Anda di halaman 1dari 2

http://g-mal-kerjakhusus.blogspot.my/2011/01/hasil-kajian.

html

contohkerjakhusus:
migrasidalaman
penduduk
Jumaat, 7 Januari 2011

hasilkajian
6.1 Konsep migrasi penduduk
Kajian Tempatan Geografi (KTG) hanya mengkaji migrasi dalaman penduduk iaitu
penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan kawasan dan negeri. Contohnya,
Encik Ha Woi berpindah ke Raub , Pahang dari Kota Bahru, Kelantan.
6.2 Pola migrasi penduduk
Pola migrasi penduduk di kawasan kajian adalah:
I. Luar Bandar ke luar Bandar
- Pola ini bermaksud penghijrahan seseorang dari satu kampung ke kampung yang lain.
Contohnya Puan Foziah berhijrah ke (tempat,daerah,negeri) dari (tempat,daerah,negeri)
II. Luar Bandar ke Bandar
- Pola ini pula bermaksud penghijrah seseorang dari kampung ke Bandar. Contohnya,
Shukri berhijrah ke (nama bandar) dari (tempat,daerah,negeri)
6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di (tempat,daerah,negeri)
Jadual di dawah menunjukan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk
di (tempat,daerah,negeri)
Faktor
1. Ikut keluarga
2. Peluang pekerjaan
3. Perkahwinan
4. Governan
5. Melanjutkan pelajaran
Sumber: hasil dapatan di kawasan kajian.

Bilangan
4 orang
4 orang
4 orang
7 orang
1 orang

Jadual di atas dan graf di sebelah muka surat menunjukan lima faktor migrasi penduduk
di (tempat,daerah,negeri). Faktor pertama adalah mengikut keluarga . Terdapat

4 orang
mengikut keluarga mereka berpindah ke sini. Selain itu,1 orang pula berhijrah ke
bandar besar untuk melanjutkan pelajaran di universiti. 4 daripada 20 orang responden
berpindah ke bandar besar untuk mencari peluang pekerjaan . Terdapat 4 responden
yang berhijrah untuk mendirikan rumah tangga. Akhir sekali, dasar gavernan membuka
tanah melalui Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah menarik

perhatian 7 orang responden yang disoal selidik berpinda ke sini. Nilai yang ada
disini adalah semangat menaik taraf hidup dengan berhijrah ke bandar atau kampung
untuk masa depan yang cerah.(tafsirkan jadual yang telah dibuat mengikut kesesuian)
6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di (tempat,daerah,negeri)
Terdapat satu kesan positif daripada migrasi penduduk di kawasan kajian iaitu
penduduk akan bertambah . Sesuatu kawasan akan bertambah penduduk apabila
berlakunya migrasi masuk di kawasan tersebut kerana dipengaruhi oleh faktor tarikan
yang ada di kawasan ini.
Apabila terdapatnya ramai penduduk, sudah pasti ada kesan negatif akan berlaku. Di
kawasan kajian ini terdapat dua kesan negative antaranya masalah sosial seperti pecah
rumah, menggangu anak gadis dan lain-lain. Masalah ini akan muncul apabila ibu
bapa tidak mengambil berat tentang anak mereka dan terlalu memanjakan mereka
sehingga mereka tidak menghormati ibu bapa mereka sendiri.
Kesan negative yang kedua adalah tanah terbiar. Apabila anak peneroka berhijrah ke
bandar besar dan mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan. Mereka akan menetap dan
membawa ibu bapa mereka yang sudah tua. Tanah di kampung itu dibiarkan bergitu
sahaja dan menjadi semak samun.
6.5 Cadangan mengatasi kesan negative migrasi punduduk di (tempat,daerah,negeri)
Bagi mengatasi kesan negative migrasi dalaman penduduk di
(tempat,daerah,negeri) ialah dengan mewujudkan rukun tetangga seperti bertugas
meronda pada waktu malam secara bergilir-gilir. Dengan ini masalah sosial dapat
diatasi. Penduduk perlulah berkerjasama dalam menyelesaikan masalah ini.
Bagi mengelakkan tanah terbiar, penyatuan tanah perlu diadakan. Dengan demikian,
anak peneroka bolehlah menyerahkan tanah mereka kepada pihak yang tertentu
apabila tidak ada sesiapa yang menguruskan tanah itu. Janganlah biarkan tanah itu
terbiar begitu sahaja. Kita perlulah menyatukan tanah itu supaya diusahakan untuk
meningkatkan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai