Anda di halaman 1dari 11

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat
satu
rumusan tentang peranan belia untuk
membantu pembangunan negara dan kekangan mewujudkan belia berkualiti. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Presiden Soekarno pernah mengungkapkan, Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya
gegarkan dunia. Ternyatalah di sini bahawa belia yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan
bangsa. Oleh itu, setiap belia perlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan
pembangunan negara.
Peranan signifikan belia ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang penting untuk
melahirkan belia yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana
kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, belia kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di
dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik.
Belia juga perlu mengutamakan hal-hal yang penting dengan menepikan hal-hal yang mengalpakan,seperti
terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Tegasnya, tanpa belia yang bijak pandai maka
pembangunan negara akan terbantut. Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat
menjamin pembangunan negara jika belia kita tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Belia yang ingin
membangunkan negara perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf
baharu yang penuh dengan kompetetif, belia kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa
mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan belia di negara maju.
Selain itu, belia juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Belia kita harus disuntikkan ajaran
agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seperkara lagi, belia juga perlu
kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang gemilang. Hal ini demikian kerana hanya mereka yang
sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam
industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan
menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, belia kita harus berani berimaginasi dan berkhayal
tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur.
Belia juga dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap
keterbukaan. Belia perlu menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi
mewujudkan kesejahteraan sosial. Semua belia mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk
menjana pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Namun, sejak akhir-akhir ini
didedahkan ramai belia terlibat dalam salah laku sosial. Dikatakan juga belia yang tidak mempunyai pegangan hidup
ini akan menjadi musuh negara menerusi aktiviti tidak sihat seperti merempit. Jika masalah yang dikaitkan dengan
belia tidak dibendung, sudah pasti impian Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 tidak akan menjadi
kenyataan.
(Dipetik dan diubah suai daripada Benarkah Belia Kita Semakin Melampau, oleh Abd.
Kadir Mohd. Ayub, Dewan Masyarakat, November 2012)
Soalan 2: Pemahaman
[ 35 markah]
Soalan 2 (a) -- Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.

Apakah maksud rangkai kata menjana kecemerlangan?

[2 markah]

ii.

Masalah yang melanda belia telah merencatkan pembangunan negara.


Nyatakan permasalahan yang dihadapi oleh sesetengah belia.

[3 markah]

iii.

Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan terhadap belia yang gagal dalam usah
meraih kecemerlangan dalam bidang akademik?
Kemukakan dua pendapat anda.
[4 markah]

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Sumpah tidak begitu, Uj. Mengapa Um mesti melawan abang? Um, bagi Abang Uj cuma seperti David the
Gnome dalam siri kartun Awang Kenit itu. Um sebenarnya sedang memikirkan sesuatu. Biarpun muka dan mata Um
merenung buah-buah catur yang berwarna hitam dan putih ini, tetapi Um tidak di situ. Fikiran Um melayang jauh. Um
memikir bagaimana hendak mengubati ibu yang sedang menderita sakit darah tinggi.
Ibu? Itu tugas doktor memikirkannya. Kita sudah gaji dua orang doktor keluarga. Kita bayar saja bil yang
disuakan nanti. Apa perlu Um memikir? Um bukan seorang doktor. Kemarahan Uj yang cuba disimpan dan
disembunyikan terjengul juga. Derai bahang suaranya melibas telinga Um.
Uj tahu. Begitu juga Us, Uk, Ur dan seluruh adik-beradik serta saudara-mara daripada institusi keluarga besar
dan unggul yang di bawah penerajuan Uj. Uj memang amat menyenangi Um. Um ditatang dalam dulang emas, kata
Us yang terasa dikuak ke tepi untuk memberi laluan kepada Um mengatasi semua abang-abangnya yang lain. Um
dididik dengan sepenuh kudrat. Apa saja yang tidak diajarkan kepada Um. Termasuk ilmu bermain catur yang menjadi
kebanggaan keluarga.
Dipetik daripada cerpen Pemain Catur
oleh Zaharah Nawawi dalam Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
i.

Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Uj melayan Um dengan baik berbanding adik-beradiknya yang
lain?
[2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghargai jasa seorang ibu?

iii.

Jelaskan satu nilai yang anda peroleh daripada petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

[3 markah]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sahut peri, Hai cucuku, jikalau ia hendak mengeluarkan sebuah negeri maka keluarlah dengan
rakyatnya serta alat senjata dan beribu-ribu peri dan dewa-dewa! Demikianlah kebesarannya hikmat itu seperti
gemala rupanya dan ditaruhnya di atas kemuncak mahligainya itu.
Maka Inderaputera pun hairan mendengar kata peri itu. Maka ujar Inderaputera, Hai nenekku, bagaimana
gerangan tipu daya hamba akan dapat melihat tuan puteri itu?
Maka sahut peri itu, Wahai cucuku, jikalau cucuku hendak juga bertemu kepada Tuan Puteri Seri Gemala
Ratna Nehran itu, pada tatkala ia mandi pada tasik ini dan cucuku duduk bersembunyi jangan kelihatan olehnya dan
tatkala ia mandi itu maka ia menanggalkan bajunya, ditaruhnya ke bumi itu! Maka segeralah cucuku ambil bajunya itu
sembunyikan baik-baik. Jika dipintanya janganlah diberikan dan tatkala itulah berjanjilah dengan dia.
Maka kata Inderaputera, Hai nenekku, berapa hari lagi tuan puteri itu datang ia ke mari?
Maka disahut oleh peri itu, Tiga hari lagi ia datang ke tasik ini mandi.
Setelah sudah ia berkata-kata demikian maka ujar peri itu, Hai cucuku, marilah cucuku ke rumahnya nenek!
Maka sahut Inderaputera, Baiklah, nenek.
(Dipetik daripada prosa Dua Geliga Hikmat,
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka)

i.

Berikan maksud seperti gemala rupanya .

[2 markah]

ii.

Kemukakan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh Inderaputera sekiranya baginda mahu bertemu
dengan Tuan Puteri Seri Gemala Ratna Nehran.
[3 markah]

iii.

Pada pendapat anda, apakah cara yang dapat dilakukan oleh Inderaputera untuk menjadi raja yang sentiasa
ditaati rakyatnya?
[3 markah]

Soalan 2(d) Puisi Tradisional

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

DI BAWAH LANGIT YANG SAMA


Di bawah langit yang sama
Kita hirup udara
Tanpa mengira Beirutmu
Ataupun Kuala Lumpurku
Kita menghirup udara
Di bawah langit yang sama.
Aku suka gerimis di Kota London
Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya.
Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika
Kerana di bawah langit ini
Kita sama.
Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan
Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera
Berkongsi siang miliki malam
Anyam cinta pelangikan zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita-warga dunia
Di bawah langit-Nya
Yang sama.
Peta-peta itu yang memisahkan
Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi seketika
Pasport dokumen pengenalan titik mula
Kita dakapi mimpi tak berbeza
gapai hasrat
Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam
Di bawah langit ini yang
Sama.
Lim Swee Tin
Dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Potret Harum Kuntum-kuntum Zaitun, 2006
Citra Kurnia Enterprise
i.

Terangkan maksud rangkai kata tiupan harapan senada.

[2 markah]

ii.

Mengapakah penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama?

[3 markah]

iii.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang keamanan?

[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)

mengorak langkah

(ii)

memupuk perpaduan

(iii)

meniupkan semangat

(iv)

menumpukan perhatian

(v)

menyelesaikan masalah

(vi)

memikul tanggungjawab
[6 markah]

(b) Pisahkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud
asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.
(i) Hadiah itu untuk ibu saya atau untuk ayah saya.
(ii) Pemain skuasy negara itu sungguh handal dan tangkas.
(iii) Mahasiswa yang berketerampilan bukan sahaja mudah memperoleh pekerjaan
bahkan menjadi contoh kepada masyarakat.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pemakaian stokin yang berlainan warna telah jadi ikutan muda-mudi pada masa sekarang.

(ii) Pesakit leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat memberi


penyakitnya.

sumbangan untuk mengubati

(iii) Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-filem lagenda Seniman
Agung Tan Sri P. Ramlee untuk mengingati kepergiannya.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh
kami setahun yang lalu.
(ii) Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh isyarat lampu merah
kerana terlewat menghadiri temu janji.
(iii) Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik
kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.
[6 markah]

(e) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.
(i) Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur
berkecai
apabila anaknya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan
ditangkap oleh polis.
(ii) Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya me ngesan punca-punca
kemurungan dengan hanya memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.
(iii) Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan
syarikatnya akan memberikan bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui bahawa
perkhabaran tersebut merupakan khabar angin sahaja.
[6 markah]

Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :


Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.
Kembara Amira karya Amer Hamzah L.Kadir.

(a) Persoalan berperanan penting untuk menyokong tema dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel
tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan perwatakan watak
utama dalam setiap novel.
[8 markah]

Skema set 1

Soalan 1: Rumusan
(a)

Pendahuluan

Petikan membincangkan tanggungjawab/fungsi/tugas belia untuk membantu pembangunan negara yang kian
pesat/supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain-2m

Petikan membincangkan tanggungjawab/fungsi/tugas belia untuk membantu pembangunan negara yang kian
pesat dan masalah yang melanda belia.-2m

Petikan membincangkan tanggungjawab/fungsi/tugas belia untuk membantu pembangunan negara-1m

Petikan membincangkan peranan untuk membantu pembangunan negara-0m

(b)

Isi Tersurat [Peranan belia terhadap negara.]


S1 Belia perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik.
S2 Proaktif menimba ilmu dan segala pengetahuan.
S3 Mengutamakan hal-hal yang penting dengan menepikan hal-hal yang
mengalpakan.
S4 Memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan.
S5 Memiliki etika atau personaliti yang luhur.
S6 Kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang gemilang.
S7 Berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur.
S8 Memainkan peranan untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan.
S9 Menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional.
S10 Mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana
pembangunan negara.

(c)

Isi Tersirat [Kekangan mewujudkan belia yang berkualiti.]


T1 Belia lebih mengutamakan hal yang menyeronokkan sahaja.
T2 Belia kurang memberi fokus terhadap masa depan yang lebih bermakna.
T3 Belia mudah terpengaruh dengan gejala negatif di laman sosial.
T4 Beliau kekurangan ikon untuk dijadikan model.

(d)

Penutup

Sebagai kesimpulannya/Sebagai konklusinya, belia perlulah mempunyai visi yang lebih jelas untuk
membangunkan negara agar / supaya pembangunan negara akan lebih rancak.

Soalan 2 (a) -- Petikan Umum

(i) Rangkai kata menjana kecemerlangan bermaksud menghasilkan kejayaan terbaik.


[2 markah]
(ii) - terlibat dalam najis dadah.
-terlibat dalam salah laku sosial.
-belia yang tidak mempunyai pegangan hidup ini akan menjadi musuh negara menerusi aktiviti tidak sihat seperti
merempit.
[3 markah]

(iii)
-Belia yang gagal meraih kecemerlangan dalam bidang akademik hendaklah dihalakan ke kursus yang
berkaitan dengan kemahiran agar mereka dapat memasuki pasaran buruh.-2m
- kumpulan belia ini perlu diberi motivasi agar ada keinginan mengubah sikap untuk menjadi manusia yang
lebih Berjaya
[2markah]
[Pendapat yang sesuai diterima.]

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen (Pemain Catur)

(i) Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Uj melayan Um dengan baik berbanding adik-beradiknya yang lain?
[2 markah]

- Um ditatang dalam dulang emas


[1markah]
- Um dididik dengan sepenuh kudrat
[1markah]
- Um diajarkan semua ilmu termasuk ilmu bermain catur.
[1markah]

jawapan yang sesuai boleh diterima

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghargai jasa seorang ibu?

- Sentiasa menunjukkan kemesraan kepada ibu


[1markah]
- Sentiasa taat dan patuh kepada ibu
[1markah]

- Sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan ibu


[1markah]
- Mendoakan kesejahteraan ibu
[1markah]
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai yang anda peroleh daripada petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.

Satu nilai daripada petikan


- Nilai keprihatinan seorang anak terhadap ibunya - Um prihatin terhadap penyakit darah tinggi yang dihidapi oleh
ibunya.
- Nilai tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya - Uj telah menggaji dua orang doktor untuk merawat penyakit
yang dihidapi oleh ibunya.
[2 markah]
Satu nilai daripada keseluruhan cerpen

- Nilai keberanian dalam menyahut cabaran - Um berani menyahut cabaran abangnya, Uj untuk bertanding dalam
permainan catur.
- Nilai kegigihan untuk mencapai sesuatu matlamat - Um telah gigih berusaha dengan menelaah buku tentang
permainan catur bagi mencapai hasratnya untuk menjadi pemain catur yang terkenal.
- Nilai kasih sayang sesama adik-beradik - Uj menyayangi adiknya Um.
[2 markah]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

(i)

maksud:
... bagai/seperti/laksana batu sakti bentuknya

[2 markah]
(ii) langkah-langkah:
... perlu bersembunyi
... mengambil baju Tuan Puteri dan menyembunyikan baju tersebut
... jangan memberikan baju kepada Tuan Puteri sebelum membuat apa-apa perjanjian

[3 markah]

(iii) cara:
... menjadi raja yang sentiasa mengasihi rakyat
... memberikan kehidupan yang sempurna kepada rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan
... menjadi raja yang bersikap adil kepada rakyatnya
[3 markah]

Soalan 2(d) Puisi Tradisional


Contoh Jawapan:

(i)

Terangkan maksud rangkai kata tiupan harapan senada.

(ii)

[2 markah]

memperjuangkan sesuatu hasrat secara bersama-sama dan bermuafakat.

Mengapakah penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama?

2.

kita menghirup udara yang sama;


-

pokok-pokok di London dan Washington adalah sama;

mereka yang tinggal di Australia juga seolah-olah tinggal di Afrika;

manusia sejagat berkongsi siang dan malam.

[3 markah]
(iii)

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang keamanan.


[4 markah]

sikap tamak pemimpin yang ingin meluaskan pengaruh dan penguasaan


ekonomi;

pertubuhan dunia gagal mencegah berlakunya peperangan;

kuasa-kuasa besar lebih mementingkan diri sendiri.

PANDUAN PENSKORAN NOVEL


(15 markah)

4(a)

(i)

Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari

(ii)

Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap

(iii)

Beri 1 markah untuk 1 keistimewaan

(iv)

Beri 1 markah untuk huraian

(v)

Keistimewaan tanpa huraian maksimum

(vi)

Huraian tanpa keistimewaan beri 0 markah

(vii)

Markah isi maksimum 4 markah

(viii)

Markah bahasa maksimum 3 markah

(ix)

Markah bahasa diberi secara impressionm


Baik

= 3 markah

Sederhana

= 2 markah

Lemah

= 1 markah

2 markah

(x)

Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(xi)

Calon tidak menjawab 0 markah.


[Maksimum: 7 markah]

4(b)
(i)

Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari

(ii)

Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap

(iii)

Beri 1 markah untuk 1 teknik saspens

(iv)

Beri 2 markah untuk huraian setiap teknik saspen

(v)

Huraian secara umum beri 1 markah

(vi)

Huraian tanpa teknik saspens beri 0 markah

(vii)

Markah isi maksimum 6 markah

(viii)

Markah bahasa maksimum 2 markah

(ix)

Markah bahasa diberi secara impression


Baik

= 2 markah

Lemah

= 1 markah

(x)

Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(xi)

Calon tidak menjawab 0 markah.


[Maksimum: 8 markah]

SKEMA NOVEL SET 1


Soalan 4 (a)
Novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!)

Persoalan ketabahan dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup. Persoalan ini dapat dilihat melalui
watak Jeffri yang diuji dengan takdir isterinya koma dan anak kembar siamnya telah meninggal dunia. Jeffri
meneruskan kehidupannya dengan tabah dan tidak menitiskan air mata ketika berdepan dengan cabaran tersebut.
Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Oleh sebab terlalu sayang akan suaminya,
Intan Maliana sanggup hamil sekali lagi walaupun sedar komplikasi yang bakal dihadapinya. Dia sanggup berkorban
nyawa demi membahagiakan suaminya Jeffri yang inginkan zuriat lagi. Intan Maliana tidak mahu menggugurkan
kandungannya walaupun dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan kawannya, Suzie. Selepas melahirkan anak kembar
siamnya, Intan Maliana koma manakala anaknya pula meninggal dunia.

Novel Konserto Terakhir


Persoalan masyarakat yang mementingkan pangkat dan darjat. Datin Salmah menghina Hilmi kerana
menganggap Hilmi seorang budak kampung yang miskin dan tidak berpendidikan tinggi. Datin Salmah tidak suka
Hayati berkawan rapat dengan Hilmi kerana merasakan kedudukan mereka tidak setaraf. Azizah pula yang pada
mulanya terpikat dengan Hilmi berasa tawar hati apabila mengetahui Hilmi hanya seorang tukang kebun di rumah
Datuk Johari.
Persoalan pegangan agama yang rapuh dalam masyarakat bandar. Persoalan ini dapat dilihat dalam
kehidupan keluarga Datuk Johari yang tidak solat. Namun, sejak kedatangan Hilmi, Hayati mula berubah dengan
mengerjakan solat dan mengaji Al-Quran. Hayati juga mula berubah sikap dengan lebih banyak mendalami ilmu
agama.
Soalan 4 (b)
Pelajar wajib menjawab satu persamaan perwatakan dan satu perbezaan perwatakan
daripada kedua-dua novel.

Persamaan

Gigih berusaha

Hilmi belajar muzik dengan En Bakar dengan bersungguh-sungguh dengan setiap petang berulangalik ke rumah En Bakar bagi menambah ilmu berkenaan alat muzik.

Julia gigih belajar untuk menghadapi SPM walaupun berhadapan dengan masalah mamanya yang
koma..kegigihannya membuahkan hasil apabila Berjaya dengan cemerlang dalam SPM.

Penyayang

Hilmi sayang akan Hayati, anaknya dan isterinya Azizah.

Julia sangat menyayangi kedua-dua ibu bapanya serta pembantu rumahnya Makcik Noraini.

Perbezaan

Hilmi seorang yang miskin dan bersekolah setakat darjah empat sekolah melayu

Julia seorang pelajar yang bijak dan aktif di sekolah hingga pernah mendapat gelaran pelajar yang
outstanding dan menyambung pelajaran hingga ke university.

Hilmi seorang yang tabah biarpun sering dihina dan dicemuh oleh Datin Salmah.

Julia seorang yang sensetif dan sering bosan dengan gelagat mama dan papanya.Julia juga
merupakan gadis yang belum matang.

Anda mungkin juga menyukai