Anda di halaman 1dari 10

STATISTIK

SOALAN 1

A)Assalammualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.


Statistik digunakan dengan meluas dalam menganalisis data malah ia bersangkut dengan
memberi makna kepada data yang dianalisis. Statistik digunakan dalam pelbagai bidang yang
dengan sendirinya memberikan pengertianyang tertentu. Kepada orang ramai, statistik
bermaksud angka yang direkodkan mengikutkategori tertentu. Contohnya, statistik
kemalangan jalan raya memberikan kita maklumat tentang kemalangan jalan raya yang
dipecahkan kepada beberapa kategori seperti maut,cedera parah, cedera ringan dan
sebagainya. Statistik merupakan satu himpunan fakta yang berangka atau data yang
menjelaskan sesuatu aspek daripada satu bidang yang melibatkan pelbagai cara yang
digunakan bagi mendatangkan faedah data dalam membuat kesimpulan dan keputusan.
Statistik juga diguna pakai bagi penyampaian maklumat dalam pelbagai keadaan atau
situasi. Perkembangan pengumpulan data pesat berkaitan dengan operasi dalam perniagaan
dan kerajaan. Oleh itu kita perlu menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini sama ada
berkaitan dengan politik, ekonomi atau kajian sosial.
Dalam bidang pendidikan, statistik boleh diguna pakai bagi menunjukkan taburan murid
berdasarkan pencapaian. Contohnya dimana data dikumpul untuk meramalkan kelulusan dan
kegagalan bilangan murid dalam sesebuah sekolah. Di peringkat institusi pengajian tinggi ,
ilmu literasi statistik ini amat diperlukan bagi pemprosesan maklumat atau data yang
diperolehi dalam kajian ilmiah yang dibuat. Selain itu, dalam bidang penyelidikan literasi
statistik amat diperlukan bagimelihat hubungan antara dua pemboleh ubah seperti contohnya
jangka masa belajar dengan pencapaian melalui kaedah statistik korelasi. Oleh itu, tanpa ilmu
literasi statistik, data yang dikumpul tidak dapat diuruskan dengan berkesan dan amat sukar
untuk difahami.
Terdapat beberapa kepentingan mempelajari statistik
a) Untuk menggambarkan keadaan sama ada secara umum atau khusus
b) Untuk memperoleh gambaran tentang perkembangan (pasang surut) dari masa ke semasa
c) Untuk mengetahui perbandingan antara gejala yang satu dengan gejala yang lain
kepentingan mempelajari pengumpulan dan pengurusan data.
a) Dapat mengkelaskan data mengikut kategori tertentu) Memudahkan data direkod
d) Mudah ditafsir dan penambahbaikan dapat dibuat.
kepentingan mempelajari sukatan kecenderungan memusat.
a) Untuk memberi gambaran terhadap sekumpulan data
b) Untuk membuat perbandingan antara dua kumpulan data

kepentingan mempelajari sukatan serakan.


a) Untuk mencari ukuran yang paling sesuai digunakan untuksukatan serakan
b) Untuk menggunakan sisihan piawai yang digunakan bagi menentukan kedudukan data
yang sekitar min

b) Salam Sehati Sejiwa...


Izinkan saya menambah....
Statistik merupakan proses mengumpul, mengelas, membuat rumusan, membuat
analisis dan membuat penterjemahan terhadap sesuatu data (McClave dan Sinchih, 2003).
Statistik juga ialah sesuatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber
terutamanya dalam bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan. Jadi, literasi statistik
boleh digambarkan sebagai keupayaan mendapat makna daripada maklumat.
Mempelajari dan menggunakan literasi statistik amatlah berguna terutamanya dalam
pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, pendidikan, perubatan dan lain-lain lagi. Contohnya,
statistik kemalangan jalan raya memberikan maklumat yang jelas tentang jenis kemalangan
yang telah berlaku. Statistik adalah jelas dengan membahagikan data yang diperolehi kepada
beberapa kategori, seperti maut, cedera parah, cedera
Selain itu, pihak sekolah pula memberikan statistik pencapaian pelajar, misalnya,
bilangan pelajar yang mendapat gred tertentu dalam peperiksaan UPSR dan SPM. Kepada
mereka yang menjalankan kajian pula, statistik merupakan kaedah yang boleh digunakan
untuk menganalisis data kajian

.c) Assalamualaikum Rakan-rakan Kirkby


Saya sangat bersetujui apa yang dihuraikan oleh rakan-rakan. Statistik memang penting
dalam pelbagai bidang. Saya hendak menambah sedikit pendapat saya tentang kepentingan
mempelajari statistik. Statistik adalah satu bidang pengajian. Statistik bermakna angka
yang dicatatkan mengikut kategori tertentu.Contohnya, Jabatan Kaji Cuaca memberikan
statistik hujan atau ramalan hujan setiap bulan. Statistik
kemalangan jalan raya memaklumkan kita tentang kemalangan jalan raya, yang
dibahagikan kepada beberapa kategori seperti cedera ringan, cedera parah, maut dan
sebagainya. Pihak sekolah menunjukkan statistik pencapaian pelajar, misalnya bilangan
pelajar yang mendapat gred tertentu dalam peperiksaan UPSR, SPM, STPM.
Statistik adalah cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data kajian bagi mereka yang
hendak menjalankan kajian. Dalam bidang pendidikan, statistik boleh digunakan untuk
memberikan maklumat dalam pelbagai situasi seperti contoh yang diberikan, statistik boleh
diguna untuk menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian. Dengan menggunakan
jadual atau grafik seperti histogram atau carta pai, maklumat ini boleh dibentangkan dengan
teliti.

Kesimpulannya statistik secara tidak langsung memang berkait rapat dengan kehidupan
seharian kita.Tanpa ilmu literasi statistik, data yang dikumpul tidak dapat diuruskan dengan
berkesan dan amat sukar untuk difahami.
Sekian.

SOALAN 2

b) Saya amat setuju dengan pendapat cikgu. Izinkan saya memberi sedikit idea.
Pengumpulan data ialah kegiatan peneliti dalam upaya mengumpulkan sejumlah data
lapangan yang diperlukan untuk menjawab pertanyaan penelitian untuk penelitian kualitatif
atau menguji hipotesis untuk penelitian kuantitatif. Oleh sebab itu, pengambilan sampel
dilakukan iaitu sebagian kecil dari populasi yang dapat mewakili seluruh populasi. Analisis
data dari sampel kemudiannya digunakan untuk menggeneralisasi seluruh populasi.
Jika sampel yang diambil mempunyai representative yang tinggi, inferensial (pengambilan
keputusan) dan simpulan yang dibuat dari sampel dapat digunakan untuk menggambarkan
populasi secara keseluruhan. Analisis statistik merupakan cara melaksanakan analisis
terhadap data, dengan tujuan mengolah data tersebut menjadi informasi, sehingga
karakteristik atau sifat-sifat datanya mudah difahami dan bermanfaat untuk menjawab
masalah-masalah yang berkaitan dengan kegiatan penelitian, baik berkaitan dengan deskripsi
data maupun untuk membuat induksi, atau menarik kesimpulan tentang karakteristik
populasi (parameter) berdasarkan data yang diperoleh dari sampel (statistik).
Sekian.

C) Ya, saya setuju dengan pendapat cikgu. Saya ingin menambah sedikit idea.
Proses statistik ialah memanipulasi data, mengumpul, meringkas, menganalisis, mengelas,
menyusun serta membuat takrifan supaya kebolehpercayaan sesuatu keputusan analisis
dapat dinilai secara objektif.
Contoh dalam bidang penghasilan sesuatu produk. Statistik adalah memberi fokus terhadap
penghasilan produk dan semasa proses penghasilan produk supaya menghasilkan produk

yang tinggi kualitinya. Ia melibatkan proses pemilihan produk secara berkala untuk
memastikan supaya produk menepati standard yang ditetapkan. Ia melibatkan ukuran
kecenderungan memusat yang mengukur satu nilai yang mewakili sekumpulan data.
Jika produk yang dihasilkan tidak menepati tahap atau standard yang ditetapkan, maka
masalah perlu dikenal pasti bagi mencari alternatif cara-cara mengatasinya. Jika purata
produk yang dihasilkan berada dalam had kawalan, maka proses pengeluaran akan
diteruskan.
Jika pengeluaran itu cacat dan bervariasi, maka keseluruhan proses pengeluaran akan dibuat
penilaian semula.
Sekian.

A) Takrifan proses statistik ialah memanipulasi data, mengumpul, meringkas, menganalisis,


mengelas, menyusun serta membuat takrifan supaya kebolehpercayaan sesuatu keputusan
analisis dapat dinilai secara objektif. Contohnya dalam bidang penghasilan sesuatu produk.
Statistik adalah memberi fokus terhadap penghasilan produk dan semasa proses penghasilan
produk supaya menghasilkan produk yang tinggi kualitinya.Ia melibatkan proses pemilihan
produk secara berkala untuk memastikan supaya produk menepati standard yang
ditetapkan.Ia melibatkan ukuran kecenderungan memusat yang mengukur satu nilai yang
mewakili sekumpulan data.Jika produk yang dihasilkan tidak menepati tahap atau standard
yang ditetapkan, maka masalah perlu dikenal pasti bagi mencari alternatif cara-cara
mengatasinya.Jika purata produk yang dihasilkan berada dalam had kawalan, maka proses
pengeluaran akan diteruskan.Jika pengeluaran itu cacat dan bervariasi, maka keseluruhan
proses pengeluaran akan dibuat penilaian semula.
Tujuh langkah yang terlibat dalam proses statistik adalah seperti berikut:
1.Lembar pengamatan (check sheet)
2.Stratifikasi (run chart)
3.Histogram
4.Grafik Kendali (control chart)

5.Diagram pareto
6.Diagram sebab akibat (cause and effect diagram)
7.Diagram sebar (scatter diagram)
Sekian, terima kasih.

SOALAN 3

A) Aplikasi ilmu statistik dapat dibagi dalam dua bahagian iaitu statistik deskriptif dan

Statistik inferensi. Statistik Deskriptif berusaha menjelaskan atau menggambarkan berbagai


jenis data, seperti berapa data purata, data bervariasi, min. mod dan median. Manakala
Statistik Induktif berusaha membuat berbagai inferensi terhadap sekumpulan data yang

berasal dari suatu sampel. Tindakan inferensi tersebut seperti melakukan perkiraan besaran
populasi, uji hipotesis, peramalan, dan sebagainya.

Statistik deskriptif dapat digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti


demografi responden dan sebagainya. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai
data numerikal. Ia tidak boleh dibuat generalisasi daripada sampel kajian kepada populasi.
Contoh ujian statistik ialah frekuensi, min, median, peratus dan sebagainya.
Statistik inferensi pula digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara variabel. Ia
juga digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi. Daripada
dapatan, ia dapat dijadikan sebagai generalisasi sampel mengenai populasinya. Contoh ujian
staistik yang digunakan ialah ujian-t untuk melihat perbezaan diantara 2 variabel, ujian korelasi
untuk melihat perhubungan dan sebagainya.

b) Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Saya bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh cikgu-cikgu. Sedikit tambahan dari
saya, statistik deskriptif juga diringkaskan sebagai kumpulkan, olah , sajikan dan analisis.
Ia juga merupakan metode yang membantu proses pengambilan keputusan bagi kelompok
yang diteliti sahaja. Ia menggunakan kaedah kerangka dan grafik untuk menentukan corak
set data, meringkaskan maklumat daripada set data dan mempersembahkan maklumat yang
dikumpul daripada sampel dalam bentuk yang menarik. Oleh kerana pemerihalannya terhad
kepada sampel sahaja ia telah digunakan untuk tujuan membuat kesimpulan dan generalisasi
menyeluruh kepada populasi yang dikaji.
Statistik inferensi pula kumpulkan, olah, sajikan, analisis dan intepretasi. Metode yang
membantu proses pengambilan keputusan kepada kelompok yang lebih besar dari yang
diteliti (generalisasi). Prosedur-prosedur untuk membuat generalisasi mengenai populasi yang
dikaji berdasarkan maklumat daripada sampel yang diambil dari populasi.

c) Salam sejahtera dan Salam Perak Aman Jaya. Saya bersetuju dengan pandangan rakanrakan.
Saya ingin jelaskan beberapa perkara tentang statistik deskriptif dan statistik inferensi secara
ringkas. Menurut Azizi Yahaya et.Al,(2007) statistik deskriptif digunakan bagi menghurai atau
mebuat ringkasan pada sesuatu maklumat atau data yang diperolehi dari sampel atau
populasi.
Ia boleh menunjukkan data atau maklumat dengan cara meringkaskan beberapa set data
seperti markah ujian,umur,etnik,jantina supaya mudah difahai oleh orang lain. Ia juga boleh
menunjukkan hubungan anatar pemboleh-pemboleh ubah .Di samping itu ia digunakan untuk
mengorganisasikan data dalam bentuk teratur seperti graf,carta pai dan lain-lain lagi. Antara

ujian yang boleh digunakan ialah frekuensi, min,mod,medium,julat,varian,sisihan


piawai,peratusan dan sebagainya.
Statistik inferensi pula ,berkaitan cara mendapatkan maklumat populasi daripada sampel.
Inferensi atau andaian ke atas populasi adalah berasaskan maklumat dari sampel-sampel itu.
Ia merupakan satu cara mengganggar parameter daripada statistik dan berpandukan
perolehan dari statistik itu,satu inferensi serta generalisasi dapat dibuat terhadap keseluruhan
populasi.Ujian -t ,anova ujian Khi-Kuasa dua,ujian korelasi,ujian kolerasi pearson dan
sebagaainya adalah contoh ujian statistik inferensi yang digunakan.
SOALAN 4

A) Salam sejahtera dan bertemu lagi kita dalam ruangan forum.


Sebelum kita memperkatakan tentang persampelan rawak,eloklah kita mengetahui apakah
yang dimaksudkan dengan persampelan rawak. Persampelan rawak adalah merupakan satu
sampel yang mana pengambilannya adalah dengan cara setiap ahli dalam populasi
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dalam sampel tersebut.
Sebagai contohnya ialah dalam senarai 100 orang pelajar, kita bolehlah memilih secara
undian berdasarkan 100 orang bagi memilih 10 orang dengan cara menulis nama pada setiap
cebisan kertas lalu dimasukkan ke dalam kotak dan digoncangkan semasa membuat undian.
Persampelan secara rawak ini amat penting dalam menjalankan statistik memandangkan
kebiasaannya dalam kebanyakan kes, saiz populasi adalah besar.Jika kita mengambil
kesemua populasi itu, ianya kemungkinan mengambil jangka masa yang lama dalam
membuat sesuatu kajian.Jika ini berlaku kemungkinan besar hasil dapatan kelak tidak
berguna lagi bagi seseorang penyelidik.
Selain itu, persampelan rawak ini dapat dilihat satu teknik berkesan dapat mengurangkan
kos semasa pengumpulan maklumat dijalankan.Jika difikirkan dari sudut logikal, adalah
mustahil penyelidik dapat mengenal pasti dan menyelidik keseluruhan populasi atas pelbagai
faktor.
Sekian,terima kasih.

b) Salam sejehtera...
Tambahan lagi, sampel rawak merupakan sampel di mana pengambilannya dengan cara
setiap ahli dalam populasi berpeluang yang sama dipilih dalam sampel itu. Pengambilan
sampel secara rawak adalah bertujuan untuk membuat kesimpulan umum bagi sesuatu
populasi itu berasaskan kepada maklumat yang didapati daripada data sampel.
Sebahagian kecil sampel daripada populasi menyebabkan sampel secara rawak amat
sukar. Jadi, sampel itu adalah asas untuk membuat satu kesimpulan umum bagi populasi
tersebut. Sampel secara rawak mustahak disebabkan:
1.

Sampel yang dipilih mewakili ciri-ciri populasi asalnya dengan jelas. Dalam seertinya
sampel mungkin semirip dengan populasi asal.
2.
Sampel yang dipilih mestilah adil. Sebagai contoh, jika kita ingin meninjau jenis nama
kereta yang digunakan di Malaysia. Kita hanya memilih penduduk di bandar-bandar besar,

maka ini tidak mencerminkan keseluruhan penduduk Malaysia kerana tidak ada penglibatan
penduduk di luar Bandar. Data yang didapati itu memang pincang dan tidak saksama.

C) Izinkan saya membuat sedikit penambahan idea.


Persampelan rawak bermakna setiap unsur mempunyai peluang yang sama untuk dipilih
sebagai sampel, saiz sampel khusus dan tahu saiz populasi.
Persampelan secara rawak amat sukar untuk diperolehi, ini disebabkan :
a)Faktor Masa
Seorang doktor ingin mendapatkan sampel mengenai satu penyakit yang cepat merebak dan
menyebabkan kematian segera. Anda dikehendaki membuat pemeriksaan dengan segera bagi
menyelesaikan masalah ini. Sekiranya semua populasi dipilih, kemungkinan ramai yang akan
mati sebelum penyelesaian masalah ditemui.
b)Populasi yang sangat besar
Contohnya populasi pelajar yang sudah bergraduat. Agensi keraajaan yang bertanggung
jawab untuk menempatkan graduan ini di sektor kerajaan atau swasta. Majikan memerlukan
pengetahuan khusus sebagai pra syarat pengambilan pekerjanya. Oleh itu dengan membuat
persampelan yang mewakili populasi, mereka akan dapat maklumat yang diperlukan daripada
graduan ini.
c)Sebahagian populasi dapat diperoleh
Terdapat sesetengah populasi yang sukar dicapai. Oleh itu sebahagian daripadanya (sampel)
boleh digunakan untuk kajian.Sesetengah kajian memerlukan kos yang tinggi untuk mencapai
kepada semua individu dalam sesebuah populasi.
Sekian.
SOALAN 5

A. Salam sejahtera dan bertemu lagi dalam ruangan forum.


Perisian komputer dapat membantu kita dalam kerja-kerja statistik apabila ianya
melibatkan penganalisaan data yang besar dan dalam kuantiti yang banyak. Kaedah
tradisional tidak dapat menandingi kecekapan perisian komputer dari segi kepantasan dan
kecekapan.Masa dapat dijimatkan dan mengurangkan aktiviti pengiraan yang berulang-ulang
dan ini dapat menjimatkan masa kita.
Kebiasaannya, data yang dikumpul sangat banyak dan dalam keadaan rawak serta tidak
tersusun semasa berlakunya aktiviti pengumpulan data.Melalui perisian komputer, data yang
telah dikumpul dapat disusun dengan pantas dari nilai yang kecil kepada nilai yang besar atau
sebaliknya bagi membantu kita mengesan sifat-sifat penting dalam sesuatu set data itu.

Melalui data yang telah disusun menggunakan perisian komputer ini, kita juga dapat
mengesan data-data yang tidak dikehendaki dan boleh mengetahui dengan jelas nilai-nilai
tumpuan bagi sesuatu set data tersebut.
Sudah pastinya, data yang dihasilkan oleh kita mahu dipersembahkan kepada pihak lain
yang berkaitan. Melalui penggunaan perisian komputer ini, kita boleh menterjemahkan data
yang diperolehi dalam bentuk rajah dan graf/graf histogram bagi penyampaian maklumat
yang mudah dan berkesan kepada umum.
Sekian, terima kasih.

B. Salam sejahtera....
Saya setuju dengan pandangan Cikgu Kamarulzaman. ini pula pandangan saya berkaitan
tajuk..
Perisian komputer sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam
membuat keputusan, dan dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Kita tidak
dapat dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan
elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan, menganalisis,
sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi dengan lebih cekap,
berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran
pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu
mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian
dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan
komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan
maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan
menganalisis.
Secara umum perisian komputer dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi
makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan
boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian
komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat
membantu kita membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan,
pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat
berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan,
diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual
statistik yang mudah membantu kita mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan
seterusnya memudahkan kita membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan
dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang
berbangkit.
sekian.

C. Saya amat bersetuju dengan pendapat cikgu, perisian komputer dapat menukarkan datadata mentah kepada maklumat yang tersusun dan berguna selepas diproses dan
dikemaskinikan dengan pelbagai perisian komputer. Antara contoh perisian komputer adalah

seperti SPSS (Statistical Product and Service Solutions), Minitab, Statsoft, SAS (Statistical
Analysis System) dan Microsoft Excel. Penggunaan teknologi komputer memang membantu
dalam melakukan analisis data secara statistik, iaitu dengan perhitungan yang lebih akurat
dibandingkan dengan perhitungan manual. Walaupun perisian komputer dapat membuat
perhitungan dengan akurat dan cepat tetapi data yang kita masukkan ke dalam program
pengolahan data untuk analisis statistik itu mestilah betul.
Peisian komputer sangat berguna dalam statistik jika jumlah data yang harus ditangani sangat
banyak. Contohnya, pihak sekolah menganalisis kedatangan pelajar-pelajar setiap bulan
dengan menggunakan perisian komputer. Sekirannya pihak sekolah tidak menggunakan
perisian komputer dalam perhitungannya, guru kelas terpaksa menghitung dengan manual
dan ini akan membebankan kerja guru kelas. Oleh sebab itu, proses pengolahan data yang
dilakukan berulang-ulang dan pemrosesan bersifat kompleks haruslah dilakukan dengan
perisian komputer.
Apabila kita membuat penganalisaan data yang besar dan dalam kuantiti yang banyak,
perisian komputer dapat membantu kita dalam kerja-kerja statistik. Kaedah tradisional tidak
dapat lagi menandingi kecekapan perisian komputer dari segi kepantasan dan kecekapannya.
Oleh itu, bukan sahaja masa dapat dijimatkan bahkan juga aktiviti pengiraan yang berulangulang dapat dikurangkan.
Kebiasaannya, data yang dikumpul banyak dan dalam keadaan rawak serta tidak tersusun
semasa berlakunya aktiviti pengumpulan data. Melalui perisian komputer, data yang telah
dikumpul dapat disusun dengan pantas dari nilai yang kecil kepada nilai yang besar atau
sebaliknya bagi membantu kita mengesan sifat-sifat penting dalam sesuatu set data itu.
Melalui data yang telah disusun menggunakan perisian komputer ini, kita juga dapat
mengesan data-data yang tidak dikehendaki dan boleh mengetahui dengan jelas nilai-nilai
tumpuan bagi sesuatu set data tersebut.Sudah pastinya, data yang dihasilkan oleh kita mahu
dipersembahkan kepada pihak lain yang berkaitan. Melalui penggunaan perisian komputer ini,
kita boleh menterjemahkan data yang diperolehi dalam bentuk rajah dan graf/graf histogram
bagi penyampaian maklumat yang mudah dan berkesan kepada umum.

Anda mungkin juga menyukai