Anda di halaman 1dari 20

TAJUK:

NASYID OBJEKTIFNYA DAKWAH ATAU HIBURAN?


KOD KURSUS:
CCB1012
DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD HAFFIZ BIN ANUARDI(1121468)
DISEDIAKAN UNTUK :
EN.HUZAIMI ZAINI

Sekapur sireh

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarikatuh dan salam sejahtera.terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah
kokurikulum nasyid saya,encik huzaimi zaini kerana telah memberikan
tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan tugasan
ini.jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibubapa saya
kerana telah banyak memberikan sokongan moral kepada saya bagi
menyiapkan tugasan ini.tidak lupa juga ribuan terima kasih saya ucapan
kepada rakan saya yang telah banyak memberikan bantuan kepada saya
semasa menyiapkan tugasan ini.akhir kalam,berbanyak terima kasih lagi
sekali saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam proses menjalankan dan menyiapkan tugasan
ini.sekian,wasalam

Artikel
Nasyid objektifnya dakwah atau hiburan?
Sedarsawarsa ini,kita seringkali mendengar dan melihat dengan mata kepala
kita mengenai situasi industri nasyid di tanah air kit.kita sedia maklum
bahawa di era pemodenisasian ini,pelbagai teknologi moden yang telah
dicipta dan berkembang pesat serta menjadi persaingan pembabitannya
dalam kalangan pemuda khasnya pemuda di negara kita,malaysia.jika
bercerita mengenai industri nasyid ini,timbul suatu persoalan terhadap
penulis bahawa adakah kita selaku masyarakat di negara malaysia ini tahu
apakah yang dimaksudkan dengan nasyid ini sebenarnya?Bagaimana pula
dengan objektifnya serta penerimaannya dalam kalangan rakyat malaysia?

Nasyid adalah salah satu seni islam dalam bidang seni suara.nasyid ini
merupakan nyayian yang bercorak keislaman dan mengandungi kata-kata
nasihat,kisah para nabi,pujian kepada allah dan yang sejenisnya..nasyid
pada asalnya didendangkan secara tidak rasmi di pekarangan rumah selepas
mengaji al-quran dalam keadaan duduk di atas lantai secara berkeliling.
Guru-guru mengaji, sementara murid bernasyid. Proses pengajaran dan

pembelajaran adalah secara peniruan (rote) dan secara berbalas-balas (call


and response). Pada masa ini, nasyid dipersembahkan secara kumpulan
besar, kumpulan kecil dan secara individu atau solo di atas pentas dengan
cara berdiri dalam barisan berkumpulan lelaki dan/ atau perempuan.
Sewaktu persembahan dalam kumpulan, biasanya terdapat penyanyi solo
yang menyanyikan bahagian melodi tertentu dalam sesebuah lagu. Semasa
persembahan, ada kumpulan yang langsung tidak membuat sebarang
pergerakan dan ada juga yang membuat sedikit pergerakan yang tertib
sesuai dengan mesej atau senikata lagu dengan tidak berlebih-lebihan atau
tidak melampaui batas kesopanan. Cara berpakaian setiap ahli nasyid
biasanya mencerminkan budaya islam dan menutup aurat.
Lagu-lagu nasyid biasanya berlandaskan melodi timur tengah seperti
bayyati, rast, nahawand, hijaz, saba, kurd, sikah dan ajim yang digunakan
dalam pembacaan al-quran. Kebiasannya nada yang digunakan ialah nada
minor. Walau bagaimanapun pencipta lagu nasyid pada masa ini, tidak lagi
menghadkan ciptaan mereka dalam nada minor sahaja, malahan
menggunakan juga nada major. Lagu-lagu nasyid lazimnya dalam bentuk
aaaa, aaab, aaba dan abcd dan mempunyai tekstur monofonik. Rentak yang
biasa digunakan ialah rentak masri. Kini, banyak lagu-lagu nasyid telah
digubah dalam berbagai rentak supaya lebih banyak variasi dan kedengaran
lebih menarik. Pada asalnya nasyid di malaysia menggunakan senikata
dalam bahasa arab klasik tetapi kemudiannya berkembang dengan
penggunaan bahasa melayu dan juga bahasa inggeris .
Kebiasaannya, nasyid dinyanyikan secara acappela dengan hanya
diiringi dengan alatan muzik gendang.hanya alatan ini digunapakai dalam
bidang kerana banyak ulama islam yang melarang penggunaan alat muzik
kecuali alat muzik perkusi.pada peringkat permulaan perkembangan, nasyid
dipersembahkan tanpa menggunakan muzik iringan. Perkembangan muzik
sezaman kemudiannya juga turut mempengaruhi nasyid dan mula
menggunakan alat-alat muzik membranofon seperti rebana dan kompang
pada zaman 1940-an sebagai muzik iringan; pada tahun 1950-an nasyid
diiringi oleh kumpulan ghazal atau asli; pada tahun 1960-an oleh kugiran;
pada tahun 1970-an oleh orkes dan seterusnya oleh orkestra sehinggalah
penggunaan sintesizer dan juga muzik minus one.
Nasyid merupakan perkataan arab yang berasal daripada perkataan
",yang bermaksud senandung.kata ini mengalami penyempitan makna
dari senandung secara umum kepada senandung yang bernafaskan dan
bercirikan islam.

Hiburan pula merujuk kepada suatu perbuatan yang bertujuan untuk


memberi kesenangan dan keselesaan kepada diri dan orang lain.hiburan ini
tidak terbatas kepada
Dakwah pula adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan
memanggil orang untuk beriman dan taat kepada allah subhaanahu wa
ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak islam. Kata dakwah
merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti
panggilan, seruan atau ajakan.
Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata "ilmu" dan kata "islam",
sehingga menjadi "ilmu dakwah" dan ilmu islam" atau ad-dakwah alislamiyah.ilmu dakwah menjurus kepada suatu ilmu yang berisi cara-cara
dan tuntunan untuk menarik perhatian orang lain supaya menganut,
mengikuti, menyetujui atau melaksanakan suatu ideologi,agama, pendapat
atau pekerjaan tertentu. Orang yang menyampaikan dakwah disebut "da'i"
sedangkan yang menjadi objek dakwah disebut "mad'u". Setiap muslim yang
menjalankan fungsi dakwah islam adalah "da'i".
Tujuan utama dakwah ialah mewujudkan kebahagiaan dan kesejahteraan
hidup di dunia dan di akhirat yang diridai oleh allah. Nabi muhammad saw
mencontohkan dakwah kepada umatnya dengan berbagai cara melalui lisan,
tulisan dan perbuatan. Dimulai dari istrinya, keluarganya, dan teman-teman
karibnya hingga raja-raja yang berkuasa pada saat itu. Di antara raja-raja
yang mendapat surat atau risalah nabi saw adalah
kaisar heraklius dari byzantium, mukaukis dari mesir, kisra dari persia(iran))
dan raja najasyi dari habsyah(etophia).

Jika kita kaji sedalam-dalamnya akan susur galur nasyid ini,kita akan
dapati bahawa nasyid ini sebenarnya berasal daripada timur tengah iaitu
tanah arab.nasyid ini dipercayai sudah wujud sejak zaman nabi muhammad
saw lagi.hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan syair tholaal badru
alaina yang ertinya (telah muncul rembulan di tengah kami)yang kini kerap
dinyanyikan oleh pasukan qasidah dan penasyid dalam majlis
ilmu,contohnya adalah merupakan syair yang dinyanyikan oleh kaum
muslimin iaitu aus dan khazraj sewaktu menyambut kedatangan rasullullah
saw ketika pertama kali berhijrah ke kota madinah sedikit masa lalu.nasyid
kemudiannya telah berkembang seiring dengan situasi dan keadaan pada
masa itu.contohnya nasyid yang bergema di timur tengah banyak
mengetengahkan mesej-mesej jihad mahupun penentangan terhadap
imperialisme israel yang lebih banyak dipengaruhi oleh situasi politik masa
itu.
Nasyid mulai menerobos ke nusantara sekitar tahun 40an70an.sebagai permulaan kepada kemunculan nasyid di nusantara,ramai
pendatang dan pedagang daripada tanah arab,iaitu timur tengah telah
dating untuk berdagang dan menyebarkan dakwah islamiah.pada masa
inilah bermulanya kemasukan kebudayaan nasyid ke nusantara.bermula
daripada bait-bait qasidah,dzikir-dzikir dan banyak lagi.setelah berapa lama

kebudayaan ini bertapak di nusantara,kemudian ianya telah berevolusi


kepada nasyid yang berbentuk tradisional yang lebih kita kenali dengan
nasyid yang berasaskan lagu-lagu tarannum seperti
bayati,hijjaz,nahwan,rast,jiharkah dan banyak lagi dan seterusnya berubah
mengikut peredaran zaman sekarang kepada nasyid yang berbentuk moden
dengan penggunaan alatan muzik moden seperti piano dan penghasilan lagu
yang menampakkan ciri-ciri kemodenannya daripada segi lagu dan jenis
genrenya.

Nasyid mulai masuk ke indonesia sekitar era tahun 80-an.


Perkembangan nasyid ini pada awalnya telah dimulakan oleh para ilmuan
dan aktivis-aktivis kajian islam yang mulai tumbuh di kampus-kampus
institut pembelajaran pada masa itu. Pada awalnya nasyid yang hanya
dinyanyikan adalah syair-syair asli yang berbahasa arab. Namun akhirnya
ianya telah berkembang sehingga wujudnya nasyid berbahasa indonesia dan
dengan tema yang semakin luas (tidak hanya terhad kepada tema syahid
dan jihad).menurut alamsyah agus,iaitu ketua umum asosiasi nasyid
nusantara,di indonesia bukan perkara baru lagi sekiranya nasyid mendapat

gelaran musik 'kolakan',iaitu musik ramadhan, kerana kebiasaannya apabila


bulan ramadhan menjelma,mulalah kedengaran nasyid berkumandang
dikaca televisyen dan radio,padahal pada bulan yang lain situasi sebegini
adalah kurang. menjelang ramadhan barulah orang ramai dapat
menyaksikan festival nasyid, lomba nasyid, parade nasyid dan kegiatan yang
sejenisnya, padahal di bulan-bulan lain hampir tidak ada acara semacam ini.
Biasanya segenap gegap gempita nasyid akan hilang begitu memasuki bulan
syawal.

Di tanah melayu pula,situasinya lebih kurang seperti nasyid di


indonesia.kebudayaan nasyid mula bertapak di tanah melayu sekitar
tahun70 an.namun terdapat pendapat yang menyatakan bahawa
kebudayaan nasyid ini telah pun bertapak di tanah melayu seawal tahun 40an,iaitu sewaktu perang dunia ke-2 lagi.tetapi pada tahun 70-80an barulah
perkembangan nasyid di tanah melayu ini mula subur dan semakin
berkembang dengan pesatnya.kita dapat lihat situasi ini dengan munculnya
kumpulan nasyid seperti kumpulan nasyid al-jawaher yang telah berjaya
merakam album nasyid mereka dengan jayanya.antara album yang telah
berjaya dirakam adalah seperti album assalamualaikum,mohon padanya dan
sebagainya pada tahun 80-an.perkembangan nasyid di tanah melayu mula
memasuki tingkatan yang baru apabila telah berjaya memasuki alaf baru
iaitu daripada nasyid tradisional kepada nasyid kontemporari,sekitar tahun

90-an.sebagai contohnya kumpulan nasyid raihan yang telah mencetuskan


revolusi industri nasyid di tanah melayu dengan membawakan nasyid jenis
kontemporari dan telah mengegar industri hiburan tanah melayu.

Sebagaimana yang berlaku di tanah melayu dan indonesia,negara brunei


darussalam juga tidak ketinggalan daripada segi perkembangan industri
nasyidnya.industri nasyid di negara brunei darussalam telah pun wujud
sebelum tahun 80-an lagi.namun, menurut hajah normin haji mahali,
bahagian perhubungan dan kemajuan islam, kementerian hal-ehwal agama
negara brunei, perkembangan nasyid di negara brunei banyak tertumpu di
sekolah- sekolah dan maktab sekitar negara brunei. Setakat ini kementerian
hal-ehwal agama negara brunei tidak pernah mengendalikan festivel nasyid
peringkat negara. Pertandingan nasyid lebih banyak diadakan diperingkat
sekolah dan institusi pendidikan disamping peranan radio televisyen brunei
(rtb) untuk menyajikan lagu nasyid kepada masyarakat brunei darussalam .
[15].(dipetik daripada nota nasyid,encik huzaimi zaini).daripada
pengalaman saya,stesen radio televisyen brunei memang banyak
menyalurkan halwa telinga dengan hiburan nasyid, qasidah,zikir berbentuk
nasyid dan banyak lagi.saya sendiri selalu mendengar nanyian

nasyid,qasidah dan tarranum melalui corong-corong radio sewaktu melalui


negara brunei untuk balik dan keluar daripada bahagian limbang sarawak.

Nasyid sebagai medium hiburan


Sebagaimana yang kita ketahui,industri nasyid ini adalah sebahagian
daripada media hiburan terhadap orang ramai khasnya kepada hadirin yang
mendengarnya.kita sedia maklum bahawa hiburan ini merupakan satu aspek
yang tidak dapat kita tinggalkan dalam kehidupan ini.menurut wikipedia
bahasa melayu,hiburan ialah peristiwa, persembahan, atau kegiatan yang
direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton,
walaupun penontonnya hanya seorang.jika kita lihat situasi masyarakat
sekarang,majority dalam kalangan mereka lebih berminat dan bertumpu
kepada hiburan berbanding perkara yang lain.oleh itu,para dai perlu
berfikiran secara kreatif untuk memastikan mesyarakat kini tidak terlalu leka
dengan hiburan semata-mata,para dai boleh menjadikan medium hiburan
sebagai wasilah untuk berdakwah dan menyampaikan risalah
islamiah,memberi teguran secara halus dan seumpamanya.budaya nasyid ini
juga menjadi antara medium hiburan yang diminati oleh masyarakat awam
kerana cara bawaannya dan bait-baitnya yang mengandungi isi yang
bermanfaat kepada pendengarnya, selain alunan lagunya yang penuh
dengan keunikannya yang tersendiri.
Nasyid juga menjadi hiburan dan sebagai acara sampingan sempena
pertandingan membaca al-quran peringkat negeri, kebangsaan,
antarabangsa dan juga dalam majlis-majlis yang lain. Pada tahun 1990-an,
nasyid mula dipertandingkan di peringkat sekolah, negeri dan juga
kebangsaan.namun bagi sesetengah penggiat seni,nasyid ini hanyalah satu
wadah untuk mendapatkan keuntungan.menurut alamsyah agus,terdapat
kenyataan yang menyatakan bahawa ramai pemuzik umum diluar genre
nasyid juga memainkan syair-syair islam,iaitu nasyid islam khususnya
dibulan ramadhan,sehingga menjadikan komuniti nasyid (kepincut)dan
memindahkan perhatian mereka kepada group yang mengalunkan
nasyid,syair islam tersebut.semakin banyak kumpulan band akan mula
beralih arah genre kepada nasyid buat seketika apabila tibanya ramadhan
daripada penampilan yang berbagai ragam kepada penampilan yang sopan

dengan syair-syair yang menawan.ditambah lagi dengan sikap segelintir


penasyid yang kurang peka untuk menampilkan sikap dan jati diri mereka
.para peminat lebih cenderung kepada pasif dan tidak memberikan sokongan
yang lebih mantap dan utuh bagi kumpulan nasyid yang bersusah payah
hendak keluar dari lingkungan indie kepada majoriti sedikit masa yang
lalu.komuniti yang merupakan pendengar nasyid menjadi komuniti yang
tidak berdaya mampu untuk mengangkat martabat pasukan nasyid ke atas
sehingga lebih dikenali oleh masyarakat yang luas
Setelah industri nasyid mula memasuki ke satu tapak yang lebih maju
lagi,barulah industry ini mendapat sambutan yang luar biasa,bermulanya
kewujudan nasyid moden iaitu kontemporari di nusantara ini khasnya di
tanah melayu seperti kumpulan nasyid raihan,hijjaz now see heart,
rabbani,dan banyak lagi. Generasi terbaharu dalam arena muzik "nasheed"
yakni dari kalangan artis menggunakan kepelbagaian alatan muzik dalam
seni nasyid mereka. Hal ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi dalam
kalangan komuniti islam kerana kebanyakan dari pihak ilmuan islam
berpendapat pilihan ini adalah suatu kewujudan iaitu (bidaah) ke atas muzik
dalam islam. Nashid moden juga turut dilihat melangkaui kumpulan aliran
utama muzik nashid seperti kumpulan outlandish, aman, dan artis nashid
solo seperti dawud wharnsby ali, sami yusuf, slave of allah dan idris phillips,
yang dikatakan mampu menarik hati dan pandangan banyak masyarakat
muslim serta, ia mampu menjadi pemimpin kepada persembahan artis di
festival kebudayaan islam, konferensi, konsert dan pertunjukan (seperti isna,
celebrate eid, young muslims). Artis-artis dan organisasi lain seperti noor
media pula 100% tidak menggunakan instrumen muzik dlam penerbitan
album nashidnya.
Dari segi peningkatan penjualan bahan hiburan berdasarkan produk
nashid pula adalah dilihat lebih didorong oleh para penerbit profesional yang
dapat menghasilkan media hiburan nashid dalam bentuk klip video dan trek
lagu. Sebagai contoh madinah tun-nabi oleh aashiq al-rasul al mu'allim,
meditation, hasbi rabbi (semuanya oleh sami yusuf), du'a oleh seven 8 six,
mercy like the rain oleh shaam & our world oleh zain bhikha.
Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir,
tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak
bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu
nasyid lebih menarik dan bersifat lebih berdaya saing dalam bidang
seni.Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik

tanpa tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara
memainkan alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar
dan piano adalah dibenarkan.

Generasi baru artis nasyid memakai beberapa varian instrumen


musik dalam seni mereka. Banyak diantara para artis baru adalah non-arab
dan bernyanyi dalam bahasa yang berbeda, seperti inggris dan turki.
Beberapa band nasyid telah muncul, seperti native deen, outlandish dan
raihan. Artis-artis terkenal lainnya seperti yusuf islam, sami yusuf, junaid
jamshed, maher zain, mesut kurtis, dawud wharnsby dan zain bhikha, serta
ani, satu-satunya penyanyi pop islami berbahasa inggris.Untuk para artis
nasyid arab, yang terkenal adalah seperti abu mazen, abu rateb, abu aljoud,
abu dujana, abdulfattah owainat, dan banyak lagi. Beberapa band nasyid
arab seperti al-rawabi, al-i`tisham, al-baraa`, al-wa`ad dan banyak lagi juga
telah muncul.

Menyambut pertumbuhan muslim yang signifikan, banyak artis dan


band nasyid telah tampil di depan komuniti muslim di eropah dan amerika, di
konferensi, perayaan hari besar islam, konsert dan acara amal lainnya,
termasuk di islamic society of north america, celebrate eid dan young
muslims. Artis dan organisasi lain termasuk nasheedbay menawarkan lagulagu nasyid tanpa instrumen musikal, membawa arus yang berbeza pada
tren masa kini dimana musik nasyid dimonopoli oleh peralatan muzik.

Nasyid sebagai medium dakwah


Sekiranya kita teliti dengan lebih mendalam lagi mengenai peranan
nasyid ini,kita akan dapati bahawa peranan nasyid ini adalah bertujuan
untuk menyampaikan risalah-risalah,nasihat,dan pemberi sokongan moral
yang kuat dan berkesan dalam sanubari insan,khasnya masyarakat islam
sendiri.dakwah ini merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim pada
masa kini.kita tidak dapat memaksa seseorang untuk menganut agama
islam sebagaimana firman allah yang bermaksud tidak ada paksaan
didalam agama islam.tetapi kita boleh menyeru penganut selain pengant
islam untuk memeluk agama islam dengan cara yang berhikmah.salah satu

berdakwah dengan cara yang berhikmah ialah melalui hiburan nasyid.hal ini
selaras dengan firman allah taala yang bermaksud serulah kepada jalan
tuhan-mu dengan penuh hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
dengan cara yang baik.Surah al-nahl,ayat 135.
Kita dapat renungi potongan maksud ayat al-quran di atas yang
menyatakan kepada kita bahawa cara berdakwah ataupun seruan yang baik
adalah dengan cara yang baik dan beradab sebagaimana dengan apa yang
dimaksudkan dengan perkataan hikmah.dan sekiranya kita hendak menegur
seseorang,gunalah cara yang baik juga sebagaiman yang telah dianjurkan
oleh syarak.daripada hasil penelitian saya,cara berdakwah melalui nasyid
juga boleh dikirakan menepati syarat dan ciri dakwah melalui nasyid serta
teguran sebagaimana yang telah dinyatakan didalam potongan ayat al-quran
sebentar tadi.
Dakwah ini terbahagi kepada berberapa cara.antaranya adalah:

Dakwah fardiyah .dakwah fardiah merupakan metode dakwah yang


dilakukan oleh seseorang kepada orang lain (satu orang) atau kepada
beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan terbatas.kebiasaannya
dakwah fardiah berlaku tanpa ada persiapan yang matang dan
tersusun secara tertib. Kategori yang termasuk dalam cara dakwah
seperti ini adalah menasihati teman sekerja,memberi teguran kepada
yang memerlukan, anjuran memberi contoh. Sebagai contohnya
adalah mengunjungi orang sakit,kepada individu yang berjaya kit
ucapkan tahniah,iaitu ucapan selamat dan sewaktu upacara
kelahiran,tasmiyah.
Dakwah ammah.dakwah amah ini merupakan jenis dakwah yang
dilakukan oleh seseorang dengan media lisan yang ditujukan kepada
orang yang banyak dengan bermaksud untuk menanamkan pengaruh
kepada mereka sebagai pendengar. Media yang dipakai biasanya
berbentuk khutbah (pidato).dakwah ammah ini kalau ditinjau dari segi
subjeknya, ada yang dilakukan oleh perseorangan dan ada yang
dilakukan oleh organisasi tertentu yang telah berkecimpung dalam
soal-soal dakwah.
Dakwah bil lisan.dakwah jenis ini adalah merupakan dakwah yang
kaedah penyampaian informasi atau pesan dakwahnya adalah melalui
lisan iaitu ceramah atau komunikasi secara bersemuka antara subjek
dan objek dakwah). Dakwah jenis ini akan menjadi efektif apabila ianya
disampaikan sewaktu hari ibadah seperti khutbah jumat atau khutbah
hari raya, kajian yang disampaikan merangkumi ibadah praktikal,

kandungan penyampaian yang sistematik,dan disampaikan secara


bersemuka dengan para hadirin..
Dakwah bil-haal. Dakwah bil al-hal adalah dakwah yang
mengutamakan perbuatan nyata. Hal ini dimaksudkan agar si
penerima dakwah (al-mad'ulah) mengikuti jejak dan hal ikhwal si da'i
(juru dakwah). Dakwah jenis ini mempunyai pengaruh yang besar pada
diri penerima dakwah.
Apabila rasulullullah tiba di kota madinah buat pertama kalinya
sewaktu hijrah, beliau mencontohkan dakwah bil-haal ini dengan
mendirikan masjid quba, dan mempersatukan kaum anshor dan
kaum muhajirin dalam ikatan ukhuwah islamiyah.
Dakwah bit-tadwin. Apabila kita telah memasuki zaman global seperti
kinii, pola dakwah bit at-tadwin iaitu dakwah melalui tulisan tidak kira
berdakwah dengan menerbitkan kitab-kitab, buku, majalah, internet,
koran, dan tulisan-tulisan yang mengandung pesan dakwah sangat
penting dan efektif.kelebihan berdakwah melalui cara dakwah ini tidak
tidak akan hilang walaupun pedakwah, ataupun penulisnya sudah
meninggal dunia. Apabila menyentuh mengenai dakwah bit-tadwin ini,
rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, "sesungguhnya tinta
para ulama adalah lebih baik dari darah para syuhada".dapat kita lihat
disini bahawa peranan berdakwah melalui penulisan ini lebih baik
berbanding berdakwah melalui jalan perang di medan perang.
Dakwah bil-hikmah. Dakwah bil hikmah merupakan medium
penyampaikan dakwah dengan cara yang arif dan bijaksana, iaitu
dengan melakukan pendekatan sedemikian rupa sehingga pihak
pendakwah mampu melaksanakan dakwah atas kemahuannya sendiri,
tidak merasakan ada unsur paksaan, tekanan mahupun konflik.
Dengan kata lain dakwah bi al-hikmah merupakan suatu jalan
pendekatan komunikasi dakwah yang dilakukan atas dasar persuasif.
Dalam kitab al-hikmah fi al dakwah ilallah ta'ala oleh said bin ali bin
wahif al-qathani telah di huraikan dengan lebih jelas lagi mengenai
pengertian al-hikmah, antaranya:
1. Menurut bahasa:
Adil, ilmu, sabar, kenabian, al-qur'an dan injil
Memperbaiki (membuat manjadi lebih baik atau pas)
dan terhindar dari kerusakan
Ungkapan untuk mengetahui sesuatu yang utama
dengan ilmu yang utama
Obyek kebenaran(al-haq) yang didapat melalui ilmu
dan akal
Pengetahuan atau ma'rifat.

2. Menurut istilah syar'i:


Nilai dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui
yang sebenar dan mengamalkannya, wara' dalam
dinullah, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan
menjawab dengan tegas dan tepat.

Oleh yang demikian,dapatlah kita katakan bahawa nasyid ini adalah


suatu seni suara yang telah berkembang pesat dan telah menjadi wasilah
kepada penyebaran dakwah islam dan peringatan kepada penganut selain
penganut muslim dan penganut muslim itu sendiri.berdasarkan kepada 7
cara ataupun elemen dakwah yang telah saya nyatakan sebentar
tadi,dapatlah kita katakan bahawa nasyid ini merangkumi hampir kesemua
cara dakwah tersebut.penyanyi nasyid akan bersemuka dengan penonton
dan hadirin sewaktu menyampaikan nasyid dikhalayak ramai.melalui
persembahan nasyid yang mantap,akan mampu untuk menarik minat hadirin
untuk bernasyid.secara tidak langsungnya,hadirin yang minat terhadap
sesebuah lagu nasyid akan menyanyikan lagu nasyid itu sebagai hiburan
diri.apabila kawan kepada individu yang minat kepada lagu nasyid yang
dinyanyikan oleh penasyid terdengar lagu nasyid yang di nyanyikan oleh
kawannya,kadangkala terdapat sesetengah individu yang akan turut tertarik
dengan lagu nasyid bekenaan.hal ini akan turut menyumbang kepada
penyebaran mesej dakwah tersebut.
Bagi penulis lirik lagu nasyid pula,mereka turut memainkan peranan
yang penting dalam koteks dakwah dalam karier nasyid ini.hal ni adalah
kerana apa yang disampaikan oleh penasyid kepada orang ramai,semua
kandungan risalah dan ilmu yang terdapat dalam lirik nasyid itu,dibuat dan
ditulis serta cetusan fikiran dai penulis lirik tersebut.maka,penulis lirik yang
menulis lirik lagu nasyid turut menyumbangkan tenaga yang besar dari segi
kandungan mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar dan
masyarakat.jika difikirkan secara mendalam,setiap pihak yang terlibat dalam
bidang nasyid ini memainkan peranan yang besar terhadap penyebaran
dakwah dan boleh diiktiraf sebagai pendai
Begitu juga dengan konsep pencegahan perkara dan perbuatan yang
mungkar.nasyid ini juga dapat menjadi satu agen bagi melaksanakan amar
maaruf nahi munkarterhadap orang ramai.bagaimana?Melalui lirik-lirik
nasyid,kita dapat menghubungkaitkannya dengan suatu permasalahan yang
berlaku dalam kalangan masyarakat.melalui agen pencegahan kemungkaran

seperti nasyid ini juga,kita sebenarnya telah menggunakan cara yang halus
dan mencegah sesuatu kemungkaran dengan mulut iaitu tingakatan kaedah
pencegah kemungkaran yang kedua,dengan cara memberikan nasihat dan
teguran kepada pelaku kemungkaran tersebut.kaedah mencegah
kemungkaran yang pertama adalah dengan menggunakan tangan yakni
dengan menggunakan kuasa yang ada pada diri kita.kuasa yang saya
maksudkan disini adalah pangkat ataupun yang seumpama dengannya yang
ada pada diri kita tidak kira pangkat sebagai pihak berkuasa ataupun lainlain.dan cara mencegah kemungkaran yang ketiga pula adalah dengab
menggunakan hati,yakni membenci perbuatan kemungkaran tersebut dan
mendoakan kepada pelaku kemungkaran tersebut agar mendapat hidayah
allah dan bertaubat dengan sebenar taubat iaitu taubat nasuha.cara
mencegah kemungkaran yang ketiga ini adalah selemah-lemah
iman.berdasarkan kepada maksud hadis.
Jika kita renungi perkembangan hiburan nasyid khususnya di
nusantara,sebenarnya industry nasyid ini telahpun mengalami peningkatan
perkembangan yang baik.dari pada sekolah menengah dan sekolah
rendah,nasyid kini telah dan masih diminati.sebagaimana situasi yang
berlaku dinegara indonesia,sekolah islam di sana bersatu dan rata-rata
setiap sekolah di luar bandar memiliki sekurang-kurangnya sebuah kumpulan
nasyid.inikan pula di bandar-bandar yang besar situasi ini sangat
ketara.terdapat lebih kurang 1500 kumpulan nasyid di seluruh
indonesia.namun, hanya segelintir sahaja bilangan kumpulan nasyid yang
berjaya membawa kumpulan nasyid mereka ke peringkat negara.walhal di
indonesia,ragam nasyidnya cukup mantap bermula dari jenis
perjuangan,fesyen dan banyak lagi tidak seperti di negara nusantara yang
lain.
Bagi kumpulan nasyid di malaysia pula,situasi hampir sama.bermula
pada tahun 80-an,rtm turut mula menganjurkan pertandingan festival nasyid
peringkat kebangsaan buat pertama kalinya.sehinggalah tahun1991,barulah
festival nasyid kebangsaan ini telah diuruseliakan oleh jakim iaitu jabatan
agama kebajikan islam malaysia yang dulunya dikenali dengan bahagian halehwal(bhaeis) jabatan perdana menteri.sehingga tahun 2006 sahaja,pihak
jakim telahpun menguruseliakan sebanyak 17 kali festival nasyid
kebangsaan disamping menguruskan festival nasyid peringkat mabims,iaitu
peringkat asean.bagi sekolah rendah dan menengah pula telah diwujudkan
suatu pertandingan nasyid dibawah kpm,iaitu kementerian pelajaran
malaysia dimana pertandingan nasyid ini telah dimasukkan ke dalam majlis
tilawah al-quran.

Terdapat berberapa faktor yang telah digariskan oleh alamsyah


agus,yang merupakan ketua umum asosiasi nasyid nusantara mengenai
punca industry nasyid ini sukar untuk menembusi peringkat yang lebih tinggi
sedikit masa lalu:
Pertama;
Kemampuan bernasyid dalam kumpulan nasyid yang masih dikira
rendah.pasukan kumpulan nasyid telah diberi semangat yang berapi-api
namun mereka tidak mengetahui latar belakang pemahaman bermuzik dan
bernasyid yang sebetulnya.penasyid hanya memikirkan memadailah bunyi
nasyid itu cantik walhal cara pelaksanaannya adalah salah.sebagai
contoh,cara penghasilan bunyi vocal,tingkatan suara dan banyak
lagi.sebenarnya semua ini memberi pengaruh terhadap hasil nyanyian
nasyid.kesannya, hanya sedikit sahaja kumpulan nasyid yang dapat
menembusi tahap yang lebih baik.
Kedua;
Terdapat banyak kumpulan nasyid yang tidak memahami maksud
dan definisi nasyid yang sebenar sehingga mereka hanya terikut-ikutan
terhadap kumpulan nasyid yang lain tanpa memiliki konsep yang jelas
mengenai perwatakan nasyid yang disampaikan.nasyid ini bukan sekadar
seni islam,tetapi ia adalah (senandung) yang menggerakkan orang yang
melantunkannya serta orang yang mendengarnya.nasyid bukan hanya
sekadar bagaimana cara kita membawanya,tetapi bagaimana kita
mengamalkan kandungan yang terdapat dalam bait-bait nasyid itu
sendiri.nasyid yang sejati adalah nasyid yang mengajak orang ramai untuk
berbuat kebaikan dan menjauhi keburukkan senagaimana seorang pendai
berceramah,ceramah itu akan menjadi lebih bermakna dan bermanfaat
apabila dai itu sendiri yang mendahulukan perilaku baik tersebut dengan
melakukannya dan mencontohkan semua tauladan dalam kehidupan
seharian.tuntasnya,menyatakan nasyid sebaiknya sejalan dengan
berpegangnya kita dengan agama islam.seorang penasyid adalah seorang
pendai dalam cara yang berbeza.
Ketiga;
Kefahaman yang kurang mencukupi daripada kebanyakan kumpulan
nasyid dalam menampilkan nasyid di tengah-tengah masyarakat.keadaan ini
menyebabkan nasyid yang disampaikan tidak maencapai sasaran yang
dikehendaki.sebagai seni islam,nasyid bukan hanya dibawakan dalam

suasana,situasi dan keadaan yang umum sahaja,bahkan nasyid sebenarnya


adalah (senandung) yang berlaku dalam semua peluang umum dan
khusus,ketika menayangkannya perlu berdasarkan kepada nilai etika islam
dalam pergaulan,etika islam dalamberpakaian dan etika islam dalam
berekspresi.oleh sebab itu,tidah boleh bagi sesebuah kumpulan nasyid
mempersembahkan nasyid mereka dalam suatu majlis yang batil dari sisi
syarak seperti penonton yang sedang mabuk ,pergaulan yang bercampur
baur antara lelaki dan perempuan yang memakai pakaian yang tidak islami.
Keempat;
Persediaan kumpulan nasyid yang memang belum memuaskan untuk
diketengahkan dalam masyarakat.
Kelima;
Pengurus nasyid cenderung tidak ekspresif dan asertif. Peminat
sesebuah kumpulan nasyid sering merasa cukup puas apabila kumpulan
nasyid kesukaan mereka tampil di kaca televisyen dan dalam suatu
program. Mereka tidak mencuba untuk mendorong pasukan-pasukan nasyid
masuk kedalam acara-acara di stesyen televisyen, walaupun ditayangkan
dalam stesyen televisyen tertentu atau memberi informasi kepada pengurus
pasukan nasyid agar mereka dapat akses untuk menembusi stesyen
teleyisyen nasional. Belajar daripada penggiat seni dangdut contohnya id
indonesia, mereka berjaya menggabungkan seluruh elemen dalam industri
musik dangdut: penyanyi, pengurus, peminat, produser, distributor, event
organizer, bahkan masyarakat penggemar dangdut untuk saling bantu
membantu meningkatkan citra muzik ini, sehingga ke hari ini dangdut dapat
diterima di tengah-tengah masyarakat.
Nasyid adalah untuk hiburan dan medium dakwah
Oleh yang demikian ,apa yang dapat saya simpulkan disini adalah
sebenarnya objektif nasyid ini adalah untuk berdakwah disamping sebagai
satu hiburan yang baik dan membina kepada pendengarnya mahupun
penyayinya serta semua pihak yang terlibat didalam menjayaakan sesuatu
aktiviti nasyid bermula daripada penghasilan lirik sesebuah nasyid hinggalah
kepada penerima hasil halwa telinga dondangan masyid itu sendiri.kita
dapati bahawa kini, penerimaan industri nasyid dalam kalangan masyarakat
nusantara tidak kira di Malaysia,Indonesia,brunei dan sekitarnya adalah
amat menggalakkan lebih-lebih lagi terdapat artis nasyid yang bukan berasal
daripada nusantara juga turut mengembangkan industry nasyid ini dalam

genre yang berbeza seperti popnasyid dan sebagainyakini banyak lagu dan
lirik nasyid yang telah wujud daripada pelbagai bahasa dan bangsa seperti
bahasa melayu,Indonesia,china,bahasa arab dan bahasa inggeris .
Sebelum wujudnya nasyid kontemporari,penerimaan masyarakat terhadap
industri nasyid adalah kurang berbanding selepas wujudnya nasyid
kontemporari dan hanya lebih tertumpu kepada program-program yang kecil
sahaja.walaupun tidak disangkal penerimaan nasyid dalam kalangan
masyarakat pada hari kebudayaan islam adalah menggalakan sedikit masa
lalu, namun pada masa kini aktiviti sebegitu mendapat sambutan tidak kira
pada majlis hari kebesaran islam ataupun pada waktu selain hari majlis hari
kebesaran islam.oleh itu,maka ambillah iktibar dan marilah kita bersamasama membuka lembaran baru bagi menyampaikan risalah-risalah islam
tidak kira melalui cara apasekalipun asalkan ianya tidak melanggar batasan
syarak dan adab islam.

Anda mungkin juga menyukai