Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan

otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir
dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan
koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari
tangan dan koordinasinya dengan mata. Dalam meningkatkan kemahiran motor
halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri.
Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan
betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka mungkin
telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk.
Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali
kasut mereka. Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk
melakukan sesuatu aktiviti dinamakan dexterity. Kemahiran ini turut melibatkan
kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling
banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanakkanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka.
Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau
melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan
baik. Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami
perkembangan motor halus kanak-kanak. Selain itu, kita sebagai guru juga harus
mengetahui ciri. Guru perlu tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam
membuat perancangan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh pembelajaran
kemahiran menulis, adalah penting kita memahami perkembangan motor halus
dalam pengawalan pensil untuk kanak-kanak ini menulis. Guru harus tahu cara
pengawalan gengaman jari tangan kanak-kanak. Sekiranya guru mengetahui
bahawa kanak-kanak masih di peringkat mengembangkan kemahiran mereka, guru
ini akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi
membantu kanak-kanak ini menulis dengan baik. Contohnya guru harus
mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk kanakkanak ini mula menulis. Bagi kemahiran melukis pula, kajian yang telah dijalankan
oleh Rhonda Kellogg, khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 8 tahun mendapati
bakat artis kanak-kanak bermula dengan lakaran simbol yang tertentu. Pada
peringkat awal kanak-kanak akan melukis simbol sepert bentuk bulat, empat segi
dan garisan lurus. Apabila kanak-kanak ini berumur 3 tahun mereka mula membuat
bentuk muka, umur 4 tahun melukis gambar orang. Umur 5 tahun lukisan orang ini
lebih baik dengan lukisan kaki dan tangan yang lebih lengkap beserta baju dan
seluar. Pada tahap ini juga mereka telah dapat melukis objek lain seperti rumah,
haiwan dan pokok. Oleh itu, kanak-kanak ini memerlukan bantuan kita bagi
memperkembangkan kemahiran menulis dan melukis mereka. Kita harus merangka
strategi yang sesuai bagi membantu meningkatkan kemahiran kanak-kanak ini.
Contohnya di sekolah kita membantu kanak-kanak yang baru mula menulis huruf
dengan meminta mereka menulis huruf tersebut berulang kali sehingga mereka
mahir dengan gerakan motor menulis huruf itu. Selepas itu baru kita kembangkan
kemahiran ini dengan meminta mereka menulis satu perkataan yang lengkap
dengan menggabungkan huruf huruf tersebut bermula dengan perkataan yang

memerlukan tiga atau empat huruf sahaja. Satu lagi cara untuk membantu kanakkanak mengembangkan motor halus mereka adalah dengan menggunakan bahan
bantu yang bersesuaian. Contohnya bagi kanak-kanak yang baru hendak melukis
penggunaan pensil krayon mungkin kurang sesuai memandangkan saiz pensil
krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz
pensil warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensil
tersebut. Pensil yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak
memegang pensil dengan kemas. Kemahiran gengaman seperti ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan motor
halus mereka. Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga
dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki dan badan
ini sangat penting dalam melaksana tugas yang memerlukan kemahiran motor
halus. Craig dan Digdon (2001), menyatakan .kanak-kanak seharusnya dididik cara
duduk yang betul dengan punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90
dengan kedudukan badan mereka agak ke depan sedikit. Kedudukan meja pula
seharusnya 2 inci dari siku ketika tangan mereka dalam kedudukan rehat. Sekiranya
kerusi mereka terlalu tinggi dan kaki mereka tergantung, letakkan alas kaki agar
mereka selesa. Apabila keadaan selesa kanak-kanak dapat mengerakkan tangan,
lengan, dan jari dengan stabil. Perkembangan Motor Halus Mengikut Usia Usia 1
6 Bulan Pada usia 1 hingga 6 bulan bayi berupaya memberi fokus kepada objek
yang hadir dalam pandangan mereka. Bayi juga boleh memberi perhatian kepada
ibubapa atau orang dewasa yang menjaganya. Bayi juga mampu merenung kepada
cahaya yang terang, ini juga adalah sebahagian dari tindak balas semulajadi bayi.
Beberapa tindak balas awal terhadap rangsangan juga diperhatikan pada bayi. Bayi
juga boleh mengikut pergerakan objek yang lalu di hadapan mereka. Pada saat ini
bayi menerima stimuli visual yang sangat pesat. Usia 6 9 Bulan Bayi sangat
peka kepada barangan yang menarik perhatian mereka walaupun barangan
permainan itu adalah kecil tatapi ianya berada dalam lingkungan pemandangan
mereka.namun begitu perhatian mereka terhadap objek akan hilang sekiranya objek
itu hilang dari pandangan mereka atau perhatian mereka telah beralih kepada
ransangan yang lain. Bayi akan cuba mengapai objek yang menarik perhatian
mereka dengan sebelah tangan sambil memandang kepada objek tersebut,
kemudiannya akan mengalihkan objek itu ke tangan yang satu lagi. Bayi
menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah sesuatu yang mereka mahu
atau sesuatu yang menarik perhatian mereka. Usia 9 18 Bulan Penumpuan bayi
terhadap perkara atau objek yang menarik perhatian mereka akan menjadi lebih
baik di mana bayi akan terus cuba mendapatkan objek yang mereka mahu
walaupun objek itu sudah hilang dari kawasan pemandangan mereka. Bayi yang kini
kanak-kanak mampu menggunakan jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher grasp ) untuk
mengambil barang yang mereka mahu. Kanak-kanak juga boleh menggunakan tiga
jari (tripod grasp) untuk mengambil barang. Kebolehan bertepuk tangan, bermain,
membina, menyusun bata adalah kemahiran motor halus yang dikuasai oleh kanakkanak dari usia 9 hingga 18 bulan. Kebolehan Tripod grasp yang lebih baik
membolehkan kanak-kanak menggunakan pensil untuk menconteng. Usia 18

Bulan 5 Tahun Pada usia 18 bulan hingga 5 tahun kanak-kanak sudah berupaya
membuat pilihan atau kecenderungan penggunaan tangan ; sama ada tangan
kanan atau kiri/kidal. Keupayaan menggunakan dua jari dan tripod grasp telah
menjadikan mereka mampu untuk menyelak muka surat buku. Mereka juga mampu
membina menara. Kanak-kanak pada usia ini sangat meminati lukisan dan sangat
suka melukis kerana mereka sudah boleh menghasilkan bentuk- bentuk yang
mungkin memberi makna kepada mereka. Pada ketika ini juga kanak-kanak boleh
menggunakan gunting dengan baik. Koordinasi mata dengan tangan yang baik
membolehkan kanak-kanak menguntai manik. Usia 5 7 Tahun Pengawasan pensil
yang baik berlaku di usia ini. Kanak-kanak juga mampu mencucuk benang pada
jarum yang besar dan menjahit. Penulisan menjadi lebih baik begitu juga dengan
lukisan. Perkembangan Motor Halus Kanak-Kanak Prasekolah Koordinasi mata
dan tangan yang digunakan untuk menggunting dengan sempurna adalah satu
kemahiran motor halus yang biasanya dapat dilakukan oleh kanak-kanak di usia
prasekolah. Kanak- kanak biasanya sudah boleh mengutip dengan menggunakan
dua jari; iaitu jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher Grasp ), namun mereka memerlukan
masa yang lebih panjang untuk menggunakan Pincher Grasp dengan lebih baik.
Pada usia prasekolah juga kanak-kanak akan lebih matang dalam perkembangan
motor halus mereka. Pada usia dua tahun, kanak-kanak sudah mampu untuk
membuat contengan bebas, menyarung pakaian, mengalihkan mukasurat buku dan
membina menara dari enam hingga lapan buah blok. Pada usia tiga tahun,
perkembangan motor halus kanak-kanak akan menjadi lebih matang apabila
mereka boleh makan menggunakan sudu, menconteng berbentuk bulatan. Pada
usia empat tahun pula, kanak-kanak sudah mampu menyarung pakaian mereka
sendiri, melukis lakaran manusia dan menggunakan gunting dan menggunting
garisan yang disediakan. Kemahiran motor halus yang lebih rumit seperti
mengenakan butang akan dapat dilakukan oleh kanak-kanak apabila mereka
berusia 5 tahun Mereka juga sudah boleh mengenakan zip, membuka zip dan
mencucuk benang dan manik. Isu sama ada kanak-kanak itu seorang yang kidal
atau menggunakan tangan kanan juga menjadi perhatian semasa usia prasekolah.
Ini adalah kerana pada usia ini terserlahlah samada kanak-kanak itu menggunakan
tangan kanan atau kidal. Namun begitu kidal atau kanan adalah lebih bergantung
kepada faktor genetik berbanding dengan faktor persekitaran. Aktiviti untuk
meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Aktiviti motor halus adalah
aktiviti yang menggunakan kecekapan koordinasi mata dan tangan. Terdapat
beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk membantu perkembangan
motor halus kanak-kanak. Aktiviti menuang bahan dari bekas yang besar ke bekas
yang kecil. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti air,
pasir dan bijirin. Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk
kemahiran motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk
menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya guntingganguntingan yang lebih rumit. Kolaj ~ Pelbagai jenis kolaj yang menggunakan
pelbagai jenis bahan boleh membantu perkembangan motor halus kanak-kanak.
Kemahiran menampal kolaj menambahkan kecekapan motor halus kanak-kanak.

Aktiviti mengoyak kertas atau surat khabar boleh meningkatkan kecekapan motor
halus kanak-kanak. Menyulam manik Menekap gambar yang sedia ada
Membentuk plastisin menjadi bola menggunakan kedua tapak tangan. Membentuk
plastisin menjadi biji menggunakan jari. Mengocak dadu menggunakan
genggaman tapak tangan.. Membuat aktiviti mengait dan menjahit seperti
memasukkan manik pada benang. Bermain permainan seperti "puppet " dengan
menggunakan ibu jari, jari tengah dan jari kelengkeng. Mengikat tali kasut
Matlamat Pembelajaran Motor Halus PPK (2003) Pusat Perkembangan Kurikulum
(2003) telah mengariskan beberapa matlamat dan hasil pembelajaran motor halus
bagi kanak-kanak dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Matlamat umum
perkembangan motor halus adalah kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor
halus. Secara lebih khusus, matlamat penguasaan kemahiran motor halus ini adalah
dapat menggunakan jari untuk melakukan beberapa aktiviti. Jadual 3.1 di bawah
berikut menunjukkan kandungan dan hasil pembelajaran motor halus. Hasil
pembelajaran ini memberikan fokus perkembangan penggunaan jari tangan kanakkanak bagi membuat aktiviti motor halus. Masalah Penguasaan Kemahiran Motor
Halus Gerakan motor halus merupakan salah satu perkembangan yang penting
dalam pergerakan anggota badan kanak-kanak. Semasa di peringkat perkembangan
ini, gerakan motor halus seperti meminta kanak-kanak mengikat tali kasut atau
memasang butang baju merupakan cabaran yang besar bagi kanak-kanak
berbanding gerakan motor kasar. Pada peringkat ini sistem saraf pusat mereka
masih belum mencapai tahap kematangan yang sepenuhnya. Oleh itu proses
penghantaran maklumat dalam sistem saraf ke jari tangan masih agak sukar. Selain
itu, otot kecil juga lebih cepat letih berbanding otot besar. Jari yang masih kecil juga
menyukarkan kanka-kanak ini untuk mengawalnya. Semua cabaran penggunan
motor halus ini memerlukan lebih kesabaran bagi kanak-kanak yang secara
umumnya belum lagi memiliki sikap sabar ini. Kemahiran gerakan motor halus juga
boleh menjadi lambat disebabkan beberapa faktor antaranya; kecederaan,
penyakit, stroke atau keadaan tidak normal sejak lahir. Kanak-kanak yang berumur
5 tahun dan ke atas tetapi tidak menunjukkan perkembangan motor halus yang
baharu kemungkinan mengalami masalah dalam membuat gerakan motor halus.
Masalah ini juga boleh berkait dengan keadaan kesihatan kanak-kanak seperti
penyakit sawan, terencat akal, buta, pekak atau disebabkan diabetes. Kanak-kanak
yang menunjukkan perkembangan yang lambat dalam kemahiran motor halus ini
juga akan mempunyai masalah dalam mengawal koordinasi pergerakan badan
khususnya bahagian muka, tangan dan jari. Sesetengah tanda terencat
perkembangan motor boleh dilihat semasa kanak-kanak ini berumur 2 tahun. Tandatanda ini adalah seperti kesukaran untuk duduk atau mengangkat kepala, sukar
berdiri jika tidak dibantu, sukar untuk bergerak seperti merangkak, atau tempoh
berjalan yang agak lambat. Perkembangan lambat bagi motor halus pula kadang
kala dapat dilihat ketika kanak-kanak berada di peringkat prasekolah. Contohnya
kanak-kanak ini sukar untuk memegang pensil, sukar untuk melukis atau sukar
memasang butang baju. Oleh itu ibu bapa, penjaga dan guru harus faham tentang
perkembangan dan keperluan motor halus kanak-kanak agar perkembangan

mereka dapat dibantu dengan sebaiknya. Oleh itu, bagi membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran motor halus memerlukan perancangan, masa, dan pelbagai
bahan bantu. Perkembangan motor halus dapat digalakkan dengan aktiviti yang
seronok, termasuk seperti permainan kraf, jigsaw, dan membina blok lego. Meminta
kanak-kanak membantu ibubapa membuat kerja rumah seperti memotong buah,
atau mengacau tepung juga merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan
motor halus mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan kebolehan koordinasi
tangan-mata. Oleh kerana perkembangan motor halus memainkan peranan yang
penting dalam persediaan kanak-kanak memasuki sekolah dan perkembangan
kognitif maka kemahiran ini seharusnya diberi perhatian dalam kurikulu Copy the
BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ