Anda di halaman 1dari 6

Ke Arah Kecemerlangan Kepimpinan Mahasiswa Islam

Oleh Abd. Ghani Shamsuddin,


Presiden Persatuan Ulama Malaysia
Motto "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang.baik bagimu (iaitu) bagi orang
yang mengharapkan (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALlah". (Surah
AI-Ahzab: ayat 21)
"Katakanlah apakah kamu mahu Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di
dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja
dengan sebaik-baiknya".
"Mereka itu ialah orang-orang kufur terhadap ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) pertemuan dengan
Allah. Sebab itu (nilai) pekerjaan mereka jatuh (hapus) dan Kami pun tidak akan memberikan apa-apa
pertimbangan nilai terhadap (usaha) mereka pada hari kiamat kelak".
(Surah AI-Kahfi : ayat 103-105)
Muqaddimah
Kecemerlangan (excellence) mernpakan suatu aras pencapaian khidmat, kualiti pengeluaran dan sebagainya
yang mencecah piawaian tertentu; samada kepuasan pelanggan, pengikut, orang ramai, rakan sekerja,
mahupun majikan. Kecemerlangan selalunya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai atau traits keperibadian
tertentu, atau malah mutu perlaksanaan kerja tertentu yang terbaik dan memuaskan ALlah atau manusia
pada masa yang tertentu. Pendekata ia merangkumi sejumlah ciri-ciri keunggulan yang mampu dimiliki olch
seseorang, kumpulan atau organisasi.
Semua orang ingin memiliki sesuatu yang dapat dibanggakan. Mereka ingin menjadi unggul dalam serbaserbi. Manusia memang makhluk yang ingin mencapai self-actualization (membuktikan kewujudan diri). la
mahu mendapatkan satu macam kepuasan batin dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya. Ini dianggap
sebagai salah satu keperluan asas .manusia mengikut huraian Maslow tentang theory of basic need.
Di antara yang dicita-citakan olch manusia ialah suatu keperibadian yang terbaik, terpuji, sempuma dan
cemerlang bagi dirinya sendiri. Mereka merasakan keperibadian yang baik dapat membekalkan diri mereka
dengan persyaratan-persyaratan kejayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Peribadi
menentukan nilai diri. la lebih penting daripada keturunan, pangkat, dan harta benda. Manusia disanjung
lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang bukannya kerana pangkat atau keturunannya semata-mata.
Kecemerlangan, jika dihubungkaitkan dengan kepimpinan mahasiswa, ia bermakna wujudnya beberapa figure
pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai atau
standard yang terbaik dan memuaskan para pengikut atau malah umat yang menyaksikan agenda bertindak
dan operasi organisasi yang berkenaan.
Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Faktor- faktor tersebut
antara lain ialah
1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah
Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam. Mahasiswa sebagai kumpulan manusia
berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan iman, Islam dan ihsan.
Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung
kepimpinan para pewaris nabi atau para alim 'ulama'.
Allah berfirman

"Hai orang-orang yang beriman; janganlah kamu mengkhianati ALlah, Rasul dan apa yang telah
diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya"
(Surah al-Anfal : ayat 27)
2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan
Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur. Tanpa
strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar
meraih kecemerlangan meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.
Fiqh al-Muwazanat bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih penting diutamakan antara sekian
banyak (Masalah) maslahah (kepentingan); dari sudut kadarnya, pengaruhnya, skop liputannya serta jangka
hayatnya.

la juga bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih buruk padahnya dari sekian banyak keburukan
yang ada, mana yang paling mustahak dihindari terlebih dahulu dan mana pula yang boleh dibiarkan
seketika. la juga bermakna keupayaan membuat tarjihat antara maslahah dan mafsadah apabila keduaduanya tampil serentak dalam sesuatu isu atau persoalan. Sehinggalah dapat dibuat kesimpulan yang tepat
samada diutamakan menghindari mafsadah dari meraih maslahah atau sebaliknya diutamakan meraih
maslahah dengan rnenanggong sedikit kesan dari mafsadah yang berkaitan.
Fiqh al-Aulawiyat bermakna meletakkan sesuatu pada kadar martabatnya. Apa yang patut didahulukan
tidak ditangguhkan. Manakala yang patut ditangguhkan tidak didahulukan. Yang besar tidak dianggap kecil,
begitu juga sebaliknya.
Amal salih menurut al-Qur'an mempunyai martabat masing-masing. Nilainya tidak semestinya sama.
Golongan pemimpin mestilah peka terhadap hal ini.
ALlah berfiiman
"Adakah kalian menyamatarakan (nilai kebaikan) antara orang yang memberi minum orang-orang haji serta
memakmurkan Masjid al-Haram dengan orang-orang yang beriman dengan ALlah, hari akhirat dan mereka
berjihad di jalan ALlah. (Sesungguhnya) tidak sama (nilai antara keduanya) di sisi ALlah. ALlah tidak
memberi petunjuk terhadap kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan
ALlah dengan harta dan nyawa mereka di sisi ALlah lebih tinggi darjat mereka dari orang lain. Mereka
itulah orang-orang yang berjaya"
(Surah at-Taubah . ayat 19 - 20)
3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik
Kejayaan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur
oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada
diujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.
Perlembagannnya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa. Mekanisme untuk memperbaiki
kelemahan organisasi sentiasa terbuka.
4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketrampilan
Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih
berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai
berbagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.
Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai ketrampilannya
menggarapi aspek-aspek berikut:

a) wawasan politik yang jelas


Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik
yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh
dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak
mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar
mcrupakan titik kelemahan yang ketara.
b) Ketrampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa
Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Oleh kerana itu para pimpinan
organisasi mahasiswa masa kini perlu menguasai bahasa linguafranca; samada Bahasa Inggeris ataupun
Bahasa Arab, selain daripada bahasa ibundanya. Mereka perlu cemerlang dalam penguasaan mereka
terhadap bahasa-bahasa ini. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej
secara lebih berkesan dan convincing.
c) ketrampilan moniver
Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-dta organisasi. Mereka
mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap/perlaksanaan yang lebih tinggi dan
maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.
d) memiliki keperibadian Islam yang baik
Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan
oleh AI-Qur'an.
5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif
Pemimpin Mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. la lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. la
(pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir
dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada
pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap
ingin melihat jama'ah berjaya.
Hubungan timbal balik yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti
menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.
6. Kelengkapan teknologi yang berkesan
Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih
seperti yang dimililki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah.
Apa yang dimaksudkan ialah, organisasi mahasiswa mempunyai peralatan teknologi yang minima untuk
membantunya beroperasi secara berkesan. Sekurang- kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks,
telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan.zaman kini. Kckurangan yang terlalu menjolok dalam hal
ini menjauhkan organisasi berkenaan dari tahap cemerlang.

7. Program perkaderan (leadership program) yang berkesan


Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan
mahasiswa Islam ialah wujudnya sistern perkaderan yang baik untuk menampan pemimpin pelapis yang
bawa. Pemimpin yang berfikiran kreatif, setia dengan prinsip dan dasar organisasi.
Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang
competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang. Mereka harus
berupaya menampilkan golongan pemimpin yang lebih bijak, lebih berketrampilan dan cauggih daripada yang
ada sekarang. Lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.

8. Taufiq dan inayah Allah


Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor
yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah llahi.
Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan-amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat.
Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya , kecemerlangan duniawi akan mempunyai
makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program
Qiamullaill, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.
Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam
persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan keccmerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan
satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan.
Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang
mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa
harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika
mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara
agresif, sudah pasti mercka akan terus terpinggir!
Keselarasan Roh dan Pemikiran Dalam Gerakan Kemahasiswaan
Kecenderungan masyarakat dewasa ini kembali kepada ajaran dan nilai-nilai Islam agak ketara. Ini sejajar
dengan proses kematangan pemikiran ummat setelah melalui sekian banyak peristiwa-peristiwa yang
mengandungi suka duka hidup. Sudah pasti keinginan dan keghairahan untuk kembali menghayati Islam
sedemikian rupa memerlukan skima pemikiran yang mantap, jelas dan kaya dengan inspirasi, modal dan
gagasan baru dalam berbagai aspek. Islam yang hendak dihayati itu tentulah Islam dalam bentuk yang
setaraf dengan cabaran, wawasan dan tuntutan masa kini. la perlu segar dan mempunyai unsur tajdid.
Dalam menangani situasi begini, gerakan mahasiswa harus sedar bahawa kehadiran serta peranan mereka
akan menjadi lebih dominan serta bersemarak, kiranya mereka dapat memastikan bahawa keghairahan
untuk menghayati Islam tersebut memerlukan mereka sendiri bahkan setiap aktivis yang dididik memiliki
roh dan pemikiran Islam. Roh dan pemikiran Islam terjunam kukuh serta dapat diselaraskan di semua
peringkat pengikut serta penggerak organisasi. Keselarasan ini harus merangkumi kesedaran tentang
1. Islam ialah suatu Manhajul Hayah (sistem hidup) yang sepatutnya menjadi dasar negara dan budaya
ummah.
2. Kesempurnaan Islam (syumuliyatu 'I-Islam) dan ajarannya perlu berfungsi dalam masyarakat.
3. Keperluan bergerak dalam satu rangka pemikiran yang selaras, searah dan dalam satu wadah
pergerakan dengan fiqh prioritas syara' yang mu'tabar
4. Kemestian menolak aspek-aspek salbiah (negatif). ittikaliah (tawakal yang tidak bertempat), pessimistik
dan faham sckularisma dalam amalan dan pemikiran
5. Kemestian mengasaskan ilmu atas dasar yang integrated (sepadu), sempurna dan selaras dengan nilainilai rabbaniah
6. Kemestian menuju ke arah kepimpinan yang mempunyai ilmu yang mutakamil (sepadu) dan memiliki ciriciri warathatu 'n-Nubuwwah (pewaris ciri-ciri kenabian) untuk mengurangkan berlakunya kemungkinankemungkinan negatif.
7. Keperluan menghargai wadah-wadah Islam yang lain serta sumbangan masing-masing dalam membawa
ummah ke arah peningkatan hidup secara Islam.

8. Peningkatan kesedaran sosio-politik untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam segenap peringkat dan
bidang; samada peringkat pasca komunisme, mahupun peringkat New World Order.
9. Penggarapan apa yang boleh dicapai dalam batas kemampuan dan kesenmppatan masa kini..
10. Kepentingan meningkatkan akhlak dalam konteks pergerakan dan juga berinteraksi dengan individu
serta masyarakat.
Gerakan Kemahasiswaan dan Isu-isu Akhlak
Seperti yang telah disebutkan di atas, ternyata kebelakangan ini kita menyaksikan usaha- usaha yang
cukup ghairah untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Kita juga sedar. bahawa kecemerlangan
tidak sahaja ditentukan olch teknik pengurusan serta bantuan alat semata-mata, tetapi lebih dari itu ia
ditentukan juga oleh faktor kemanusiaan, atau nilai-nilai insan itu sendiri.
Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan.
Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi
penekanan dalam gerakan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai
kelslaman. Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesejahteraan dunia,dan akhirat.
Tatacara menangani masalah-masalah masyarakat mesti difahami dengan tepat dan direalisasikan dalam
berbagai lapangan hidup. Malah disertai dengan rasa tanggungjawab iaitu dengan menganggap jatuh
bangunnya gerakan Islam, nasib ummah adalah di tangan golongan pencinta Islam yang sepatutnya bingkas
berbuat bergerak menyusun rancangan dan sebagainya. Sikap lemah, acuh tak acuh adalah sikap
mukhallafun (golongan yang enggan berjuang) yang dibenci oleh ALlah.
Semangat dan usaha menentang setiap yang bernama kemungkaran pula harus berkobar atau dikobarkan.
Tanpa semangat ini iman akan menjadi lesu. Tekad jihad akan menjadi lemah dan tidak mampu
menampilkan daya juang ke taraf maksikma. Roh yang tidak ada keazaman berjihad adalah roh yang masih
bergelumang dengan semangat jahiliah seperti yang pemah ditegaskan olch Rasulullah s.aw.
"Barangsiapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, mati dalam
keadaan munafik".
"Mana-mana kaum yang meninggalkan jihad nescaya ALlah akan mengenakan mereka dengan seksaan yang
merata."
Keunggulan, keagungan dan keindahan Islam.sudah begitu banyak diperkatakan. Apa yang belum dikotakan
dan ditampilkan dengan konkrit untuk zaman ini ialah contoh-contohnya yang nyata dan realisasinya.
Setiap aktivis Islam berkewajipan membuktikan ajaran Islam itu dalam diri, keluarga dan wadah
pergerakan mereka. Kita sepatutnya menjadi Ummatan Wassatan yang boleh memainkan peranan sebagai
syuhada' 'li 'n nas. Ini adalah suatu cabaran dan tanggungjawab yang besar dan berat. Mampukah
gerakan mahasiswa memikul beban ini? Apakah kita berdaya atau mampu melaksanakan tugas-tugas Khaira
ummatin ukhrijat linnas (ummah terbaik) yang ditampilkan kepada manusia? Inilah cabaran yang menunggu
jawaban praktikal daripada kita sekalian.
Perlu disedari gerakan kemahasiswaan harus menekan persoalan gerakerja dakwah yang berkesan, dengan
praktik akhlak Islam yang betul dalam konteks haraki Lantaran tanpa akhlak pembelotan, pengkhianatan
dan sindrom individu tercicir dari gerakan dakwah akan berlaku. Sejarah telahpun mencatatkan fenomena
ini, dimana figure yang 'gagah' dan mantap sekalipun boleh tercicir. Kita khuatir dengan adanya sindrom
ini persaudaraan bertukar menjadi permusuhan, idealisme hanyalah ibarat impian di siang hari
Memang tidak mudah untuk berpaut dengan nilai-nilai murni seperti yang ditegaskan oleh Allah. Apatah
lagi dalam suasana yang penuh dengan rangsangan yang menarik manusia supaya mclutut kepada tuntutan
syahwatnya. Tidak mudah untuk mengamalkan sikap-sikap mulia dan akhlak-akhlak yang luhur dalam

kemelut masyarakat yang menghakis segala daya tahan dan daya juang aktivis Islam. Tepat seperti yang
ditegaskan oleh ALlah :
"Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat ALlah nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang disucikan
(jiwa dan hati nuraninya) ".
Tidak dapat dibayangkan betapa suramya gambaran nasib umat sekiranya golongan pendakwah khususnya
mahasiswa Islam gagal menghayati nilai warisan ini. Kalau mereka gagal mencapai cita-cita besar yang
merujuk kepada pcngembalian penghayatan ~ maka ini adalah suatu yang malang. Akan tetapi yang lebih
malang ialah apabila nilai-nilai suci dan murni agama ini gagal dihayati dalam peringkat diri, keluarga dan
wadah sendiri. Untuk mengelakkan hal ini maka para Dai'e harus mengatasi kelemahan diri masing-masing.
Abu Nasr Assaraj menyatakan bahawa dari segi adab manusia terbahagi kepada tiga peringkat :
- Ahlu 'd-Dunia : kebanyakan realisasi adabnya ialah dalam bentuk (memperelok) gaya bahasa dan
kefasihan, menghafal ilmu dan sya'ir gurindam.
-Ahlu 'd-Din : kebanyakan manifestasi adabnya ialah mengasuh diri, mendisiplinkan anggota, menjaga
batasan ALlah dan meninggalkan tuntutan syahwat
- Ahlu'l Khususiah : kebanyakan latihan disiplin diri mereka ialah menjernihkan hati, mengelokkan batin,
menunaikan janji (antara hamba dan tuhannya), menjaga waktu, kurang melayani perasaan dan lintasan
fikiran (yang tidak bermakna), sikap dan bicaranya sopan ketika memohon, ketika mendekatkan diri kepada
ALlah
Tanpa bersikap prejudis lkita percaya gerakan mahasiswa mampu mencipta budaya kerja serta arus
pergerakan yang cemerlang, kiranya mereka dapat memanfaat, menggarapi serta menanamkan roh serta
nilai-nilai unggul agama sebagai teras serta arah perjuangan. Semangat kecemerlangan memang cukup
menyerlah dalam pelbagai aspek ajaran Islam Allah sendiri menyatakan diri-Nya dengan sifat-sifat
superlatif seperti Ahsanu '1-khaliqin (Pencipta yang terbaik), Ahkamu "I-hakimin (hakim yang mengungguli
segala hakim) dan sebagainya. Manusia sendiri dinyatakan sebagai makhluk yang berkualiti tinggi - ahsani
taqwim (ciptaan terbaik).
Penutup
Sudah sekian lama gerakan mahasiswa berperanan di tengah-tengah masyarakat. Malah sudah sekian
ramai juga pimpinan serta pengikutnya yang datang dan pergi dengan cita-cita masing-masing. Sejarah
kemahasiswaan telah mencatitkan bahawa mereka berkebolehan melahirkan satu force, satu mainstream
atau satu tenaga bertindak serta satu kekuatan perubah yang amat dihargai masyarakat.
Gerakan kemahasiswaan, dengan gandingan serta gabungan tenaga cendikiawan dan 'ulama' seperti yang
sedang berlaku ini perlu ditingkatkan dalam kadar kekuatan serta kelemaham masing-masing. Barisan
penda'wah mesti diperkukuhkan dengan ukhuwwah, mahabbah dan tajarrud ilaLlah (ketulusan niat dan
tekad perjuangan semata-mata kerana ALlah). Kelompok pimpinan mahasiswa serta pengikut yang prihatin
amat memerlukan keazaman, kebijaksanaan, kesabaran serta kesungguhan dalam bekerja bagi
merealisasikan gerakan mahasiswa yang mantap untuk mencapai cita-dta seperti yang diidam-idamkan.
Terlalu banyak ruang dan bidang yang boleh dihubungkan dengan usaha-usaha mencapai kecemerlangan.
Dalam kesempatan yang terbatas ini kita tentu tidak dapat memperincikan semuanya. Gerakan mahasiswa
Islam yang peka dan arif dapat merasakan keperluan-keperluan yang mendesak dalam konteks merealisasi
kebangunan Islam. Misalnya dalam bidang dakwah, komunikasi, alat-alat bantu yang bercorak Islam dan
lain-lain.
Setiap ruang, yang kecil dan besar menunggu dan mengharapkan sumbangan umat Islam yang ikhlas dan
bersungguh-,sungguh. Tanah-tanah pusara dan tulang belulang yang reput di seluruh dunia menjadi saksi
atas pengorbanan sekian banyak pejuang Islam yang tidak dikenali yang tidak pernah mendapat apa-apa
bintang kehormatan duniawi yang fana. Jika perjuangan bukan kerana Allah, nescaya had dan usaha
mereka menjadi sia-sia.

Anda mungkin juga menyukai