Anda di halaman 1dari 1

Ada 5 langkah lagi untuk melaksanakan doa

Langkah satu
Kenal pasti apa yang anda mahukan sejelas-jelasnya. Saya sedar kebanyakan pelajar berdoa
dengan doa yang sudah dihafal. Doa-doa yang ada dalam buku semuanya bagus jika anda baca.
Namun saya percaya adalah bagus juga jika anda membaca doa anda sendiri, iaitu apa yang anda
inginkan dalam ayat anda sendiri. Apabila anda guna ayat sendiri, anda lebih faham apa yang anda
minta, anda rasa lebih selesa dan lebih jelas tentang apa yang anda mahu. Jadi, mula tulis doa
menggunakan ayat anda sendiri.
Langkah kedua
Lafazkan doa anda. Anda boleh lafaz dalam hati tetapi bagus lagi jika anda lafazkan dengan suara.
Tidak perlu suara yang kuat. Cukup untuk telinga anda mendengar suara anda sendiri sahaja. Ingat,
lafazkan doa dalam bentuk positif. Jangan doa Aku tidak mahu gagal lagi. Jika anda doa begini,
perkataan gagal akan memenuhi minda anda dan itulah selalunya yang akan muncul dalam hidup
anda. Lafaz aku berjaya dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dengan 5A/6A/7A.
Langkah ketiga
Bayangkan apa yang anda doakan. Jika anda berdoa untuk mendapat 8A dalam peperiksaan,
bayangkan bagaimana agaknya reaksi anda ketika anda mengambil keputusan peperiksaan dan
anda melihat keputusan 8A dalam kertas keputusan peperiksaan anda. Bayangkan situasi itu semua
dengan jelas.
Langkah keempat
Rasakan apa yang anda bayangkan tadi. Maksud saya, jika anda bayangkan diri anda mendapat 8A
dalam peperiksaan, apakah agaknya perasaan anda ketika itu? Adakah anda rasa terlalu gembira
hingga anda menangis? Adakah anda akan rasa begitu gembira hingga anda melompat-lompat di
tempat mengambil keputusan peperiksaan itu? Itu semua terpulang kepada anda. Tetapi, semakin
kuat apa yang anda rasakan, semakin kuat juga kemungkinan untuk doa anda itu termakbul.
Langkah kelima
Yakin dengan izin Allah bahawa doa anda itu akan termakbul. Setelah anda berusaha dengan
bersungguh-sungguh, hasil dikemudian hari adalah berlaku di atas izin Allah. Anda perlu
bertawakkal dan dalam masa yang sama rasa yakin bahawa doa anda ini akan termakbul.

Selamat berdoa.

Anda mungkin juga menyukai