kepada ketua lembu itu akan tidak akan mendatang manfaat bagi
mereka di ladang itu. Mereka terpaksa akur akan (7.takut)____________________ yang mereka alami
itu adalah lumrah hidup di ladang tersebut. Lembu-lembu itu pasrah akan suratan nasib mereka yang
menjadi binatang (8.ternak)____________________ bagi menghasilkan daging dan susu selain
melakukan kerja-kerja lain di ladang itu. Pada sudut lain pula, rezeki mereka di ladang itu tidak putus-
putus dengan (9.bekal)____________________ rumput subur yang sentiasa tumbuh di ladang itu.
Mereka boleh memakannya pada bila-bila masa dengan sepuas-puas hati. Mereka juga dijaga dengan
baik; mereka menerima rawatan perubatan dan penjagaan yang baik secara kerap. Walaupun, pada
masa yang sama, mereka sedar (10.selesa)____________________ hidup mereka di situ ada batasnya,
mereka sentiasa dimata-matai ketua lembu yang mencari-cari kesilapan yang mereka lakukan. Padah
yang menanti akibat kesilapan mereka itu bererti hukuman menanti mereka tanpa ada perasaan belas.

Anda mungkin juga menyukai