Anda di halaman 1dari 4

Nota Tambahan

Sajak Sang Gembala Kuda


MAKSUD SAJAK
Rangkap 1: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan
keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan
menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambal menghalau kuda-kuda
yang sedang berada di padang bersegera balik ke kandang.
Rangkap 2: Sementara itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim
terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda
itu tidak peduli akan nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kudakuda yang lain.
Rangkap 3: Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring,
sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh
segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan
berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar
kebenaran dan menentang segala penipuan.
Rangkap 4: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui
kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu. Sang gembala
kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu.
Sang gembala kuda hhanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus
ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas.

TEMA
Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang
dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya. Berbekalkan kuasa yang dimiliki,
dengan angkuh dan berani, penjaga kuda Berjaya menakutkan serta mengawal kudakudanya kembali ke kandang. Penjaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup
menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan
tunggangannya itu.
PERSOALAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Kekuasaan mempengaruhi gaya kepimpinan.


Ketegasan dalam memimpin.
Penganiyaan terhadap haiwan.
Kepatuhan menurut pemerintah.
Keberaniaan menempuh cabaran dan rintangan.
Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah.
Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.

BENTUK SAJAK
1.
2.
3.

Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.


Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
Bilangan barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris, rangkap kedua ada
lima baris, rangkap ketiga ada sebelas baris, dan rangkap keempat ada lapan baris.
4.
Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam
patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata.
6. Rima akhir sajak ini bebas/tidak sama; abcdd, abcab, aabccadecc, abaabacc.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI


1.

2.
3.
4.

5.

6.
7.
8.

9.

Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contohnya:
(a) Rembat angkuhnya memacu takut rangkap 1, baris 3
(b) Meredah onak di rimba perburuan rangkap 3, baris 5
Epifora. Contohnya, perulangan kata ditunggangi rangkap 4, baris 7 dan baris 8.
Repetisi atau perulangan. Contohnya:
Ditunggangi dan ditunggangi rangkap 4, baris 8.
Penggunaan metafora. Contohnya:
(a) Rimba perburuan
(b) Paya penindasan
(c) Cemeti durjana
Personifikasi. Contohnya:
(a) Rembat angkuhnya memacu takut rangkap 1, baris 3
(b) Pacuannya diiringi seribu keberanian rangkap 3, baris 4
Hiperbola. Contohnya:
Dimamah rakus kala lapar rangkap 2, baris 3
Sinkope. Contohnya:
Tak peduli nasib diri setelah kenyang rangkap 2, baris 4
Inversi. Contohnya:
Dan kuda-kuda itu ditunggangi rangkap 4, baris 7
Sepatutnya: kuda-kuda itu ditunggangi dan
Unsur bunyi:
(a) Asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:
i.
sesekali suaranya lebih gempita
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal I sebanyak tiga
kali.

ii.

menentang semua kebobrokan


Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal e sebanyak tiga
kali.
(b) Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:
i.
ditunggangi dan ditunggangi!
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan dsebanyak tiga
kali.
ii.
dia melampar muslihat
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan msebanyak dua
kali.

NADA
Sajak ini bernada sinis. Nada sinis sesuai dengan sajak Sang Gembala Kuda yang
menyatakan sikap mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hingga
menganiayai dan mengabaikan soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu.

NILAI
1.
2.
3.
4.
5.

Nilai tanggungjawab. Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda


tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.
Nilai keberanian. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan
dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
Nilai kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya
detika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
Nilai kegigihan. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kudakuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
Nilai kepatuhan. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga
kuda.

PENGAJARAN
1.

Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh
ketua.
2. Kita mestilah berani mengahadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa.
3.
Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat
dikecapi akhirnya.

4.

Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah
organisasi.
5.
Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan
sempurna.