Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
www.iLuvislam.com
oleh: akulahkaulah
``Hampir ku tangisinya ya Allah. Tidak! Sekali-kali tidak, aku tidak akan benarkan tangisan ini
ditumpahkan lagi. Cukuplah ia pernah berderai dahulu,tidak lagi sekarang ,mata ini juga perlukan
kerehatan. Benar, sukar sekali mata seorang lelaki untuk menangisi sesuatu ya Rahman. Apatah
untuk meratapi sesuatu dihadapan manusia .Kerana diri ini tetap seorang lelaki ,yang punyai egonya
sendiri.’’
``Namun wahai Tuhanku,aku tidak mampu mengalah dari pinta hati ini ya Allah. Hanya engkau dan
aku yang mengetahui kesakitan ,jerit tawa,senyumnya,dukanya dan pilunya Ya Allah. Oleh kerana
engkau sahaja yang membelai hati ini wahai Pemilik hati, izinkan aku adukan padamu kesakitan hati
ini.’’
Tuhan,aku kehilangan…
Diari hambamu..--/--/---,----------
Saat kau disisi,aku tersenyum ,malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain diwaktu
disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku merasai kemanisannya. Sungguh! Di dasar
hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa
ini ,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi. Aku merasai kenikmatanya. Dunia
ini tiada apa bagiku bila kau disisi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku
ditekan ,aku dicerca dan aku dihina. Tapi kau pun tahu,selagi kau disisi,semua itu tidak bererti
bagiku..Tapi,itu dulu..
Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung,lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku
tatapi wajah bintang.
‘Hei bulan..tidakkah kau pernah menangis? Tidakkah kau pernah bersedih? Tidakkah pernah berasa
sengsara menanggung derita?
‘Hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. Tiada duka,tiada sensara ..Pasti hidup kau gembira kan?..’
Namun bulan dan bintang membisu..aku pun turut membisu dan kau juga terus membisu waktu itu
sambil memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu..
Untukmu,
Tahukah engkau, aku merindukan sesuatu.Aku terasa kekosongan dalam diriku.Setiap langkahku
menuju ke university longlai, renungan ku di papan putih semuanya pura-pura, sedangkan fikiranku
entah melayang ke mana. Aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya kepada seluruh
pancainderaku. Namun ku tidak mampu. Aku rindu..Aku rindukan dirimu..Rindukan belaian mu..
Memang benar,aku akui ini semua salahku,semua ini berpunca dari diriku yang hina ini. Aku tidak
pernah memberikan yang terbaik untukmu. Dulu aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan mu.
Aku tahu sahabat-sahabat ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu.Untuk dirimu yang
berharga,ku korbankan segala galanya. Harta,tenaga dan jiwa,semua adalah untukmu..kerana aku
sgt sayangkanmu..
Meminang
Setelah itu, aku yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku. Alhamdulillah,pinanganku diterima olehmu.
Aku mulai merasai kebahagiannya. Tidak sabar ingin menjadikan dirimu teman hidupku. Teman yang
akan memegang hati kecilku tika ku jatuh,teman yang akan mengingatkan ku pada bila saat aku
perlukanmu.
Kini,kau pergi..