diwarisi dari generasi terdahulu dan mungkin mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan lirik,
gaya nyanyian atau alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan.
Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu
kawasan
dalam
Alam
Melayu
tidak
kira
kawasan
itu
terletak
di
negara Indonesia, Malaysia, Singapura,Brunei hatta di mana-mana pelusuk pulau terpencil di
Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut.
Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan
ataupun senario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa
bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlismajlis keraian, didendangkan secara berkumpulan atau berseorangan. Kanak-kanak juga
bermain sambil menyanyi. samada untuk menghibur hati sambil berayun dibuaian berseorangan
atau dengan kawan-kawan Ada juga lagu yang menjadi sebahagian dari permainan kanak-kanak
.Dengan ini menyanyi menjadi kegiatan pencetus silaturahim (Rahmah Bujang, Dewan Budaya,
November 1999).
PMT dalam lagu-lagu rakyat kebanyakannya ialah pantun di samping syair dan
nazam. Lagu-lagu menjadi media untuk menyalurkan nasihat dan pendidikan.
Misalnya ibu atau nenek menghayun buaian sambil menyanyikan Nazam Sifat Dua
Puluh atauNazam Siti Fatimah. Nazam ini masih dinyanyikan dalam acara
berendoi . Ia mengandungi lirik yang memberi didikan agama. Sambil menasihati
anak supaya mengenang jasa ibu bapa.
Lagu lagu tradisi rakyat adalah lagu-lagu yang telah terlalu tua usianya dan
tidaklah dapat dikesan dengan setepatnya bilakah ianya telah bermula. Namun satu
andaian yang mungkin boleh dipakai ialah ianya wujud semasa masyarakat Melayu
menganuti fahaman animism lagi. Lalu dalam hal ini; lagu-lagu tradisi begini boleh
kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk sastera lama dalam genre puisi. Dengan
usaha penggiat-penggiat seperti Datuk Aripin Said dan Roslan Madon lagu-lagu itu
dapat dikembalikan ke tengah masyarakat.
Lagu-lagu rakyat juga boleh dijeniskan kepada lagu-lagu untuk kanak-kanak, orang
muda dan dewasa dan Antara lagu-lagu itu yang digunakan oleh bomoh dalam
upacara perubatannya khususnya jampi serapah atau puja-memuja minta
pertolongan kepada makhluk halus .(walau pun sudah jarang didapati lagi).Di
antara kategori ini, lagu yang paling dominan ialah lagu kanak-kanak. Mereka
menyanyikan lagu-lagu ketika bermain contohnya permainan nenek-nenek. Ibu-ibu
turut menggunakan lagu-lagu sewaktu hendak menidurkan anaknya dalam buaian
manakala nenek pula menyanyikannya untuk melelapkan mata cucu-cucunya.
Dalam hubungan ini jugalah lagu-lagu rakyat akan dapat digunakan untuk
membentuk pekerti yang mulia orang-orang yang mendengarnya.
Terdapat banyak lagu rakyat atau lagu kanak-kanak yang berunsur nasihat yang
membentuk peribadi mulia berperanan untuk membina jatidiri sebagai warga yang
berkualiti seperti lagu Lagu Burung Kenek-kenek.