Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Penyelesaian Nusyuz dengan Cara Pemulauan di Tempat Tidur

Pemulauan di tempat tidur merupakan kaedah keduan yang digunakan bagi


menghadapi isteri nusyuz sekiranya kaedah nasihat tidak dapat mengubah sikap
isteri tersebut. Kebiasaannya seorang wanita akan merasa tertekan sekiranya suami
enggan tidur bersamanya. Oleh itu, mudah-mudahan melalui cara ini keegoan dan
kedegilan isteri yang nusyur akan luntur dengan keengganan suami tidur
bersamanya dan inilah merupakan matlamat kaedah pemulauan di tempat tidur ini.

Namun begitu, para ulama tafsir berselisih pendapat dalam mentafsirkan ayat ini
iaitu apakah yang dimaksudkan dengan pemulauan tempat tidur. Ada dikalangan
ulama menyatakan pemulauan ini bermaksud pemulauan dari segi percakapan iaitu
keenganan suami untuk bercakap. Ada pula yang menyatakan pemulauan dari segi
perbuatan iaitu tidur secara berasingan dan ada yang menyatakan tidur bersama
tetapi tidak memalingkan muka ke arah isteri yang nusyuz itu. Ada juga sesetengah
ulama menyatakan tidur tidur bersama tetapi tidak melakukan persetubuhan. Hasil
dari pandangan para ulama tafsir, pemulauan di tempat tidur memberi dua maksud
iaitu pemulauan dari segi perbuatan dan pemulauan dari segi percakapan.

i.

Pemulauan dari segi perbuatan


Pemulauan dari segi perbuatan ialah dengan cara tidak melakukan
persetubuhan atau memaling muka kea rah lain, namun pada waktu yang
sama masih lagi tidur bersama. Terdapat pandangan daripada sesetengah
ulama menyatakan bahawa pemulauan di tempat tidur ialah dengan cara
tidur di tempat lain sama ada di bilik atau rumah yang lain. Namun begitu
pandangan ini adalah tidak sesuai kerana pemulauan di tempat tidur
adalah bertujuan untuk mendidik dan bukan lain daripada itu. Pemulauan
yang dibuat degan cara tidur di tempat lain atau rumah yang lain tidak
dapat

menjernihkan

keadaan

perhubungan suami isteri tersebut.

tetapi

mengeruhkan

lagi

susana

ii.

Pemulauan dari segi percakapan


Pemulauan dari segi percakapan dengan tidak bercakap dengan isteri
yang nusyuz merupakan salah satu cara mendidiknya. Melalui cara ini
suami dapat memberi tekanan kepada isteri yang nusyuz itu. Namun
begitu,

para

suami

perlulah

ingat

bahawa

pemulauan

dari

segi

percakapan ada had batasannya berkaitan tempoh atau waktu. Tempoh


pemulauan percakapan hendaklah tidak melebihi tiga hari. Sekiranya
melebihi tempoh tersebut tindakan suami itu tidak boleh diteruskan
kerana ia dianggap telah terkeluar daripada kehendak syarak. Kenyataan
ini

bersandarkan

daripada

sebuah

hadis

oleh

al-Bayhaqiyy

yang

bermaksud tidak halal (haram) bagi seseorang muslim tidak


bertegur sesama saudara seagama melebihi tiga hari. Oleh itu
jelaslah bahawa Islam tidak membenarkan untuk melakukan pemulauan
percakapan melebihi tempoh tiga hari.
Hal ini demikian kerana pemulauan dari segi percakapan lebih daripada
tiga hari akan memburukkan lagi keadaan dan telah terkeluar daripada
matlamat sebenar pemulauan. Sekiranya pemulauan dari segi percakapan
juga tidak memberi kesan dalam mendidik isteri nusyuz maka masih ada
cara lain yang boleh digunakan.

Anda mungkin juga menyukai