Anda di halaman 1dari 3

LLAPORAN SESI KAUNSELING

SESI PERTAMA.

NAMA

UMUR

BANGSA

TARIKH

MASA

TEMPAT

LATARBELAKANG PERTEMUAN YANG LALU:


Latarbelakang pertemuan yang lalu tiada kerana ini merupakan pertemuan
pertama kali antara kaunselor dengan klien.

MASALAH YANG DIKEMUKAKAN:


Klien selalu berasa tidak dapat menyuarakan idea apabila diadakan sesi
perbincangan sama ada di kelas mahu pun dalam kalangan kawan-kawan. Klien
juga nampaknya berasa rendah diri dan kurang yakin untuk mengeluarkan
pendapat. Klien merasa takut seandainya idea yang diberi akan dikritik.

Dari sesi pertama ini juga kaunselor mendapati bahawa klien merupakan
anak keempat dari tujoh beradik. Beliau mempunyai 3 orang abang dan tiga
orang adik perempuan. Ayahnya seorang pencari rotan di hutan Triang Pahang.
Beliau merupakan satu-satunya anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang tinggi. Dari segi kedudukan klien dalam famili kaunselor
membuat andaian, klien adalah anak yang menurut kata. Ini diakui sendiri oleh
klien kerana katanya beliau sentiasa menurut perintah dan arahan dari ayah dan
abang-abangnya yang lain.

DIAGNOSIS:
Klien berada dalam keadaan tertekan kerana tidak tahu apakah bentuk
kerjaya yang sesuai untuk dirinya. Begitu juga klien tidak yakin dan berani untuk
menyuarakan buah fikiran yang ingin diberikan dalam satu-satu sesi
perbincangan samada di kelas mahupun dalam kalangan rakan-rakannya.

PROSES KAUNSELING:
PENERAPAN TEORI. Kaunselor menggunakan pendekatan humanistik
dalam mewujudkan hubungan rapport dengan klien. Segala kemahiran
mendengar dengan aktif digunakan. Disamping itu kaunselor menerima klien
tanpa syarat dan menunjukkan empati, untuk sama-sama merasakan apa yang
sedang dirasai oleh klien. Namun begitu kaunselor juga mula nampak bahawa
ada sesuatu yang tidak kena kerana menurut klien beliau sentiasa menurut kata
keluarga dan tidak pernah membantah walaupun tidak setuju dengan sesuatu
cadangan atau pendapat yang diutarakan oleh keluarga.

ANALISIS MASALAH. Klien rasa rendah diri, tidak ada keyakinan dalam
mengutarakan pendapatnya dalam sesuatu perbincangan. Lebih banyak
bergantung kepada keluarga untuk membuat perancangan walaupun kadangkala
tidak dipersetujui.

KEMAHIRAN. Dalam membentuk hubungan rapport kaunselor


menggunakan kesemua kemahiran mendengar dengan aktif. Diantaranya adalah
parafrasa dalam memberikan kefahaman yang lebih akan masalah yang dihadapi
oleh klien. Disaat ini kaunselor menggunakan soalan-soalan terbuka bertujuan
untuk meneroka apakah masalah sebenar klien. Refleksi perasaan juga
digunakan untuk melihat perasaan klien terhadap keadaan yang dihadapi
terutama tentang kebimbangan klien akan masa depannya.

STRATEGI. Dalam sesi ini kaunselor menggunakan kemahiran kaunseling


dalam memberikan peluang untuk klien menceritakan keadaan dirinya. Tiga
syarat utama yang dikemukakan oleh Rogers diaplikasi dalam sesi ini iaitu
penerimaan tanpa syarat, genuine, empati dan kongruen. Penggunaan konsep ini
adalah semata-mata untuk klien merasakan bahawa kaunselor menerima
kedatangannya dengan hati yang terbuka.

MATLAMAT. Membantu klien untuk menyedarkan akan keadaan dirinya. Ini


dilakukan oleh kaunselor dengan meminta klien menjawab soal selidik personaliti
di rumah untuk digunakan dalam sesi kedua.

KESIMPULAN:
Sesi berjalan lancar. Klien walaupun malu-malu namun memberi kerjasama
yang baik. Ini mungkin disebabkan penerimaan kaunselor terhadap klien yang
terbuka.