Anda di halaman 1dari 6

Garis Panduan pengambilan spesimen medicolegal bagi kes-kes Forensik Klinikal

Bahagian
1. Pakaian

Kuantiti
minima

Spesimen

Bendasing yang melekat


pada pakaian
(cth:serat,semen,darah,rambut)

Semua

Bekas/Pengawet

Sampul kertas
Kertas putih
(pelapik)

Prosedur pengambilan spesimen

2. Kulit

3. Kepala

Semen
Air liur (pada bahagian
yang di gigit,di jilat atau di
cium)
Darah
Bendasing
(daun/tumbuhan/tanah)
Rambut kepala

Cotton swab
Bekas steril
berpenutup

Semua

Sikat rambut
Kertas putih
Sampul kertas

Sampel rambut

5-10
helai

Kertas putih
Sampul kertas

Gunakan kertas putih yang sesuai sebagai


pelapik di atas lantai semasa membuka
pakaian mangsa.
Masukkan setiap pakaian dalam sampul yang
berasingan
Keringkan pakaian jika masih basah sebelum
dimasukkan kedalam sampul kertas.
Labelkan pada sampul kertas jenis pakaian
tersebut
Kumpulkan bendasing yang terjatuh semasa
pakaian ditanggalkan pada kertas tersebut dan
masukkan kedalam sampul dan labelkan.
Basahkan cotton swab dengan air suling .
Swab pada bahagian/kawasan yang
dipercayai mempunyai kesan semen,airliur
atau bendasing.
Keringkan swab sebelum dimasukkan
kedalam bekas steril yang berpenutup.
Labelkan lokasi/kawasan yang diswabkan
pada bekas tersebut.
Sikatkan rambut mangsa secara satu hala.
Lapikkan dengan kertas putih bagi
memerangkap bendasing atau helaian rambut
yang diperolehi semasa disikat.
Lipatkan kertas tersebut dan masukkan
berserta dengan sikat kedalam sampul kertas
dan labelkan bahagian yang disikat.
Potongkan lebih kurang 5 hingga 10 helai
rambut untuk tujuan perbandingan.

Prosedur
/Arahan
Tambahan

2, 4

4.Kuku
mangsa

5. Darah

Kulit, darah, fibre


dll(daripada suspek)

6. Mulut

7. Anus

Ujian dadah

Ujian DNA

Semen

DNA(buccal swab)mangsa

Semen

Semua

10 ml

Pencungkil gigi
steril
Pengetip kuku
Bekas steril

Botol universal steril


(berpengawet
sodium chloride)
Kad FTA @
Tiub EDTA

cotton swab
bekas steril

Cotton swab

cotton swab
Slaid microscope

Letakkan pada kertas dan kemudian lipatkan


kertas tersebut
Masukkan kertas yang mengandungi sampel
rambut ke dalam sampul kertas dan labelkan.
Gunakan pencungkil gigi untuk mencungkil
bendasing yang tersembunyi dibawah kuku
jari.
Jika kuku mangsa cukup panjang, potong
kuku tersebut dengan pengetip kuku dan
masukkan ke dalam bekas yang steril.
Gunakan syringe untuk mengambil darah jika
mangsa dipercayai dibawah pengaruh dadah
semasa kejadian berlaku
Masukkan darah tersebut kedalam botol
universal berpengawet sodium chloride.
Titiskan beberapa titik pada kad FTA dan
keringkan.
Labelkan dan masukkan kedalam sampul
kertas dan labelkan.
Jika tiada kad FTA gunakan tiub EDTA untuk
mengambil darah dan labelkan.
swabkan bahagian gusi dan celah gigi
bahagian dalam dan luar jika dipercayai
mangsa melakukan oral seks
keringkan swab tersebut dan masukkan
kedalam botol steril.
Alternatif untuk ujian DNA.
Swabkan pada bahagian pipi dalam untuk
dapatkan sel pipi.
Keringkan dan masukan kedalam bekas steril
dan labelkan

Swab pada bahagian anus dengan teliti.


smearkan pada slaid mikroskop dan biarkan
kering.

8.Bahagian
kemaluan

cotton swab

lubricant

cotton swab
Slaid microscope

Semen

Masukkan kedalam sampul kertas dan


labelkan serta paterikan
swab pada bahagian anus dengan teliti.
Keringkan cotton swab tersebut.
Masukkan kedalam sampul kertas dan
labelkan serta paterikan

Rambut pubic

Semua

Sikat rambut
Kertas putih
Sampul kertas

9.Urin

Dadah

100
ml

Bekas/ container urin

Swab pada bahagian luaran kemaluan,


vaginal vault dan cervix.
Asingkan swab tersebut berasingan mengikut
kawasan yang diswabkan
Keringkan swab tersebut
Masukkan kedalam sampul kertas dan
labelkan serta paterikan
Sikatkan rambut mangsa secara satu hala.
Lapikkan dengan kertas putih bagi
memerangkap bendasing atau helaian rambut
yang diperolehi semasa disikat.
Lipatkan kertas tersebut dan masukkan
berserta dengan sikat kedalam sampul kertas
dan labelkan bahagian yang disikat.
Kumpulkan kedalam bekas urin dan
paterikan.

Arahan/Panduan Tambahan
1. Pakaian sebagai bahan bukti.
Pastikan pakaian mangsa adalah pakaian yang dipakai semasa kejadian berlaku.
Jika ya, pakaian tersebut perlulah diperiksa dengan teliti bagi memperolehi bahan bukti yang boleh membantu siasatan.
Jika pemeriksaan mendapati bahawa pakaian tersebut mengandungi bendasing, kesan kotoran, tompokan atau kerosakan maka pakaian
tersebut boleh diambil sebagai bahan bukti dan dihantar ke makmal untuk di analisa.
Jika mangsa telah menukar pakaian semasa menghadiri sesi pemeriksaan maka pakaian(dipakai semasa kejadian) tersebut atau maklumat
tentangnya perlulah diperolehi daripada mangsa dan disampaikan kepada pihak polis yang menyiasat.
Pengambilan pakaian sebagai bahan bukti adalah bergantung kepada jenis kes di mana budi bicara atau pengalaman pemeriksa boleh
digunakan untuk memastikan bahan bukti yang yang diperlukan sahaja diambil.
Pakaian gantian perlu disediakan bagi memudahkan serta membantu mangsa.
Jika mangsa memakai pad sanitary,maka pad tersebut perlu diambil dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam sampul bahan bukti.
Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan intial sebelum diserahkan kepada pihak polis.
2. Bendasing pada tubuh mangsa/suspek sebagai bahan bukti.
Bendasing yang jelas kelihatan pada mata kasar ( cth; kotoran, dedaun, fiber dan rambut) yang terdapat pada tubuh mangsa haruslah diambil
sebagai bahan bukti.
Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan intial sebelum diserahkan kepada pihak polis.
3. Kuku mangsa sebagai bahan bukti.
Sila bertanya pada mangsa jika ada mencakar bahagian muka, tubuh atau pakaian suspek semasa bergelut.
Jika ya, lakukan fingernail scrapping atau fingernail clipping mengikut kesesuaian.
Untuk proses fingernail scrapping pengcungkil (pencungkil gigi) yang digunakan perlu disertakan dengan scrapping yang diambil.
Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan intial sebelum diserahkan kepada pihak polis.
4. Kesan, tompokan atau bendasing halus sebagai bahan bukti.
Lakukan pemeriksaan dengan teliti dan pada keseluruhan tubuh mangsa termasuk rambut, dan kulit kepala untuk kesan atau tompokan
kering/lembab(moist secretion) (cth., darah, cecair seminal, peluh, dan air liur).
Gunakan sumber cahaya jika ada seperti polylight atau alternate light source untuk mengenal pasti bahan bukti yang tidak dapat di lihat oleh
mata kasar kerana kawasan yang mempunyai kesan tompokan akan memencarkan cahaya jika terdedah kepada sumber cahaya tersebut.
Lakukan swab pada kawasan pada kawasan yang dikenal pasti, kawasan yang memencarkan cahaya atau mana-mana bahagian pada tubuh
yang difikirkan oleh mangsa (cth: dijilat, dicium, digigit, terkena semen atau di hisap)

Selain itu lakukan swab pada bahagian yang berkemungkinan tinggi terdapat kesan cecair semen dan tubuh badan ( cth., bahagian leher,
payudara atau kawasan kemaluan) jika tidak memperolehi apa-apa maklumat atau bantuan daripada mangsa.
Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan intial sebelum diserahkan kepada pihak polis.

5. Rambut sebagai bahan bukti


Gunakan sikat yang bersih untuk menyikat keluar sampel rambut yang berkemungkinan milik suspek semasa pergelutan berlaku.
Alaskan kertas putih dibahagian kepala dan sikat kearah kertas tersebut supaya helaian rambut dapat dikumpulkan dan kemudian lipat kertas
tersebut dan masukkan kedalam sampul kertas yang bersesuaian.(sertakan sikat tersebut bersama sampel).
Gunakan prosedur yang sama pada bahagian kemaluan untuk mendapatkan rambut pubik jika ada persentuhan tubuh suspek.
Gunakan sikat yang berlainan untuk kepala dan bahagian kemaluan.
Sampel rambut milik mangsa juga perlu diambil untuk tujuan perbandingan semasa analisa dilakukan di makmal dan perlu diasingkan
daripada sampel yang disikat.
Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan initial sebelum diserahkan kepada pihak polis.
6. Swab oral dan kemaluan sebagai bahan bukti.
Lakukan swab dengan berhati-hati dan elakkan kontaminasi di bahagian kemaluan(vagina dan serviks) dan anus.
Lakukan swab pada kaviti mulut jika oral seks dilakukan keatas mangsa.(swab pada bahagian gusi,pipi bahagian dalam dan dibawah lidah)
Untuk tujuan sampel DNA lakukan swab dibahagian pipi dalam mangsa/suspek.
Jika suspek berada didalam tahanan polis lakukan swab pada permukaan penis.
Setiap cotton swab yang digunakan perlu dikeringkan sebelum di masukkan ke dalam sampul surat yang berkenaan.
Jika perlu lakukan smear keatas slaid mikroskop untuk tujuan analisa.
Setiap swab perlu dilabel dan dimasukkan secara berasingan bagi mengelakkan kontaminasi.
Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan intial sebelum diserahkan kepada pihak polis.
7. Darah sebagai bahan bukti
Sampel darah diambil mengikut prosedur pengambilan darah daripada mangsa.
Sampel darah diambil untuk tujuan ujian toksikologi dan analisa DNA.
Gunakan tiub pengumpul yang mempunyai bahan pengawet yang bersesuaian(cth., tiub EDTA atau sodium fluride).
Gunakan kad FTA untuk tujuan analisa DNA.
Titiskan darah pada ruang yang disedikan pada kad FTA dan keringkan sebelum dimasukkan kedalam sampul kertas.
Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan intial sebelum diserahkan kepada pihak polis.
8. Urin sebagai bahan bukti

Sampel urin diambil untuk ujian toksikologi.


Gunakan bekas/container steril untuk mengumpul sampel tersebut.
Pastikan semua bahan bukti yang di ambil dipateri , dilabelkan dan intial sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Anda mungkin juga menyukai