Anda di halaman 1dari 62

Rawatan Kepada Mangsa Kejutan

Elektrik
Posted by Urang Ulu at 10:55 PM

BAGAIMANA KEJUTAN ELEKTRIK BERLAKU


- Sentuhan serentak dua pengalir hidup.
- Sentuhan serentak antara punca hidup dengan bumi.
- Menyentuh punca bumi dan memegang litar yang hidup secara elektromagnet / elektrostatik.
- Berdiri diatas bumi dimana arus mengalir disebabkan oleh keupayaan yang berlainan.
KESAN KECEDERAAN AKIBAT KEJUTAN ELEKTRIK
i.Kekejangan otot dada dan daiferam menyebabkan kesesakan pernafasan. Keadaan ini boleh membawa
maut dalam masa yang singkat.
ii.Kelumpuhan sementara pusat saraf. Ini akan menyebabkan terhenti pernafasan, menjadi lemas, boleh
membawa maut kecuali mangsa dapat diselamatkan.

LANGKAH MENYELAMATKAN RAKAN TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK


i.Tutup suis bekalan utama jika diketahui tempatnya.
ii.Jika tidak diketahui suis utama atau suis untuk ketempat berkenaan maka gunakan bahan penebat seperti
baju dan seumpamanya untuk menyelamatkan mangsa dengan menarik mangsa tersebut daripada tempat
berarus tetapi paada masa yang sama sentiasa berhati-hati supaya badan simangsa tidak tersentuh dengan
badan kita ketika arus elektrik masih mengalir ditubuhnya.
iii.Jika mangsa tidak sedarkan diri gunakan rawatan pertolongan cemas atau pemulihan pernafasan.
iv.Bawa si mangsa kehospital untuk bantuan perubatan seterusnya

RAWATAN
i.Tanggalkan benda-benda yang mencerut seperti tali leher, tali pinggang atau kasut sebelum bahagian yang
terbakar menjadi bengkak.
ii.Bahagian anggota yang melecur hendaklah dibalut dengan pembalut kain anduh atau kain bersih.
iii.Bahagian anggota yang melecur hendaklah jangan digerak-gerakkan.
iv.Mangsa tersebut hendaklah dihantar segera kekelinik atau hospital untuk rawatan lanjut.

KECEDERAAN ANGGOTA
i. Langkah segera yang perlu diambil perhatian
ii. Pastikan jenis kecederaan yang berlaku dan tempatkan simalang ditempat yang sesuai untuk diberi
pertolongan tanpa menyentuh bahagian yang tercedera.
iii. Jika anggota tangan yang patah maka tangan tersebut hendaklah digalas atau diampu dengan mengikat
keleher supaya tangan yang patah itu tidak terkulai.
iv. Jika luka serius yang menyebabkanbanyak darah keluar seperti luka ditangan maka dibahagian atas
tangan perlu diikat dengan kain bagi tujuan menyekatmenyekat sementara pengaliran darah terus
mengalir.
v. Simalang perlu dihantar segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kejutan elektrik boleh berlaku jika seseorang itu tersentuh punca bekalan elektrik yang bervoltan tinggi samada
semasa membuat projek, membaiki alat-alat elektrik atau sebagainya. Kejutan seumpama ini boleh merangsang dan
mengaktifkan denyutan jantung yang mengakibatkan penguncupan otot dan mungkin menghilangkan ingatan
sementara atau mungkinjuga pingsan dan terus mati.

Jangan menguji Voltan AC dengan tangan.

Contoh cara menyelamatkan rakan yang terkena kejutan elektrik.

PEMULIHAN PERNAFASAN
- Kaedah mulut kemulut
- Kaedah tekanan pemulihan jantung
- Kaedah Holger Nielsen
- Kaedah Silvester

Kaedah Mulut Ke Mulut

Tekanan Pemulihan Jantung

Silvester

Luka-luka kecil
Dimana-mana bahagian luka yang berdarah tidak berhenti-henti, terutama dibahagian tangan atau jari-jari, hendaklah
dianggap sebagai kecederaan dan mesti menerima rawatan dengan sempurna.
Untuk memberi pertolongan cemas bagi menghentikan darah mengalir :
- Baringkan pesakit dengan sempurna.
- Tinggikan bahagian yang cedera dari paras badan.
- Tekan dan rapatkan bahagian yang luka.
- Minta bantuan perubatan.
- Sekiranya darah keluar dengan banyak dan merbahaya bawa pesakit kehospital.

Terbakar atau melecur


Sekiranya banyak bahagian yang terbakar, jangan memberi sebarang rawatan kecuali melindunginya dari terkena
udara. Tutup badan si mangsa dengan menggunakan kein atau kertas yang bersih. Ini membolehkan si mangsa
menggurangkan sakitnya. Sekiranya terbakar disebabkan bahan-bahan kimia seperti asid atau bahan pendingin,
pastikan badan atau bahagian anggota mangsa di lalukan dengan air bersih. Kemudian beri rawatan yang
sewajarnya.

TERBAKAR DAN MELECUR


Dibahagikan kepada tiga kategori:
- Darjah pertama.
Melibatkan lapisan permukaan kulit. Kulit nampak kemerahan, kering dan rasa sakit
yang amat sangat.

- Darjah kedua.
Lapisan kulit pertama dan kedua terbakar. Kulit berwarna kemerahan gelap dan terdapat lepuhan(blister).
- Darjah ketiga.
Lapisan kulit telah rosak.Kulit terbakar hitam atau putih kering.
Ketenatan mangsa bergantung kepada beberapa faktor :
- Luas permukaaan badan yang cedera.
- Tempat mana yang terbakar
- Darjah terbakar
- Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

DARJAH KEBAKARAN

Darjah Pertama

Darjah Kedua

Darjah Ketiga

Keadaan kecederaan mangsa boleh ditentukan menggunakan Prinsip 9


- Seluruh bahagian kepala dan leher. - 9%
- Seluruh bahagian dada dan abdomen. - 9% + 9%
- Seluruh bahagian belakang badan. - 9% + 9%
- Kedua-dua bahagian tangan. - 9% + 9%
- Kedua-dua bahagian kaki. - 9% + 9% + 9%
- Anggota kemaluan. - 1%

TINDAKAN

- Rendam atau siram anggota cedera.


- Tanggalkan pakaian yang terbakar.
- Tanggalkan segala bahan yang diperbuat daripada logam.
- Tutup anggota terbakar dengan kain bersih.
- Jangan guna plaster dan pembalut ketat pada anggota yang cedera.
- Jangan isi krim,mentega, ais dan sebagainya kepada anggota yang cedera.
- Pastikan mangsa boleh bernafas.
- Jika mangsa tak bernafas. Beri mangsa oksigen dengan kadar 8 10 liter seminit.
- Kendalikan mangsa untuk renjatan.
- Jika kecederaan agak teruk, bawa mangsa ke hospital.

LUKA DAN BERDARAH


Rawatan Luka Kecil

Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.

Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun
atau antiseptik.

Balut dengan kain bersih atau pembalut.

Mengawal pendarahan

Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau
tangan.

Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.

Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut
sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.

Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan
tekanan.

Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut.

Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.
KECEDERAAN TULANG (PATAH)
Rawatan Patah

Jangan gerakkan bahagian yang patah.

Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.

Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.

Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan
bawah sendi tulang yang patah.

Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.

Dapatkan rawatan lanjut.

PENGSAN
Rawatan Pengsan

Baringkan mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.

Longgarkan pakaian yang ketat.

Pastikan udara bersih mencukupi.

Periksa lain- lain kecederaan jika ada.

Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.

TERCEKIK
Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada leher sambil cuba
bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu mangsa tersebut.

Teknik Heimlich Manuver Bagi Mangsa Sedar (Untuk kanak- kanak 1 tahun ke atas dan orang
dewasa)

Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba

membantu.
Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.
Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah

tulang rangka (ulu hati).


Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang tersekat itu

keluar.
Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang

lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu.
Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian

bawah tengah tulang rangka anda.


Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar.

Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah
dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.
Jika Mangsa Pengsan

Baring dan terlentangkan mangsa.

Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.

Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada.

Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan.

Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas

dari mangsa.
Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti

CPR).
Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.

Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang,
JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang.
Anda dinasihatkan mempelajari teknik Heimlich Manuver yang betul. Hubungi Jabatan Pertahanan
Awam untuk maklumat lanjut program ini.

TERBAKAR DAN MELECUR


Kecederaan Kecil

Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir atau rendam dalam takungan air atau balut

dengan kain basah selama 5 minit sehingga hilang sakit.


Tanggalkan cincin, jam atau barang kemas pada tempat cedera.
Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera.
Balut dengan kain bersih.

Kecederaan Teruk

Baringkan dan siramkan dengan air selama 10 minit.

Periksa pernafasan dan nadinya.

Tanggalkan barang kemas, jam, tali pinggang atau benda yang dipakai ketat.

Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar.

Balut tempat yang cedera dengan kain bersih.

Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

Kecederaan disebabkan bahan kimia

Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 5 minit.

Balut kecederaan dengan kain bersih.

Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.

JANGAN SEKALI-KALI menyapukan tempat cedera dengan mentega, ubat gigi, kicap, losyen,
minyak berangin dan sebagainya.
KERACUNAN

Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata.
Rawatan awal keracunan

Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.

Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.

Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.

Tunggu arahan dan bertindak segera.

Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.

Jangan muntahkan mangsa melainkan di arahkan.

TINDAKAN ANDA!
HUBUNGI
Pusat Racun Negara USM
Waktu Pejabat
1-800-88-8099 atau 04-6570099
Lepas Waktu Pejabat 012-4309499
(Termasuk hujung minggu dan cuti umum)
RENJATAN

Semasa dalam keadaan renjatan pesakit tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi yang
menyebabkan kekurangan oksigen. Jika tidak dirawat dengan segera jantung mangsa akan menjadi
lebih lemah dan tidak berfungsi dengan betul. Jika berada dalam keadaan renjatan yang berterusan
boleh menyebabkan kematian.
Tanda-tanda

Pucat, sejuk dan kulit yang melekit.

Nafas pendek dan tidak teratur.

Nadi yang cepat tetapi lemah.

Anak mata yang membesar.

Lemah.

Kehausan.
Rawatan

Telefon ambulans jika perlu.

Baringkan pesakit jika ia muntah pusingkan kepala ke sisi.

Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran bernafas tinggikan kakinya
antara 8 12.

Longgarkan pakaian yang ketat.

Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.

Beri kenyakinan.

Jangan beri air atau alkohol.

RENJATAN ELEKRIK
Jika didapati mangsa terkena renjatan elektrik, berhati-hatilah. Pastikan arus elektrik telah dimatikan
atau suis utama telah ditutup sebelum memberi bantuan kecemasan. Jik tidak, alihkan wayar elektrik
dengan kayu kering atau objek yang bukan pengalir.

Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.

Periksa mangsa dan jika perlu lakukan CPR.

Beri rawatan terbakar dan melecur.

Jika mangsa tidak sedarkan diri berikan rawatan pengsan.

Berada disisinya sehingga bantuan tiba.

Cedera lutut menjadi hal yang ditakuti para olahragawan. Menyembuhkan cedera lutut akan
sering dilakukan bila kita tidak mencegah cedera lutut. Gerakan-gerakan yang canggung,
jatuh dan tabrakan, putaran secara tiba-tiba, kekuatan yang berlebihan dapat
mengakibatkan berbagai cedera pada sendi lutut dan struktur-struktur yang menjadi
pendukungnya. Cedera-cedera lutut umum meliputi ligamen, tendon dan tulang rawan yang
robek,
dan
sindrom
nyeri
pada
patello-femoral.
Jika anda ingin melompat ke bagian penyembuhan cedera lutut secara lengkap, silahkan
baca : Cara Menyembuhkan Cedera Lutut Sendiri. Jika anda ingin membaca lebih mendalam
khusus mengenai penyebab dan pertolongan ertama cedera lutut, silahkan baca : Penyebab
dan pertolongan pertama cedera lutut, atau mari baca artikel ini sampai akhir untuk
mengetahui selengkapnya

Perhatian medis yang dilakukan segera untuk setiap cedera lutut dapat meningkatkan
kemungkinan untuk pemulihan penuh. Pilihan-pilihan pengobatan cedera lutut termasuk
fisioterapi,
operasi
arthroscopic
dan
operasi
terbuka.

Struktur lutut

Untuk menyembuhkan cedera lutut kita perlu mengetahui struktur lutut. Lutut adalah
sebuah sendi engsel, terletak di antara tulang paha (femur) dan tulang shin (tibia dan
fibula). Kontraksi otot-otot di bagian depan paha (quadriceps) untuk meluruskan kaki,
sedangkan kontraksi otot-otot di bagian belakang paha (hamstrings) memungkinkan kaki
menekuk di lutut. Bagian akhir dari femur terletak pada cangkir dangkal dari tibia, dengan
bantalan
yang
empuk
yakni
sebuah
lapisan
tebal
dari
tulang
rawan.
Ads by google:
Pada bagian depan sendi lutut, tempurung lutut atau patela berada pada sebuah alur di ujung bawah
tulang paha. Sendi ini lebih lanjut didukung pada setiap sisinya oleh tulang-tulang rawan tambahan, yang
berada di antara sendi lutut. Tulang-tulang tersebut dijaga di tempat oleh pita keras dari jaringan terikat
yang disebut ligament-ligamen. Seluruh sendi ditutup di dalam kapsul keras yang dilapisi dengan
membran dan diisi dengan cairan pelumas sinovial. Kapsul-kapsul ekstra dari cairan, yang dikenal
sebagai
bursae,
menawarkan
bantalan
ekstra.

Cedera lutut - Ligamen yang keseleo

Sendi lutut dijaga secara bersama-sama oleh pita keras dari jaringan terikat yang disebut ligamentligamen. Putaran secara tiba-tiba atau kekuatan yang berlebihan pada sendi lutut, sering disebabkan oleh
melompat secara berulang-ulang atau berhenti secara cepat ketika sedang berjalan, dapat meregangkan
ligamen di luar kemampuan mereka. Ligamen-ligamen yang robek dapat berdarah hingga ke lutut dan
biasanya menyebabkan pembengkakan, nyeri dan kelemahan sendi. Anterior Cruciate
Ligament (ACL) yang berada di tengah sendi adalah ligamen lutut yang sering terluka. Sebuah ACL
yang pecah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Mungkin memerlukan operasi rekonstruktif untuk
menyembuhkan
cedera
lutut
berupa
ACL
yang
pecah.

Cedera lutut - Tendon yang robek

Otot-otot berlabuh di sendi dengan tendon-tendon. Tendon-tendon yang terlalu meregang dapat robek
dan berdarah, namun cedera lutut ini cenderung dapat sembuh dengan sendirinya tanpa perlu operasi.

Cedera lutut - Tulang rawan yang robek

Sendi lutut didukung pada kedua sisinya dengan strip-strip tambahan dari tulang rawan, yang disebut
dengan 'menisci' atau tulang rawan semilunar. Salah satu cedera lutut yang paling umum adalah sebuah
robekan atau split dari meniskus. Dampak yang parah atau memutar, terutama selama latihan berat yang
dialami oleh bantalan tersebut, dapat merobek tulang rawan ini. Robekan meniskus juga bisa terjadi pada
orang tua karena keausan. Gejala-gejalanya termasuk pembengkakan, rasa sakit dan ketidakmampuan
untuk meluruskan kaki. Menyembuhkan cedera lutut berupa tulang rawan yang rusak dapat dipangkas
dengan
operasi
atau
bahkan
diangkat
tanpa
menimbulkan
ketidakstabilan
sendi.

Cedera lutut - Sindrom nyeri pada patello-femoral

Sindrom nyeri pada patello-femoralis ditandai dengan nyeri yang terasa di belakang tempurung lutut.
Jongkok, berjalan naik dan turun bukit atau tangga, atau duduk diam untuk waktu yang lama dapat
memperburuk rasa sakit itu. Penyebab umum adalah gerakan abnormal dari tempurung lutut karena lutut
yang ditekuk dan diluruskan. Hal ini dapat menyebabkan cedera lutut berupa keausan tulang rawan yang
terdapat di bagian belakang tempurung lutut. Ketidakseimbangan kekuatan otot, otot-otot tegang dan
kelainan struktural dari ekstremitas bawah dapat berkontribusi pada masalah ini. Rasa sakit akibat cedera
lutut
ini
biasanya
datang
secara
bertahap
dari
waktu
ke
waktu.

Pertolongan pertama untuk cedera lutut pada 48 sampai 72


jam pertama
Menyembuhkan cedera lutut pada sesaat setelah terjadi. Saran-saran untuk pengobatan pertolongan
pertama
dari
cedera
lutut
adalah
sebagai
berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Segera hentikan aktivitas Anda. Jangan bekerja dengan rasa sakit.


Istirahatkan sendi.
Kurangi rasa sakit, pembengkakan dan pendarahan internal dengan balok-balok es,
terapkan selama 15 menit setiap beberapa jam.
Balut lutut dengan rapat dan perpanjang balutan tersebut hingga kaki bagian
bawah. Naikan kaki yang terluka.
Jangan menerapkan sesuatu yang panas pada sendi.
Hindari alkohol, karena hal ini mendorong pendarahan dan pembengkakan.
Jangan memijat sendi, karena hal ini mendorong pendarahan dan pembengkakan.

Bantuan profesional untuk menyembuhkan cedera lutut


Menyembuhkan cedera lutut dengan bantuan professional. Cedera lutut ringan dapat sembuh dengan
sendirinya, tetapi semua luka harus diperiksa dan didiagnosis oleh dokter atau fisioterapis. Nyeri lutut
persistent membutuhkan bantuan profesional. Perhatian medis yang segera untuk setiap cedera lutut
dapat
meningkatkan
kemungkinan
pemulihan
penuh.
Pilihan-pilihan

pengobatan

cedera

lutut

yang

termasuk

adalah:

Aspiration - jika sendi lutut terlalu bengkak, dokter dapat melepaskan tekanan
dengan menngeluarkan dari beberapa cairan dengan jarum halus.
Fisioterapi - termasuk teknik untuk mengurangi rasa sakit, tempurung lutut yang
taping, latihan-latihan untuk meningkatkan mobilitas dan kekuatan, dan teknik-teknik
rehabilitasi yang terkait.
Operasi arthroscopic - atau operasi 'lubang kunci', di mana operasi lutut dilakukan
dengan memasukkan instrumen ramping melalui sayatan kecil (cuts). Tulang rawan
yang robek sering ditangani dengan operasi arthroscopic.
Operasi terbuka - diperlukan bila cedera-cedera yang dialami lebih parah dan
keseluruhan dari sendi membutuhkan perbaikan.

EMPO.CO, Jakarta-Olahraga, bila dilakukan dengan salah, bisa berisiko cedera. Untuk
mencegah cedera, Andi Kurniawan, dosen Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia
menyarankan sejumlah hal berikut:
Pertama, cek kondisi tubuh sebelum berolahraga.
Kedua, mulailah dari olahraga yang ringan, lakukan pemanasan peregangan juga
pendinginan ketika selesai berolahraga. Siapkan otot-otot, jangan langsung lari, dan ketika
selesai jangan langsung diam, katanya.
Ketiga, gunakan perlengkapan yang tepat. Jangan gunakan kaos gelap yang mudah
menyerap panas ketika cuaca lagi terik. Demikian pula jangan gunakan kaos yang tipis saat
dingin. Panas yang berlebihan bisa menyebabkan dehidrasi.
Keempat, cukup minum. Olahraga yang diforsir tanpa dibarengi minum yang cukup akan
membuat otot menjadi mudah keram. Jangan sampai menunggu haus, kalau sudah haus
itu artinya dehidrasi, katanya.
Andi mengatakanm cedera saat olahraga bisa disebabkan oleh faktor dari dalam maupun
dari luar tubuh. Seseorang yang tidak pernah berolahraga lalu tiba-tiba latihan dengan
intensitas tinggi, akan dengan mudah cedera.
Faktor usia juga berpengaruh. Pada usia belasan tahun, tulang masih dalam pertumbuhan,
sambungan antar tulang belum sepenuhnya utuh. Demikian pula dengan usia yan sudah
tua, otot melemah dan sendi-sendi termakan usia. Otot yang kuat memperingan kerja
sendi, sehingga mencegah cedera, kata Chief Executive Officer Indonesia Sport Medicine
Centre, Kelapa Gading ini,

Orang dengan berat badan berlebih juga rentan mengalami cedera saat berolahraga. Ini
karena beban tubuh bertumpu pada lutut, sehingga ketika joging, lutut bekerja lebih keras.
Biasanya menimbulkan peradangan di lutut, kata Andi.
Penggunaan perlengkapan olahraga yang tidak tepat juga bisa menimbulkan cedera.
Misalnya penggunaan sepatu olahraga yang tidak tepat, ujar Andi. Faktor luar lainnya
adalah permukaan lapangan yang keras.
Cedera bisa terjadi pada jaringan lunak seperti otot, ligamen dan tendon, dan bisa juga
pada tulang yang retak, bergeser, hingga patah. Ini juga bisa terjadi pada olahraga yang
ringan seperti joging, katanya.
Saat joging, cedera yang umum terjadi adalah pada lutut dan pergelangan kaki. Lutut
berasa nyeri seperti tertusuk, nyut-nyutan, atau bisa saja nyerinya hanya terasa sesaat,
namun tiba tiba langsung membengkak.
Untuk mendeteksi cedera pada lutut dan pergelangan kaki, selain rasa nyeri, adalah
dengan melihat apakah kulit berubah menjadi kemerahan, terjadi keterbatasan gerak,
seperti tidak bisa menekuk atau jongkok dengan sempurna, ketika digerakkan sakit, atau
kaki tidak bisa lurus. Kalau itu terjadi kita harus waspada, katanya.
IQBAL MUHTAROM

Renjatan Elektrik / Petir


Kata Utama / Keywords

Renjatan Elektrik - Electric Shock

Luka Terbakar Burns Wounds

Kecederaan Akibat Terbakar - Electrical Burns

Pendahuluan dan Definasi


Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik. Arus elektrik yang melalui
tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan
pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan
gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).
Seseorang yang terkena petir pula boleh ditakrifkan sebagai terkena percikan elektrik berkuasa tinggi dalam masa
sangat singkat. Dari segi fiziknya, kesan percikan petir tidak boleh dibandingkan dengan tenaga elektrik yang
dijanakan untuk kegunaan rumah atau industri. Dari itu, perbincangan mengenai kedua-dua tajuk ini akan
ditumpukan kepada kesan dari sudut perubatannya sahaja.

Epidemiology
Statistik di Malaysia :
Tiada perangakaan tepat untuk menghuraikan berapa banyak kecederaan atau kematian yang berlaku di Malaysia
setiap tahun. Banyak cerita berkenaan renjatan elektrik atau panahan petir didedahkan melalui berita-berita akhbar
khasnya tentang kemalangan yang berlaku di tempat kerja1 atau kejadian kejadian kabel elektirk.2,3
Di Amerika syarikat, ditaksirkan seramai 1000 kematian berlaku akibat renjatan elektrik dengan kadar kematian
mencecah 3-5%.4

Punca Renjatan
Kebanyakan kes yang melibatkan warga dewasa belaku kerana terdedah kepada punca elektrik semasa kerja.
Kemalangan melibatkan remaja pula berlaku atas sifat ingin tahu dan aktiviti berisiko yang mendedahkan remaja ini
kepada bahaya renjatan elektrik. Bayi dan kanak-kanak kecil pula terdedah kepada sumber elektrik di rumah kerana
menganggap perkakasan elektrik sebagai mainan atau bahan untuk dimakan (gigitan).
Bahaya renjatan elektrik bergantung kepada faktor berikut:
1.

Arus elektrik (lebih tinggi maka lebih tinggi risiko kematian)

2.

Tempoh (lebih lama terkena renjatan, lebih tinggi risiko kematian)

3.

Perjalanan arah arus dalam tubuh (jika melalui jantung, risiko kematian sangat tinggi)

4.

Voltan (lebih tinggi voltan, lebih rendah rintangan dan lebih tinggi risiko kematian)

Gejala/Tanda
Seseorang yang terkena renjatan elektrik mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda luaran atau dengan jelas
mengalami gejala kecederaan akibat kesan terbakar. Ada mangsa renjatan yang pengsan/tidak sedarkan diri akibat
renjatan pada saraf ataupun jantung (cardiac arrhythmia). Secara umumnya, kecederaan akibat elektrik terbahagi
kepada:
1.

Kecederaan

akibat

bahagian

tubuh

yang

terbakar

(Electrical

burns

wounds)

Bahagian yang terbakar biasanya paling teruk pada tempat yang bersentuh (sumber elektrik dan
pembumian). Selain daripada kecederaan luaran, kontraksi otot boleh berlaku dan mengakibatkan
kecederaan pada tengkuk, tulang belakang atau organ dalaman. Sebarang perubahan bentuk (deformity)
mungkin
berlaku
akibat
kepatahan
tulang.
Keseriusan kecederaan bahagian tubuh yang terbakar bergantung pada sumber kuasa elektrik. Kecederaan
voltan tinggi (500-1000 volts) mencederakan tubuh badan melalui proses pemanasan dalaman. Hakikatnya
lebih ramai mangsa maut akibat luka terbakar berbanding kesan arus elektrik itu semata-mata.
2.

Serangan

Jantung

(Venticular

Fibrillation)

Bekalan elektrik AC di rumah-rumah di Malaysia (240 volts) pada kadar 50Hz. Jika terkena pada kawasan
dada, otot-otot jantung boleh menguncup serentak dan berlaku serangan jantung (ventricular fibrillation).
Manakalah untuk arus DC pula, arus sehingga 300 to 500 mA diperlukan. Serangan jantung jika tidak
dirawat serta merta boleh mengakibatkan kematian.

3.

Kesan

kepada

Sistem

Saraf

Arus elektrik menganggu fungsi saraf terutamanya pada otak, jantung dan paru-paru. Pendedahan kepada
arus elektrik pada saraf pula berpotensi menyebabkan kerosakan saraf atau neuropati.
Arus elektrik yang melalui otak boleh menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri. Arus yang
melalui jantung pula menyebabkan serangan jantung seperti diterangkan di atas.
4.

Kesan

radiasi

haba

pancaran

(Arc-flash

Hazards)

Pancaran sinar cahaya (arc flash) yang terhasil daripada renjatan elektrik atau panahan petir adalah
pancaran berhaba tinggi. Pancaran haba ini boleh menyebabkan kebakaran teruk pada bahagian tubuh
badan yang terdedah begitu juga pada persekitaran kawasan kulit yang berhampiran.
5.

Kesan

Panahan

Petir

Panahan petir pula menyebabkan kecederan melalui beberapa cara:


Terkena renjatan elektrik dari petir secara langsung(jarang berlaku)

Melalui renjatan elektrik apabila mangsa tersentuh bahan(pengalir letrik) yang terkena petir(contoh

talian telefon di rumah atau besi tempat berlindung dari hujan)


o

Melalui renjatan elektrik dari bumi tempat berpijak

Kecederaan akibat kesan sampingan objek-objek berhampiran yang disambar petir

Kecederaan akibat terpelanting apabila terkena dentuman petir atau kesan dari kesan
dentuman(barotrauma)

Majoriti kecederaan berpunca daripada kesan dentuman (barotrauma) kepada persekitaran seperti pada
bumi, dahan pokok dan lain-lain objek yang berhampiran. Kecederaan yang berpunca dari panahan petir
secara langsung atau kecederaan akibat kebakaran dalaman jarang berlaku. Kematian akibat panahan
petir berpunca daripada kesan renjatan kepada sistem denyutan jantung atau kerosakan pada sistem saraf.

Komplikasi
Komplikasi kepada kecederaan akibat renjatan elektrik/petir bergantung kepada kecederaan yang dialami seperti
yang diterangkan di atas dan dihuraikan di bawah:
1.

Akibat bahagian tubuh yang terbakar


a.

Kulit bergantung kepada keluasan kawasan yang terbakar(body surface area) dan di mana ianya
berlaku. (rujuk bahagian perawatan kecederaan akibat kebakaran)

b.

Otot kematian sel otot yang teruk perlu dirawat melalui pembedahan membuang tisu-tisu yang
mati malah adakalanya amputasi diperlukan.

c.

Organ dalaman bergantung pada bahagian organ yang terbakar. Kecederaan sehingga
melibatkan organ dalaman biasanya berakhir dengan kematian kerana melibatakan renjatan bervoltan
tinggi.

d.

Jantung Serangan jantung jika tidak diberi rawatan serta merta biasanya mengakibatkan
kematian.

e.

Sistem Saraf Renjatan elektrik yang menyebabkan kecederaan otak boleh menyebabkan
berlakunya kerosakan otak/saraf yang kekal dan mengakibatkan mangsanya mengalami sawan,
kelumpuhan, atau perubahan personaliti

Rawatan
Rawatan di rumah
Renjatan elektrik bervoltan rendah dan sekejap masa biasanya tidak menyebabkan sebarang kemudharatan atau
hanya luka sedikit yang boleh dirawat di rumah. Bagi semua renjatan bervoltan tinggi atau kecederaan yang
mengakibatkan bahagian tubuh terbakar, rawatan selanjutnya di hospital perlu dilakukan.
Walau bagaimanapun, jika rawatan di rumah ini tidak berhasil, sila dapatkan nasihat lanjut untuk rawatan atau
suntikan tetanus jika perlu.
Bagi semua kes ibu hamil yang mendapat renjatan elektrik, mereka perlu mendapat pemeriksaan susulan dan
rawatan di hospital.
Rawatan Doktor
Semua kes renjatan bervoltan tinggi (500 volts ke atas) perlu mendapat rawatan di Unit Kecemasan di Hospital
Perkara berikut perlu diberi perhatian:

Sebarang kecederaan atau kesan terbakar pada kulit

Sejarah pengsan sewaktu terkena renjatan

Sebarang aduan kekebasan, sesemut, kelumpuhan/kelemahan pada pergerakan, penglihatan, pendegaran


atau masalah bertutur

Semua kes ibu hamil terutamanya jika 20 minggu keatas

Lain-lain gejala yang serius


Ujian Klinikal
Semasa pemeriksaan dilakukan, keutamaan diberi kepada berlakunya sebarang kecederaan pada organ dalaman,
sistem otot/tulang, jantung dan sistem saraf.
Pegawai perubatan akan menjalankan ujian-ujian berikut berdasarkan kepada sejarah insiden yang berlaku dan
pemeriksaan fizikal yang dilakukan.

Ujian ECG bagi memeriksa jantung

Ujian Full Blood Count bagi mengenalpasti kepekatan darah (jika berlaku perdarahan atau kemungkinan
jangkitan)

Ujian air kencing UFEME bagi melihat kehadiran enzim otot (myoglobinuria) bagi kecederaan otot yang
serius

Ujian X-ray sekiranya diperlukan bagi melihat sebarang kemungkinan berlakunya kepatahan semasa
terkena renjatan

CT scan jika diperlukan apabila kecederaan kepala berlaku atau mangsa renjatan separa sedar

Rawatan Kecemasan Semasa Mangsa terkena renjatan


1.

Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di rumah atau di tempat
kerja. Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan arus elektrik.

2.

Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 991 untuk ambulan dan paramedik

3.

Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik kering seperti kayu atau
alas kaki getah untuk menolak mangsa dari sumber elektrik. Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir
seperti alas kaki getah. JANGAN sama sekali cuba menyelamatkan mangsa jika insiden ini berlaku di
kawasan bervoltan tinggi.

4.

Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan denyutan jantung. Jika tiada,
lakukan CPR .

5.

Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air mengalir sederhana
sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan kecemasan sepertimana biasa kepada luka terbakar. Tunggu di
sisi mangsa sehinggalah bantuan tiba.

6.

Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan renjatan elektrik, pastikan tengkuk
tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku kecederaan pada saraf tunjang. Berikan rawatan kecemasan kepada
kecederaan luka atau kepatahan yang berlaku seperti biasa.

JANGAN LAKUKAN INI:

Menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah suis dimatikan sepenuhnya atau
ada risiko letupan berlaku

Menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar

Jangan buangkan kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit

Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik

Rawatan Perubatan Seterusnya


Rawatan diberi bergantung kepada keterukan kecederaan akibat terbakar (burns wound) dan jika berlaku
kecederaan-kecederaan sampingan.

Kecederaan akibat terbakar (burns wound) :


Minor: rawatan krim antibiotik dan dressing.

Kecederaan lebih teruk mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tisu-tisu mati atau

bagi tujuan skin grafting.


Kecederaan serius pada lengan, kaki atau tangan ada kalanya memerlukan pembedahan untuk

membuang otot-otot yang terbakar sehinggalah kepada amputasi sekiranya diperlukan

Lain-lain kecederaan yang memerlukan perhatian


o

Kecederaan mata memerlukan pemeriksaan dan rawatan oleh doktor mata

Kepatahan memerlukan rujukan kepada doktor otopedik bagi tujuan rawatan seterusnya (splinting,
casting atau pembedahan).
Kecederaan organ dalaman memerlukan pemerhatian dalam wad atau pembedahan jika

diperlukan.

Pencegahan

Langkah-langkah pencegahan daripada terkena renjatan elektrik bergantung kepada usia:

Kanak-kanak

di

bawah

12

tahun:

Kebanyakan renjatan berlaku kerana kerosakan pada alat atau kabel elektirk. Pastikan alat-alat elektrik dan
kabel elektrik dipantau untuk sebarang kerosakan dan jika perlu dibaiki atau digantikan.
o

Jangan benarkan kanak-kanak bermain dengan kabel dan soket elektrik

Hadkan penggunaan soket tambahan mengikut sukatan(diukur dalam amps) yang disyorkan oleh
peralatan elektrik tersebut
Perbaharui kabel lama atau soket yang tiada pembumian kepada sistem terkini(grounded 3

pronged system). Elakkan penyambungan elektrik berdekatan kawasan basah (sinki, bilik mandi) atau
dapatkan nasihat professional jika penyambungan di kawasan sebegini diperlukan.

Kanak-kanak 12 tahun dan ke-atas:


Kebanyakan kecederaan berlaku akibat perbuatan berisiko dan ingin tahu kumpulan remaja. Kejadian melibatkan remaja
berlaku apabila mereka menceroboh masuk sistem janakuasa bervoltan tinggi TNB atau di landasan tren elektrik
berkuasa tinggi. Pendedahan kepada bahaya kepada perbuatan ini perlu diterangkan kepada golongan remaja di rumah
ataupun di sekolah.

Warga Dewasa
Selalulah berhati-hati dalam mengelakkan kecederaan terkena renjatan semasa berurusan dengan peralatan elektrik.
Pastikan suis dimatikan sebelum melakukan sebarang aktiviti dengan sistem elektrik. Jika tidak pasti, libatkan
professional dalam sebarang sambungan di rumah. Elakkan penggunaan peralatan elektrik berhampiran kawasan basah
dan

jangan

berdiri

di

kawasan

berair

semasa

mengendalikan

peralatan

elektrik.

Hentikan sebarang aktiviti luar rumah ketika ribut petir. Cari perlindungan di dalam bangunan atau jika terpaksa
berlindung di luar, elakkan berada di bawah pokok atau berhampiran objek besi. Besi itu sendiri bukan satu tarikan
kepada petir, tetapi ia berupaya mengalirkan arus elektrik kepada mangsa yang bersentuh dengannya.

Rehabilitasi
Pemulihan daripada renjatan elektrik bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan yang dialami. Bagi mereka
yang mengalami kecederaan pada bahagian kulit yang terbakar(superficial burns wounds), kepulihan bergantung
kepada
peratusan
tubuh
yang
terbakar
(body
surface
area)
dan
tahap
intensitinya.
Mereka yang tiada sebarang kecederaan teruk pada bahagian yang terdedah atau terkena renjatan elektrik, pesakit
akan pulih seperti biasa tanpa masalah dan tidak memerlukan rehabilitasi.Harus diingati bahawa jangkitan kuman
pada luka terbakar akibat renjatan elektrik adalah punca utama kematian bagi mangsa yang sempat dimasukkan ke
hospital.
Kecederaan pada otak baik kesan langsung daripada renjatan atau kerana terjatuh atau terhantuk yang serius boleh
menyebabkan kecederaan kekal pada otak yang mengakibatkan sawan, lumpuh atau perubahan personaliti.
Kecederaan akibat kepatahan tulang kerana terjatuh, terhumban dan sebagainya, dirawat seperti mana dijelaskan di
bawah tajuk rehabilitasi kepatahan.

Rujukan

1.

Estate worker in freak accident loses his hands: Wed, Jan 19, 2011-New Straits Times

2.

Lelaki curi kabel TNB hampir hangus: 29 April 2011- Berita Harian

3.

Rentung, Putus Dua Akibat Curi Kabel 26 Mei 2010 Berita Metro

4.

Electrical injuries. In: Tintinalli JE, Kelen GD, Stapczynski JS, Ma OJ, Cline DM, eds Emergency Medicine: A
Comprehensive Study Guide. 6th ed. New York, NY: McGraw-Hill; 2004: chap 201.

5.

Sumber rujukan bacaan dan gambar yang disediakan:http://www.emedicinehealth.com/electric_shock.

6.

Gambar-gambar

Rentung, Putus Dua Akibat Curi Kabel 26 Mei 2010 Berita Metro

Lelaki curi kabel TNB hampir hangus: 29 April 2011- Berita Harian

4.1 TAKRIF PERTOLONGAN CEMAS


* Pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatanyang diberikan kepada seseorang
yang tercedera atau sakit secaratiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba.
.2 BANTUAN KECEMASAN4.2.1 MERAWAT LUKA DAN BERDARAH

Rawatan luka kecil


- Alirkan air pada luka dan keringkandengan kain bersih.
Bersihkan kelilingan luka dengankapas atau kain bersih yangdibasahkan dengan air dan
sabunatau antiseptik.
Balut dengan kain bersih atau pembalut
.

Mengawal pendarahan
- Hentikan pendarahan denganmeletakan kain bersih pada luka dantekan dengan jari atau tangan(Tekanan
Tepat).- Apabila pendarahan berhenti, balutdengan kain bersih.
Jika terdapat objek asing sepertipaku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekelilingobjek itu
dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.6
Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras
keretakan atau patah berlaku pada tulang paha atau pelvis.
Kesukaran untuk menggerakkan anggota secara normal atau tidakdapat bergerak langsung.
Luka dengan hujung tulang tertonjol.

Merawat Kepatahan Tulang.


Berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan terlebih dahulu.
Berikan rawatan di tempat kejadian.
Elakkan pergerakan yang tidakperlu. Jangan gerakan bahagianyang patah.
Rawat dan hentikan pendarahanluka jika ada.
Jangan tekan pada luka sekiranyaada tulang terkeluar.

Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dansebagainya di atas dan
bawah sendi tulang yang patah.
Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.
Dapatkan rawatan lanjut..
4.2.3 MANGSA PENGSAN. Tanda-tanda pengsan.
Hilangnya daya sedar yang singkat menyebabkan mangsa jatuh ke lantai.
Denyut nadi yang perlahan.
Pucat, kulit sejuk dan berpeluh.
Merawat Mangsa Pengsan.
Baringkan mangsa.
Longgarkan pakaian yang ketat.
Tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dansebagainya.
Pastikan udara bersih mencukupi.
Periksa lain-lain kecederaan jika ada.
Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih

4.2.4 MANGSA TERCEKIK. Tanda-tanda tercekik.


Mangsa akan menunjukkan tangannya pada leher.
Mangsa akan cuba bercakap, tetapi tidak dapat.
Muka mangsa kelihatan kemerah-merahan.
Mangsa mengalami kesukaran bernafas.

Teknik Heimlich Manuver bagi


Mangsa sedar
(Untuk kanak-kanak1 tahun dan orang dewasa).
Berdiri di belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunyayang anda cuba
membantu.
Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.

Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antarapusat dan bahagian bawah tengah
tulang rangka(ulu hati, tulang
Sternum
)
Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehinggaobjek yang tersekat itu
terkeluar.- Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang bolehmenarik perhatian
orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa sajayang boleh membantu.
Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya diantara pusat dan bahagian bawah
tengah tulang rangka anda.- Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut terkeluar.
* Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di
tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.
10

11

Tip-tip penting ketika berlakunya kemalangan jalan raya


TIDAK semua orang mampu atau mahir mengendalikan keadaan sesuatu kemalangan dengan sempurna
lebih-lebih lagi ia melibatkan kemalangan yang kronik, justeru itu di sini terdapat beberapa maklumat
asas untuk dilakukan apabila berhadapan dengan situasi kemalangan.
Bagi yang tiada kemahiran asas dalam mengendalikan keadaan kemalangan, amatlah penting untuk
tidak melakukan sesuatu yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti menggerakkan lagi keadaan
seperti menggerakkan mangsa. Apa yang perlu dilakukan ialah meminta pertolongan kepada pengguna
jalan raya lain yang terdapat di kawasan kemalangan.
Kemudian, selamatkan tempat kejadian kemalangan daripada kenderaan lain dengan meletakkan
apaapa tanda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya yang lain bahawa di situ berlakunya
kemalangan jalanraya walaupun ketika berada di tengahtengah lebuhraya. Pantau keadaan kemalangan
dengan menanda kawasan bahaya, kurang bahaya dan kawasan selamat (merah, kuning dan hijau.)
i) Kawasan bahaya (merah) Mungkin terdapat sesuatu yang bahaya seperti kawasan kemalangan yang
bahaya atau mangsa yang cedera teruk.
ii) Kawasan kurang bahaya (kuning) Kawasan kurang bahaya dengan mangsa yang cedera ringan.
iii) Kawasan selamat (hijau) Kawasan selamat bermaksud terdapat mangsa di situ tetapi tidak terlalu
teruk.
Perkara ini perlu dilakukan kerana apabila ada pihak penyelamat sampai, mereka akan terus ke
kawasan merah dan melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa. Orang ramai yang terdapat di
tempat kejadian perlulah bersikap matang dengan tidak menganggu keadaan trak jalan raya.
Ini kerana ada sesetengah pengguna jalan raya suka memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat
kawasan kemalangan sedangkan cara mereka ini sedikit pun tidak membantu mengawal keadaan
kemalangan bahkan berisiko membahayakan lagi mangsa kemalangan seperti melambatkan lagi kerjakerja menyelamat. Perlu diingatkan bahaya kawasan yang bertanda merah adalah kawasan yang perlu
diberi perhatian serius dengan menyelamatkan mangsa secepat mungkin manakala kawasan yang
bertanda kuning merupakan kawasan yang masih perlu diberi perhatian dengan pertolongan yang
sederhana.
Sebagai individu yang melihat tempat kejadian atau yang berada di kawasan kemalangan, pergi ke arah
mangsa dan jangan takutkan mangsa dengan memberitahu keadaan kecederaannya yang teruk.
Sebaikbaiknya cuba tenangkannya dengan meyakinkannya bahawa mangsa selamat. Lihat jenis
kecederaan, jika mangsa berdarah teruk, cuba hentikan pendarahan dengan melakukan teknik direct
pressure, balut di bahagian yang berdarah untuk menghentikan pendarahan dan jangan gerakkan
mangsa.
Bagi kecederaan yang melibatkan kawasan tulang belakang atau kepala mangsa, jangan cuba untuk
menggerakkan mangsa kerana ini mungkin akan memburukkan lagi keadaan kecederaan mangsa. Jika
kecederaan yang melibatkan patah tulang, sebaik-baiknya jangan gerakkan bahagian yang patah
sebaiknya tenangkan mangsa dan perlu diingatkan bahawa jangan sesekali cuba memberi apa-apa
minuman kepada mangsa walaupun diminta kerana ini boleh menyebabkan sistem saraf mangsa tidak
dapat berfungsi dengan baik.
Ketika pihak penyelamat sampai atau sedang melakukan kerja-kerja menyelamat, sebaik-baiknya kawal
keadaan trak ditempat kejadian supaya tidak melambatkan kerjakerja menyelamat. Elakkan daripada
mengangkat mangsa atau membawa mangsa sendiri ke hospital kerana situasi ini boleh memburukkan

lagi keadaan atau kecederaan yang dialami oleh mangsa.


Berhadapan dengan mangsa yang tidak sedarkan diri seperti koma atau pengsan di tempat kemalangan
atau sukar untuk membezakan sama ada mangsa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Justeru
mangsa perlulah diberi perhatian dahulu seperti memanggilnya berulang kali bagi memastikan keadaan
mangsa.
Sentuh pergelangan tangan mangsa untuk menentukan sama ada nadi mangsa masih berdenyut, periksa
bahagian leher, sistem pernafasannya dan perhatikan dada mangsa sama ada ianya bergerak ataupun
tidak. Seperti juga kanak-kanak, lakukan perkara yang sama seperti hentikan pendarahannya dengan
selamat dan perlahan-lahan jika mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan periksa sistem
pernafasannya jika mangsa berada dalam tidak sedarkan diri dan kanakkanak memerlukan lebih
perhatian dan ketenangan jika mereka terlibat dalam apa-apa kemalangan.
Dalam apa-apa keadaan sekalipun, perkara pertama dan yang utama perlu diambil kira ialah mengawal
keadaan kemalangan dan keadaan mangsa. Bagi mangsa yang berada dalam keadaan koma, tunggu
sehingga pasukan penyelamat sampai untuk menyelamatkan mangsa. Jangan keluarkan apa-apa
kenyataan yang tidak pasti seperti mangsa sudah meninggal dunia kerana ini akan memburukan lagi
keadaan mangsa.
Bagi mangsa yang cedera ringan, keluarkan mangsa dari kawasan kemalangan dan rawat mangsa
dikawasan anggota badan yang tercedera.
Jika anda adalah mangsa kemalangan, jauhkan diri dari tempat kemalangan dan lihat pada anggota
badan yang mengalami kecederaan. Jika terdapat mangsa lain di kawasan kemalangan, hulurkan
bantuan dengan menjauhkan mangsa dari kawasan kemalangan kerana ini dikhuatiri jika berada
berdekatan dengan kawasan kemalangan akan membahayakan mangsa. Jangan sesekali melakukan
perkara diluar kemampuan seperti menggerakkan mangsa yang tidak sedarkan diri kerana ini akan
menyebabkan kecederaan mangsa bertambah serius.
Jika anda mengalami muntah-muntah lebih daripada 2 atau atau 3 kali 24 jam selepas kemalangan,
segeralah dapatkan rawatan dengan melakukan pemeriksaan x-ray di hospital untuk memastikan
keadaan anggota badan yang mengalami masalah seperti pendarahan dalaman.
Berhati-hatilah ketika memandu dan elakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Penyakit Sawan Tarik -Bahayanya Kepada Bayi


Hati saya terasa sungguh sedih bila terbaca entry seorang sahabat blogger
saya, Mawar Merah a.k.a Ramlah. Ramlah menceritakan tentang anak saudara
kesayanganannya Israf terkena penyakit ini... Ya Allah... sembuhkanlah penyakit
Muhammad Atif Isyraf . dan Jadikanlah dia seorang kanak2 yang sihat dan cergas
amin... air mata saya mengalir tanpa henti apabila membaca entry Ramlah. Saya yang
tiada kaitan pun terasa sangat sedih apatah lagi keluarga Isyraf yang paling dekat...
Ramlah memberi peringatan kepada saya tentang penyakit ini, supaya sentiasa
berhati2...
Saya google maklumat tentang Penyakit ini... dan kumpul a few info dan ingin share
dengan kawan2 semua terutama yang mempunyai anak kecik termasuk saya . Info ini
berguna untuk di baca dan di kongsi bersama... Saya sendiri pun kena lebih berhati
apabila membaca info ini... Saya perlu berhati2 terutama jika Khalis demam...

Ya Allah... Berikanlah kesihatan dan kebahagian untuk anakku Muhammad Khalis Putra
di dunia dan akhirat... amin...
Info untuk tatapan kita bersama...
APAKAH itu sawan tarik? Apakah puncanya? Adakah ia berpunca daripada keturunan
atau daripada penyakit lain?Bagaimana cara mengubati atau mengatasinya daripada
terus berlaku?
SAWAN tarik atau sawan demam (febrile fit) kerap berlaku pada kanak-kanak berusia
antara enam bulan dengan enam tahun.
Ia boleh berlaku jika kanak-kanak mengalami demam panas melebihi 38.5 darjah
Celsius yang memuncak secara mendadak.
Dipercayai demam sawan berlaku kerana pembentukan otak kanak-kanak yang belum
lagi matang.
Demam panas yang tinggi boleh mencetuskan isyarat elektrik dalam litaran otak yang
menyebabkan berlakunya sawan.
Demam itu sendiri selalunya berpunca daripada jangkitan kuman virus seperti demam
flu, demam yang beruam dan kadangkala ekoran jangkitan air kencing.
Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput
otak (meningitis).
Sawan tarik bukan penyakit keturunan. Namun kanak-kanak yang mengalami sawan
tarik ada di antara mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan
tarik juga.
Apakah langkah-langkah yang anda boleh lakukan di rumah apabila berlaku sawan
tarik?

Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan


berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar
jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.

Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata dan miringkan badan dan
kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.

Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke
dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran
pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.

Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh
mencederakan otot atau tulangnya.

Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.

Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak
melebihi seminit.
Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus
sebelum usianya meningkat ke enam tahun.
Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk
menurunkannya suhu badannya secara perlahan-lahan seperti kerap meminum air putih
dan memberinya ubat demam seperti paracetamol atau supplement-supplement yang
dipercayai...
Sebab-sebab utama berlakunya kematian pada bayi dan kanak-kanak di negara ini ialah
kerana serangan penyakit-penyakit sawan akibat demam panas.
Penyakit sawan atau 'fits' ataupun tarik-tarik ini terjadi apabila kanak-kanak diserang
demam panas yang terlalu tinggi. Penyakit ini hanya boleh dicegah sekiranya anda
bertindak segera.
Sawan terjadi akibat dari beberapa sebab;
1. Akibat demam panas.
2. Kerana kerosakan otak semasa bayi masih dalam kandungan ataupun
ketikadilahirkan.
3. Tetanus (berlaku akibat memotong tali pusat bayi dengan alat-alat kotor atau karat).
4. Atau sebab-sebab lain.
1. Akibat demam panas
Sebab-sebab berlakunya demam panas kepada bayi ini biasanya disebabkan oleh:
1. jangkitan kuman virus
2. jangkitan kuman bakteria
3. sebab-sebab yang tidak dike-san
Contoh-contoh demam akibat jangkitan kuman virus ini ialah selsema dan campak.
Contoh-contoh bagi demam akibat jangkitan bakteria ialah jangkitan kerongkong,
jangkitan saluran kencing, paru-paru bronchitis (sejuk paru-paru) dan lain-lain.
Sekiranya demam ini tidak dikawal sawan akan menyerang. Bagaimana demam panas
yang tidak terkawal mengakibatkan sawan dan akhirnya membawa kecacatan atau
kemungkinan besar maut?
Bila demam tidak dikawal atau tidak dirawat segera, anak itu akan diserang sawan atau
'tarik-tarik'.
Ketika sawan menyerang, kesesakan nafas akan berlaku. Sesak nafas ini
mengakibatkan kurangnya penyaluran oksigen ke otak. Apabila ini terjadi otak akan
rosak. Inilah yang mengakibatkan cacat otak seumur hidup kepada bayi.
Sekiranya segala usaha untuk menyelamatkan bayi ini gagal maka bayi akan menjadi
biru dan akhirnya maut.
Tanda-tanda demam yang terlalu tinggi ialah apabila mata kanak-kanak itu mula liar
dan bergerak-gerak tidak tentu haluan ataupun jari-jari tangan atau kaki juga bergerak-

gerak. Ini adalah juga tanda-tanda awalan bahawa kemungkinan besar anak itu akan
diserang sawan.
Langkah-langkah penting yang perlu diambil apabila anak-anak demam panas untuk
mengelakkan sawan berlaku:
1. Tanggalkan semua pakaian anak itu.
2. Ambil tuala, basahkan dengan air sejuk dan demah badan kanak-kanak itu - khasnya
di bawah ketiak, peha, lengan, kepala dan seluruh badan supaya suhu panasnya turun.
Sekiranya anak itu menunjukkan tanda-tanda akan kena sawan seperti yang telah
disebutkan tadi, apa yang ibu-ibu harus lakukan ialah mandikan anak itu dengan segera
supaya demamnya turun.
Suhu badan yang bahaya ialah 102 atau 39 darjah Celsius ke atas. Apabila saja suhu
badan anak yang demam naik ke paras 100 darjah F. atau 38 darjah Celsius segeralah
mendemahnya tubuhnya dengan air sejuk.
3. Pastikan anak itu selain dari demam juga kena sakit sampingan. Pastikan sama ada
dia batuk, susah kencing, kudis badan, tali pusat bernanah dll. Ibu-ibu perlu memeriksa
keadaan anak-anak itu sendiri.
4. Cepatlah bawa anak itu berjumpa doktor.
5. Sekiranya sawan menyerang anak itu, ambil sudu dan sengkangkan ke mulutnya
untuk mengelakkan anak itu dari menggigit lidahnya.
Cara-cara mencegah sawan dan demam
Penyakit sawan dan juga demam memang susah hendak dicegah kecuali para ibu
menjaga kesihatan anak-anak dengan rapi serta memberi anak-anak makanan yang
berzat lagi sempurna. Hanya dengan penjagaan kesihatan secara rapi dan juga
pemakanan yang berzat sahaja anak-anak boleh beroleh daya tahan yang tinggi untuk
melawan sebarang jangkitan penyakit.
Kedua, ibu-ibu dinasihatkan supaya jangan membawa anak-anak kecil ke tempattempat keramaian atau di mana ada ramai orang kerana di tempat-tempat tersebut
bayi atau kanak-kanak terbuka kepada berbagai jenis jangkitan dan penyakit.
Langkah yang ketiga yang paling penting ialah, anak-anak haruslah diberi suntikan
pelalian untuk mencegah penyakit-penyakit yang boleh dikawal seperti campak,
tetanus dan lain-lain.
Cara keempat, pastikan apabila anak itu demam panas, suhu badannya dikawal dengan
cara mendemah tubuh dengan air sejuk. Bahaya utama bukanlah demam itu tetapi
sawan yang bakal menyerang apabila suhu meningkat ke paras yang tinggi.
Kelima, bersalinlah dengan bidan-bidan yang terlatih untuk mengelakkan sebarang
kemungkinan kecuaian ketika menyambut bayi atau ketika mengendalikan potong tali
pusat.
2. Sawan akibat dari kecacatan otak
Kerosakan otak terjadi oleh beberapa sebab seperti jangkitan otak yang digelar
'Encephalatis' ataupun 'meningitis' ataupun kecederaan otak yang berlaku ketika bayi
dilahirkan - misalnya ketika melahirkan anak songsang, 'forceps' atau akibat - jangkitan
tertentu.
3. Sawan akibat lain-lain sebab
Yakni sebab-sebab berlakunya sawan tidak diketahui seperti keadaan 'idiopathic' atau
sawan babi atau 'epilepsi'.
4. Sawan akibat tetanus

Ini boleh berteku akibat jangkitan kuman tetanus - yakni kuman yang menyerang luka.
Sawan ini juga boleh berlaku kepada bayi apabila tali pusatnya dipotong dengan
menggunakan alat-alat seperti gunting dan sebagainya yang tidak bersih.
Sawan akibat tetanus ini sangat merbahaya dan boleh membawa kepada cacat otak
seumur hidup.
Jangkitan tetanus ini boleh dicegah sejak bayi itu masih berada dalam kandungan.
Untuk melindungi bayi dari diserang sawan tetanus ini ibu-ibu dinasihatkan supaya
mengambil suntikan tetanus sebaik sahaja bayi dalam kandungan mula bergerak.
Tindakan doktor untuk mengatasi demam dan sawan
Para doktor akan periksa seluruh anggota anak itu termasuk tekak dan sebagainya.
Ujian makmal ke atas darah dan air kencing juga dibuat untuk memastikan sekira ada
penyakit sampingan.
Sekiranya terdapat penyakit sampingan doktor akan memberi antibiotik untuk diambil
oleh kanak-kanak itu.
Sekiranya tiada didapati sebarang jangkitan maka doktor akan bertanya akan riwayat
ibu ketika melahirkan anak itu. Untuk memastikan sama ada anak itu ada mengalami
sebarang kecederaan ketika dilahirkan ataupun memang dilahirkan begitu.
Sekiranya didapati anak itu dijangkiti sawan tetanus maka anak itu akan diberi rawatan
khas. Dan kalau sawan yang menyerang itu sawan babi, doktor akan memastikan latar
belakang keluarga anak itu.
Peringatan:
1. Demam panas yang mengakibatkan sawan adalah penyakit yang serius dan
merupakan pembunuh kanak-kanak yang utama.
2. Jangan pakaikan anak anda pakaian yang terlalu tebal. Pakai pakaian yang ringan
yang mudah serap peluh seperti yang dibuat dari kain kapas. Jangan bedung anak anda
atau menyelimutkan anak anda ketika anak itu demam.
3. Anda perlu bertindak cepat. Demahlah tubuh dan seluruh tubuh dan kepala anak
anda dengan air sejuk apabila demam panas menyerang. Segera bawa berjumpa
doktor.
Ingatlah tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anak anda.

Berikut adalah pengalaman beberapa ibu yang menghidapi penyakit ini...


Salam,
my doctor selalu tulis dlm report as 'febrise fits', tak tau le ade beza ke
tak... my 1st son pun kena age 1+, untill now, will be 6yrs by this sept.
throughout the years.... mmmm 3/4 bln sekali akan admitted...
some people
says one of the reason fits nie bcoz of keturunan.... my husband got it during
his early childhood jugak... I, ubat kampung pun gi jugak... alhamdullillah
semakin membesar nie the gap tu lebih le skit... hopefully diizinkan Allah,
ianya
semakin
hilang...

doc tak galakkan kita jirus terus dr air


wrote)... basahkan kain then tap kat badan
bila u gosok ianya akan menghasilkan lebih
tu je yg i terpikir.... just to ensure kita
advise by 'honey' earlier.
After the 1st
rumah until fits hilang baru bwk gi

paip bila terkena fits (as 'honey'


jgn gosok kain basah tu kat kulit...
haba... tapi bila dah panik air paip
jirus sampai tak memudaratkan as
fits experience, i akan treat kat
clinic...to ensure fits tak lama...

my son bukan demam aje yg akan terkena fits, other things such as penat, lapar
(if he skip meals), tonsil bengkak (yg boleh lead to demam) and cirit birit...
or might be other things yg membuatkan badan dia lemah... which later can lead
to demam...
Pengalaman kedua.
Assalamualaikum.
.
Saya pun ada pengalaman macam tu. dalam awal tahun ni..my son (age 1+) kena
sawan tarik tu. in english they call it "Febrile Seizure". masa anak saya kena
tu memang la saya panik sangat...nasib baik saya still duduk ngan parents..so.
.saya jerit kuat2 panggil my mom..and we both rushed my baby to the bathroom
and
jirus
air
kat
kepala
dia.
tp bila saya bawak pegi jumpa pakar kanak2..doktor tu kata..kalau jadi lagi
lain kali..jangan mandikan / basahkan anak tu terus. dia kata just biar je
sawan tu reda sendiri..doktor tu kata..kalau jirus air dan termasuk kat tekak
anak kita tu..takut lemas pulak..sebab masa anak tu tengah kena seizure
tu..semua body function stop..but the doctor memang setuju la..parents memang
akan panik dan terus nak jirus anak ngan air..but saya rasa...elok la jugak
untuk kita kurangkan panas badan anak tu..tapi make sure air atau benda2 lain
tak termasuk dalam mulut anak tu. My doctor pun cakap kalau seizure tu jadi
dalam seminit dua..itu kira normal lagi..but if lama sangat..then takut ada
effect lain kat anak tu..so kena buat check up secara menyeluruh.
Masa bawak anak saya pegi jumpa doktor pakar kanak2 ni..saya tengok dia relax
je..padahal saya ngan husband punya la panik..saya rasa macam bengang pun ada
kat doktor tu..saya bawak anak pegi jumpa doktor pakar yang lain..sama jugak
cerita diorang..and bila balik rumah..saya start surf internet cari info pasal
seizure ni..so memang semua info yang saya baca sama macam apa yang doktor tu
kata la...kat sini saya share link to website yang saya rasa banyak benefit
untuk parents baca..banyak sangat info2 yg bagus2..saya memang selalu tengok
website ni dari tarikh saya tau saya pregnant sampai la sekarang anak saya dah
umur 18 bulan. harap rakan2 lain ada masa untuk check this link:
http://www.babycent

er.com/0_

febrile-seizures

_1439542.

bc

emm..lagi satu..doktor saya kata..sekali anak kita pernah kena seizure


ni..possibility untuk kena lagi agak tinggi sampai la umur anak kita tu 5
tahun..lepas 5 tahun..tak kena dah..tp jenuh jugak nak tunggu sampai 5 tahun tu

kan..sekarang ni fobia je bila ada orang sekeliling yang demam..takut jangkit


kat
my
son..
ok la..harap sedikit info ni dapat membantu..wassalam.
Pengalaman Ke-3
salam
utk
semua
,...
saya dengar dari orang2 lama........ .depa kata bila kita bagi mandi(jirus)
anak kita biar anak tu macam terlemas(tercungap sikit......penyakit sawan tu
boleh hilang.wallahhualam ......... ......... ....(maaf sebab guna bahasa pulau
pinang)
Pengalaman Ke-4
salam saya pun pernah alami dgn anak saya bln 3/2008. betoi tu hanya tuhan saja
yang tau. ceritanya lebih kurang saya yang diceritakan. ..skrng time anak saya
demam jer terus saya beringat jgn sampai panas bdn dia mencecah 38 keatas.....
Pengalaman ke-5
Ya
Allah...
jauhkan
lah
segala
penyakit
nih...
saya
juga
pernah
mengalami...
.
masa
tu
Tuhan
je
yg
tahu...
masa tuh bulan 12/2007.. saya n suami bwk adam ke HB.. ada rawatan susualan..
ain masa tuh setahun 2 bulan, saya tinggalkan ngan nenek dia.. g sekejap je...
ain demam..dah kasi makan ubat, saya pun bwk adam g chekup. masa balik dari HB
tuh ain still merengek...saya buatkan bubuh....siap je bubuh saya n suami bawak
ain g klinik pulak... suhu badan dia 38'C... dok kata demam biasa... dah ambil
ubat masa jalan nak balik tuh(sebelum sampai kat kereta) singgah jap kat
pasaraya nak cari barang... masa tuh saya kasi ain pegang ubat dia sambil
abahnye dokong. tetiba saya yang jalan di belakang nye nengok ubat tuh jatuh
dari pegangan nya, bila saya ambil n nak kasi dia... saya nengok muka dia dah
mula mengigil macam gigit sesuatu, macam ketakutan... bila saya ckp kat
suami,dia pun terkejut dan cepat berlari 100m utk ke klinik yg kami kunjungi
tadi...masa tuh... memang nak tercabut jantung rasa nye... bila sampai klinik
terus
masuk
jumpa
dok...
dok
basah
kan
kepala dia , lap badan n masukkan ubat punggunug... ..dok kata nih baru nak
jadi sawan... lom serius sebab masih awal dan dia masih sedar masa tuh..apa pun
dok kasi surat tok reffer HB..dok pun tak kasi ubat sawan... cuma kasi ubat
punggung ..keadaan dia lemah sangat... sampai tak larat angkat mata, dan terus
tertido ... dok kata bila benda sebegini berlaku pesakit akan menjadi begitu
lemah...apa pun kejadian tuh banyak memberi pengajaran.. berlaku tak sampai 3
minit... nasib baik dekat ngan klinik. Tuhan maha kuasa..sejak dr pada tuh saya
beli sendiri meter yg utk baca suhu badan... tak kira ain or adam , bila deman
susahnya hati Tuhan je yang tahu... ubat punggung sentiasa ada simpan di
rumah...Nahuzubilla
hin
min
zaliq...
Ya Allah jauhi anak-anak kami dari segala penyakit...berikan rahmat dan hidayah
agar anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan soleha.. amin..
Pengalaman ke-6

Assalamualaikum
Just
nak

cerita

dan

pengajaran

pada

.
kawan2....

Anak aku yg no.2 Faiq pada 21/4/08 baru2 ne kena demam.Demam sawan tarik...nak
kongsi dgn korang semua supaya hati2 bila anak kita demam. Selalunya aku baca
dlm email tentang hal ne yg terjadi pada anak org lain..last2 berlaku pada anak
aku
sendiri....
Subuh tu..bdn dia panas 38'C aku kasi ubat demam..aku ingat boleh reda panas
dia..aku dah siap2 nak g keja..tapi naluri aku kuat supaya jgn pegi keja pagi
tu..so aku pun batal niat aku nak gi kejaselalu bila dia demam dia aktif tapi
pagi
tur
dia
tidor
jer..aku
hairan
gak...
Dalam jam 8.30pagi dia muntah2....aku tuamkan dgn tuala...aku buatkan dia
susu...tiba2 jer aku terkejut bila tgk botol susu yg dia pegang tercampak...
.kaki dan tangan tersentak 2 kali...terus aku sambar dia...aku pegang bdn dia
panas sangat....mata dah terbeliak... hanya nampak mata putih jer...aku dah
meraung ketakutan... badan dah mula biru..tuhan jer tahu perasaan aku time
tur....aku dah fikir mati ker anak aku ne...Ya Allah...panjangkanl ah umur
dia...nasib baiklah aku tak panik hari tur...aku teringat email2 yg aku baca
pasal
demam
panas
ne......
Macam dah tak bernyawa.aku rasa sedih sgt..aku ingat anak aku dah tak
der....Aku bukak baju,seluar. ...aku mandikan dari kaki dahulu hingga ke
kepala....masih tak bersuara.... aku jadi takut sgt....hampir 5 minit aku
mandikan
barulah
dia
menagis..barulah
aku
dengar
suara
dia...syukur
alhamdulillah. ...aku still mandikan dia dgn air sejuk sampai badan dia jadi
warna asal....aku selubung kan terus....bila kau tgk keadaan dia sedih sgt..aku
rasa menyesal sbb tak ambil berat pagi tadi....bergigil2 dia kesejukan... aku
teruskan mandi...menagis2 anak aku..tapi aku tak boleh buat apa..terpaksa. ...
Call husband dalam perjalananlama sangat aku kejut Amirah tgh tido...terus
bawak ke klinik....dlm perjalanan aku tgk Faiq lelapkan mata....aku kejut kan
dia....aku takut dia lelapkan mata dia selamnya...tapi alhamdulillah dia saut
panggilan aku....sampai kaw klinik aku bunyikan hon sekuat hati...semua org
pandang....adalah hamba Allah ne yg perihatin dia tnya kenapa???... .tolong!!
!!anak saya sakit...dia tolong aku...aku terpa doktor tolong rawat anak
aku....dlm klinik dia menagis kesejukan... doktor bukak Aircond kuat biar dia
sejuk.....doktor masukkan ubat punggung dgn ubat sawan....doctor kata dia kena
sawan tarik..sbb demam terlampau panas...so.. dia sarankan aku terus ke
Hospital yang berhampiran. ..laki aku pun sampai...... aku ingat nak bawak ke
PUSRAWI..tapi doktor kata ubat ne boleh tahan hanya 1jam...so dia suruh aku
pegi
Hospital
Sg.
Buloh....
Sampai je kat sana, terus ke emergency..doktor ambil darah menagis anak
aku..tapi aku berdoa moga semuanya selamat....doktor tahan dia masuk
wad...doktor monitor aje supaya suhu bdn tak naik....demam sawan ne boleh boleh

menyebabkan

hilang

upaya

otak

berfungsi...

Apa yg aku nak samapikan ne buat pengajaran pada korang semua...kalau anak
demam jgn pandang sambil lewa...cepat2 lah kasi ubat....aku sejak peristiwa tu
berlaku aku jadi takut...bila dia nagis mlm cepat aku cek suhu bdn....so...
.kalau
terjadi
mcm
ne
pada
anak2
korang.....
1mandikan dia dengan air paip....dari kaki dahulu baru ke kepala....
2mandikan
sampai
dia
sedar
berulang
kali....
3- jgn sesekali masukkan ubat punggung ketika dia tidak sedarkan diri...
4- jgn goncang kan dia, urut atau lambung ...sbb otak dia tak ada oksigen time
tur
5cpt2
lah
bawak
ke
klinik....
kiranya lambat bertindak... akan menyebabkan anak cacat kekal spt kekejangan..
dan anak jadi lembab...30% akan berlaku lagi kiranya demam pada suhu 37'C dan
tidak
dirawat...dan
akan
berlaku
sehingga
berusia
3
thn....
So...hati2lah.
..moga
jadi
pengajaran
pada
korang
semua...
Ne gambar dia kat Hospital Sg. Buloh..ptg tur dah aktif semula dah.....lega aku
rasa...Alhamdulillah
2 PETUA MUDAH MERAWAT BAYI YANG DEMAM.
Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat
berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu
tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini
sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai
ikhtiar.
1.Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa.
Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat,sapukan air
ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga
lumuran tadi kering di kepala.Anda akan dapati , panas badan bayi anda akan
berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.
2.Mengurangkan panas badan dengan beras pulut.
Petua ini di ajar oleh ibu mertua saya ketika anak saya yang ke empat telah masuk
minggu ke dua tidak sembuh. Caranya ambil segengam beras pulut dan di goreng tanpa
minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna
kekuningan.
Setelah itu ambil sedikit beras pulut yang telah di goreng tadi dan di campurkan dengan
secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan di tapis.Bolehlah beri bayi anda minum air
tersebut. Lebihan beras tadi boleh di buat mandi dengan mencampurkannya ke dalam
air panas dan di buat mandian. Insyaalh panas badan bayi anda pasti akan
berkurangan.

Semoga anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang sihat walafiat... amin...

Kecederaan Dalam Sukan Badminton 1.0


Pengenalan Penglibatan
masyarakat dalam bidang sukan pada masa kini amat memberangsangkan dan
penyertaannya semakin meningkat sekaligus menjadi satu cabaran dalam dunia
sukan. Sukan menjadi faktor penting dalam hidup dan menjadi satu keperluan
utama bagi setiap individu. Dengan bersukan ianya sama sekali membantu
meningkatkan tahap kecergasan setiap individu dan kecergasan juga menjadi
faktor utama untuk mencapai kepuasan dalam bersukan. Penglibatan dalam
sukan juga mempunyai banyak aspek positif ke atas kehidupan seseorang.
Namun demikian seseorang itu harus mengetahui dan mengambil langkahlangkah pencegahan untuk mengelakkan diri dari mengalami kemalangan
semasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang diminati. Justeru, sebagai
seorang guru PJ mahupun jurulatih sukan, anda perlu mengetahui prinsip bantu
mula dan langkah-langkah penyelesaian masalah kecederaan sukan. Istilah
"kecederaan sukan," merujuk kepada kecederaan yang paling biasa dan kerap
berlaku semasa sukan atau senaman. Beberapa kecederaan sukan berpunca
daripada kemalangan, namun kebanyakkannya adalah disebabkan oleh amalan
latihan yang tidak berkesan, peralatan yang tidak betul, kurangnya latihan, atau
tidak memanaskan badan dan regangan dengan teknik yang betul.
Justeru dalam tugasan ini, penulis akan memberi penerangan dan penjelasan
berhubung tiga perkara iaitu yang pertama berkaitan dengan jenis-jenis
kecederaan sukan yang sering berlaku dalam sukan badminton. Kedua, penulis
juga akan menghuraikan secara terperinci berhubung prosedur bantu mula
melalui pembentangan, tayangan video dan amali. Bagi perkara terakhir ialah
penulisan refleksi merangkumi aspek-aspek yang telah digariskan. 2.0
Tugasan 1: Mengenalpasti jenis-jenis kecederaan dalam sukan badminton
Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa
kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga
termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai.
Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan
yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga

akan menyumbang kepada kecederaan sukan.


Kenyataan di bawah
merupakan antara pernyataan yang diambil berhubung jenis-jenis kecederaan
yang sering berlaku dalam sukan secara umumnya: Menurut Pakar Bedah
Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr. Ezlan
Merican kecederaan sukan secara amnya terbahagi kepada dua iaitu
kecederaan tisu lembut dan kecederaan tulang. Kecederaan pada tisu lembut
pula boleh dibahagikan kepada akut dan kronik. Bagi kecederaan tulang jarang
berlaku kecuali dalam sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, tinju, gusti, silat
serta lumba kereta dan motor. Bagaimanapun terdapat kes atlet yang tiba-tiba
mengalami patah tulang atau stress fracture. Dr. Ezlan juga menyatakan bahawa
keadaan ini berlaku akibat latihan yang berpanjangan menyebabkan tulang
menjadi haus dan terdapat retak-retak halus. (Utusan Melayu, 8 Julai 2012)
Menurut CS Jayaprakash (2003) pula, sukan tenis, badminton dan
skuasy memerlukan perubahan kerap dalam mengubah arah di tempat dan
masa yang terhad. Ia juga melibatkan nyahpecutan yang mendadak dan pecutan
yang cepat pada masa yang singkat yakni memerlukan tindak balas yang cepat.
Jelas beliau lagi, pergelangan kaki, lutut dan paha merupakan bahagian yang
kerap berlakunya kecederaan. Oleh kerana bahagian atas tubuh badan kerap
digunakan dalam sukan raket, bahagian bahu dan siku adalah terdedah kepada
kecederaan yang berlebihan. Justeru, sukan yang melibatkan penggunaan raket,
bola atau sukan yang memerlukan pergerakan pantas secara mendadak boleh
menyebabkan kecederaan pada mata dan muka.
Bagi memberikan
penerangan yang lebih lanjut berkaitan kecederaan yang kerap berlaku dalam
sukan badminton, CS Jayaprakash (2003) membahagikan kecederaan kepada
tiga jenis kecederaan yang kerap berlaku dalam sukan badminton. Antara
kecederaan yang sering berlaku ialah kecederaan pada mata dan muka,
kecederaan pada bahagian hujung atas tubuh badan (upper extremity) dan
terakhir ialah kecederaan pada bahagian hujung bawah tubuh badan (lower
extremity). Rajah 1: Bahagian utama yang kebiasaannya cedera dalam sukan
badminton. Diambil daripada
http://www.physioroom.com/sports/badminton/1_badminton_injuries.php.
Rajah 1 menunjukkan bahagian-bahagian utama pada tubuh badan pemain
badminton yang biasanya terdedah kepada kecederaan. Pertama ialah
kecederaan pada pergelangan kaki iaitu sprained ankle. Kedua kecederaan
pada bahagian achilles tendon. Bagi kecederaan yang dinomborkan nombor
tiga ialah kecederaan pada bahagian siku iaitu tennis elbow, keempat
kecederaan pada bahagian bahu iaitu rotator cuff injury. Akhir sekali,

kecederaan kelima berdasarkan gambar yang ditunjukkan pada rajah 1 ialah


kecederaan pada patella atau lutut kaki iaitu patella tendonitis. Kecederaan
semasa badminton telah dilaporkan berlaku pada kadar 2.9 kecederaan setiap
pemain bagi setiap 1000 jam semasa bermain badminton. Kecederaan dalam
sukan badminton kebiasaannya cenderung disebabkan oleh lebih guna atau
overuse kerana sukan badminton bukan sukan yang berbentuk sentuhan
seperti ragbi dan bola sepak. Dalam badminton, pemain memerlukan kuasa
letupan untuk menggerakkan pergelangan tangan, melakukan lakuan lunges,
melompat dan perubahan pergerakan dengan cepat dan tindakan ini dilakukan
berulang-ulang sehingga boleh meletakkan tekanan pada tisu dan menyebabkan
kecederaan. Justeru, berdasarkan pernyataan yang telah dikemukakan di atas
dapat dirumuskan bahawa kecederaan dalam sukan badminton boleh
dibahagikan kepada dua jenis. Kedua-dua jenis kecederaan ini merupakan
kecederaan yang biasa ditemui terhadap pemain badminton. Jenis kecederaan
pertama ialah kecederaan akut acute badminton injuries dan jenis kecederaan
kedua ialah kecederaan lebihguna overuse badminton injuries. Bagi
memberikan gambaran secara jelas jadual di bawah menunjukkan antara jenisjenis kecederaan bagi kedua-dua jenis kecederaan yang telah dinyatakan.
Kecederaan Akut (Acute Injury) Kecederaan Lebihguna (Overuse Injury) Ankle
sprain Tennis elbow (Lateral epicondylitis) Meniscus tear Achilles tendonitis
Muscle strain Rotator cuff tendonitis Jadual 1: Antara jenis kecederaan yang
sering berlaku dalam sukan badminton 2.1
Kecederaan Akut (Acute Injury)
2.1.1 Ankle Sprain Rajah 2: Anatomi kecederaan pada pergelangan kaki.
Diambil daripada https://www.google.com.my/search?
q=Ankle+Sprain&newwindow=1&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=dm3_U5DuI
Y-yuAS5xIJo&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1280&bih=675 Sprain merupakan
kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang menghubungkan tulang ke
tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh, perlanggaran badan dan
sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat. Sprain atau terseliuh
pada pergelangan kaki adalah sebahagian daripada kecederaan dalam sukan
yang paling biasa, dan sering berulang-ulang terutama dalam sukan badminton
yang mana atlet sentiasa bergerak dengan pantas dan menukar pergerakan
dengan kerap secara tangkas. Dalam kebanyakan kes buku lali itu digerakkan ke
arah luar, menyebabkan kerosakan pada ligamen di luar buku lali. Adalah
penting untuk mendapatkan rawatan yang betul secepat mungkin selepas
kecederaan dan seterusnya mengikuti program pemulihan penuh untuk kembali
ke kecergasan penuh dan memastikan kecederaan itu tidak berulang. Gejala

sprain pada mungkin berbeza-beza bagi setiap atlet iaitu daripada menjadi
sangat ringan hingga sangat teruk. Dengan terseliuh ringan atlet mungkin akan
dapat meneruskan latihan atau pertandingan. Namun kecederaan yang sangat
teruk atau parah akan menyebabkan atlet perlu mendapatkan rawatan di hospital
dan mengambil masa yang lama untuk sembuh jika dibandingkan dengan
pergelangan kaki yang patah. Kecederaan yang biasanya berlaku daripada
trauma secara tiba-tiba, berpusing atau ditukar ganti dari buku lali. Kesakitan
akan dirasai pada sendi buku lali itu sendiri walaupun secara khusus akan
dirasai di luar buku lali apabila menekan di atas ligamen yang rosak. Bengkak
atau lebam boleh hadir tetapi tidak semestinya dalam kes yang lebih ringan.
Sakit juga boleh dirasai di bahagian dalam pergelangan kaki hasil daripada
pemampatan tulang dan tisu lembut. Sprain pada pergelangan kaki digredkan
pada gred 1, 2 atau 3 bergantung kepada tahap kecederaan tersebut dan ahli
terapi profesional akan menjalankan diagnosis dan penilaian yang akan
merangkumi pelbagai ujian gerakan dan gerakan menentang ujian untuk
menentukan struktur cedera dan tahap kecederaan. Rajah 3: Tahap-tahap
sprain. Diambil daripada https://www.google.com.my/search?
newwindow=1&biw=1280&bih=675&tbm=isch&sa=1&q=muscle+strain&oq=musc
le+strain&gs_l=img.3..0l10.75344.79545.0.79851.15.12.1.2.2.0.230.1618.2j8j2.1
2.0....0...1c.1.52.img..0.15.1641.IrQ_ul4NRI4 Bagi menjelaskan tahap
kecederaan sprain, masa pemulihan akan bergantung kepada bagaimana buruk
kecederaan itu. Bagi sprain gred 1 gejala hanya akan menyebabkan kesakitan
sederhana dengan ketidakstabilan sedikit atau tiada. Mungkin akan ada
beberapa kekakuan sendi dengan kesukaran berjalan atau berlari tetapi atlet itu
mungkin dapat bermain badminton. Kemungkinan terdapat beberapa kesan
regangan atau mungkin koyakkan kecil di dalam ligamen buku lali sisi mungkin
telah berlaku menyebabkan bengkak ringan di sekitar tulang di luar buku lali.
Justeru, pada tahap ini pemain badminton masih boleh bermain badminton
namun terdapat kesukaran untuk bergerak dengan tangkas kerana ada rasa
sakit ketika bergerak. Bagi gred 2 pula, tanda-tandanya adalah akan
menyebabkan kesakitan yang sederhana hingga teruk dengan kesukaran
berjalan. Atlet juga mungkin tidak dapat bermain badminton pada sesuatu
tempoh dan mungkin tempang sementara. Lebam kecil mungkin jelas kelihatan
bersama-sama dengan bengkak dan kekakuan pada sendi buku lali. Terdapat
kemungkinan berlaku beberapa ketidakstabilan sendi akibat terkoyak sederhana
beberapa gentian ligamen. Gred 3 sprain pada pergelangan kaki biasanya
menyebabkan pecah keseluruhan atau hampir keseluruhan ligamen. Sakit yang

teruk akan dirasai pada mulanya dengan bengkak dan lebam yang luas. Atlet
akan mengalami ketidakstabilan kasar sendi. Pada tahap ini juga atlet
sememangnya tidak dapat bermain badminton dan perlu menjalani rawatan atau
pemulihan untuk memulihkan kecederaan. Atlet juga disarankan untuk berehat
daripada melakukan sebarang pergerakan yang agresif. Rajah 4: Kelihatan
Datuk Lee Chong Wei yang mengalami kecederaan pada buku lalinya. Diambil
daripada https://www.google.com.my/search?
q=lee+chong+wei+cedera&newwindow=1&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X
&ei=i1UFVNLuJ4Hf8AXH4YGICw&ved=0CB0QsAQ 2.1.2 Meniscus Tear
Rajah 5: Anatomi kecederaan pada lutut. Diambil daripada
https://www.google.com.my/search?
newwindow=1&biw=1280&bih=675&tbm=isch&sa=1&q=Meniscus+Tear&oq=Men
iscus+Tear&gs_l=img.3..0l10.213981.216309.0.217952.12.6.0.0.0.0.145.247.0j2.
2.0....0...1c.1j2.52.img..10.2.246.OhX6Ysv7AX8#imgdii=_ Koyakkan pada
meniscus merupakan kecederaan sukan biasanya berlaku apabila menisci
koyak. Menisci adalah cakera rawan yang membantu melindungi lutut dari
pukulan atau sebarang hentakan. Semasa pergerakan lutut biasanya rawan
bergerak dengan lutut yang bertindak sebagai penampan. Kadang-kadang
kedua-duanya boleh terkoyak secara serentak dengan terseliuh. Pergerakan
berhenti dan berpusing secara tiba-tiba biasanya antara penyebab menisci untuk
terkoyak seperti dalam sukan badminton. Apabila daya yang tidak normal berlaku
pada tulang lutut terhadap satu sama lain, ini meletakkan tekanan pada tulang
rawan dan menyebabkan ia koyak atau berpecah. Jika lutut membengkak
dengan serta-merta ia biasanya bermaksud mungkin berlakunya sprain. Jika
bengkak berlaku kemudian atau selepas permainan ia mungkin hanya rawan
yang koyak tetapi kecederaan ini biasanya memberikan kesakitan dengan
segera. Lutut akan merasa lemah dan menyakitkan ke arah hadapan. Kadangkadang cecair dari saluran darah terlepas ke dalam kawasan sekitarnya dan
kelihatan lutut 'bengkak.' Kemungkinan juga lutut mungkin tidak dapat bergerak
sama sekali dan ia adalah mustahil untuk meletakkan apa-apa berat di atasnya
Justeru, meniskus yang terkoyak biasanya disebabkan oleh pergerakan
berpusing secara tiba-tiba lutut semasa gerak kaki menyebabkan koyakkan pada
meniskus. Atlet atau pemain badminton akan mengalami rasa sakit pada sendi
lutut, bengkak ringan dan tidak dapat fleksi atau meregangkan kaki sepenuhnya.
2.1.3 Muscle Strain Rajah 6 : Antara contoh strain pada otot kuardisep. Strain
merupakan kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang
menghubungkan tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan,

kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar membezakan strain biasa dan
yang teruk kerana kesakitannya hampir sama. Strain biasa berlaku apabila
bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak
sepatutnya, berlatih dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang
salah dan sebagainya Kecederaan otot (strain) berlaku apabila otot telah
diregang secara berlebihan. Keadaan ini berlaku apabila individu atau atlet
tersebut menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan sehingga
berlakunya kekejangan otot. Biasanya seseorang yang bermain atau bersukan
melakukan aktiviti fizikal tanpa membuat pemanasan badan terlebih dahulu,
boleh menyebabkan terjadinya kekejangan otot. Rajah 7: Datuk Lee Chong
Wei mengalami strain otot kuardisepnya Diambil daripada
https://www.google.com.my/search?
q=lee+chong+wei+cedera&newwindow=1&tbm=isch&source=lnms&sa=X&ei=O1
8FVOSzAoro8AW9q4GoBg&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1280&bih=675&dpr=1
2.2
Kecederaan Lebihguna (Overuse Badminton Injuries) 2.2.1 Lateral
Epicondylitis (Tennis Elbow) Rajah 8: Anatomi kecederaan yang berlaku pada
siku pemain. Diambil daripada http://www.sportsinjuryclinic.net/sportinjuries/elbow-pain/tennis-elbow Kecederaan lebihguna yang kronik disebabkan
oleh pukulan kilas yang berulang-ulang, ketegangan tali yang terlalu tegang,
pertukaran saiz cengkaman, kurangnya pemulihan dan regangan merupakan
antara punca kecederaan lateral epicondylitis berlaku. Kecederaan ini akan
menyebabkan kesakitan pada epicondyle sisi dan tendon extensor biasa.
Mempunyai teknik yang betul dan saiz cengkaman yang betul adalah penting
untuk mengelakkan kecederaan jenis ini dalam badminton. Ia juga penting
bahawa seseorang atlet tidak meningkatkan keupayaan ke tahap yang lebih
tinggi atau meningkatkan intensiti permainan secara drastik. Rehat yang
mencukupi adalah pilihan terbaik untuk sembuh daripada kecederaan ini. 2.2.2
Shoulder Injuries Rajah 9: Anatomi kecederaan pada bahu. Diambil daripada
http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/shoulder-pain/rotator-cuff-tendonitis
Kecederaan pada bahagian bahu merupakan kecederaan yang sangat biasa di
dalam sukan badminton kerana permainan ini melibatkan banyak melakukan
pukulan lob, smesy dan pukulan overhead kepada pihak lawan. Kebiasaannya
tindakan ini akan menyumbang kepada berlakunya masalah atau kecederaan
pada bahagian rotator cuff. Rotator cuff adalah sekumpulan otot yang bekerja
bersama-sama untuk menyediakan sendi bahu dengan kestabilan dinamik,
membantu untuk mengawal sama semasa ia berputar. Apabila berlakunya
kecederaan pada bahagian tersebut, seseorang pemain badminton akan

mengalami kesukaran untuk bermain kerana sukar untuk melakukan pukulan


mahupun menerima pukulan pihak lawan. Justeru, adalah disarankan untuk
berehat dan lakukan pemulihan untuk mengelakkan otot tersebut daripada
terkoyak. 2.2.3 Achilles Tendonitis Rajah 10: Anatomi kecederaan pada
achilles tendon. Diambil daripada http://www.badmintoncafe.com/?p=401
Achilles tendonitis adalah istilah umum untuk sakit di sekitar achilles tendon dan
dilaporkan kerap dalam pemain badminton. Achilles tendonitis biasanya datang
secara beransur-ansur, dan adalah lebih biasa di kalangan mereka yang berusia
lebih 40. Akan berlakunya kesakitan, di mana diterukkan lagi apabila melakukan
aktiviti, dan achilles tendon biasanya menyakitkan apabila disentuh. Tendon yang
terjejas kebiasaannya kelihatan tebal berbanding dengan bahagian yang tidak
terjejas. Ahli profesional perubatan merujuk kepada keadaan ini sebagai achilles
tendinopathy, yang dicirikan oleh kemerosotan daripada achilles tendon.
Degenerasi ini bermakna bahawa tendon tidak mempunyai kekuatan tegangan
yang biasa dan boleh menyebabkan pecah apabila aktiviti sukan diteruskan.
Tanda tanda berlakunya achilles tendonitis dapat dikesan apabila berlakunya
kesakitan pada tendon semasa latihan. Kedua, akan ada rasa sakit achilles
secara beransur-ansur akan datang apabila melakukan senaman yang
berpanjangan tetapi akan hilang apabila berehat. Selain itu, akan ada kesan
bengkak pada tendon achilles. Selain itu, terdapat juga kesan kemerahan pada
kulit. 3.0
Tugasan 2: Prosedur bantu mula 3.1 Kecederaan Akut (Acute Injury)
3.1.1 Ankle Sprain Sprain atau terseliuh pada pergelangan kaki adalah
sebahagian daripada kecederaan dalam sukan yang paling biasa, dan sering
berulang-ulang terutama dalam sukan badminton yang mana atlet sentiasa
bergerak dengan pantas dan menukar pergerakan dengan kerap secara
tangkas. Prosedur bantu mula bagi ankle sprain ini adalah menggunakan
rawatan awalan (RICE). Selepas mendapatkan rawatan bantu mula, rawatan
susulan akan dilakukan.
i.
R (Rest)
Setelah mendapat
kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera
ditempatkan di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan
mengurangkan pendarahan dalaman.
ii.
I (Ice)
Ais yang
dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera.
Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan
benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan
mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang
cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami
kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

iii.
C (Compression)
Bahagian yang cedera harus
dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah
menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan
atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya
lebih bebas dan longgar.
iv.
E(Elevation)
Meninggikan
bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah
masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.
Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah
ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan
pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa
tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh
menimbulkan banyak komplikasi. 3.1.2 Meniscus Tear
Koyakkan pada
meniscus merupakan kecederaan sukan biasanya berlaku apabila menisci
koyak. Justeru, meniskus yang terkoyak biasanya disebabkan oleh pergerakan
berpusing secara tiba-tiba lutut semasa gerak kaki menyebabkan koyakkan pada
meniskus. Atlet atau pemain badminton akan mengalami rasa sakit pada sendi
lutut, bengkak ringan dan tidak dapat fleksi atau meregangkan kaki sepenuhnya.
Prosedur bantu mula bagi kecederaan ini menggunakan kaedah (P. R.I.C.E). i.
P (Protect)
Lindungi kecederaan yang berlaku daripada kecederaan yang
selanjutnya.
ii.
R (Rest)
Setelah mendapat kecederaan,
mangsa harus direhatkan.
iii.
I (Ice)
Ais yang dibalut
dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera dalam setiap
selang masa 20 minit dalam tempoh 48 jam selepas kecederaan.
iv.
C (Compression)
Bahagian yang cedera harus dibalutkan dan
gunakan pendakap lutut jika diperlukan. Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa
kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih
bebas dan longgar.
v.
E(Elevation)
Meninggikan bahagian
yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke
jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian
yang cedera harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu
dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar
perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet
tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak
komplikasi. 3.1.3 Muscle Strain Kecederaan otot (strain) berlaku apabila otot
telah diregang secara berlebihan. Keadaan ini berlaku apabila individu atau atlet
tersebut menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan sehingga
berlakunya kekejangan otot. Prosedur bantu mula yang digunakan untuk

merawat pemain badminton yang mengalami kecederaan ini turut menggunakan


kaedah yang sama seperti posedur bantu mula ankle sprain dan meniscus tear
iaitu (RICE).
i.
R (Rest)
Setelah mendapat kecederaan,
mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan di paras
yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan
pendarahan dalaman.
ii.
I (Ice)
Ais yang dibalut dengan
kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak
melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara
langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan
mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini
menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat
memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. iii. C (Compression)
Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang
keterlaluan. Balutan hendaklah menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais.
Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka
pembalut dan diikat semula supaya lebih bebas dan longgar.
v.
E(Elevation)
Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan
mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan
pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi
daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang
pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan
secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani
urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi. 3.2
Kecederaan
Lebihguna (Overuse Badminton Injuries) 3.2.1 Lateral Epicondylitis (Tennis
Elbow) Kecederaan lebihguna yang kronik disebabkan oleh pukulan kilas yang
berulang-ulang, ketegangan tali yang terlalu tegang, pertukaran saiz cengkaman,
kurangnya pemulihan dan regangan merupakan antara punca kecederaan lateral
epicondylitis berlaku. Kecederaan ini akan menyebabkan kesakitan pada
epicondyle sisi dan tendon extensor biasa. Prosedur bantu mula bagi merawat
kecederaan ini adalah dengan meluruskan pergelangan tangan dan jari terhadap
rintangan untuk melihat sama ada ia menghasilkan sakit pada siku Kemudian,
kedudukan tangan mangsa dengan anduh dan tuamkan ais pada tempat yang
cedera. Pemeriksaan x-ray siku juga digalakkan dan seterusnya pemain
dikehendaki berehat secukupnya pada lengan terbabit. 3.2.2 Shoulder Injuries
Kecederaan pada bahagian bahu merupakan kecederaan yang sangat biasa di
dalam sukan badminton kerana permainan ini melibatkan banyak melakukan
pukulan lob, smesy dan pukulan overhead kepada pihak lawan. Kebiasaannya

tindakan ini akan menyumbang kepada berlakunya masalah atau kecederaan


pada bahagian rotator cuff. Maka, prosedur bantu mula unruk rawatan
pemulihan untuk mengelakkan otot tersebut daripada terkoyak yang disarankan
adalah dengan menggunakan kaedah (RICE).
ii.
R (Rest)
Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian
yang cedera ditempatkan di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan
ini akan mengurangkan pendarahan dalaman.
iii.
I (Ice)
Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera.
Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan
benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan
mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang
cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami
kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. iii. C
(Compression)
Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk
mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah menggunakan
pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa
kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih
bebas dan longgar.
vi.
E(Elevation)
Meninggikan bahagian
yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke
jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian
yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. 3.2.3 Achilles Tendonitis
Kecederaan ini melibatkan koyakan atau ketegangan yang berlaku pada tendon
yang menyambungkan otot calf dengan tumit. ianya berlaku kerana ketegangan
yang kuat pada otot calf dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian
tumit semasa berlari dan melompat. Prosedur bantu mula bagi kecederaan ini
adalah dengan menuamkan dengan ais selama 10 minit ke 30 minit. Kurang
daripada 10 minit akan memberikan kesan kelegaan yang kurang dan lebih
daripada 30 minit pula akan memudaratkan kulit. Ais tersebut hendaklah dibalut
menggunakan kertas plastik ataupun tuala. Jangan benarkan ais secara
langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan
mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini
menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat
memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. Namun, sekiranya ia merupakan
kecederaan yang teruk, maka ianya perlu terus dirujuk kepada pakar bagi
mengelakkan kecederaan yang semakin teruk dan berlanjutan. 4.0
Kesimpulan Kesimpulannya, dalam sukan badminton antara kecederaan yang
kerap berlaku dan dialami oleh atlet boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu

pertama jenis kecederaan akut dan kecederaan lebihguna. Justeru, dalam aspek
bantu mula seseorang ahli sukan mahupun ahli fisioterapi boleh mengamalkan
princip RICE (Rest, Ice, Compression dan Elevation) semasa melaksanakan
rawatan terhadap kecederaan tersebut sebagai langkah pertama untuk
mengelakkan kecederaan bertambah teruk. Copy the BEST Traders and Make
Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Kemalangan! Apa Yang Anda Harus Buat


Kalau Terlibat Dalam Sesuatu
Kemalangan
Kemalangan! Sekiranya terlibat dalam satu-satu kemalanagan, apa yang
harus anda buat? Memandangkan jumlah kenderaan yang terdapat di
jalanraya kita hari ini, sudah pasti berlaku kemalangan.
Memandangkan terdapat begitu ramai pemandu-pemandu baru, khasnya
pemegang-pemegang kelas jenis P (Probationary Drivers) dan
pemegang-pemegang lesen lama yang tidak tahu bagaimana hendak
bertindak semasa terlibat dalam sesuatu kemalangan, maka artikel ini
dikaranglah.
Mula-mulanya, izinkan saya kategorikan jenis-jenis kemalangan yang biasa
berlaku di jalanraya kita hari ini. Kesimpulannya, ianya dijeniskan kepada:
i) Kemalangan kecil-kecilan atau minor accidents. Biasanya kerosakan
tidak perlukanrepair banyak lebih kurang katalah RM200 RM300.
Umpamanya kerosakan dilinkungan yang anda dapat settle atau
selesaikan.

Umpama kerosakan-kerosakan lampu belakang, signal, cermin tepi (side


mirror) dan sebagainya. Ingat, kalau ke Balai Polis, akan memakan masa
dan leceh! Jangan lupa juga, kalau anda didapati salah, anda akan
kena kompaun, sekurang-kurang RM300. Berbaloi tidak? Pendek kata,
nasihat saya dalam kes kemalangan macam ini, Settle lah sahaja.
Faham?
ii) Jenis kemalangan kecil-kecilan atau minor accidents seperti di nombor
(i) atas tetapi melibatkan kerosakan lebih besar atau serious. Repair
memerlukan perbelanjaan yang lebih atau tinggi.
Di kes demikian, insurans main peranan besar. Semua kenderaan
mempunyai insurans Kurnia, P&O, East West dan sebagainya.
Dalam kes demikian, anda dinasihatkan lapor kemalangan ini ke Balai
Polis saja. Apa yang anda harus buat ialah:
i) ambil / catat nombor kereta.
ii) jenis model kereta.
iii) warna kereta.
iv) catatkan masa kemalangan berlaku dan tempat kemalangan.
v) kalau boleh, dapat butir-butir pemandu yang terlibat seperti kad
pengenalan, lesen pemandu dan jangan lupa kelasnya, alamatnya dan
bangsanya.

Anda harus diingatkan, tiada seorangpun mempunyai kuasa


untuk menahan atau detain(melarang) seseorang daripada
meninggalkan kawasan kemalangan tersebut.
Diperingatkan lagi, kuasa detain hanya ditangan polis sahaja!
Kemalangan jenis minorseumpama ini, di mana tiada orang yang
dicederakan, anda bebas meninggalkan kawasan itu berlaku.

Tapi ingat, anda hendak melaporkan ke Balai Polis berdekatan dalam


tempoh 24 jam! Saya harap anda / pembaca akan mengkaji apa-apa yang
dikarang dalam artikel ini dengan teliti.
Habis berbincang tentang kes-kes kemalangan jenis minor atau kecilkecil, tibalah kita ke kemalangan-kemalangan yang lebih serius pula.
Kemalangan adalah sesuatu peristiwa yang siapapun tidak harap berlaku.
Ianya sesuatunahas. Tetapi blog ini terpaksa menyentuh topik ini
semata-mata.
Kemalangan serius biasanya berlaku di jalan-jalan besar
atau highway atau lebuhraya. Kenderaan-kenderaan berjalan lebih
110 km/j keatas.
Dalam kemalangan demikian diatas, pemandu-pemandu yang terlibat:
i) Cuba hantar yang cedera ke hospital atau klinik.
ii) Telefon ke Balai Polis atau Hospital untuk bantuan cemas.
iii) Balai Bomba dihubungi.

iv) Kalau pemandu-pemandu tidak cedera parah, bolehlah tukar-menukar


butir peribadi.
v) Ingat / catat nombor kenderaan terlibat, butir-butir pemandu (lesen),
masa kemalangan, tempat terjadi kemalangan dan sebagainya.
vi) Anda tidak boleh ubah kenderaan-kenderaan dan tempat kemalangan.
Pendik kata, harus anda menunggu kedatangan Polis dan Ambulans untuk
membantu.
Seperti dikes kemalangan, anda haruslah buat Laporan Polis dalam
tempoh 24 jam! Kalau sudah capai salinan repot Polis, jangan lupa,
beritahu pihak Insurans dalam tempoh seminggu.
Dalam kes-kes kemalanagan serius, anda akan kehilangan N.C.B. (No
Claim Bonus) kereta. Sekiranya anda kurang faham istilah N.C.B. atau
N.C.D. (No Claim Discount) sila anda rujuk kepada agen insurans kereta
anda.
Katalah anda telah selesai buat laporan polis dan sebagainya, anda
haruslah ingat:
i) dapatkan salinan kemalangan dari Balai untuk rujukan diri.
ii) jangan lupa lapor kes kemalangan ini kepada pihak insurans (dalam 1
minggu) sebaik-baiknya.
Pada penghujung karya atau artikel ini, apakah yang saya dapat beri
sebagai nasihat ya! Antara nasihat-nasihat yang ingin saya beri adalah:

Pada masa akan datang, memandu dengan lebih berhemat atau


defensive. Ingat, Pemandu Hemat, Jiwa Selamat.
Untuk pengetuahuan pembaca-pembaca blog ini, harus diperingatkan
bahawa karya / artikel yang ditulis ini sebelum dikarang, banyak rujukan
telah pun dibuat buku-buku, majalah-majalah dan risalah-risalah.
Selain itu, jangan lupa pula pengalaman (experience) dicungkil juga.
Perbincangan juga dibuat dengan rakan-rakan yang sebaya dan
berpengalaman dan adakalanya nasihat-nasihat diperolehi daripada
perbincangan-perbincangan dengan K.Timbalan Pengurus institut saya
sendiri.
Mujurlah saya dapat memperolehi banyak nasihat dan tunjukajar daripada beliau. Beliau adalah seorang bekas pegawai J.P.J.
yang penuh pengalaman. Terima kasihlah kepada beliau! Saya ini
umpama mempunyai Lee Chong Wei sebagai juru-latih. Sekian dan
selamat memandu!

Penting dan Untungnya Sikap Berlapang Dada


Suatu hari dalam minggu yang lepas, saya mendapat maklumat mengenai satu kejadian
kemalangan melibatkan m/sikal dan m/kar di pekan Sungkai, dimana penunggang m/sikal
mengalami cedera patah kaki kanannya. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mengesan mangsa
sama ada merujuk kepada pihak polis mahupun pihak hospital. Akhirnya saya berjaya mengesan
mangsa dan menghubungi keluarga terdekat beliau untuk memberi nasihat mengenai apa yang
perlu dilakukan dalam situasi ini bagi menjamin kepentingan mangsa sama ada untuk tindakan
sivil mahupun tindakan trafik tidak tergugat.
Lazimnya apabila berlakunya suatu kemalangan, jika pihak polis ada dihubungi ataupun ada
laporan polis dibuat berkaitan kemalangan sama ada laporan oleh pemandu yang terlibat ataupun
laporan maklumat pertama oleh keluarga mangsa yang terlibat, pihak polis akan secepat mungkin
pergi ke lokasi kejadian untuk mengumpul bukti, mengambil data-data dan fakta yang relevan
yang wujud di tempat kejadian, mengambil gambar tempat kejadian dan kesan peninggalan
perlanggaran seperti pecahan kaca, kompenan kenderaan, calar ataupun kesan brek yang
mungkin wujud di atas jalan. Bagaimanapun jika pihak polis tidak dihubungi mereka tidak dapat
pergi ke lokasi dan mencatitkan fakta, data dan peninggalan bukti yang wujud di tempat kejadian
dalam kertas siasatan mereka, dan ini memberi kesan yang tidak baik kepada hasil siasatan kes
itu kerana pegawai penyiasat mungkin kekurangan bukti untuk mengambil apa-apa tindakan
yang patut dan perlu ke atas pemandu yang cuai dalam kemalangan itu.
Berbalik kepada kisah tadi, sebaik sahaja talian disambungkan, seorang lelaki dengan nada kasar
dan kurang mesra menyambut panggilan. Saya memahami keadaan ini mungkin disebabkan dia

berasa panik, tertekan dan rungsing memikirkan keadaan dan nasib mangsa yang terlibat dalam
kemalangan itu. Saya memperkenalkan diri dan memaklumkan akan maksud mengapa saya
menghubungi beliau. Saya menasihati beliau untuk membuat laporan maklumat pertama kepada
pihak polis berkaitan kejadian, dimana dalam report ini beliau hanya perlu memaklumkan
bahawa ahli keluarga beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya, memasukkan butiran
kenderaan terlibat, lokasi kejadian dan dimana ahli keluarga beliau sedang dirawat.
Malangnya nasihat saya bukan sahaja tidak diterima, sebaliknya dipandang sinis, tetapi lebih
buruk lagi beliau membuat pelbagai tuduhan yang tidak tepat dan negatif terhadap saya. Saya
dikatakan penipu, cuba mengambil kesempatan atas keadaan mangsa, tetapi paling teruk beliau
mencabar dan mempertikaikan kredibiliti sebagai paralegal yang mahir dalam undang-undang
berkaitan kes kemalangan jalanraya. Pada mulanya saya tidak membalas tuduhan kesat beliau,
bagi saya mungkin kepala orang ini ada gangguan akibat tekanan yang sedang beliau hadapi,
tetapi apabila beliau mula melebih-lebih saya terus berbahas dengan beliau dan menyatakan
kepada beliau, saya tiada kepentingan dan beliau tidak boleh buat tuduhan melulu tanpa
bersemuka dan mengenali diri saya kerana tindakan beliau ini tidak adil tanpa asas yang kukuh
dan dipengaruhi emosi yang keterlaluan. Saya menamatkan komunikasi telefon itu dengan
memohon maaf kepada beliau jika saya ada tersalah cakap dengan beliau. Selepas itu saya
langsung tidak mempedulikan kes tersebut.
Selang beberapa hari, saya dihubungi oleh pegawai penyiasat kes ini yang memaklumkan kes itu,
pegawai itu juga meminta saya membantu mangsa jika boleh, tetapi beliau menyatakan siasatan
kes ini agar longgar kerana beliau tidak dapat menemui apa-apa bukti, material dan peninggalan
yang boleh membantu siasatan di tempat kejadian kerana pemandu m/kar dalam kejadian ini juga
tidak membuat laporan awal, sebaliknya 5 hari selepas kejadian. Justeru itu siasatan beliau
hanyalah berpandukan kepada keterangan dan maklumat daripada pengadu iaitu pemandu m/kar.
Sebenarnya saya berat hati bila memikirkan kata-kata dan tuduhan ahli keluarga mangsa
tempohari, tetapi bila memikirkan tanggungjawab saya kepada masyarakat, saya menilai semula
keperluan saya untuk membantu mangsa. Akhirnya saya menghubungi ahli keluarga mangsa itu
dan menetapkan satu temujanji untuk membincangkan hal ini panjang lebar. Dalam pertemuan
ini, saya bercakap panjang lebar, berterus terang akan perasaan saya dan menjelaskan kepada
beliau apa rasionalnya mengapa saya menghubungi beliau meminta untuk membuat laporan polis
maklumat pertama. Beliau terus terang kepada saya beliau tertekan, keliru dan rungsing
memikirkan keadaan mangsa, disebabkan itu beliau terlepas cakap kepada saya. Saya
memaklumkan kepadanya, jika pada hari kejadian beliau mendengar nasihat saya liabiliti kes ini
semestinya pada tahap 100% terhadap pemandu m/kar disebabkan:1. Pegawai penyiasat (IO) segera datang melawat tempat kejadian;
2. IO akan dapat mengumpul maklumat dan keterangan daripada kedua-dua pihak yang terlibat

dan keterangan ini masih segar tanpa olahan dan rekaan bagi menguatkan versi dan pembelaan
masing-masing, biasa kedua-dua pihak seboleh-bolehnya menafikan kecuaian dan kesalahan
mereka dalam kemalangan itu;
3. IO akan dapat mengumpul dan mencatitkan data dan fakta yang relevan di tempat kejadian;
4. IO akan dapat merakam visual yang wujud di tempat kejadian dimana kesan peninggalan
kemalangan ini masih segar tidak terusik dan dialihkan, kesan yang paling penting adalah
dimana letakkan taburan peca kaca dan kompenan daripada kedua-dua kenderaan, calar dan
kesan brek di atas jalan;
5. IO dapat merakam dan mencatit kedudukan kenderaan terlibat selepas perlanggaran;
6. IO akan dapat mengumpul dan merakamkan percakapan dan keterangan daripada saksi yang
mungkin melihat kejadian itu berlaku dan merekodkan keterangan diri mereka supaya saksi ini
boleh dikemukan di hadapan Mahkamah sama ada untuk kes jenayah (trafik) ataupun kes sivil
(tuntutan insuran).
Saya lihat selepas beliau mengetahui hakikat ini, beliau begitu sedih dan kesal mengenepikan
nasihat saya tempohari kerana pada masa kini liabiliti kes ini pada hakikat telah terhakis menjadi
50% terhadap pemandu m/kar dan 50% terhadap penunggang m/sikal kerana disebabkan:1. Tempat kejadian adalah simpang 3, dimana kedua-dua arah utara-selatan mempunyai 2 lorong;
2. Arah perjalanan m/sikal dari lorong kiri menuju lorang kanan perlahan-lahan untuk bersiap
sedia membelok ke kanan bagi memasuki simpang;
3. Arah perjalanan m/kar ialah sedang mengekori m/sikal tetapi beliau ingin bergerak terus;
4. Impak perlanggaran adalah bahagian sisi kanan m/sikal;
5. Tiada kesan dan bukti ataupun peninggalan daripada kemalangan ini di tempat kejadian kerana
kedua-dua pemandu ataupun ahli keluarga lewat membuat laporan polis, ini menyukarkan
siasatan polis kerana kekurangan bukti dan bukti yang ada hanyalah berdasarkan kepada data dan
fakta neutral di tempat kejadian serta bersandarkan hanya kepada keterangan pemandu m/kar
tersebut, tiada saksi bebas dalam kes ini.
Saya menasihati pembaca budiman dan juga diri saya sendiri untuk melakukan perubahan dan
anjakan baru dalam set minda kita. Kita boleh berhati-hati dan berburuk sangka, tetapi jangan
sampai kebodohan mengusai kita sehingga kita boleh melakukan tindakan yang lebih bodoh dari
sepatutnya. Sebaik-baiknya kita perlu berlapang dada, memberi kesempatan untuk memberi dan

menerima pandangan orang lain, sekalipun kita seorang yang berilmu kita tidak boleh takbur dan
beranggapan semua nasihat orang lain tidak benar dan mempunyai muslihat, adalah lebih baik
kita memberi kesempatan kepada otak dan fikiran kita untuk menilai nasihat itu, dimana rasional
dan kebenarannya, jika curiga buat siasatan, jangan menolak mentah-mentah jika kita sebenarnya
langsung tiada ilmu dalam hal tersebut, sentiasalah merendah diri. Semoga perubahan ini boleh
membantu kita menjadi manusia yang budiman, berilmu dan berkredibiliti tinggi, ini akan
memberi kesan kepada yang besar kepada masyarakat dan juga negara amnya. Paling penting
kita mesti menerima hakikat bahawa kita tidak semestinya pandai dan mahir dalam semua
perkara, kita mungkin pandai dan pakar dalam bidang kita, tetapi mungkin tidak pakar dan
pandai dalam bidang orang lain, justeru dalam apa jua perkara berlapang dadalah dan serahkan
hal tersebut kepada pihak yang berautoriti, berkebolehan dan mempunyai kepakaran dalam hal
itu supaya hak anda terjamin dan tidak tergugat oleh kebodohan dan kesombangan anda sendiri.

KECEDERAAN
Kecederaan adalah salah satu punca masalah perubatan yang sering berlaku. Ia
melibatkan
semua kumpulan umur dan menjadi antara penyebab utama kemasukan ke hospital
kerajaan
serta penyebab kematian di negara kita.
Kecederaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kecederaan akibat
kemalangan
yang tidak disengajakan disengajakan dan kecederaan yang disengajakan.
Penyebab utama kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang tidak
disengajakan ialah :

Kemalangan jalan raya


Terjatuh
Keracunan
Terbakar
Tenggelam dalam air

Penyebab utama kecederaan yang disengajakan ialah:


Pergaduhan/diserang/jenayah keganasan dan pembunuhan
Mencederakan diri sendiri seperti cuba membunuh diri
Kecederaan Kepala

Trauma dikepala boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat dari:


Hentakan yang kuat secara langsung
Hentakan yang kuat secara tidak langsung
Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan
kepala yang
teruk mengakibatkan
Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak
Bengkak pada tisu otak
Kerosakan otak yang teruk.
Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal
dan
kematian.
Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh
yang lain,
terutamanya leher.
Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?
Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko
terhadap
kecederaan kepala.
Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah
Pengguna jalanraya
Pekerja-pekerja binaan
Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.
Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?
Pesakit yang ada kecederaan kepala mungkn menunjukkan tanda/gejala berikut:

Terlibat dalam kemalangan atau kecederaan pada masa lalu


Bengkak atau luka pada kulit kepala
Sakit dan pening kepala
Kabur pandangan
Muntah
Hilang ingatan
Sawan
Tahap kesedaran berkurangan/pengsan

Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?


Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan
kepala
yang serius mungkin berlaku:
Tahap kesedaran yang berkurangan
Mengantuk yang teramat sangat

Muntah yang berpanjangan


Sakit kepala yang teruk
Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan
Tidak dapat bercakap dengan betul
Penglihatan semakin kabur

Bagaimana saya boleh membantu orang yang mengalami kecederaan?


Sesiapa yang disyaki ada mengalami kecederaan kepala mestilah dibawa segera ke
kemudahan kesihatan (hospital/klinik).
Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat
mangsa dengan
cermat bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk. Jika pesakit itu tidak sedarkan
diri, anggap
mangsa mengalami kecederaan di leher. Gunakan alat penyokong leher atau ikat
mangsa ke
papan yang keras.Ketika diangkat, gunakan splint untuk mengelakkan pergerakan
bahagian
tubuh yang cedera.
Rawatan kecemasan mungkin diperlukan. Lakukan pertolongan cemas sementara
menanti
petugas yang terlatih tiba.
Apakah masalah lain yang berlaku akibat kecederaan kepala?
Kesan kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami.
Bagi konkusi otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat selepas berlakunya
kecederaan
kepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam atau hari.
Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian
dalam otak,
pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh
menyebabkan
kematian.
Bagaimana saya boleh mencegah kecederaan kepala?
1. Elakkan kemalangan
2. Untuk mengelakkan kecederaan akibat kemalangan jalanraya:
Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:
i) Motosikal pakai topi keledar dengan betul.
ii) Kereta pakai tali pinggang keledar.
Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua.
3. Bagi pekerja-pekerja binaan:

Pakai topi keselamatan setiap masa


Sentiasa patuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja.
jawatankuasa keselamatan dan kebakaran pphk bangi selangor
KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA TANGGUNGJAWAB BERSAMA