Anda di halaman 1dari 5

Hindarilah Sifat Membazir

(April 2006 / 22 Rabiulawwal 1427 H 21 )


:








SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA


Marilah kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t.
dalam setiap waktu dan keadaan, dengan sentiasa melakukan segala suruhannya dan
menjauhi segala larangan mudah-mudahan dengan melakukan demikian kita akan
beroleh kejayaan di dunia dan mendapat keredaan Allah s.w.t. di akhirat .
Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini marilah kita merenung sejenak ke dalam diri
kita serta bermuhasabah mengenai apa yang telah kita lakukan dan patut kita laksanakan
dalam setiap aktiviti seharian agar ia selari dengan tuntutan Agama . Maka untuk tujuan
itu khutbah Jumaat pada hari ini akan menyentuh mengenai satu sifat tercela yang sering
dilakukan oleh segelintir musyarakah kita iaitu amalan pembazir, mimber Jumaat pada
hari ini ingin mengajak semua ummat Islam khususnya jamaah yang ada di sini agar
sama-sama menghindari sifat membazir .
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Agama Islam melarang keras umatnya
mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan samaada urusan yang berkaitan
dengan perbelanjaan harta, pengurusan masa dan penggunaan tenaga. Dimana perbuatan
membazir merupakan satu tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka
dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak . Mereka seolah-olah lupa bahawa rezeki

yang diperolehi itu sebenarnya datang dari Allah s.w.t . Mereka menggunakan rezeki
tersebut secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepatutnya .
Dalam soal ini, imam Al-Syafie telah mendifinasikan pembaziran itu dengan pengertian
membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran, tetapi tidaklah pula dikatakan
membazir jika ia dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajika, definasi ini telah
dipersetujui olah jamhur ulama .
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH
Walaupun para ulama mengertikan pembaziran itu hanya dalam skop pembaziran harta
sahaja, tetapi tidaklah bererti bahawa dalam perkara lain tidak berlaku pembaziran .
kerana apa sahaja perbuatan yang mengarah kepada pengurusan atau pekerjaan yang
merugikan, maka ia juga termasuk dalam erti kata melakukan pembaziran .
Berdasarkan apa yang telah disebutkan tadi, maka pembaziran boleh dibahagikan kepada
tiga kategori :
1.
2.
3.

Pembaziran harta
Pembaziran masa
Pembaziran tenaga

Ketiga-tiga jenis pembaziran ini boleh berlaku tanpa disedari disebabkan kelalaian kerana
terlalu ghairah mengejar cita-cita atau terlalu lemah dalam mengurus atau mentadbir
sumber yang ada seperti masa dan tenaga .
Ibnu Alqayum Al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering
dilakukan oleh manusia antaranya :
1. Pembaziran ilmu pengetahuan : iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan
kebaikan
2. Pembaziran amalan : iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
3. Pembaziran kekayaan : iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak
bermanfaat dan tidak diredhai Allah s.w.t.
4. Pembaziran hati : iaitu membazir jika kosong dari kasih kepada Allah s.w.t.
5. Pembaziran tubuh badan : iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah
kepada Allah s.w.t.
6. Pembaziran cinta : iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau
melebihi cinta kepada-Nya .
7. Pembaziran masa : iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya .
8. Pembaziran akal: iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna
kepada Agama .
9. Pembaziran zikir : iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati .

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA


Jadi kita selaku ummat islam perlu menjauhi sifat membazir kerana sebagaimana yang
telah diketahui bahawa membazir adalah satu sifat yang borok dan keji . Firman Allah
s.w.t dalam surah Al- Isra ayat 27 yang berbunyi :

Maksudnya : " Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan
dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya " .
Cuba kita lihat gaya hidup segelintir masyarakat kita hari ini yang suka berbelanja
mewah dan ianya seakan-akan menjadi satu budaya. Dan yang menyedihkan lagi ia
berlaku bukan dikalangan golongan yang berpendapatan tinggi sebaliknya berlaku
dikalangan mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah yang cuba meniru gaya
hidup mewah sehingga lupa tanggungjawab kepada yang lebih utama .
Sebagai contoh mereka sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar semata-mata
untuk hidup bermewah-mewah, berbelanja melebihi daripada keperluan yang diperluka,
ghairah menukar atau membeli kenderaan baru bagi tujuan bermegah-megah sebaliknya
begitu bakhil atau berhatihati berbelanja bagi faedah anak-anak .
Oleh yang demikian, kita sebagai seorang Islam hendaklah sentiasa berusaha
mempertingkatkan usaha dengan menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap bidang dan
pekerjaan . kita hendaklah sedar dan sentiasa berusaha untuk menunaikan tugas dan
tanggungjawab menurut ajaran Islam di samping berfikir dengan se dalam-dalamnya
sebelum membuat sesuatu keputusan supaya tidak membawa kepada pembaziran .
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA
Islam sangat mengambil berat soal mengamalkan cara hidup sederhana kerana ia
menjadi asas kepada kesejahteraan hidup. Di samping menggalakkan supaya memberi
bantuan dan pertolongan kepada golongan yang memerlukan sebagai tanda syukur
dengan pemberian nikmat-Nya . Firman Allah dalam surah Al-Isra ayat 26 :

Bermaksud : " Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang
musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu
dengan boros dan melampau-lampau " .
Apabila kita teliti dengan mendalam kita akan dapati bahawa pembaziran itu akan
membawa kesan yang ( negatif ) terhadap rohani dan jasmani seseorang .
Sesungguhnya Allah s.w.t. amat murka ke atas orang-orang yang tidak pernah bersyukur
di atas nikmat-Nya dan mereka ini akan menerima balasan buruk dari s.w.t.di atas
kelalaian menjaga amanah harta kurniaan Allah . Kita harus ingat bahawa harta yang
dimiliki sebenarnya adalah hak Allah, kita hanya sebagai Pengurus yang pasti akan
ditanya dari mana harta yang kita perolehi dan kemana kita membelanjakan harta
tersebut. Janganlah kita menganggap harta yang kita miliki itu sebagai milik kita yang
mutlak dan kerana itu kita berbelanja sesuka hati .
Firman Allah s.w.t dalam surah Ibrahim ayat 7 yang berbunyi :

Yang bermaksud : " dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya
jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi
sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah berat " .
Sidang Jumaat yang berbahagia
Akhirnya, marilah kita mengamalkan sifat berjimat cermat dan bersederhana serta
menjauhi sifat membazir bagi tujuan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. malahan
dengan mengamalkan sifat berjimat cermat ia akan mendatangkan banyak faedah kepada
diri kita dalam banyak perkara diantaranya :
1. Dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja atau pekerjaan akan
mendapat pahala dan keberkatan dari Allah s.w.t .
2. Dengan
mengamalkan sikap berjimat cermat dan bersederhana dapat
menyelamatkan kita dari muflis akibah hutang dan berbelanja berlebihan menurut
hawa nafsu .
3. Dengan mengamalkan sikap sederhana membolehkan kita mampu untuk
bersedekah pada jalan Allah, lebih-lebih lagi menunaikan zakat yang pastinya
melengkapkan lagi penyempurnaan rukun Islam .
4. Kita akan mempunyai simpanan dan simpanan tersebut dapat menjamin hidup
kita disaat mengahadapi kesusahan













.


.

Anda mungkin juga menyukai