Anda di halaman 1dari 1

KUIZ 1

Adakah perlaksanaan gimnastik di dalam kurikulum KBSR dan KBSM di sekolah berjalan
seperti yang hasratkan. Jika YA berikan hujah dan bukti anda. Kalau TIDAK berikan hujah
serta pendapat anda?
(5 markah)
Pada pendapat saya, perlaksanaan aktiviti gimnastik di dalam kurikulum KBSR dan
KBSM di sekolah adalah TIDAK berjalan seperti yang hasratkan. Hal ini kerana, menurut
pengalaman saya sendiri sebagai pelajar semasa berada di sekolah rendah mahupun menengah,
hanya sebahagian kecil daripada bahagian pelajaran tentang gimnastik sahaja didedahkan.
Hal ini berkemungkinan kerana terdapat banyak kekangan masalah yang dihadapi oleh
guru-guru di sekolah. Antara kekangan tersebut adalah peralatan dan kelengkapan gimnastik
tidak lengkap. Kekangan ini menyebabkan guru tidak dapat melakukan kemahiran-kemahiran
yang ada dalam ativiti gimnastik.
Seterusnya adalah tiada tempat yang sesuai untuk para pelajar melalukan kemahiran
gimnastik. Sebagai contohnya, tiadanya gimnasium atau dewan menyukarkan guru untuk
mengajar kemahiran ini. Sekiranya pelajaran ini diajar di padang sekolah, pelbagai spekulasi
bakal timbul contohnya permukaan padang yang tidak rata akan mengakibatkan kecederaan pada
murid-murid.
Selanjutnya, risiko kecederaan yang tinggi terhadap murid semasa aktiviti dijalankan
merupakan antara faktor penyebab guru tidak melaksanakan aktiviti gimnastik di sekolah. Ibu
bapa pastinya akan menyalahkan guru sekolah sekiranya anak mereka mengalami sebarang
kecederaan.
Akhir sekali, kekangan penguasaan ilmu gimnastik pada guru itu sendiri menyebabkan
pelaksanaan aktiviti gimnastik di sekolah tidak berjalan seperti yang dihasratkan. Guru itu
sendiri haruslah mempunyai asas ilmu gimnastik yang kukuh untuk mengajar anak-anak
muridnya melakukan aktiviti gimnastik.