Anda di halaman 1dari 10

PENGGUNAAN TEMPLAT AR DAPAT MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MURID DALAM MENGHASILKAN


MUKA TAIP POSTER BAGI TAHUN 5 IKHLAS
Oleh:
Emma Nazlin Binti Ismail , Rashihah Binti Haji Muhammad
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail
missm_nazlin@yahoo.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid tahun 5 Ikhlas meningkatkan kemahiran dan
hasil karya muka taip poster dengan menggunakan Templat AR. Penggunaan Templat ARini
membantu murid untuk meningkatkan kualiti rupa huruf mengikut ciri ciri yang dikehendaki dalam
menghasilkan muka taip poster dalam bidang Menggambar bagi murid tahun 5 Ikhlas. Peserta kajian
dalam penyelidikan ini terdiri daripada 3 orang murid tahun 5 yang berumur 11 tahun di Sekolah
Kebangsaan Bukit Tok Beng. Dalam pelaksanaan kajian, pengkaji telah menggunakan beberapa
instrumen untuk mengumpulkan data antaranya adalah pemerhatian, temu bual, dan analisis
dokumen. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan peserta kajian tidak dapat menghasilkan muka
taip poster dengan baik. Setelah intervensi dijalankan iaitu dengan mengaplikasikan alat Templat
AR dalam penghasilan muka taip poster, pengkaji mengumpul semula data-data kajian dengan
menggunakan alat kajian iaitu pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Hasil analisis data
mendapati kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif dari segi hasil karya yang
dihasilkan. Analisis data ini disahkan melalui dapatan kajian berdasarkan instrumen yang digunakan.
Keputusan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa penggunaan alat Templat AR dapat
membantu meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti membuat muka taip poster.
Kata kunci : muka taip poster, Templat AR, peningkatan,rupa huruf
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sepanjang Praktikum Fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu, pengkaji
telah mengenalpasti satu permasalahan yang timbul semasa melaksanakan aktiviti membuat poster
Sayangi Bumi Kita bagi bidang Menggambar. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan ke
atas murid Tahun 5 Ikhlas yang terdiri daripada 31 orang murid. Murid-murid ini dikategorikan
sebagai murid yang berada di tahap sederhana berdasarkan kepada kedudukan kelas tersebut. Pada
minggu kelima, pengkaji telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual iaitu menghasilkan
karya poster Sayangi Bumi Kita.
Antara salah satu objektif yang ingin dicapai pada akhir pengajaran dan pembelajaran ialah murid
dapat menghasilkan karya poster Sayangi Bumi Kita dalam bidang Menggambar dengan baik sekali.
Sebelum menghasilkan karya, pengkaji membuat penerangan tentang elemen-elemen yang terdapat
dalam poster, kepentingan muka taip poster dan demonstrasi berkaitan dengan langkah pelaksanaan
karya poster Sayangi Bumi Kita. Pengkaji juga turut memberi penerangan secara lisan dan jelas
berkaitan dengan penggunaan jenis media, teknik serta proses bagi menghasilkan karya tersebut. Hal
ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman murid sebelum menghasilkan
sesebuah karya.
Semasa melaksanakan aktiviti, pengkaji membuat pemerhatian secara langsung dan mendapati bahawa
beberapa orang murid Tahun 5 Ikhlas tidak dapat menghasilkan karya poster dengan baik seperti yang
dikehendaki. Murid juga dilihat mengambil masa yang panjang semasa proses membuat muka taip

poster iaitu Sayangi Bumi Kita. Di samping itu juga, muka taip Sayangi Bumi Kita kelihatan
mempunyai saiz huruf yang berbeza serta teknik garisan grid tidak dapat membantu murid membuat
huruf dengan sempurna dan kemas. Seterusnya, penggunaan huruf kecil dan huruf besar bercampuraduk dalam muka taip poster yang dihasilkan. Walhal, dalam penghasilan poster aspek muka taip
antara aspek yang sangat penting untuk menyampaikan mesej kepada umum. Walau bagaimanapun,
pengkaji tetap tidak berputus asa dan sentiasa membimbing murid sepanjang proses pembelajaran
supaya semua murid dapat menghasilkan karya poster Sayangi Bumi Kita bagi bidang Menggambar
seperti yang dikehendaki.

Rajah 1 : Kesalahan murid dalam menghasilkan aktiviti muka taip poster


SAROTAN LITERATUR
Menurut Kamus Dewan (DBP, 2010) poster merupakan satu bentuk seni komunikasi sebagai alat
perhubungan dan pengiklanan. Ia juga berfungsi sebagai alat pengumuman, pemberitahuan dan untuk
mempromosikan sesuatu barang atau perkhidmatan. Poster yang berkesan perlulah dapat menarik
perhatian pembaca serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan. Pendapat ini
turut disokong oleh Nahla Khamis dengan menyatakan bahawa Poster berjaya menarik minat
pembaca untuk menyampaikan mesej yang disampaikan. Oleh itu, mesej yang ingin disampaikan
dalam setiap poster juga jelas tanpa menggunakan ayat ayat yang mempunyai maksud yang tersirat.
Amdur (2007) pula menyatakan Pemilihan fon yang jelas, ringkas dan mempunyai ketinggian serta
ukuran lebar huruf yang sesuai membantu dalam meningkatkan kebolehbacaan teks. Hal ini
bermakna kebolehbacaan teks yang baik adalah penting bagi memastikan mesej dapat disampaikan
dengan berkesan kepada pembaca. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual, muka taip ialah permukaan
cetakan bagi sesuatu jenis huruf ataupun reka bentuk permukaan jenis huruf tertentu. Sebuah muka
taip selalunya terdiri daripada huruf-huruf, angka-angka, dan tanda baca. Ia juga boleh
disertakan ideogram dan simbol, atau mengandungi kesemuanya.
Seterusnya, pendekatan teori konstruktivism adalah dengan memberikan hak dan peluang untuk murid
belajar cara belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam
kerangka minda masing-masing berdasarkan pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Perkara ini
sejajar dengan Colliver (2000) Kefahaman terhadap fakta lebih berkesan dengan menggabung
pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina. Dalam hal ini, murid telah didedahkan dengan
aktiviti membuat poster. Murid juga mempunyai sedikit pengetahuan dan pengalaman menghasilkan
poster walaupun istilah yang digunakan adalah tidak tepat.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menghasilkan muka taip poster
dengan betul bagi murid tahun 5 Ikhlas di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng melalui penggunaan
Templat AR.
Objektif
Kemahiran murid dalam menghasilkan muka taip poster dapat ditingkatkan dengan penggunaan
Templat AR.
Objektif khusus kajian ini ialah untuk:
i.
Pemahaman murid mengenai kepentingan muka taip poster dapat ditingkatkan
melalui penggunaan Templat AR.
ii.
Perubahan tingkah laku murid dapat ditingkatkan dalam menghasilkan poster.
iii.
Kemahiran murid dalam menghasilkan muka taip poster boleh ditingkatkan
dengan menggunakan Templat AR.
Persoalan Kajian
Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, antara persoalan persoalan yang timbul semasa pengkaji
melakukan penyelidikan ialah:
i.
Adakah penggunaan Templat AR dapat meningkatkan pemahaman murid
terhadap kepentingan dalam menghasilkan poster ?
ii.
Bagaimanakah Templat AR dapat meningkatkan tingkah laku murid dalam
menghasilkan muka taip poster ?
iii.
Bagaimanakah Templat AR dapat meningkatkan kemahiran murid dalam
menghasilkan muka taip poster ?
METADOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan tiga orang murid lemah tahun 5 yang terdiri daripada dua orang lelaki
dan seorang murid perempuan. Peserta kajian yang dipilih adalah daripada kalangan yang bermasalah
dari segi minat, kemahiran, pemahaman dan penguasaan terhadap muka taip poster. Murid yang
dipilih telah menunjukkan ciri-ciri mereka bosan untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti membuat
poster. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen, pemerhatian dan temu
bual.
Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar, pengkaji telah merancang satu tindakan. Ianya
bertujuan untuk memilih teori atau pun model yang bersesuaian seperti model kajian Kemmis dan
McTaggart yang akan digunakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan model
reka bentuk kajian yang telah dibangunkan oleh Kemmis dan McTaggart (1998). Struktur model ini
adalah berpaksikan kepada empat kriteria yang menjadi asas perbincangan dalam kebanyakkan kajian
tindakan. Empat kriteria tersebut adalah mereflek (reflect), merancang (plan),bertindak (action) dan
memerhati (observe).

Rajah 2 : Model Pelaksanaan Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart


Perkara pertama yang akan dijalankan mengikut prosedur kajian tindakan adalah pengkaji membuat
refleksi dengan mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung.
Pengkaji melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi. Antara perkara yang
diperhatikan adalah pemahaman murid tentang perkara yang ingin diterangkan oleh pengkaji. Adakah
strategi yang digunakan berkesan? Refleksi ini dijalankan selepas pengkaji menjalankan ujian pra
terhadap murid. Melalui ujian pra, guru dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid
semasa menjalankan aktiviti membuat poster dalam bidang menggambar iaitu saiz huruf yang dibuat
berbeza, garisan grid tidak dapat membantu murid membuat huruf dengan sempurna dan kemas serta
penggunaan huruf kecil dan huruf besar bercampur-aduk dalam muka taip yang dihasilkan.
Setelah itu, pengkaji mengambil langkah seterusnya dengan merancang kaedah tindakan yang paling
sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Fokus masalah ialah murid
tidak dapat menghasilkan muka taip poster dengan baik. Oleh itu, pengkaji memilih untuk
menggunakan Templat AR bagi memudahkan murid menghasilkan muka taip poster.
Instrumen pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji sebelum intervensi adalah dengan menggunakan
borang skor minat. Borang skor minat digunakan semasa murid-murid melaksanakan aktiviti bertujuan
untuk melihat perubahan tingkahlaku murid-murid terhadap aktiviti yang dijalanankan. Selain itu juga
pemerhatian melalui video dan gambar foto juga dijalankan dengan melihat masalah-masalah yang
sering dialami oleh peserta kajian semasa proses membuat muka taip poster. Masalah yang sering
timbul dalam kalangan peserta kajian telah dicatat oleh pengkaji dengan melihat kepada keseluruhan
tingkahlaku peserta kajian.
Dalam kajian ini juga, pengkaji menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan sendiri
maklumbalas dari peserta kajian. Temu bual ini dijalankan untuk memastikan sokongan daripada
peserta kajian terhadap intervensi yang dijalankan tentang Templat AR yang dapat membantu
murid dalam aktiviti membuat muka taip poster. Seramai tiga orang peserta kajian terlibat dalam
proses temu bual bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian bagi mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Temu bual ini dijalankan sebelum dan selepas intervensi supaya menyenangkan
pengkaji untuk membuat perbezaan pencapaian sebelum dan selepas intervensi.
Hasil karya akhir peserta kajian dianalisis dan diberikan penilaian. Hasil karya peserta kajian juga
diberi pernilaian dari segi aspek asas seni reka dan kekemasan hasil karya berdasarkan rubrik
pemarkahan. Analisis dokumen ini hanya menfokuskan kepada kemahiran murid terhadap kaedah
intervensi yang diperkenalkan oleh pengkaji. Hasil karya peserta kajian dinilai sebelum dan selepas
intervensi dijalankan untuk mengenalpasti sama ada kemahiran membuat muka taip poster dapat
ditingkatkan ataupun sebaliknya.

SPESIFIKASI INTERVENSI
Bagi mengatasi masalah peserta kajian, pengkaji telah mengaplikasikan penggunaan alat Templat
AR dalam aktiviti membuat muka taip poster. Alat intervensi ini dicipta untuk meningkatkan
kemahiran peserta kajian untuk membuat muka taip poster dengan menepati ciri ciri muka taip
poster yang baik. Alat ini juga sebagai satu altenatif untuk pengkaji meningkatkan minat murid dalam
kegiatan muka taip poater. Templat AR ini berfungsi untuk menghasilkan muka taip poster dengan
cara memusingkan dan menterbalikkan huruf AR sehingga mendapat huruf yang dikehendaki.
Kemudian, antara 5 ciri-ciri Templat AR ialah diperbuat daripada kertas tebal supaya ianya mudah
dikendalikan dan tidak cepat renyuk mahupun terkoyak. Disamping itu, ianya juga hasil cantuman
huruf A dan huruf R. Templat AR juga mempunyai garisan grid dalam huruf yang menunjukkan
penambahbaikan daripada intervensi sebelumnya. Kelebihannya yang paling utama ialah mampu
menghasilkan kesemua huruf iaitu huruf A hingga Z. Tambahan pula, penggunaan intervensi ini boleh
menjimatkan masa dan boleh digunakan berulang kali. Selain ianya mudah dikendalikan, ianya juga
selamat dan seronok untuk digunakan oleh murid-murid.

Rajah 3 : Templat AR
Cara cara penggunaan TemplateAR
Langkah

Cara penggunaan

Membuat garisan lurus menggunakan


pensel dan pembaris di atas kertas lukisan

Melakar huruf dengan menterbalikkan


atau memusingkan Templat AR

Langkah 1

Langkah 2

Ilustrasi

Kemaskan rupa huruf yang telah dilakar


menggunakan pensel dan pembaris

Warnakan muka taip poster dengan


warna-warna yang menarik

Hasilan karya muka taip poster yang


telah siap

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Jadual 1 : Cara cara penggunaan Templat AR


Dalam kajian ini pengkaji memulakan prosedur tindakan dengan guru menunjukkan alat intervensi
iatu Templat AR dan cara penggunaannya. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
murid tentang kepentingan muka taip poster serta kemahiran menghasilkan muka taip poster.
Seterusnya, guru membuat demostrasi cara penggunaan Template AR kepada peserta kajian bagi
memberi gambaran tentang cara penggunaan alat intervensi ini. Sebaik sahaja murid faham tentang
penggunaan alat tersebut , murid melaksanakan aktiviti membuat muka taip poster. Semasa proses ini
dijalankan pengkaji membuat pemerhatian dan melakukan bimbingan kepada peserta kajian. Hal ini
kerana untuk memastikan murid dapat menghasilkan muka taip poster dengan baik.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian diperolehi hasil daripada analisis data secara deskriptif menggunakan tiga jenis
instrumen kajian iaitu pemerhatian,temubual dan analisis dokumen. Ketiga instrumen ini digunakan
bagi mendapatkan kesahan data dan mewujudkan trigulasi data dalam kajian ini.
Beberapa dapatan hasil permerhatian, temu bual dan analisis dokumen daripada peserta kajian
berdasarkan kepada pengalaman murid melalui proses tersebut telah memberikan respon terhadap
keberkesanan penggunaan Templat AR dalam meningkatkan kemahiran membuat muka taip poster

dengan baik. Berikut adalah hasil dapatan kajian berdasarkan instrumen kajian yang digunakan oleh
pengkaji.
Dapatan Kajian Melalui Pemerhatian
Hasil pemerhatian pengkaji mendapati peserta kajian iaitu Haziq menunjukkan peningkatan dari segi
tingkahlaku. Borang skor minat yang digunakan mengandungi enam item seperti memberi respon,
menunjukkan kerjasama, menumpukan perhatian, menunjukkan sikap ingin mencuba, minat,
kemahiran murid terhadap aktiviti menghasilkan muka taip poster yang dijalankan. Berdasarkan rubrik
pemarkahan yang diperoleh sebelum dan selepas penggunaan Templat AR ialah peserta kajian
menunjukan peningkatan dari segi ciri-ciri tingkahlaku yang diingini. Sebelum intervensi dijalankan,
Haziq memperolehi skor minat kurang daripada 5 iaitu tidak menunjukkan berminat terhadap aktiviti
manakala selepas intervensi dijalankan skor tersebut berubah kepada skor 8 hingga 9 yang
menunjukkan perubahan tingkah laku dan minat yang sangat baik. Keputusan ini menunjukkan peserta
kajian telah menunjukkan peningkatan dari segi tingkah laku dan minat dengan penggunaan Templat
AR dalam kegiatan membuat muka taip poster bagi bidang menggambar.
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

Sebelum intervensi
Selepas intervensi
Column1

TL 2

TL 3

TL 4

TL 5

TL 6

Rajah 4 : Perbezaan markah pemerhatian sebelum dan selepas intervensi bagi Haziq
Dapatan Kajian Melalui Temubual
Hasil daripada analisis temubual pengkaji mendapati peserta kajian iaitu Haziq menyatakan bahawa
dia tidak mengetahui tentang kepentingan muka taip poster. Jawapan yang telah diberikan semasa
menjalani proses temubual sebelum intervensi dijalankan, pengkaji merumuskan bahawa Haziq tidak
faham soalan yang diajukan oleh pengkaji. Sementelah itu, jawapan yang diberikan juga menunjukkan
dia hanya menjawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Setelah menjalankan
intervensi, pengkaji mengadakan sesi temubual sekali lagi dengan peserta kajian. Hasilan pemerolehan
melalui temubual selepas intervensi mendapati Haziq telah memahami mengenai kepentingan muka
taip poster semasa menggunakan Templat AR. Intervensi ini memudahkan Haziq untuk
menghasilkan muka taip poster dengan lebih baik. Beberapa respon positif daripada hasil dapatan
temu bual peserta kajian adalah seperti berikut :
Soalan : Kenapakah muka taip penting dalam sesebuah poster ?

Sebelum intervensi:
Tampal dinding kot

Selepas intervensi:
Beritahu maklumat

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan temubual yang telah dijalankan sebelum dan selepas
intervensi, peserta kajian dapat meningkatkan pemahaman tentang kepentingan muka taip poster
semasa penghasilan aktiviti membuat poster. Perkara ini menunjukkan keberkesanan pengunaan
Templat ARdalam menghasilkan muka taip poster.
Dapatan Kajian Melalui Analisis Dokumen
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji turut menggunakan instrumen analisis dokumen bagi
mendapatkan data untuk mengukuhkan lagi kajian yang dilaksanakan. Analisis dokumen digunakan
apabila pengkaji ingin mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuannya
adalah sebagai bukti bagi menyokong dapatan sedia ada. Analisis dokumen ini dijalankan terhadap
hasil karya Haziq sebelum dan selepas penggunaan intervensi semasa aktiviti menghasilkan muka taip
poster. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek pemarkahan yang mempunyai nilai
iaitu dari segi rupa huruf, warna huruf, komposisi huruf serta kekemasan huruf. Berikut merupakan
analisis dokumen sebelum dan selepas intervensi dijalankan oleh Haziq :
Aspek

Ujian Pra

Ujian Pos

Rupa Huruf

Penggunaan saiz huruf yang berbeza.

Penggunaan saiz huruf yang sama.

Warna
Huruf

Tidak mempunyai warna.

Menggunakan tiga warna iaitu


jingga,ungu dan merah.

Komposisi
Huruf

Reka letak huruf secara bertingkat


dan pemberatan pada sebelah kanan
poster.

Reka letak yang


seimbang.penggunaan ruang yang
baik.

Kekemasan
Huruf

Bentuk huruf tidak sempurna dan


tidak sama saiz menjadikan muka
taip kelihatan tidak kemas.

Hasil karya

Mewarna dengan tekanan kuat


menjadikan warna terang dan cantik.
Mewarna dengan tekanan bersahaja
menjadikan warna pudar dan kurang
jelas. Bentuk huruf kelihatan
sempurna.

Secara keseluruhannya, hasil analisis dokumen sebelum intervensi menunjukkan Haziq menghadapi
masalah untuk menghasilkan muka taip poster. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil karya yang
dihasilkan oleh Hzaiq dalam jadual 1. Berdasarkan dapatan kajian selepas intervensi, pengkaji
mendapati Haziq menunjukkan peningkatan yang drastik terhadap kemahiran menghasilkan muka taip
poster selepas intervensi dijalankan. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan Templat AR dapat
membantu Haziq dalam proses penghasilan karya muka taip poster dengan lebih baik.
KESIMPULAN
Hasil daripada penggunaan Templat AR dapat menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan
terutama sekali dari segi rupa huruf yang sememangnya sangat diberi penekanan dalam kajian ini. Di
samping itu, penggunaan template AR ini juga turut membantu murid untuk memahami kepentingan
muka taip poster dengan lebih baik. Perkara ini dapat dilihat dalam sesi temubual yang dijalankan
sebelum dan selepas intervensi yang mengukur tahap pemahaman murid tentang kepentingan muka
taip poster. Robert Schirrmacher (1998) turut menjelaskan bahawa kanak- kanak memerlukan orang
dewasa untuk mengembangkan kreativiti mereka iaitu dengan membekalkan bahan- bahan atau alat
untuk menyokong kreativiti mereka. Alat- alat ini di gunakan sebagai bahan untuk merangsang
pemikiran mereka. Di dalam kajian ini, templat AR digunakan sebagai satu alat untuk murid-murid
meningkatkan kualiti penghasilan karya dan seterusnya memahami mengenai kepentingan muka taip
poster.
Melalui kajian ini, pengkaji dapat meningkatkan tahap profesionalisme guru pelatih dengan membantu
murid mengatasi masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran dan pembelajaran. Selain itu
juga, guru pelatih menjalankan kajian dan mengutip data data secara triangulasi yang mana dapat
mengukuhkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan data ta tersebut. Tambahan pula, sikap komited
dan kesungguhan guru pelatih mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh
muridnya membolehkan kredibiliti dan profesionalisme guru pelatih dalam menjalankan
penyelidikana tindakan ini.
Seterusnya, alat intervensi Templat AR mempunyai kekuatan dari segi alat itu sendiri seperti boleh
digunakan secara berulang kali disebabkan oleh ianya diperbuat daripada kertas keras. Disamping
itu, Templat AR juga boleh menghasilkan kesemua huruf iaitu huruf A hingga Z. Antara kelemahan
alat intervensi ini ialah murid perlu menguasai kemahiran mengendalikan Templat AR dengan baik.
Murid juga perlu mengingati langkah langkah penggunaan Templat AR kerana setiap huruf yang
akan dihasilkan mempunyai cara yang berbeza. Alat intervensi ini hanyalah sebagai pemudahcara
untuk menghasilkan muka taip poster dengan lebih baik. Cadangan terhadap penambahbaikan dari
segi alat intervensi ialah rupa bentuk Tempalat AR boleh diperbaharui mengikut peredaran semasa
agar ia lebih menarik, fleksibel dan bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid dalam membantu
mereka mempertingkatkan kemahiran dalam memahami muka taip poster. Selain itu, penggunaan
Templat AR yang diperkenalkan juga boleh digunakan dalam tunjang kreativiti dan estetika bagi
merangsang inkuiri murid murid terhadap alat intervensi. Dalam kajian ini, murid begitu
menunjukkan sifat ingin mencuba dengan cuba mencipta sendiri rupa dan bentuk huruf yang mereka
kehendaki. Templat AR juga boleh diubah suai mengikut jenis huruf dan saiz yang dikehendaki oleh
guru dengan menggunakan pelbagai fon yang bersesuaian bagi mengajarkan muka taip poster kepada
murid.

RUJUKAN
Bajuri Babu. (2010). Strategi pengajaran dan pembelajaran berkualiti: Pendidikan
Seni Visual
mampu melahirkan insan kreatif. Strategi pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Buku Sumber Guru.Pendidikan Seni (1998). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan
dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.
Kamus Dewan edisi keempat (2010), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Ken Eustace (2003) Making research work for you: Responsibilities and pitfalls (atas
diperolehi daripada http://www.citrenz.ac.nz/bacit/0101/0101eustace.html
diakses pada 14 Mac 2014

talian)

Kerlinger,F.N. (1973) Foundation of behavioral research (2nded.) New York: Holt,Rinehart and
Winston,Inc. Robert Schirrmacher, (1998). Art And Creative Development For Young
Children, Delmar Publishers an internasional Thomsom Publishing Compony
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Lumpur:

Tajul Ariffin Noordin. (1990). Poster dan Grafik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sulaiman Masri. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (Esei,
proposal, tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. (1997). Seni Dan Pendidikan Insan Madani.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Anda mungkin juga menyukai