Anda di halaman 1dari 79

PKB 3103 PENGURUSAN

TINGKAH LAKU

TAJUK
1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep
pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku,
kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan
tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas .
HASIL PEMBELAJARAN

i.

Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah laku secara


mendalam.

ii.

Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah laku dan


menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran serta

iii.

Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku kepada


murid-murid berkeperluan khas.

Kerangka Konsep Tajuk


1

2JAM

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

1.1Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku


Pengurusan Tingkah laku
Pengubahsuaian Tingkah laku

1.2Konsep pengurusan tingkah laku


1.2.1Perspektif sejarah
1.2.2Perkembangan masa kini

Pengenalan Kepada Pengurusan Tingkah Laku

1.3Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku


1.3.1Keturunan
1.3.2Persekitaran
1.3.3Pemakanan

1.4Kesan salah laku terhadap pembelajaran


1.4.1Masalah disiplin
1.4.2Keciciran
1.4.3Gejala sosial

1.5.Kepentingan pengurusan tingkah laku di


kalangan murid-murid berkeperluan khas
Pengurusan diri
Pendtdikan
Sosialisasi

1.1

Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku


2

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

Sebelum seseorang boleh memahami maksud pengurusan tingkah laku, ia


perlu memahami erti tingkah laku. Apakah yang dimaksudkan dengan
tingkah laku?
1.1.1 Definisi Tingkah Laku
Pelbagai definisi Tingkah Laku telah diutarakan. Pada asasnya tingkah
laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada
keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yg
boleh diperhati, diukur & dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968)
.
Orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Pada
umumnya

ada

berbagai-bagai

perkataan

digunakan

untuk

menggambarkan tingkah laku aktiviti, aksi, perubatan, bergerak


balas, dan reaksi (Martin & Pear, 1996). Mengikut Miltenberger (2001),
terdapat beberapa ciri-ciri mengenai tingkah laku:

apa yang seseorang cakapkan


dan katakan

ada satu atau lebih dimensi


yang boleh diukur

boleh diperhati, diterangkan

member kesan kepada


persekitaran

dipengaruhi oleh peristiwa


dalam persekitaran

mungkin overt atau covert

Ini bermaksud Tingkah laku ada berbagai ragam dan berbagai laku.
(Kamus Dewan, 1979). Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya ada
dua jenis tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku overt adalah tingkah
3

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang. Manakala tingkah laku
covert merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain
(Bear, Wolf and Risley, 1968).

1.1.2 Definisi Pengubahsuaian Tingkah Laku


Apa pula maksud Pengurusan Tingkah Laku? Pengurusan tingkah laku
adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara
analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku social yang positif
bagi seorang individu
Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana
pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan
semasa proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Zirpoli dan Melloy
(1993) memberikan empat perkara yagn perlu dilakukan oleh pelaksana,
iaitu:
a) Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa;
b) Kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;
c) Tentukan objektif tingkah laku baru; dan
d) Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku
semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang
telah dikenal pasti.
1.2

Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara


berikut;

perancangan yang rapi

tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku

teknik intervensi yang berkesan

penialian secara objektif

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas
sebelum program pengurusan tingkahlaku dilaksanakan, iaitu;

Setiap murid adalah unik

Tiada satu cara berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid

Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan


keperluan dan kehendak murid.

Ini adalah disebabkan bahawa

aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling berkait.


1.2.1 Perspektif Sejarah
Pada peringkat awal, para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku
individu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik,
kandungan kimia dalam badan dan pengalaman singkat tentang sesuatu
yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.
Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku
menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum
atau

selepas

sesuatu

peristiwa

merangsang

seseorang

individu

mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya, hasil


kajian

saintifik

pengurusan

tingkah

laku

mencadangkan

bahawa

Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari.


Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh dipelajari pada bilabila masa.

Malah, tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka

merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang baru
yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan
teliti, sesuai dan sistematik.

1.2.2 Perkembangan Masa Kini

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Kajian

terkini

yang

dijalankan

terhadap

'challenging

behaviour' menunjukkan bahawa tingkah laku yang mencabar


mempunyai fungsi dan berbentuk komunikatif.

Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu


menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem
komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya dari sudut
bentuk & kefungsiannya. Pendapat ini memberi implikasi kepada
pengurusan dan pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging
behaviour).

Terdapat empat fungsi utama komunikasi tingkah laku mencabar.

A. Pengelakan (avoidance)
B. Perhatian (Attention seeking)
C. Tingkah laku 'saya mahu' ('I want behaviour) dan
D. Rangsangan Diri (Self-stimulation)

1.3

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah laku

1.3.1 Keturunan
Faktor Psikologi Individu yang mengalami tingkah laku obsesif dan
tingkah laku ayng sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan
tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan
tingkah laku itu diganggu atau dihalang. la dikaitkan dengan tingkah laku
yang berbentuk ritualistik dan obsessif.
a. Ketakutan dan Phobia - Phobia ialah ketakutan terhadap
sesuatu yang melampau batas dan membahayakan nyawa.
Conthonya seseorang yang takutkan anjing sanggup berlari
melintas jalan tanpa memikirkan keselamatan diri.
b. Perhatian Pada hakikatnya, apa sahaja perhatian yang
diberikan kapada kanak-kanak (samada negatif/positif) adalah
6

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
lebih baik daripada tiada perhatian langsung. Walau begini,
perhatian yang terlampau daripada seseorang yang signifikan
mungkin adalah faktor utama penyebab berlakunya tingkah
laku mencabar. Mengalih perhatian seseorang yang signifikan
adalah rangsangan yang paling berkesan untuk kanak-kanak
'misbehave' bagi mendapat perhatian walaupun perhatian yang
diberikan adalah dalam bentuk teguran (reprimand).
c. Peneguhan - Peneguhan yang tidak bersesuaian boleh

meningkatkankan lagi tingkah laku yang mencabar. Conthonya


seorang murid yang tidak mendapat perhatian guru akan
berpura-pura sakit dan memaksa dirinya untuk muntah untuk
mendapat perhatian.

Sikap guru yang memberi peneguhan

positif/perhatian apabila murid sakit ini akan menyebabkan


murid ini akan sentiasa berpura-pura sakit untuk mendapat
perhatian. Begitu juga dengan penggunaan 'time-out yang tidak
bersesuaian akan menggalakkan lagi tingkah laku yang mencabar.

d. Ketakutan - Menghadapi situasi/ objek yang menakutkan boleh


menyebabkan berlaku tingkah laku agresif, mencederakan
diri/tidak mengikut arahan. Bagaimanapun biasanya ketakutan
itu sukar dipastikan kerana ia berbentuk 'idiosyncratic dan
tingkah laku yang dipamerkan kelihatan seperti orang hilang
akal (crazy) & tiada kaitan dengan keadaan luaran.
1.3.2 Persekitaran
Stimulasi yang berlebihan dari sekeliling juga mungkin menjadi satu
masalah kepada tingkah laku seseorang. Jika persekitaran (Setting) itu
terlalu sibuk, bising, sesak dan ada murid lain 'misbehave' serta
menghasilkan tahap stimulasinya yang tinggi, murid berkenaan akan
hilang kawalan dan bertindak untuk melepaskan diri dari situasi yang tidak
menyenangkan. Di antara faktor-faktor persekitaran spesifik adalah:
7

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
a. Penyelesaikan Tugasan (Task Difficulty) - Ada perkaitan
yang jelas di antara masalah sukar menyiapkan tugasan,
membuat kesilapan dan kegagalan dalam sesuatu dengan
masalah tingkah laku yang mencabar.

Kajian menunjukkan

bahawa tingkah laku agresif seperti mencederakan diri sendiri,


agresif dan tidak mematuhi arahan ada berkaitan dengan
masalah menyelesaikan tugasan.
b. Rutin - Perubahan dalam rutin harian - akan menyebabkan
berlaku 'tantrums'.

Guru perlu pandai membuat ramalan

tentang apa yang akan berlaku kerana tanpa komunikasi dan


penjadualan aktiviti yang berstruktur perubahan dalam aktiviti
yang diminati murid akan menyebabkan kekecewaan yang
amat sangat.
c. Komunikasi dengan kanak-kanak - salah satu daripada
punca kekecewaan ialah apabila tidak memahamai arahan
orang lain. Adalah penting memastikan bahawa seseorang itu
faham apa yang akan berlaku. Ini boleh dilakukan dengan
kaedah komunikasi seperti pertuturan, isyarat, compiks atau
demonstrasi.

Komunikasi yang jelas disertai dengan nada

yang positif adalah penting untuk menghalang tingkah laku


mencabar.
d. Kekecewaan - Dalam banyak situasi percubaan menyiapkan
tugasan yang sukar, boleh mengakibatkan rasa kecewa. Dalam
keadaan begini, perkara yang dianggap remeh yang mungkin
berlaku di masa akan datang mungkin menimbulkan tingkah
laku yang diluar jangkaan. Terhalang daripada melakukan atau
mendapatkan sesuatu adalah satu kekecewaan yang amat
besar. Perkara yang mudah seperti menunggu untuk sesuatu
aktiviti

yang

diminati

dijalankan

boleh

terutama sekali apabila tiada rutin yang jelas.


8

mengecewakan,

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
e. Tindakbalas pro negatif - Banyak kajian yang telah dijalankan
menunjukkan bahawa kebanyakan ibubapa, guru, kakitangan
sekolah & orang dewasa yang lain memberi lebih perhatian
kepada tingkah laku negatif dan kurang kepadat tingkah laku
positif.

Ini

boleh

mengakibatkan

seseorang

itu

lebih

mempelajari tingkah laku yang tidak sesuai dan kurang


mempelajari tingkah laku sebaliknya dalam usaha mendapat
perhatian.
f. Ketidak Konsistan - Orang dewasa seringkali tidak konsisten
dalam memberi tindakbalas terhadap tingkah laku yang tidak
sesuai.

Kadang-kadang 2 orang dewasa gagal untuk

bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam tindakbalas


yang sepatutnya
mencabar.

diberikan terhadap tingkah laku yang

Ini menyebabkan kanak-kanak keliru dengan

arahan yang berbeza daripada dua orang dewasa yang


berlainan.
g. Provokasi Ejekan, campurtangan dari orang lain mungkin
adalah pencetus kepada tingkah laku mencabar. Ada yang
bertindakbalas secara agresif, ada yang bertindak dengan
mencederakan

diri

sendiri

dll.

Walaubagaimana

pun,

adakalanya orang dewasa perlu melakukan provokasi untuk


mendapat hasil yang positif.
h. 'Limit Testing' - Seseorang murid mungkin akan mengulangi
tingkah

laku

tingkah

laku

yang

terdahulu

untuk

menguasai/mengawal keadaan. Biasanya jika tiada/kurang


komunikasi di antara guru & ibubapa / 'teamwork,' individu itu
akan terus mencuba sehingga berjaya mengawal keadaan.
Limit Testing sering berlaku di situasi baru atau dengan guru
baru.

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
i. 'Stress Relief - Jika seseorang itu terlalu gembira atau
'anxious'

dia

mungkin

mengurangkan

rasa

perlu
'stress'

melakukan
dan

untuk

sesuatu

untuk

mendapatkan

keselesaan. Tingkah laku yang berbentuk stimulasi diri seperti


'flapping' 'rocking' boleh menenangkan individu itu.
j. 'Demands - Kehendak/keperluan yang ditujukan kepada
individu boleh menyebabkan kekecewaan, kemarahan atau
kebosanan.

Ini disebabkan demands itu mungkin akan

mengakibatkan kegagalan dan reprimands atau memerlukan


pembetulan yang tidak disukai.
k. 'Behavioural Expectations'

- la berkaitan dengan penjaga

kanak-kanak yang memberi pelbagai alasan terhadap tingkah


laku kanak-kanak dan tidak mempedulikan tingkah laku
tersebut kerana menganggapnya adalah sebahagian dari ciriciri kanak-kanak itu dan tidak boleh diubah. Untuk mengatasi
masalah ini penjaga perlu kerap bersama kanak-kanak di
tempat

awam

supaya

lebih

sensitif

kepada

tatacara

berkelakuan dalam masyarakat.


Tindakbalas individu adalah berbeza. Ada yang sensitif dan ada yang
menganggap teguran sebagai peneguh kerana mendapat perhatian.
Terdapat juga yang bertindakbalas secara negatif terhadap kegagalan dan
teguran walaupun ia ditujukan kepada orang lain. Cara atau teknik
bagaimana pembetulan dilakukan, menentukan samada seseorang itu
boleh menerimanya atau tidak.
1.3.3 Pemakanan
Perubatan dan Rawatan - Kesakitan dan kesedihan yang dikaitkan
dengan rawatan perubatan yang diterima boleh.menjadikan seseorang
itu tidak selesa dan kemungkinan berkelakuan tidak sesuai. Mereka
yang menghadapi masalah perkembangan tidak dapat menyatakan
10

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
dan memahami keadaan yang dialami. Contoh-contoh faktor perubatan
yang mempengaruhi tingkah laku ialah :
a) Kesakitan yang dikaitkan dengan sembelit, haid, migraine,
alahan dll.
b) Sakit kepala akibat dari keadaan penglihatan
c) Pengaruh hormon - 'pre-menstrual', memasuki alam remaja, dll.
d) Faktor neurology - ada juga masalah sawan yang dikaitkan
dengan tingkah laku agresif
e) Ketagihan
f) Sensitif terhadap jenis makanan dan bahan kimia
g) Kurang daya tumpuan untuk belajar. Akibat - rasa kecewa dan
berkelakuan agresif
h) Ketidakselesaan kerana lapar, dahaga atau diet yang tidak
seimbang, dll,
i) Ezcema/Iain-lain

masalah

penyakit

kulit

menyebabkan tingkah laku mencederakan diri.

FAKTOR-FAKTOR MENGATASI MASALAH SALAH LAKU


11

yang

boleh

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
a) Berpindah dari institusi ke dalam masyarakat dengan bantuan
yang bersesuaian kadang-kadang membawa perubahan yang
positif dalam tingkah laku dan kemahiran.
b) Meningkatkan ruang untuk pergerakan fizikal boleh secara
langsung mengurangkan tingkah laku yang agresif
c) Menukarkan jumlah dan jenis makanan atau minuman boleh
membantu mengurangkan tabiat suka merenung atau muntah.
d) Mengkayakan persekitaran dengan orang dan objek yang
bersifat manipulatif boleh mengurangkan tingkah laku yang
stereotaip
e) Susun atur perabot dan mengurangkan masalah ruang sekatan
di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku yang
berlaku akibat dari gangguan, ejekan atau dorongan rakanrakan .
f) Mengurangkan 'stress' akibat dari bunyi bising, cuaca yang
terlalu panas atau terlalu sejuk mungkin membantu kanak-kanak
autism yang sensitif dan takut.
g) Dengan menggunakan taktik psikologi dapat mengurangkan
rasa kebimbangan dan ketakutan terhadap sesuatu buat
sementara waktu. Jika tingkah laku ini diberhentikan rasa
kebimbangan dan ketakutan akan berulang semula.
h) Kemahiran sosial dan komunikasi - Dengan kemahiran ini
seseorang itu boleh bertindakbalas dengan cara yang selamat
terhadap masalah persekitaran dan tekanan yang terhasil akibat
darinya. Tanpa kemahiran-kemahiran ini murid-murid akan
menggunakan tingkah laku yang agresif untuk mengatasi
tekanan yang dihadapi. Terdapat bukti yang menunjukkan
12

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
bahawa lebih ramai murid-murid yang tiada kemahiran ini
berkelakuan agresif berbanding dengan murid-murid yang ada
kemahirsn sosial dan komunikasi
i)

Aktiviti dan Tahap Stimulasi - Tambah aktiviti yang


berbentuk konstruktif akan meningkatkan tingkah laku yang
sesuai.

la bukanlah sekadar menyediakan aktiviti dan alatan

sahaja tetapi juga mengajar semua kemahiran yang diperlukan


untuk menjalankan aktiviti tersebut.
1.4

Kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran

Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas,


antaranya adalah:
1.4.1 Masalah Disiplin - Mengganggu perjalanan pengajaran dan
pembelajaran. Tingkah laku agresif, hiperaktif, dan disruptif
sangat mengganggu perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
1.4.2 Keciciran - Murid tidak memberi tumpuan terhadap
pengajaran guru. Tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan
menyebabkan pelajar tidak memberi tidak berminat terhadap
pengajaran guru dan seterusnya menjejas pencapaiannya.
Lama kelamaan akan ponteng sekolah dan akibatnya
keciciran dari bangku sekolah.
1.4.3 Gejala Sosial Seseorang pemuda yang masuk bangku
sosial terlalu awal mungkin akan memperolehi gejala sosial
yang kurang baik dengan senang sebab pengaruh negatif dari
dunia sana. Akibatnya, pusingan masalah masyarakat akan
terus berlanjutan dengan kesan yang menghalang
pembangunan negara.

1.5

Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku

13

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
1.5.1 Pengurusan Diri - Bertindak balas kepada kehendak semula
jadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan
1.5.2 Pendidikan

Membolehkan

murid-murid

mengikuti

pengajaran dan pembelajaran.


1.5.3 Sosialisasi - Mengurangkan kemungkinan kanak-kanak
memperlihatkan tingkah laku kurang baik dalam usaha
mendapatkan perhatian.

Kesimpulan
Terdapat

persamaan

yang

nyata

di

antara

definisi-definisi

yang

dikemukakan. Secara umum, pengurusan tingkah laku sebenarnya lebih


merupakan rasional dan metodologi daripada satu set prosedur khusus
yang berasas kepada data khusus. Teknik-teknik pengurusan tingkah laku
senarai di atas merupakan pelaksanakan prosedur yang telah diuji (dan
diterima) dengan tujuan untuk mengubah sesuatu tingkah laku.
Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada
masalah pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak.

14

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Latihan

Untuk

menguji

kefahaman

konsep-konsep,

isu-isu

penting dengan membuat ulasan. Hubung kaitkan faktor-faktor yang


mempengaruhi tingkah laku manusia dengan masalah tingkah laku muridmurid bermasalah pembelajaran. Sediakan senarai semak faktor-faktor
yang

mempengaruhi

tingkah

laku

murid-murid

berkeperluan

khas.Dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber dan sila


layari laman web yang berkaitan

Syabas dan Tahniah!


Anda telah mengikuti tajuk satu dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan
diperkenalkan dengan tajuk dua dan seterusnya.
Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.

15

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

TAJUK
2

TEORI DAN MODEL TINGKAH LAKU

2JAM

Sinopsis
Tajuk ini merupakan tajuk 2 daripada profoma kursus. Ia memberi
pengetahuan asas tentang teori dan model

tingkah laku manusia.

Bahagian pertama membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan


dengan tingkah laku manusia seperti Teori Pelaziman Operan dan Teori
Pembelajaran Sosial. Bahagian kedua pula memberi pendedahan kepada
empat model

tingkah laku

iaitu Model Psikodinamik, Model Biofizikal,

Model Persekitaran dan Model Tingkah laku atau Model Behavioral.


Hasil Pembelajaran
i.

Memahami teori tingkah laku Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran


Sosial

ii.

Mengenal pasti empat model tingkah laku manusia

iii.

Menjelaskan secara umum ciri-ciri setiap model tingkah laku manusia

Kerangka Konsep Tajuk

Teori Dan Model Tingkah


Laku

2.1 Teori Tingkah Laku

2.2.

2.1.1 Teori Pelaziman Operan


2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial

16

Model model Tingkah Laku


2.2.1
2.2.2
2.2.3
2.2.4

Model Psikodinamik
Model Biofizikal
Model Persekitaran
Model Tingkah laku

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
2.1

Teori Tingkah laku

Dalam tajuk 1 anda telah diperkenalkan dengan maksud, definisi dan


konsep pengurusan tingkah laku.

Tahukah anda bahawa konsep dan

cara-cara pengurusan tingkah laku ini adalah didasarkan daripada teoriteori tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli behavioris seperti
Skinner, Pavlov dan Bandura.
2.1.1 Teori Pelaziman Operan
Apakah itu Pelaziman Operant?
Teori Pelaziman Operant ini dipelopori oleh Edward Thorndike dan
Skinner (Walker& Shea, 1995). Pelaziman Operant ialah satu proses
pembelajaran di mana kemungkinan sesuatu gerak balas berlaku
ditingkatkan atau dikurangkan bergantung kepada peneguhan atau
hukuman. Thorndike menghasilkan prinsip ' the law of effect '. la
bermaksud, tingkah laku dibentuk oleh konsekuens atau akibat sesuatu
peneguhan. Jika konsekuensnya memuaskan maka tingkah laku itu akan
menjadi kukuh pada masa hadapan. Jika konsekuensnya tidak memuaskan
maka tingkah laku itu akan menjadi semakin lemah.

Thorndike

menganggap prinsip ' the law of effect 'sebagai prinsip utama pengajaran
dan pembelajaran. Untuk membantu anda, cuba lihat jadual yang
dipaparkan seterusnya.

17

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Pelaziman

Konsekuens sesuatu tingkah laku

Operant

cenderung untuk mengubahsuai


tingkah laku tersebut di masa hadapan.
Tingkah laku yang dikukuhkan cenderung
untuk dilakukan lagi. Tingkah laku yang
tidak diberi perhatian atau dihukum
kurang berkemungkinan untuk dilakukan lagi.

Peneguh

Apa juga yang mengukuhkan satu


gerak balas atau meningkatkan
sesuatu tingkah laku kemungkinan
ia akan berlaku lagi.

Pembentukan

Secara berperingkat membentuk


satu tingkah laku yang dikehendaki
dengan meneguhkan gerak balas
yang semakin hampir menjadi
tingkah laku yang dikehendaki tersebut.

Successive

Satu siri langkah latihan yang

Approximations

berperingkat dengan setiap langkah


semakin menyerupai gerak
balas yang dikehendaki.

Jadual 2.1: Sumber: Hamilton, K.R (2001)

18

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Bagaimana hendak menghasilkan gerak balas secara pelaziman
operant? Tiga perkara perlu kita laksanakan:
a)

Tingkatkan motivasi klien kita.

b)

Kurangkan peluang untuk gerak balas yang tidak


relevan.
Guna successive approximations dalam latihan

c)

pengubahsuaian tingkah laku.


Guru mestilah selalu memotivasikan murid dengan memberi kata
perangsang, pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya. Kita juga mesti
mengguna pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Guru boleh bercerita,
menyanyi, menunjukkan tayangan video, berlakon, bermain dan
sebagainya seperti perlu pastikan objek dan keadaan persekitaran
yang boleh mengganggu pembelajaran dikurangkan atau lebih baik
dihapuskan.

Ini

semua

perlu

perancangan

pengajaran

dan

pembelajaran yang teliti. la perlu dilakukan secara berperingkatperingkat sehinggalah tercapai matalamat pengurusan tingkah laku.
2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial
Siapakah pelopor teori ini?
Albert Bandura.
Apakah narna lain bagi teori ini?
Pembelajaran Melalui Pemerhatian (Observationa llearning).

Apakah idea utama teori ini?


Belajar Menerusi Peniruan. Belajar dengan memerhati tingkah laku
orang lain dan konsekuens tingkah lakunya.
Adakah terdapat istilah lain yang mesti diketahui?
Ya, tunjuk cara dan model. Tunjuk cara ialah nama lain bagi
Pembelajaran Melalui Pemerhatian yang menunjuk cara satu
19

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
tingkah laku atau menjadi contoh dalam Pembelajaran Melalui
Pemerhatian.
Banyak perkara yang kita pelajari di dunia diperolehi menerusi
peniruan. Proses pemerolehan ini berlaku menerusi pemerhatian
tanpa melakukan tingkah laku tersebut dan tanpa peneguhan
luaran.

Tingkah

laku

dibuat

kemudiannya

mungkin

akan

memerlukan peneguhan. Contohnya dalam sukan Pendidikan Khas


pemain bola sepak mungkin bertingkah laku kasar kerana mereka
telah memerhati tingkah laku yang sama dan membuat peniruan
seterusnya menjadi tingkah laku mereka juga.

a)

Perhatian - Nilai rangsangan dalam model yang


digunakan perlu baik, menarik, pada tahap
pembelajaran yang bersesuaian bagi menarik dan
meneruskan penumpuan perhatian, dan mempunyai
nilai kepada pelajar.

b)

Penyimpanan - Untuk disimpan dalam ingatan, tingkah laku


yang hendak ditiru perlu dikodkan secara simbolik sebagai
imej atau perkataan dalam minda kita. Oleh itu, ia perlu
tersusun dan diulang-ulangkan.

c)

Penghasilan semula - Pelajar perlu mempunyai komponen


gerak balas iaitu satu siri pergerakan yang tersedia ada.
Pelajar itu juga perlu ada keupayaan melakukan gerak balas
tersebut. Sebagai contoh, dalam proses belajar melukis, murid
memerlukan kemahiran motor kasar, motor halus, mengenal
warna dan alat lukisan sebagi komponennya. Pelajar juga
perlu mempunyai keupayaan memantau prestasi sendiri dan
menggunakan maklum balas.

20

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
d)

Motivasi

- Tingkah laku bergantung kepada motivasi yang

diberikan. la berhubung kait dengan orang yang memberi


motivasi dan sumber peneguhannya.
2.2

Model-model Tingkah laku

Tahukah anda bahawa setiap perlakuan manusia dipengaruhi oleh empat


model tingkah laku.
Apakah yang dimaksudkan dengan model tingkah laku? Teliti dan fahami
jenis-jenis model tingkah laku berikut:

2.2.1 Model Psikodinamik


Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia
daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan
secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif
psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanakkanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual
(oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).

2.2.2 Model Biofizikal


Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah
secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal,
kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.

2.2.3 Model Persekitaran


Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada
masa kini sangat ketara.
menekankan

bahawa

Ahli-ahli mazhab persekitaran ini

mengasingkan

kanak-kanak

daripada

persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu


boleh mengelakkan fenomena tingkah laku negatif berlaku.
21

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

2.2.4 Model Behavioral


Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam
persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan

oleh

faktor-faktor luaran di sekelilingnya.

Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model


Apakah strategi yang

sesuai digunakan oleh guru untuk menangani

tingkah laku mengikut model seperti yang dinyatakan?


pengurusan

tingkah

laku

juga

dilaksanakan

berasaskan

Strategi
model

pengurusan tingkah laku iaitu biofizikal, psikodinamik, behavioral, dan


persekitaran.
a) Biofizikal - Model biofizikal melibatkan strategi penjagaan sebelum
dan selepas lahir, pemakanan, perubatan, nutrisi, dan sebagainya.
Strategi ini menekankan peranan guru dalam intervensi biofizikal
tersebut.
b) Psikodinamik - Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model
psikodinamik melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan
terapi realiti, teknik media ekspresif seperti lakonan bebas, puppet,
main peranan, pergerakan kreatif,

tarian, dan aktiviti fizikal.

Manakala teknik pengaruh tingkah laku adalah seperti

tidak

mengendahkan sesuatu tingkah laku yang dibuat secara terancang


(planned ignore), mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan
sebagainya.
c) Behavioral

Pengurusan

tingkah

laku

berasaskan

model

behavioral berteraskan teori-teori tingkah laku yang melibatkan


rangsangan, ganjaran dan sebagainya.
22

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
d) Persekitaran - Intervensi tingkah laku berasaskan model
persekitaran termasuklah strategi yang berpusatkan kanak-kanak,
berpusatkan persekitaran, berpusatkan kanak-kanak dan
persekitaran dan interface-centered.

Latihan 2. Untuk menguji kefahaman konsep dengan membuat


ulasan.
Dengan sokongan pengurusan grafik, banding

Bezakan penekanan

yang diberikan oleh model- model pengurusan Tingkah laku di atas.


Layari laman web untuk mendapatkan maklumat.

Sekarang anda boleh berehat sekejap sambil menikmati secawan


kopi.

TAJUK 3

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH 2 JAM

23

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Sinopsis
Tajuk ini merupakan tajuk 3 daripada profoma kursus. Ia memberi
pengetahuan asas tentang jenis-jenis tingkah laku bermasalah
dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

Jenis-jenis

tingkah laku yang akan dibincangkan ialah jenis-jenis tingkah laku


positif seperti cepat belajar, suka mencuba, perasaan ingin tahu,
suka bertanya, melibatkan diri dalam aktiviti dan lain-lain. Jenisjenis tingkah laku negatif juga dibincangkan seperti agresif,
disruptif,
compliance

distruktif,
dan

temper

lain-lain

lagi.

problems,

withdrawal,

Peserta-peserta

non-

kursus

juga

didedahkan dengan penyelidikan mengenai tingkah laku yang


bercorak Cross-sectional research dan Longitudinal research .
Hasil Pembelajaran
1 Menghuraikan jenis-jenis tingkah laku dalam kalangan
kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
2.

Mengenalpasti punca-punca berlakunya masalah tingkah laku


negatif.
3. Membezakan penyelidikan tingkah laku jenis longitudinal

research dan cross-sectional research.

Kerangka Konsep Tajuk


Jenis-jenis
24 Tingkah laku
Bermasalah

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

3.1 Tingkah laku


Positif

3.2 Tingkah laku


Negatif

3.1.1 Cepat
belajar
3.1.2 Suka
mencuba
3.1.3 Ingin tahu
3.1.4 Suka
bertanya
3.1.5 Melibatkan
diri dalam
aktiviti
3.1.6 Tekun

3.2.1
3.2.2
3.2.3
3.2.4
3.2.5
3.2.6

Hiperaktif
Destruktif
Disruptif
Agresif
Temper tantrums
Separation
problems
3.2.7 Overdependency
3.2.8 Withdrawal
3.2.9 Noncompliance

25

3.3 Penyelidikan
Mengenai Tingkah
Laku
3.3.1

Crosssectional
research

3.3.2

Longitudinal
research

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

3.1

Tingkah laku Positif


Pengenalan
Ramai guru yang merungut dan mengeluh tentang masalah
tingkah

laku

dalam

kalangan

kanak-kanak

bermasalah

pembelajaran. Namun guru juga perlu sedar bahawa terdapat


juga tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.
Tingkah laku positif ini perlu diberi pengiktirafan dan perhatian
oleh

guru

supaya

tingkah

laku

ini

dapat

ditingkat

dan

dikekalkan. Aspek ini seringkali diabaikan oleh guru kerana


guru lebih cenderung memberi perhatian yang lebih kepada
tingkah laku negatif.
Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang ditunjukkan
oleh

kanak-kanak

tetapi

tingkah

laku

itu

akan

menjadi

bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa


kawalan

dan

boleh

menimbulkan

masalah

kepadanya.

Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang


kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan
sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.
Renungkan, fikirkan dan senaraikan jenis-jenis tingkah laku
positif yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Apakan kaedah dan teknik-teknik yang guru
boleh gunakan untuk meningkat dan mengekalkan tingkah
laku positif ini?
Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan
tingkah laku murid-murid yang mencabar?

Apakah yang

difahami dengan istilah tingkah laku mencabar? Mengapakah


tingkah laku mencabar ini berlaku?
26

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan Tingkah laku


Positif
Tingkah laku baik atau yang diingin ditunjukkan oleh murid
hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan.
Antara teknik yang boleh digunakan

oleh guru adalah seperti

berikut:
a) Peneguhan positif
Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang
diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau
ditingkatkan lagi,
b) Peneguhan negatif
Merupakan

penarikan

rangsangan

negatif

(aversive

stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan


akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku
tersebut.
c) Pembentukan (shaping)
Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang
dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan
perlakuan yang dikehendaki.
d) Kontrak
Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid)
secara lisan atau

bertulis. Murid dipertanggungjawabkan

terhadap perkara atau aktiviti yang

dipilih. Kontrak akan

berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak


diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.
27

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
e) Ekonomi token
Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin)
atau

sticker, dan sebagainya

diingini ditunjukkan.

apabila tingkah laku yang

Token ini boleh ditukarkan dengan

benda-benda atau bentuk ganjaran lain yang disediakan


oleh guru.
f) Modeling
Menggunakan watak-watak (murid, guru ) yang disukai dan
dihormati untuk diteladani oleh murid.
g) Rantaian (chaining)
Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam
bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian
tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga
sebagai analisis tugasan.
h) Pengaburan/pelunturan (fading)
Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima
secara perlahan- lahan.
3.2

Tingkah laku Negatif


Pengenalan
Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan
tingkah laku murid-murid yang mencabar?

Apakah yang

difahami dengan istilah tingkah laku mencabar? Mengapakah


tingkah laku mencabar ini berlaku?
Tingkah laku bermasalah negatif atau tingkah laku mencabar
adalah tingkah laku yang menimbulkan

masalah kepada dirinya

dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah


negatif adalah seperti berikut:
28

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

3.2.1 Hiperaktif
Tingkah laku aktif yang terlampau. Tidak dapat duduk diam-diam
seperti ada jarum di punggung seseorang individu. Boleh tidak
tidur beberapa hari dan melakukan sesuatu yang disukai tanpa
berhenti. Memanjat ke atas almari dan duduk di atas sambil
belajar.

3.2.2 Distruktif
Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja,
barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan
kenyataan dan sebagainya.

3.2.3 Disruptif/mengganggu
Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar
kelas dan juga di rumah.

3.2.4 Agresif
Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan,
suka bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya.

3.2.5 Temper Tantrums


Menunjukkan kemarahan yang kuat secara tiba-tiba. Tidak
menerima pujukan atau ajakkan orang lain walau pun telah
diberikan apa yang diminta.

3.2.6 Seperation Problems

29

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Kecenderungan mengasingkan diri dari kumpulan, asyik duduk di
sudut dan tidak berkerja sama

3.2.7 Pergantungan berlebihan


Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak
dapat berdikari dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.

3.2.8 Pengasingan diri


Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi.
Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri
untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang
lain.

3.2.9 Noncompliance

a) Ponteng sekolah
Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa
pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain
seperti pusat membeli belah atau taman permainan.

b) Enggan ke sekolah
Perasaan kurang senang atau takut

akibat anggapan bahawa

sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

Keadaan ini akibat

daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang


dialami oleh seseorang.

Contohnya enggan ke sekolah akibat

daripada perasaan fobia terhadap sekolah.


berasa

Kanak-kanak ini

bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang

meninggalkan kawasan rumahnya.

30

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
c) Mencuri
Mengambil hak orang lain tanpa

kebenaran tuannya.

Tabiat

mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran,


pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

Tingkah laku Spesifik Yang Mencabar


Ciri-ciri individu yang mengalami
(a)

Kecelaruan Tingkah Laku

(i)

Tingkah laku yang agresif dan beraksi agresif terhadap


orang lain

(ii)

Mempamerkan tingkah laku membuli, mengugut,


atau
tingkah laku

(iii)

mengancam.

Berkemungkinan mendera secara fizikal

(iv)

Menunjukkan sedikit empati, dan prihatin kepada


perasaan.

(v)

Menunjukkan tidak berperasaan terhadap orang


lain, dan tiada rasa bersalah atau rasa kesal

(b)

Kecelaruan Penyesuaian
(i)

Menunjukkan emosi dan tingkah laku apabila tidak


dapat menyesuaikan diri pada masa tertentu atau
tidak dapat membuat perubahan dalam hidup.

(ii)
Tingkah laku cemas, atau takut, vandalisma atau
bergaduh.
31

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
(c)

Kurang Tumpuan dan Hiperaktif


(i)

Menunjukkan tingkah laku tidak konsisten pada


Tahap perkembangan mereka.

(ii)

Mudah lupa dengan aktiviti harian.

(iii)

Lemah dalam memberi perhatian, lalai dalam kerja


sekolah atau kerja rumah.

(iv)

Tidak dapat mengikut arahan dan gagal

menyudahkan
kerja sekolah.
(d)

Engkar Arahan
(i)

Tidak memberi perhatian dan tumpuan terhadap

sesuatu arahan.
(ii)

Sering mengabaikan kerja sekolah dan


menganggap tidak penting.

(e)

(iii)

Kurang bertanggngjawab.

(iv)

Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.

Tingkah Laku Mengganggu


(i)

Menunjukkan tingkah laku negatif defien, tidak taat,


dan tingkah laku permusuhan terutama terhadap
mereka yang berautoriti.

(ii)

Menunjukkan tingkah laku agresif terhadap orang


ramai dan kejam terhadap binatang.

(f)

Impulsif
(i)

Menunjukkan

tingkah

terutama

32

laku

yang

abnormal

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
yang

berkaitan

dengan

interaksi

sosial

dan

komunikasi.
(ii)

Gagal membina perhubungan rakan sebaya dan


yang sama
umur dengan mereka.

(g)

Agresif
(i)

Terdapat

beberapa

perubahan

pada

individu

seperti tidak dapat tidur malam, dan mempi ngeri


dan perasaan takut yang amat sangat.
(ii)

Cepat naik marah

(iii)

Tidak sabar menunggu giliran.

(iv)

Tidak dapat menerima teguran atau komen dari orang

lain
(v)

Sering melawan dan menganggap dirinya yang

terbaik.
(h)

Mengamuk
(i)

Menunjukkan kecelaruan tingkah aku yang serius


seperti
hilang perhubungan dengan persekitaran.

(iii)

Berlaku pertukaran personaliti cepat bosan


dalam
menyudahkan tugasan

(iv)

Mengalam halusinasi dan delusi percakapan yang


tidak
Terurus

(i)

Murung
33

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
(i)

Tingkah laku murung boleh ditunjukkan melalui


simptom seperti sakit kepala
atau sakit perut dan kecelaruan dalam mengurus
sesuatu tugas.

(ii)

Gagal dalam melaksanakan kerja atau menunjukkan


emosi yang tidak menentu seperti ketawa seorang diri
atau menangis.

(j)

Stereotaip
(i)

Kurang keyakinan diri.

(ii)

Menunjukkan pergantungan kepada orang lain.

(iii)

Sering was-was apabila menjalankan tugas dan


tanggungjawab.

(iv)

Sering mengulang tugas yang sama kerana tidak


puas hati dalam menyudahkan tugasan tersebut.

Apakah punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar?


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya tingkah
laku mencabar antaranya:

Fungsi dan struktur otak

Kecederaan ketika lahir.

Genetik

Kesihatan mental ibu

Alergi makanan dan


pengambilan gula

Terdedah kepada persekiaran


yang tercemar.

Kurang berat badan sewaktu


dilahirkan
Pengambilan rokok semasa
mengandung

34

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar

Kaedah dan Teknik untuk Mengurang dan Menghapuskan


Tingkah laku Negatif
Pernahkah anda berhadapan dengan masalah tingkah laku
negatif seperti yang dinyatakan di atas? Apakah tindakan yang
guru lakukan untuk menangani tingkah laku negatif tersebut?
Baca dan fahami teknik-teknik yang dinyatakan di bawah yang
boleh membantu guru mengurang dan menghapus tingkah laku
negatif yang tidak diingini.

a) Penghapusan (Extinction)

Memberhentikan atau menyekat murid murid daripada


terus melakukan
tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan
menggantikan
dengan tingkah laku baru yang positif.
b) Pengasingan (Time-out)

Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan


(penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan murid
daripada aktiviti kumpulan,
c)

Kejemuan (Satiation)
Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia
jemu

melakukannya

dan

berhenti

Correction adalah satu teknik kejemuan,


d) Hukuman/dendaan

35

sendiri.

Over

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Contoh: tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal,
ambil balik token yang diberi, menarik balik hak dan
keistimewaan,
e)

Disensitisasi
Tindakan-tindakan

secara

menghilangkan rasa

gugup

beransur-ansur

untuk

atau takut yang berlebihan

( takut bercakap di depan kelas, fobia).


f) Pembetulan semula (overcorrection)

Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan


atau kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan
sebelumnya.
Cth: - membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang
kali
- bukan hanya mengelap bahagian lantai yang
ditumpahi
makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan
lantai bilik
itu
g) Response cost

Suatu bentuk penarikan peneguh atau ganjaran secara


sistematik
terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

Bagaimanakah kita mencegah tingkah laku mencabar di kalangan


murid kita? Pencegahan tingkah laku mencabar memerlukan
kerjasama semua pihak yang terlibat dengan pendidikan muridmurid. Pihak yang kita maksudkan ialah ibu bapa, keluarga, pihak
pentadbir sekolah, guru, agensi berkaitan, para pakar, badan
bukan kerajaan, komuniti dan masyarakat. Kerjasama dan
36

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
kolaborasi

pintar

kesemua

pihak

ynag

prihatin

dengan

perkembanagan dan pendidikan murid-murid akan memastikan


sebarang strategi dan program pengubahan tingkah laku itu
berjaya. Bagi tujuan topik ini, kita akan membincangkan hanya
strategi bilik darjah, strategi untuk sekolah dan garis panduan
melaksanakan program mencegah tingkah laku mencabar.
Strategi di bilik darjah
Guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus kelas
dan tingkah laku murid-muridnya. Guru bukan hanya mengajar
tetapi guru juga mendidik murid-murid. Guru perlu mengamalkan
amalan

terbaik

mengamalkan

(best

amalan

practices)
terbaik

ini,

dalam

kelasnya.

guru

perlu

Bagi

sentiasa

meningkatkan ilmu pengetahuannya dan mengaplikasikan cara


pengajaran yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada
perkara-perkara berikut:
(a) Guru

perlu

sentiasa

meningkatkan

dirinya

secara

profesional iaitu selalu menghadiri kursus, latihan, ceramah


terutamanya

berkaitan

pengurusan

bilik

darjah

dan

tingkah laku. Guru juga mesti sentiasa peka dengan


perkembangan pendidikan semasa melalui pembacaan
dan pencarian maklumat pelbagai sumber lain seperti
majalah, jurnal dan internet.
(b)Guru perlu tahu mengurus bilik darjah dengan baik.
Penyusunanpersekitaran, ruang, perabot, alatan, alat bantu
mengajar dan bahan lain perlu dilakukan dengan bijaksana
dengan mengambilkira keperluan dan kepelbagaian cara
pembelajaran murid dalam bilik darjah. Pastikan bilik darjah
selamat, ceria dan kondusif untuk pembelajaran murid.

37

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

(c) Guru perlu menyokong tingkah laku murid secara yang


positif iaitu dengan membanyakkan motivasi dan memberi
ganjaran.
(d)Guru perlu menetapkan peraturan bertingkah laku dalam
bilik darjah.Peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua orang
termasuk guru, pembantu guru, ibu bapa, tetamu dan
sebagainya.
(e)Guru

perlu

mengamalkan

strategi

pengubahsuain

tingkah laku dan strategi pengajaran-pembelajaran yang


berkesan.
(f) Guru perlu banyak melibatkan keluarga dan ibu bapa
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa
berhubung

dengan

ibu

bapa

dan

keluarga

berkaitan

perkembangan dan tingkah laku anak-anak mereka.

(g)Guru perlu selalu membuat pemantauan dan penilaian


terhadap proses pengajaran-pembelajaran dan program
pengubahsuaian tingkah laku.
Kita semua pasti dapat lakukannya! Kalau kita dapat lakukannya
sudah pasti murid kita akan mendapat faedahnya.

Strategi untuk sekolah


Seperti yang kita tegaskan sebelum ini, untuk mengubah tingkah
laku kita perlu mengubah diri kita sendiri dahulu. Kita juga
nyatakan bahawa semua pihak

memiankan peranan yang

penting dalam mencegah tingkah laku mencabar. Pihak sekolah


bererti semua warganya terutamanya pihak pentadbir sekolah
38

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
iaitu pengetua/guru besar, guru penolong kanak, penyelia,
penyelaras kelas khas bermasalah pembelajaran. Semua pihak
ini

perlu

prihatin

dan

bertanggunjawab

dalam

membantu

program pencegahan tingkah laku mencabar berjaya di sekolah


mereka. Namun pendekatan 'whole school approach' atau seluruh
sekolah perlu diterapkan iaitu seluruh warga sekolah meliputi
pihak

pentadbir,

para

guru,

kakitangan

lain,

pengawal

keselamatan, pihak kantin sekolah, ibi bapa dan Persatuan


Ibubapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan masingmasing. Saranan yang perlu dilakukan oleh sekolah:
a) Membina iklim sekolah yang berdisiplin baik.
b) Membuat peraturan yang jelas, adil dan bertimbang rasa
yang boleh
dilaksanakan.
c) Memastikan pembangunan profesional di kalangan
warga sekolah
terutama para guru, kakitangan lain, ibu bapa dan PIBG.
d) Memastikan murid disokong dengan cara-cara yang positif.
e) Memastikan guru mengamalkan strategi yang berkesan.
f) Memberikan sokongan kepada guru, murid, ibu bapa dan
keluarga.
g) Menyokong dan menggalakkan kejayaan murid.
Sekiranya pihak sekolah berperanan dengan sewajarnya sudah
tentu kejayaan mencegah tingkah laku mencabar dapat dicapai.
Adakah anda bersetuju ?
3.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah laku
3.3.1

Cross-sectionall Research
39

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Ialah satu kaedah penyelidikan di mana data-data dipungut
pada satu jangkamasa tertentu dari individu yang berlainan
latarbelakang. Kaedah ini seringkali digunakan di dalam
bidang psikologi perkembangan dan boleh juga digunakan di
dalam bidang-bidang lain seperti sains sosial, pendidikan dan
lain-lain bidang sains.
Dalam

bidang

psikologi

perkembangan,

pengkaji

boleh

memilih beberapa kumpulan subjek yang mempunyai banyak


ciri persamaan tetapi hanya berbeza dari segi umur. Oleh itu
ini

sekiranya

terdapat

sebarang

perbezaan

di

antara

kumpulan ini ia diandaikan adalah kerana faktor perbezaan


umur.
3.3.2

Longitudinal Research

Kajian longitudinal research ialah satu kaedah penyelidikan


bertujuan untuk melihat perkaitan di antara beberapa
pembolehubah. Ia melibatkan kajian terhadap kumpulan
individu yang sama dalam jangkamasa yang panjang. Data
dipungut di peringkat permulaan dan juga di sepanjang
tempoh kajian. Kebaikan kajian londitudinal research ialah ia
membolehkan pengkaji melihat perubahan yang berlaku
dalam tempoh tersebut. Contohnya untuk mendapatkan
sebab-sebab

berlakunya

jenayah

di

kalangan

remaja,

pengkaji akan mengesan 50 remaja dalam tempoh 30 tahun


untuk mendapatkan faktor utama kepada berlakunya jenayah
tersebut.

Latihan 3
3.1 Perhatikan tingkah laku seorang kanak-kanak yang
hiperaktif. Minta kanak-kanak tersebut duduk diam.
40

Berapa

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
lama dia boleh duduk diam. Catatakan

masa, dan apa yang

dilakukannya dalam pemerhatian anda.


3.2 Bincangkan kepentingan longitudinal research dan crosssectional research dalam bidang pengurusan tingkah laku
kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut :


http://psychology.about.com
http://www.alleydog.com
http://www.enotes.com
http://en.wikipedia.org

Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA

41

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

TAJUK 4 ( PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN


TINGKAH LAKU)

2JAM

SINOPSIS
Dalam tajuk ini pelajar akan didedahkan kepada
pengurusan peneguhan, dokumentasi dan prinsip
pengurusan tingkah laku.

HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran tajuk ini anda akan dapat:
i.
ii.
iii.

memahami konsep pengurusan peneguhan


memahami aspek pendokumentasian
memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah

laku

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Prinsip Peneguhan

Jadual Peneguhan

Prisip Peneguhan Pengurusan Tingkah Laku

42

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
4.0Pengenalan
Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang
khusus dalam bidang tersebut . Ianya berlandaskan kepada
prinsi-prinsip yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara
yang perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip
peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip-prinsip pengurusan
tingkah laku.

4.1 Prinsip peneguhan


Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau
mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan,
peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.
Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang
dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau
kelakuan pada masa kini atau memungkinkan
peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh
yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.
Jenis-jenis peneguh
Terdapat

empat

jenis

peneguh

yang

boleh

diberikan kepada murid, iaitu:


i.

Tangible yang dibahagi kepada dua iaitu;


a. edible reinforcer-

merupakan makan /
minum

43

yang disukai

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
murid seperti makanan
(gula-gula, biskut, dll)
b. non-edible-

merupakan barangan
seperti kereta mainan,
pen,

bola

dan

sebagainya.
ii.

Sensory

merupakan sensasi yang

disukai atau dapat

menggembirakan murid.

Terdapat lima jenis sensory reinforcers iaitu;


a. Sentuhan (tactile) sentuhan dari kulit ke
kulit

antara

guru

dan

menyebabkan murid

murid

yang

boleh

bertindak balas. Contoh:

sentuhan, pelukan, menepuk

bahu, usap kepala,

dsb.
b.

Penggetar (vibratory) merupakan alat

penggetar (vibrator) yang letakkan di bahagian


leher,
tangan atau

kaki (sesuai untuk kanak-kanak

spastik atau yang mengalami pelbagai kecacatan)


c.

Wangian

(olfactory)

menggunakan

bahan-bahan yang menarik minat murid.


d.

visual menggunakan alat-alat yang

dapat menarik dan menggembirakan murid seperti


spinning colour wheel
e.

auditory bunyi-bunyi yang menarik

minat murid atau disukai murid


44

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

iii.

sosial merupakan pujian, senyuman, beri

perhatian,

kontak

mata,

tepukan,

sentuhan,

pelukan, dan tanda- tanda / air muka persahabatan


atau kasih sayang yang dapat menggembirakan
murid.
iv.

aktiviti

merupakan

lawatan,

ambil

bahagian, mewarna, menonton televisyen, dll.

Jadual peneguhan
Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut jadual
berikut:
i.

Contigent

diberi setiap kali tingkah laku yang diingini


(tingkah
laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan

ii.

Continuous

tingkah laku tersebut


diberikan kepada setiap tindak balas yang
murid berikan. Kebiasaannya pada awal
program untuk membentuk / melatih perlakuan

iii.

Intermitten

baru.
diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan

iv.

Penjadualan

kepada setiap perlakuan berlaku.


a. Fixed ratio penjadualan tetap nisbah

nisbah (ratio
schedules)

perlakuan (bilangan)
b. variable ratio bilangan perlakuan yang
45

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
berbeza
dalam tempoh tertentu
(masa)
c. Fixed interval penentuan jangka masa
yang
tetap (setiap 10 minit)
d. Variable interval penentuan jangka masa
yang tidak tetap (5,4,9,15,13 minit)

Jenis-jenis pemerhatian
Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru
perlu mengenal pasti masalah tingkah laku yang hendak diubah
atau ditingkatkan. Oleh itu guru perlu membuat pemerhatian dan
merekodkan pemerhatiannya secara sistematik.
Pendekatan

pengurusan

tingkah

laku

dibuat

berdasarkan

pemerhatian langsung (direct observation) terhadap perlakuan


kanak-kanak yang berkenaan. Melalui pemerhatian langsung ini
guru akan dapat menentukan jenis perlakuan yang perlu
diperbaiki / diubah /dipupuk kepada diri kanak-kanak berkenaan,
bila tingkah laku itu terjadi, tempat tingkah laku itu dibuat, dan
kekerapan tingkah laku itu diulangi.
Jenis-jenis pemerhatian boleh dikategorikan mengikut tujuan dan
aspek yang hendak dinilai / diperhati, ia itu:
i.

memerhati

sesuatu

perlakuan

tanpa

membuat

tafsiran
(interpretation) dan tanggapan (judgement)

Melapor apa yang dilihat sahaja


46

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian


semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang
diperolehi selepas menemubual individu yang
berkenaan,

ii.

memerhati apa yang telah dirancang dan secara

open ended

Iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu ,


pengetahuan, perlakuan, atau sikap yang telah
dikenal pasti, di samping menilai sesuatu yang
wujud tanpa dijangka / di luar perancangan
penilai / pemerhati, tetapi relevan dengan
objektif penilaian tersebut.

iii.

memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Pemerhatian

yang

dilaksanakan

mengikut

urutan dalam jangka masa yang berperingkat


boleh

memberi dapatan yang berkesan dan

bermakna tentang perkembangan proses atau


peristiwa atau pendekatan terhadap sesuatu
tugasan dan masalah / kesukaran.

Pelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut pelbagai


strategi dan cara serta kriteria tertentu, antaranya;
i.

pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan

yang
telah dikenal pasti atau dirancang,
47

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
ii.

dengan menggunakan senarai semak atau alat lain

seperti
rekod anekdot.
iii.

pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau

analitik
mengikut objektif atau tujuan pemerhatian,
iv.

jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan

dengan
keadaan dan keperluan,
v.

maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru

dan / atau
tindak balas murid.

Prinsip pengurusan tingkah laku


Dalam

melaksanakan

program

tingkah

laku,

guru

perlu

memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku berikut:

Kebanyakan tingkah laku boleh di pelajari (kenyataan ini


bermaksud semua tingkah laku baru boleh dipelajari
sepanjang masa)

Semua

tingkah

laku

adalah

dirangsang

secara

khusus
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalaj
akibat rangsangan yang diterimanya. Prinsip ini sangat
48

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
ditekankan

dalam

teori

behavioris.

Antecedent

atau

peristiwa sebelum sesuatu tingkah laku adalah rangsangan


terhadap tingkah laku tersebut.

Tingkah laku boleh diajar dan diubah


Guru harus berpegang kepada prinsip ini apabila hendak
mengajar tingkah laku baru kepada muridnya. Melalui
teknik pengurusan tingkah laku yang sesuai, guru dapat
mengubah tingkah laku bermasalah kepada

tingkah laku

baru yang diingini.

Matlamat perlu jelas dan khusus


Objektif program pengurusan tingkah laku yang hendak

dijalankan
perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus.

Program perlu secara individu


Disebabkan masalah tingkah laku adalah berbeza bagi
setiap

murid,

maka

pelaksanaan

program

intervensi

hendaklah dirancang untuk murid yang berkenaan sahaja.

Program perlu fokus masa kini (semasa)


Program pengurusan tingkah laku hendaklah tertumpu
kepada masalah tingkah laku semasa yang ditujukkan oleh
murid.

Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak

49

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Program intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah atau
di rumah yang merupakan persekitaran sudah biasa kepada
murid-murid.

Latihan 1: untuk menguji kefahaman konsep-konsep,


isu-isu penting dengan membut ulasan,
Dengan merujuk bahan bacaan dan multimedia,
huraikan pelbagai jenis peneguhan dan prinsip
prinsip peneguhan di atas. Layari laman web untuk
mendapat maklumat tambahan
Latihan 2:
Pilih satu daripada prinsip pengurusan tingkah laku
dalam tajuk 4 dan huraikan.

50

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

TAJUK 5

PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU

2JAM

Sinopsis
Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada langkah-langkah dalam
pengurusan tingkah laku seperti memilih tingkah laku sasaran,
mengumpul san merekod data serta melaksanakan intervensi
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:
i.

mengenalpasti langkah-langkah dalam proses

perubahan
tingkah laku
ii.

menjelaskan

pelbagai

faktor

yang

menyebabkan

salahlaku dan
menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap
pembelajaran
Kerangka Model Tajuk
5.1 Mengenal pasti dan memilih tingkah laku sasaran

5.2 Mengumpul dan merekod data

Langkah -langkah dalam

5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan peneguhan


peneguhan

5.4 Melaksanakan program intervensi

51

5.5 Menilai keberkesanan intervensi

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

5.0 Pengenalan
Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan olenh murid perlu ditangani
segera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai.
Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah
yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul
dan merekod data serta melakdsanakan intervensi.

5.1 Mengenal pasti dan memilih tihgkah laku sasaran


Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi
keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku.
Panduan memilih tingkah laku sasaran:
i) Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa, iaitu tingkah
laku yang
-

Membahayakan diri dan orang lain

Boleh mengganggu pembelajaran dan lurid lain

Merbahayakan keselamatan diri dan murid lain

Tidak sesuai dengan umurnya

Terlalu kerap berlaku

Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu

Menyebabkan murid lain menjauhkan diri


(Zirpoli&Mellow, 2001)

52

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
ii) Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan :
-

Jenis tingkah laku

Kekerapan tingkah laku

Jangka masa barlaku

Tahap keterukan (intensiti)

Jumlah keseluruhan tingkah laku

iii) Pertimbangan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah laku itu
meningkat atau menurun
iv) Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian
v) Pastikan tingkah laku dapat diukurperlakuannya.Misalnya Murid A
bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas sebanyak lima kali dalam
tempoh setengah jam.
vi) Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada
secara lisan atau bertulis.
5.2 Mengumpul dan merekod data
Sebelum

melaksanakan

program

pengurusan

tingkah

laku,

guru

seharusnya mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak di


ubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai baseline
data.
Tujuan mengumpul data:
-

Mengetahui jumlah tingkah lakutersebut dalam sehari.

Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.

Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak/pola


tertentu.

Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.

53

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan
maklumat direkod melalui teknik-teknik berikut:
-

Rekod Naratif

Rekod Anekdot

Rekod Naratif berterusan

Rekod Kejadian (Event Recording)

Rekod Kekerapan

Rekod jangka masa (Duration)

Rekod had masa (Interval)

Rekod Sampel Masa

5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan

5.4 Melaksana Intervensi


Setelah guru mengumpul segala maklumat(baseline data) tentang tingkah
laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk
mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat
diurus, beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu iaitu:
i)

Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?

ii) Tingkah laku yang mana satu harus di beri keutamaan?


iii) Bila tingkah laku itu berlaku?
iv) Kekerapan tingkah laku itu berlaku?
v) Apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku?
vi) Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?
Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri,
keterukan dan corak tingkah laku itu berlaku. Dari sinilah guru dapat
merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Program intervensi
54

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau
mengurangkan tingkah laku sasaran.
Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa iaitu:
i) Fasa pra intervensi
ii) Fasa intervensi
iii) Fasa selepas intervensi
Fasa pra intervensi:
Dikenali sebagai baseline period iaitu guru akan mengumpul semua
maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang
intervensi. Rekod baseline ini akan dijadikan perbandingan dengan rekod
baselinedata selepas intervensi.

Fasa intervensi:
Setelah guru puas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa
pra

intervensi,

guru

boleh

memulakan

program

intervensi

yang

dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku


tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi)
ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini
dijalankansekurang-sekurang selama dua minggu.

Fasa selepas intervensi:


Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah
laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah
laku murid akan terus diperhati dan direkodkan kedalam bahagian geraf
fasa selepas intervensi.

55

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
5.5. Menilai keberkesanan intervensi
Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf
sama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan
pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data
yang kedua. Baseline data kedua merupakan pemerhatian susulan
program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah
laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan
intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik
pengubahsuaian tingkah laku yang lain.

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu


penting dengan membuat rumusan.
Dengan merujukbahan-bahan bacaan dan multimedia,
huraikan setiap teknik pengumpulan data yang dinyatakan di
atas denan menunjukkan contoh yang sesuai. Bentangkan
untuk perbincangan dalam kelas.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu


penting dengan membuat rumusan.
Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan antara
rekod naratif dengan rekod anekdot.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

56

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

TAJUK 6 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU

2 JAM

Sinopsis
Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada cara-cara untuk
meningkatkan serta mengurangkan tingkah laku yang diingini
atau tidak diingini.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:
i.

mengenalpasti strategi-strategi untuk meningkatkan tingkah laku


yang diingini.

ii. mengenalpasti strategi-strategi untuk mengurangkan atau


menghentikan tingkah laku yang tidak diingini.

Kerangka Model Tajuk


Strategi Pengurusan Tingkah laku
-Peningkatan tingkah laku
-Pengurangan Tingkah laku

6.0 Pengenalan
Dalam pengurusan tingkah laku, guru akan berusaha untuk mengekal atau
meningkatkan lagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan oleh murid.
Manakala tingkah laku negatif pula akan dihentikan atau dikurangkan.
Kesemua ini dapat dilakukan melalui teknik-teknik tertentu.
57

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

6.1 Meningkatkan Tingkah Laku


Tingkah laku baik atau yang diingini yang ditunjukkan oleh murid
hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara
teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:

Peneguhan Positif:
Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang
diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau
ditingkatkan.

Peneguhan Negatif:
Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus)
setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan
mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.

Pembentukan: (Shaping)
Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang
dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan
perlakuan yang dikehendaki.

Kontrak:
Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid)
secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan
terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan
berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak
diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.

58

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

Ekonomi Token:
Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling atau stiker
(pelekat) sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan.
Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk
ganjaran lain yang disediakan oleh guru.

Modeling :

Menggunakan watak-watak (murid atau guru) yang disukai dan


dihormati untuk diteladani oleh murid.

Rantaian (Chaining):
Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk
rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau
rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai analisis tugasan.

Pengaburan/Pelunturan (Fading):
Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara
perlahan-perlahan.

6.2 Mengurangkan Tingkah Laku


Penghapusan ( Extinction):
Memberikan atau menyekat murid - murid daripada terus melakukan
tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan
tingkah laku baru yang positif.

Time-Out :
Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan(penjuru kelas,

atau bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan.

Kejemuan (Satiation):
59

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

Murid melakukan tingkah laku itu sehingga dia jemu melakukannya


dan berhenti sendiri. Over-correction adalah satu teknik kejemuan
yang tidak digalakkan.

Hukuman/ Dendaan:
Contoh: tahanan kelas (detention class), dendaan fizikal,
response cost iaitu menarik balik hak atau keistimewaan.

Disensitisasi:
Tindakan tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan
rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depan
kelas atau fobia).

Overcorrection:
Prosedur yang menerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau
kesalahan yang dilakukanmelebehi keadaan sebelumnya. Contoh
-

membuat pembetulan terhadap kesalahan tulisan berulang kali.

menulis ayat atau perkataan yang sama berulang kali mungkin


seratus kali.

Response cost :
Suatu bentuk penarikan peneguh atau gtanjaran secara sistematik
terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu


penting dengan membuat rumusan.
Pilih satu daripada teknik meningkatkan tingkah laku dan
huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik
tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam
kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
60

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu


penting dengan membuat rumusan.
Pilih satu daripada teknik mengurangkan tingkah laku dan
huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik
tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam
kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

SELAMAT MENCUBA!

TAJUK 7

ISU DAN ETIKA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Sinopsih

61

2JAM

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Bagi meningkatkan pengetahuan anda, modul ini menyediakan
perkara-perkara yang berkaitan dengan isu dan etika yang tedapat
dalam program Pendidikan Khas.
Hasil Pembelajaran
i)

Memahami hak asasi kanak-kanak seperti dari segi normalisasi,


keadilan dan penghormatan.

ii)

Menjelaskan tentang peranan penglibatan ibu bapa

dan

kepentingan antara pihak ibu bapa dan sekolah.


iii)

Mengenal pasti penglibatan komuniti dalam murid berkeperluan


khas

Kerangka Tajuk

Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku

Hak asasi kanak-

Penglibatan Komuniti

kanak

Isu dan Etika


Pengurusan Tingkah
Laku

7.0 Pengenalan
Bagi meningkatkan pengetahuan anda

tentang mobul ini,

disediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu, dan etika


yang terdapat dalam pengurusan program pendidikan khas.
62

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Sebenarnya dalam melaksanakan program pengurusan tingkah
laku, terdapat bayak isu yang mungkin timbul. Di antara yang
diperkatakan ialah:

Sulit (confidential)
Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit.

Zero reject ( education for all )


Semua murid berhak mendapat pendidikan secara percuma

Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation).


Setiaporang murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan
latar belakang budaya dan bahasa sebelum ditempatkan dalam
program pendidikan khas.

Rancangan Pengajaran ndividu (Individualized Educational


Plan)
Setiap murid berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan
secara individu yang mencatatkan pecapaian semasa, matlamat,
perkhidmatan khusus, prosedur dan hasil (out come).

Persekitaran yang kurang terhad ( least restricted environment)


Seboleh-bolehnya murid perlu di berikan pendidikan dalam kelas
yang paling tidak terhad.

Due Proses
Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat
keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab
dipikul bersama-sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa.

Penglibatan dan persetujuan ibu bapa


Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat
juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod
berkaitan pendidikan anaknya.

63

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
7.1 Hak Asasi Kanak-kanak
Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga
prinsip sebagai panduan:
i)

Normalisasi
Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang
berkeperluan khas merasa kehadiran mereka
hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu
diberikan perhatian:
-Persekitaran sebenar kanak-kanak
-Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai
kumpulan dalam masyarakat
-Pengetahuan tentang pertumbuhan dan
perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan
dan ketidakupayaan kanak-kanak.

ii)

Keadilan
Prinsip keadilan berlandaskan `Due Process` yang
menghendaki setiap tindakan berfokuskan kepada
kebajikan kanak-kanak.Di antara contoh tindakan
yang tidak adil:
-Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara
sistematik.
-Menempatkan murid secara sembarangan tanpa
usaha membantu.
-Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan
yang diperlukan.

iii)

Penghormatan
Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak
seseorang untuk dilayan sebagai manusia yang
64

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
bermaruah

dan

bukan

dilayan

seperti

haiwan.Contoh tindakan yang salah:


-Hukuman fizika l- (tampar, ketuk-ketampi)
-Hukuman psikologi (menyindir, memarahi dan
memberi gelaran)
-pengabaian - (menyekat kanak-kanak daripada
Peluang untuk berjaya)
-Pemisah - (salah penempatan dikelas khas)
-pengasingan - (pengguanaan time out secara
tidak konsistem dan lama)
-Pengubatan- (salah guna ubatan)
-Hukuman kejam - (sekatan, renjatan elektrik)

7.2 Penglibatan ibu bapa


a) Peranan ibu bapa
-Ibu bapa boleh trlibat dalam pengesanan,
pengujian(assessment), membina program, mengajar
dan penilaian (evaluation) (e.g.keberkesanan program).
-harapan ibu bapa dan juga harapan profesional.
b) Bentuk penglibatan
-mengenalpasti dan merujuk
-diberitahu dan mendapat kebenaran dari ibu bapa
untuk membina program
-temuduga sejarah hidup murid
-pengujian secara formal
-memerhati dan membuat carta
-melibatkan murid dalam pengujian (assessment)

65

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
c) Perbincangan dan percubaan dengan ibu bapa
(conferencing)
- persediaaan untuk perjumpaan
-cara komunikasi
-melaporkan keputusan
-membentuk matalamat (goals) program
-kelulusan untuk penempatan
d) Due Process
Dalam Due proses hak dan tanggungjawab terhadap
ibubapa diperjelaskan.
e) Memantau perlaksanaan.
-merupakan proses yang berterusan
f) kerjasama ibu bapa
Kerjasama ibu bapa dengan profesional akan dapat
menjamin kejayaan program.
g) Pendidikan ibu bapa
-Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas,
keperluan khas anak
-latihan berkomunikasi, terapi, kaunseling, perundangan
-membina rangkaian (net working)-kelab sokongan ibu
bapa.
h) Reaksi ibu bapa
Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam 3 bentuk, iaitu
- Redha dan bersyukur
- Keliru-akibatnya timbul berbagai reaksi
-salahkan diri
-tidak gembira/murung
66

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
-rasa bersalah
-penafian
-menyalahkan orang lain
-menarik diri
-mengelak diri
-Pemarah dan memencilkan diri
-bermusuhan
-terlalu mengharap
-kecewa
-Tidak terima sama sekali
i) Keperluan Latihan
Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa
depan

anak-anak

mereka,

oleh

itu

merek

perlu

diberi

pendedahan berikut:
-sara menguruskan anak yang bermasalah/kurang upaya
-penerangan

pakar

perubatan/psikologi/kaunseling

dan

sebagainya
-perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya
-Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan
pendidikan, latihan dan sebagainya.
j). Hubungan rumah dengan sekolah
Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu bapa untuk
melibatkan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham
dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti
yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan.
7.3 Penglibatan Komuniti
i) Agensi kerajaan dan swasta
a)Kementerian Pelajaran Malaysia
67

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan
melalui:
Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk muridmurid

berkeperluan

khas

bermasalah

pembelajaran,

bermasalah

pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah


harian

biasa

rendah

teknik/vokasional

yang

dan

menengah

menggunakan

dan

sekolah

pendekatan

menengah

pengajaran

dan

pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya


oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan
Khas

bertanggungjawab

terhadap

perkara-perkara

yang

berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.


Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna
pakai

di

sekolah-

sekolah

pendidikan

khas

dan

Program

Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan


kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti
kokurikulum seperti murid biasa.
Pentaksiran

Murid-Murid

Pendidikan

Khas:

Semua

pelajar

pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian


Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang
mengikuti kurikulum alternatif.
Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu
Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil
Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan
dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

68

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
b)Jabatan Kebajikan Masyarakat
i) Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah
untuk
mengumpul

data

dan

statistic

bagi

maksud

perancangan

perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan


pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu
tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang
Upaya

(OKU)

yang

berdaftar

bagi

memudahkan

mereka

berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.


ii) Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan
membantu OKU
membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper,
anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli
oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka
bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian.
iii) Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada
pengetahuan
dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan
peralatan bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil /
pertanian. Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum
RM2,700.
iv) Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan
menggalakkan OKU
terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli
keluarga

atau

orang

lain,

dan

sebagai

penyenggaraan

pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.


v)Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan
peluang

69

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di
Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg.
Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh
pertubuhan sukarela.
vi) Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan
Perindustrian dan
Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat
pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini
ditawarkan kepada OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun,
berkelulusan sekurang- kurangnya PMR atau setaraf dengannya
dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan
kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat
tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik,
bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu.
Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan)
-Latihan
Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal
sehingga

ke

tahap

sempurna

mengikut

kemampuan

dan

kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan juga diberi


kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti
dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra
vokasional,

kelas

akademik

tidak

formal,

pendidikan

agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar.


vii)Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi
dalam
pembangunan

komuniti

untuk

golongan

OKU

menjalani

pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana


memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi
peluang yang sama rata dan

70

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah
kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan
bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti,
sukan dan rekreasi.
c)Kementerian Kesihatan Malaysia
Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin,
Pemulihan carakerja, Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan
pertuturan, Pemulihan pendengaran, Rawatan susulan, Penilaian
pemakanan, dan Rawatan Psikologi.

i)

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)


Pendidikan

khas

juga

dikendalikan

oleh

pelbagai

organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan.


Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental
Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan
wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun
Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka
mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti
dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat
tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan
khas.

Selepas

tahun

tersebut,

bilangan

kanak-kanak

berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru


pendidikan

khas

telah

bertambah,

yang

memperlihatkan

kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan


kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat
dengan penyediaan pendidikan khas ialah:
71

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
i).Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens
Assocation)
Menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan
mental di antara umur 2-16 tahun.
ii).Pusat Bimbingan Sinaran Matahari
Mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas kemahiran hidup
serta kemahiran sosial

iii).Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa


Pusat ini terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di
antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak- kanak
diantara umur 6-16 tahun.
iv) Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down
Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanakkanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di
bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat
pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat
dalam Malaysia

JAWAB SOALAN BERIKUT:


1.Berikan dua sebab mengapa pentingnyan penglibatan ibu bapa
dalam program kanak-kanak khas.
2.Nyatakan apakah badan NGO yang terlibat dalam membantu
kanak-kanak berkeperluan khas.
SELAMAT MENCUBA!

72

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut :


http://psychology.about.com
http://www.alleydog.com
http://www.enotes.com
http://en.wikipedia.org
Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA

73

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

RUJUKAN :
Axelrod, S. 1983. Behavior Modification for the Classroom
Teacher, New York: McGraw-Hill Book Company.
Hamilton, K. R. 2001.
http://webhome.idirect.com/~kehamilt/psy4.html Jun
18, 2007.
Harrop, A. 1987. Behavior Modification in the Classroom,
London: Hodder & Stoughton Ltd.
Martin, G. & Pear, J. 1993. Behavior Modification-What Is It and
How to Do It 4th ed. New Jersey: Prentice Hall.
Myint S. K.; Lourdusamy, A.,.Lang, Q. C. and Wong, A. F.L. 2005.
Classroom Management: Facilitating Teaching and
Learning. Singapore: Pearson.
Sulzer, B. & Mayer, G. R. 1972. Behavior Modification Procedures
for School Personnel. Illinois: The Dryden Press Inc.
Walker, J. E. & Shea, T. M. 1995, Behavior Management:- A
Practical Approach for Educators 6* ecf. New Jersey: Simon
& Schuster Company.
Wielkiewicz, R. M.. 1995. Behavior Management In The Schools:
Principles and Procedure. Boston: Allyn and Bacon.
Zirpoli, T. J. and Melloy, K. J. 1993. Behavior Management:
Applications for Teachers and Parents. New York:
Macmillan Publishing Company.

74

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Greene, R.W. (2001). The explosive child: A new approach for
understanding and parenting easily frustrated chronically
inflexible children. New York: Harper Collins
Kazdin, A.E. (2002). Behavior Modification :
Applications for
teachers. (6th. ed.). Belmont C.A.: Wadsworth.
Martin, G. & Pear, J. (2003). Behavior
modifications :
th
What it is and how to do it. (7 . Ed.). New Jersey :
Prentice-Hall
Jordan, D. (2001). A guidebook for parents of children with
emotional
or behavior disorders (3rd ed.). Minneapolis, MN: PACER.
Miltenberger, R.G. (2001). Behavior modification : Principles
and procedures (2nd. Ed.). Belmont, C.A. : Wadsworth
Papolos, D., & Papolos, J. (2002). The bipolar child. New York:
Broadway
Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002). Behavior
management:
A practical approach for educators (8th. Ed.). New
Jersey : Merrill Prentice-Hall.
Zirpoli,
T.J.
&
Melloy,
K.J.
(2001).
Behavior
management : Applications for teachers (3rd. ed.).
New Jersey : Merrill Prentice Hall

75

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

PANEL PENULISAN MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
( PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)
NAMA

KELAYAKAN

EN.RAYMOND MOHANRAJ PAUL

Kelulusan:

Pensyarah
Penyelaras Pendidikan Khas
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu

Sarjana Pendidikan Khas (UM)


B.ED. Hons.Pendidikan Khas ( UKM)
Diploma Pendidikan (TESOL),IPG Mohamad Khalid

Rmpdavid06@yahoo.com

Pengalaman
Pensyarah (8 Tahun)

Cr.ZULKIFLY BIN HUSSIN

Kelulusan:

Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu
Zulkifly.hussin@yahoo.com
PN. NOR LAINI BT CHE MAT
Pensyarah
Jabatan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu

Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UM)


B.AC (Hons) Bimbingan dan kaunseling (UPM)
Diploma Pendidikan Sains (IPG KRM)
Pengalaman:
Pensyarah (5 tahun)

Kelulusan:
Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UKM)
B.ED. Hons. Pendidikan Khas (UKM)
Diploma Pendidikan IPG KIK
Pengalaman:
Pensyarah (3 tahun)

lainichemat@ymail.com

76

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU

PANEL PEMURNIAN MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)
NAMA

KELAYAKAN

77

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
NAMA

KELAYAKAN

IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
78

PKB 3103 PENGURUSAN


TINGKAH LAKU
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat

79